15.01.2011:1Malaysia Akan Ke Sg.Asap,Belaga

Perdana Menteri 1Malaysia akan membuat lawatan singkat ke Sg.Asap,Belaga dan Bakun pada 15.01.2011. Apa kata anda???? Apa harus kita buat untuk sambut gerombolan ini???..Demo,Memo atau buat don’t no saja. Datuk Sri Shafie Afdal tak datang sekali ke. Itu hari sudah janji banyak!!!!!, mohon komen dan pendapat dari semua pembaca.

12 Responses to “15.01.2011:1Malaysia Akan Ke Sg.Asap,Belaga”

  1. nowmaica Says:

    janji mesti di kotakan kalau tidak bruk padahnya masa pilihanraya, rakyat nowmaica mau pembangunan yang baik punya cilok, tak mau kasi itu BN untung manyak, rakyat rugi manyak. Itu kompeni kasi keluar dari belaga tak mau balak kami lebih suka memburu dalam hutan bukan dlm ladang sawit. Sungai kami sepaptutnya jernih bukan tempat minum air milo peng. Ikan mesti mau sihat dalam air jernih bukan mati dalam lubuk lumpur, seperti hari tu punya kes. BN harus dipaksa untuk mengurangkankan aktiviti pembalakan didaerah belaga lesen balak harus dibekukan.
    nowmaica for CM, not Taib.

    • Anak dayak Says:

      itu cilok2 mahu kauk untung…BN menang juta keuntungan …rakyat masih terkial2…isu-isu tetap d bangkit…sampai pembangkit isu2 pun mati masih x selesai2 juga…alasan akan tetap bertimbun2 seperti borang pampasan & borang isu di pejabat…siapa datang membalak kasih sumpit…bakar jentera….senyap dia org nak membalak…

  2. lejo kayok Says:

    Utk pbaca belaga kini, Biasalah utk program sbgini, semua org akan dikerah utk myambut, kdtgan pbesar negara. Utk itu, minta ketua msykt yg diktuai oleh dato nyipa bato, sediakan semua apa yg patut utk diserahkan kpd pm. Apa mslh yg blum slesai sjak warga asap khususnya dipindahkan dan warga belaga amnya, minta sampaikan scara peribadi mslh2 itu kpd pm. Jika ms sempat apa salah bawa pm pgi lihat sdiri jlnraya yg teruk, pgi mlwat sdiri tmpat loji air di sg asap yg amat tdk bersih itu tmsk mslh2 lain yg wjud slma ini. Jgn asyik nak ingat kkayaan sdiri & kroni, tmsk yb billy & liwan, kalianlah yg spatutnya pnyampai didpan utk mgadu mslh rakyat kpd pm. Jgn fikir nak tjuk sambutan maha hebat dr pduduk rmh pjg tdkat tapi lupa utk mgusulkan hal2 ttunggak slama 10 thn lbh rakyat asap mnetap di sana. Ingat plhraya bila2 masa diadakan, rakyat dah penat dah, mslh2 sama msh gagal ditangani….

  3. nowmaica Says:

    menyambutlah pm sepuas-puas hati kalian, sambut jgn tak sambut tapi usul yang penting mesti disuarakan jangan pura-pura kawasan belaga dan asap tak ada masalah, NCR isu, isu pampasan rumah di asap, isu tanah lot yang sekangkang kera 3 ekar nak tanam sawit pun pikir 10 kali, isu tenaga elektrik, isu air, isu jalan raya maut belaga – bintulu, isu pembalakan haram, isu pengurangan kegiatan pembalakan di belaga, isu bangunan lebih sekolah (rendah dan menengah) yang tak siap-siap (smk bakun), isu klinik kesihatan, isu tiada bomba di belaga, isu tiada bank di belaga, isu tiada hospital di belaga, isu tiada perkhidmatan awam yang efisien di asap/belaga ke bintulu, isu pendidikan di belaga/asap, isu orang belaga di hilir empangan bakun, hulu empangan bakun, isu disaster recovery atau plan kalu apa-apa terjadi dengan empangan gergasi (pecah ker, retak ker atau ada ular besar ker, buaya besar ker yang ganggu operasi empangan) yang memakan duit rakyat serta hidup rakyat belaga. Mcm-mcm lagi. Maren Uma, Penghulu, Pemanca, Temenggong Dtk Nyipa Batok, YB Liwan dan MP hulu rajang yg sgt pendiam YB Billy, baik aku ganti jer orang ni dia tak berapa outspoken tentang hal-hal orang belaga serta kepentingan org belaga. Pemimpin-pemimpin belaga jangan suka makan sendiri kongsikan kepada semmua kita yang dari belaga supaya orang kita makin hari makin maju, jangan naikkan kroni sahaja. Ingat general election tak lama lagi, ingat kempen melalui internet ni sangat kuat kesannya. nowmaica maju MUKAH ops tersasul maju Belaga.

