Rumah Panjang:Kempen 100 Hari.

>Klik pada imej untuk paparan lebih jelas<

Salam sejahtera dan Selamat  Tahun Baru. Hari ini genap 10 hari kita menghirup udara segar tahun baru 2011, moga kita akan terus sihat dan dapat melakukan sesuatu yang berfaedah untuk diri,keluarga dan negara yang dicintai ini. Saya ada beberapa perkara untuk dikongsikan dengan saudara-saudara pembaca sekalian.

1. Kurang Maklumat– Saya akan kurangkan maklumat berkaitan kegiatan politik PR di Belaga, sebaliknya saya akan menuntut penyertaan anda untuk membantu menjayakan agenda menumbangkan BN di Belaga.

2. Apa yang anda perlu buat??.- Saya meramalkan dari hari ini, kita hanya ada 100 hari sahaja lagi sebelum pilihanraya DUN Sarawak. Saya dan anda perlu pulang ke rumah panjang kita masing-masing dan mula berkempen dalam kumpulan kecil. Kempen ini untuk menjelaskan maklumat sebenar dan membantu keluarga, sahabat dan orang-orang Uma Aru(rumah panjang) untuk bijak membuat keputusan. Untuk menjimatkan kos kita boleh berkongsi kereta, jangan lupa beli biskut “Lutik Bulong” untuk kita minum bersama sambil berdialog. Pagi hari ahad pergi bersembahyang di gereja dan petangnya bolehlah balik semula untuk berkerja.

3. Tak perlu jerit-jerit dan melaung-laung– Dalam usaha kempen ini kita tak perlu terpekek dan melolong, tak perlu kumpul beratus-ratus orang. Bentangkan tikar berat lapit dan duduklah bersila. Panggil semua rakan taulan dan berbincanglah dengan hati yang dingin dan ikhlas. Tak perlu memburukkan YB Liwan atau YB Billy. Mereka hanya budak suruhan Taib. Mereka adalah orang yang menurut perintah.Perintah Taib. Kalau kita nak YB yang menurut perintah kita-lu pikirlah sendiri.

4. Jangan Keliru– Alih-alih dah hampir separuh abad merdeka tak kan masih keliru lagi.Ajarkan saudara-saudara kita supaya undilah PR di DUN Belaga. Bukan kerana kita tergila-gilakan PKR-DAP-PAS. Tapi  kerana Si Taib ini terlalu rakus angkut harta kekayaan negeri ini keluar negara. Juga kerana tanah kita telah habis oleh kerana politik pembangunan Si Taib. Juga kerana setelah sekian lama merdeka, satu hospital pun tak terbina oleh rejim BN di Belaga.

5. Masih keliru– Memang ada yang masih keliru kerana ada juga calon yang akan bertanding guna lambang bebas atau parti baru yang tidak bergabung dengan PR. Contohnya PERSB dan Cinta Malaysia. Kita klasifikasikan semua pihak yang enggan dan belum bernaung di bawah lambang PR sebagai musuh politik kita. Haram untuk diundi. Dalam politik kita kena pilih satu sahaja. Orang Belaga jangan jadi bodoh. Calon bebas pasti akan lompat kepada BN jika mereka menang. Sekuat-kuat PR pun masih ada juga adun dan MP mereka yang lemah semengat(kena beli juta-juta).

6. Pesanan Buat Pakatan Rakyat– PR di Belaga silalah buat kerja anda dengan penuh dedikasi,jujur dan amanah. Aturkan gerak-kerja pilihanraya dengan kejap dan teratur. Mereka-mereka yang berminat nak menjadi calon tu, kenalah beli cermin yang besar  sikit. Dan rajin-rajinlah mencermin diri. Jangan sombong dan bongkak. Jangan ingat diri tu bijak sangat bila dah jadi peguam, doktor atau pensyarah universiti. Jangan kerana kesombongan memberi senjata kepada lawan untuk serang kita.

7.Pejawat Awam– Jadilah contoh yang baik, setia dan dedikasi terhadap tugas. Tapi bila mengundi, itu tanggungjawab anda kepada agama,bangsa dan negara. Agama-undi anda akan dinilai diatas langit, anda sokong pemerintah yang baik atau yang buruk. Bangsa-Tanya sama ada bangsa anda sudah cukup terbela dengan pemerintahan sekarang??? jika ya undilah BN, jika tidak-lu pikirlah sendiri. Negara-dalam konteks Belaga, negara ini cukup bertoleransi kah dalam beragama???. Boleh guna “ALLAH” kah???- lu pikirlah sendiri.

8. Guru-Guru Sekalian-Andalah pengasuh anak permata negara, anda juga punya mata hati yang tajam. Berilah pandangan yang jujur berkaitan politik negara. Gunakanlah keintelektualan anda untuk membina demokrasi yang lebih waras di negara ini. Rukun Negara ada menyebut. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Tidak disebutkan kesetiaan kepada parti politik. Jadi anda perlu setia kepada tugas anda tapi undilah ikut suka hati anda. Jadi cikgu pikirlah sendiri.

9. Calon Pakatan Rakyat– Kerap kali juga kita terkeliru kerana calon yang ditampilkan oleh PR yang tidak secucuk dengan selera kita. Kali ini kita lupakan soal calon. Andai kata jika ayam pondan sekalipun yang bakal ditampilkan oleh PR kita harus sokong.Sebab mana nak cari calon yang lebih baik?? Semua orang-orang kita yang baik-baik telah dikebas oleh BN, kemudian mereka dijadikan pak turut kepada Si Taib. Jadi bertapa buruk sekalipun calon PR, dia tidak akan lebih buruk daripada Si Taib dan konco-konconya.

10. Bersiap Sedialah– Saya telah siapkan jadual perjalanan saya ke Sg.Asap dan Belaga setiap minggu. Anda bagaimana???. Saya tak dapat berikan tugas kempen ini kepada parti politik sepenuhnya kerana mereka tiada wang dan selalu dihalang oleh kunco-kunco Si Taib. Jadi sanggupkah kita keluarkan wang saku sendiri untuk berjuang membela bangsa kita. Jadi jangan tunggu lagi ayuh kita lakukan. Masa Untuk Perubahan.

11. Duit Minyak,duit belanja kerana balik mengundi– Jika masih ada diantara kita yang berniat nak tuntut duit minyak dan imbuhan kerana balik mengundi, maka hentikanlah. Selagi kita ada sikap demikian, selagi itulah BN akan menang. BN ada banyak duit, jangankan duit minyak, duit untuk beli orang pun ada. Kali ini kita harus bertekad untuk balik mengundi kerana nakkan tanah tumpah darah kita kembali.Kita nakkan perubahan yang memihak diri dan masyarakat kita.

12. Maren-Maren Uma– Kalau anda dan Rumah Panjang anda boleh jadi senang,kaya dan maju oleh rejim BN, silalah terus menyokong BN. Tapi jika selama ini anda diberi gaji setaraf elaun miskin tegar. Maka insaflah. Tahunkah anda bahawa di Tanah Malaya. Maren-Maren atau Raja-Raja mereka bukan sahaja ada istana yang indah-indah, tanah hutan,sungai dan kayu-kayan yang saujana mata memandang. Malah seluruh kerabat keturunan mereka diberi elaun berjuta-juta ringgit seumur hidup mereka. Anak-anak raja boleh pergi study sampai ke England. Maren-Maren saya di Belaga dapat apa???, dah lah tanah dirampas, rumah panjang sendiripun miskin papa kedana. Jadi kalau PR memerintah, kita tuntut supaya Maren-Maren Uma kita diletakkan setaraf dengan Maren-Maren di Tanah Malaya.

4 Responses to “Rumah Panjang:Kempen 100 Hari.”

  1. LakegSemang Says:

    Usaha yang amat baik untuk orang Belaga. Teruskan usaha tersebut. Orang Belaga patut membaca dan mengambil maklumat semasa melalui dua blog utama orang Belaga. Blog-blog tersebut ialah:

    1. http://lakegsemang.blogspot.com

    2.https://belagakini.wordpress.com

    Bacalah maklumat semasa mengenai Belaga dan Sarawak dalam kedua-dua blog ini supaya anda tidak disesatkan oleh BN Sarawak.

  2. lejo kayok Says:

    Ptma, slamt tahun baru kpd semua yg kerap mlwati blog belaga kini. Sptmana yg kita tahu, plhnraya smkin mhmpiri cuma bilakah trkh sbnar sja smua kita tk pasti.. Dgn mjelmanya thn baru ini, hrp smua warga belaga khususnya dpt bfkr scara bijak utk calon yg patut diplh pd plhraya akan dtg. Jgn mudah dipancing dgn wang RM 10, 50 @ ribu2. Jika terambil pun, yg ptg ‘usu’ tu ‘ngahet org yg patut saja. Pulang smsa xmas lpas, ingat jlnraya tu dibaiki betul rupanya hanya ditaburi dengan batu2 halus utk mnutup lubang2 yg byk dijln highway bakun dan simpang msuk sg asap. Sekejap saja jln tu kembali kpd keadaan asal, iaitu jln yg rosak teruk dan blubang2. Bgtu juga kualiti air yg disalurkan ke stiap rmhpjg, amat tdk bersih. Kdg2 air tu putih mcm air susu, kdg2 nampak jernih. Agaknya itu yg mbuatkan ramai org skt perut dan tdk sihat ms xmas lpas. Siapa yg patut btjwb….. Kpd wakil rakyat, pantaulah keadaan mcm itu….. buat laporan, jgn tgu 1 demi 1 gugur, krana tahap kshtan kian teruk stlh mnetap di sg asap…

  3. Padan Ulae Says:

    Ucapkan selamat berjuang kpd Belagakini…..yang sememangnya telah berjuang untuk orang Belaga selama ini. Kalaulah kita mempunyai ramai orang Belaga seperti penulis Belagakini maka MAJU lah BELAGA. Dalam isu perjuangan kita seharusnya tidak mudah putus asa sebab ‘APA YANG TELAH BERLAKU” itu adalah cobaan-cobaan dan cabaran-cabaran yang boleh menganggu konsentrasi kita dan juga boleh menghampakan kita. Soal politik dan calon itu terpulang kpd puncak kepimpinan setiap party dan kita memang akan mencari jalan yang paling baik untuk menumbang BN di Belaga. Kita harus mendorong satu sama lain dalam semua ‘aktiviti-aktiviti pendidikan’ kita di setiap rumah panjang. Dengan berbuat demikian maka kuat lah kesatuan kita. Saya mengajak anda melihat ‘THE POSSIBILITY’ yang ada di hadapan kita selama ini dan jangan biarkan peluang itu hancur dan terpijak begitu saja. KEEP ON MOVING EVEN WHEN THE MOVING IS GETTING TOUGH.

  4. nowmaica Says:

    oh keadaan jalan highway tu memang macam itu, kerajaan BN tak ada duit, pasal duit habis masa pilihanraya di sibu hari tu, mereka ni tak efisien melakukan tugas walaupun telah berada pada kedudukan yang sesuai untuk membuat perubahan, takut dengan CM jugalah satu hal, kalo tak mau dikongkong oleh CM pilihlah parti lain senang saja. tak payahlah sokong BN lagi sebab duit untuk baiki jalan pun tak ada….macam mana nak maju kalo duit hilang tengah jalan jer….carilah cara yang lain supaya orang ketiga, keempat dan kelima tak tarik duit untuk projek pembangunan untuk rakyat.

    nowmaica maju belaga…..nowmaica maju Mukah bukan maju belaga…

Comments are closed.


%d bloggers like this: