Retorik 1Malaysia:10,000 Penduduk Bakun-Sg.Asap Kecewa.

>Klik pada imej untuk papan lebih