  4. Tup Seketup Says:

    Maaf, bahasa bercampur-campur.

    Ayen tepat luak neteh eba ngening dau laki bio’ ji berjanji bermacam-macam semasa lawatan ji oo senganak. Ake menjangkakan laki bio’ ji akan melontarkan janji kepada penduduk Sg. Asap antara lain seperti pembayaran pampasan berkaitan projek empangan Bakun, menghapuskan pembayaran balik pinjaman perumahan, pembinaan jalan raya yang lebih sempurna, melancarkan projek-projek untuk kebaikan masyarakat dan pembarian kemudahan elektrik dan air terawat.

    Ake menjangkakan juga, laki bio’ ji akan disambut dengan begitu “grand” dengan tarian ngajat, hiasan kelebu dan belian. Kesian kita masyarakat orang ulu, laki bio’ macam orang inilah yang selama ini tidak mengambil berat tentang tangisan ilu orang ulu, dan kita pula mengadakan sambutan yang begitu hebat bila dia berkunjung ke tempat kita sekali seumur hidupnya (mungkin).

    Umum lepa ngetisen bahawa kerajaan BN lepa poto lewai menabur janji serupa di serata tempat di Malaysia. Mung janji di bertujuan untuk memancing undi. Awal taun 2010, Shafie Apdal pernah berjanji me Kpg. Data Kakus untuk memberi peruntukan jalan raya dan mini hydroelectik, tapi sampai sekarang satu sen pun belum kelihatan.

    Najib sedar bahawa undi dan sokongan masyarakat orang ulu pada pilihanraya kali ini sangat penting, oleh sebab itu laki bio’ ji sanggup untuk datang dan menabur janji. Laki bio’ ji sedar ilu masyarakat orang ulu mampu menjadi penyelamat kepada ahli politik BN boka ilu masih menyokong ida. BN naki terdesak sehingga sanggup datang memujuk masyarakat orang ulu untuk setia menyokong BN. Kita seolah-olah dijadikan alat penyelamat dan bukan kerana BN betul-betul perihatin untuk membantu.

    Oban yu tiba-tiba terlintas di pikiran laki bio’ ji kelo’ kenai melawat masyarakat orang ulu Belaga? Oban yu iya nta nyengo ilu ngajan ji re?

    Nengayet tepat menolak janji laki bio’ ji liwai ji. Walaupun kumin tega dau janji-janji e, nengayet tepat tolak oban lepa majan ale’ du lepa palo ilu masyarakat orang ulu. Saeh nyelen tepat boka masyarakat lain koma dau oo, masyarat orang ulu mudah dipengaruhi oleh sogokan “gula-gula”.

    Tega tepat mesat ca isu ke’ Najib, koma dau, boka lan-lan BN memperdulikan ilu masyarakat orang ulu, tolonglah lunaskan janji dulu, siapkan dulu dengan sempurna semua projek yang dirancang, barulah orang ulu akan putuskan siapa yang patut ilu undi. Bukan berjanji dulu, tetapi buat kerja dulu.

    Sudah terlalu lama, sudah terlalu banyak masa sudah dibazirkan, sudah terlalu banyak sumber ekonomi sudah dibazirkan, sudah terlalu lama ilu masyarakat orang ulu hidup dalam keadaan yang sengsara. Masih ingin lagikah kita untuk terus begini untuk satu masa yang panjang lagi? Tidakkah kita sudah diajar oleh pengalaman selama ini? Pikirkan masak-masak.

    Apa kata kalau kita bagi peluang untuk Pakatan Rakyat membuktikan kemampuan mereka untuk mentadbir kerajaan dengan lebih baik? Sudah 50 lebih tahun BN memerintah tapi kemajuan yang dibawa kepada masyarakat orang ulu sedikit sekali. Coba’ tepat na’ peluang me Pakatan Rakyat selama 5 atau 10 tahun.

    Boka kerajaan baru ji tidak berjaya memuaskan jangkaan ilu keneng pemerintahan ja’ tega, ilu masih ada kuasa untuk menukar balik kepada kerajaan BN melalui pilihanraya seterusnya. Begitulah caranya ilu ”mengajar” parti-parti politik apan eda lebih peka kepada suara rakyat.

  5. lejo kayok Says:

    Saya amat bersetuju dgn komen sdra tup seketup di atas. Mmg benar, harap warga asap yg mungkin agak ghairah mbuat sambutan ke atas rombongan pm tmsk km, tdk leka dgn apa jua yg dijanjikan dlm pjumpaan bsama pduduk nanti baik di pekan belaga & di sg asap. Tdk salah mraikan seorang pmbesar negara dgn plbagai acara budaya namun yg ptg smua mslah2 ttunggak slama ini harus disampaikan scara terus kpd beliau pd esok tanpa agenda tsmbunyi olh si penyampainya. Sebab apa yg disampai itu ialah mandat dpd rakyat belaga. Bgtu juga skiranya pm mjanjikan itu ini tmsklah byran pmpasan rmh & etc… rakyat asap plu ingat, byran itu mesti beserta faedahnya skli, rmh di asap mesti pcuma. Apa yg ptg bukan kita yg mnagih minta pindah ke asap tapi krjaan yg suruh. Jd apa yg plu, rumah di asap mesti pcuma, bukan byr2. Saya dbrtahu olh cousin bhw dr xmas hari itu, mesyuarat tk hbs2 dibuat utk bbincang mgenai lwtn pm ni. Mcm rakyat uma belor khususnya hari ini mesti antara org plg sibuk, krana salah 1 agenda pm adalah singgah sbentar di uma belor. Biasalah org kpg, mcm2 psediaan hari ini dibuat. Gotong royong mbersihkan kws kpg, sediakan ‘penghut’ siapa barisan akan ‘parap/ngajat perlu diberitahu awl pd hari ini. Utk itu hati2 wahai pduduk asap yg pergi menyambut, jgn lupa tgjwb anda ms plhraya akan dtg, bijak mbuat perubahan

  6. Abdul Rani Says:

    Bersangka baik dan berdialog secara berhemah. Konfrontasi seharusnya dielakkan. Gunakan peluang lawatan PM ini untuk menjelaskan keadaan sebenar diSungai Asap dan pampasan Bakun yang masih ramai lagi belum menerimanya. Kes-kes pampasan diPejabat Daereah Belaga masih tidak berkeputusan Jelaskan bahawa Belaga adalah daerah istimewa Kayan Kenyah dan kajang dan kaum-kaum ini berhak keatas tanah yang ditenggelami disamping pampasan rumah panjang bagi tujuan mendapatkan hasil mahsul air tasik dan sungai termasuk khazanah hutan.

  7. PENA PERJALANAN Says:

    PERLU DINGGATKAN NASIB PENDUDUK TERUTAMANYA DIPEKAN BELAGA..APA DAH JADI SEJAK PENGHUNI RUMAH PANJANG DIHULU BELAGA(YANG TELAH DIPINDAHKAN KE PENEMPATAN BARU DIASAP),PEKAN BELAGA KINI SEOLAH-OLAH MENJADI SEBUAH PEKAN MATI.BAGAIKAN HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.JIKA KEADAAN INI BERTERUSAN AKAN TINGGALLAH ORANG-ORANG LAMA YANG AKAN MENGHUNI PEKAN BELAGA SEMENTARA YANG MUDA BERHIJRAH MENCARI KEHIDUPAN YANG LEBIH SELESA TERUTAMANYA DARI SEGI PELUANG PEKERJAAN.KENAPA RAKYAT KITA MASIH TIDUR DAN ENAK DIBUAI MIMPI DA JANJI MANIS??TIDAKKAH MEREKA MERENUNG SEJENAK AKAN NASIB GENERASI BARU SEPERTI KAMI YANG AKAN MEWARISI BELAGA??

  8. nowmaica Says:

    janji yang pm katakan harus ditunaikan, tapi kenapa sedikit sahaja, isu sekolah, isu tanah tidak selesaikan, ini cuma 1/6 dari isu di asap, takut nak janji banyak-banyak nanti kalah teruk pula masa pilihanraya. Jalan raya harus dinyatakan undang-undangnya wahai PM lori balak boleh guna ker jalan itu? isu bomba diasap tidak di selesaikan kebakaran di asap telah beberapa kali berlaku dan bomba dr bintulu yg akan dikerahkan…wau sgt efisien cara ini. baik tak payah pergi buang minyak jer pergi bila sampai org kampung dah mati dah…apa nama….apa nama…matilah apa lagi. isu bakun tak di selesaikan dengan sepenuhnya org kampung jgn gairah sgt dgn tipu helah sebelum pilihanraya. pilihlah parti yang bukan dari dacing…..maju belaga nowmaica. Shafie apdal kenapa tak cakap kali ni takut org kata dia bapa penipu yer….pandai kau janji itu dan ini tapi habuk pun tak der…kalo tak ada duit nak buat projek diam-diamlah lain kali dtg melawat buang masa org kampung datang menyambut kedatangan kamu jer…duduk jer kat putrajaya lagi baik. siapa makan lia dia rasa sanit, siapa makan cili dia rasa pedas!!!!!

    • Anak dayak Says:

      sepatutnya org ulu yang buat semua nie bukan hantu dari semenanjung…dia buatlah hal dia kat tanah melayu tu…kasih sumpit bila nak datang melawat..biar mati x sedar..

  9. Padan Ulae Says:

    bagi kita janji itu tetap janji….mengapa orang Kayan, Kenyah dan kajang zaman ini amat ‘bodoh’ ataupun takut kot. Manalah iman anda. jangan percaya kepada nabi-nabi palsu. kalau datuk-nenek kita masih hidup…terus dia cakap kita orang sekarang ‘buduh meran’. So pendek kata janganlah tertipu sangat dengan janji-janji manis itu….kita sudah kehilangan HAK ISTIMEWA sebagai orang asal Belaga apa mau cakap lagi. POLITIK SAJA YANG BOLEH MENGUBAH SEMUA ITU. TUKAR PERAHU, TUKAR PEMIMPIN DAN TUKAR PARTI JUGA LAGA….PRS APA DIA BIKIN…LAGI TERUK ITU PBB SUDAH TERLALU LAMA SUDAH….HAIYA…CAKAP PUN TIDAK GUNA LOR…TAPI KALAHKAN BN ITU SAJA.

  10. Anak dayak Says:

    Tu janji kosong nak pancing undi..nak tutup mata semua org disana, bila dh menang semua jembalang tu tersengit2 tunggu masuk share saham bakun..penduduk hilang tanah pusaka, harta yang tiada tolok banding nilainya….bakun beroperasi sapa yang kaya…si ‘jembalang’ yang sibuk dgn hal bakun tu lah….tapi penduduk menjadi makin miskin…cakap pun tiada guna kalau kita masih angguk bila BN cakap…masih ‘X’ tanda penimbang bila pilihan raya…bukti kan seperti di Sibu…wahai sahabat ku..sedarkan penduduk yang tidak sedar..aku terasa hendak menangis mengetahui banyak kisah2 yang kita penduduk asal di pijak di tanah sendiri…Bangun lah sendiri sahabat ku…jangan harapkan si ‘jembalang tu datang nak memancing di lubuk yang besar….usahakan tanah pusaka..majukan diri…baru si ‘jembalang’ tu kecut perut…jangan terima masuk ‘estet’ yang dikatakan…bukan pulangan untuk penduduk…malah penduduk yang akan menjadi kuli…bukan hasil nya 100% malah makan gaji…sampai bila nak kaya….boleh buktikan dari limbang sampai ke kuching siapa orang ‘DAYAK’ yang kaya menyerahkan tanah kepada kerajaan???

Comments are closed.


%d bloggers like this: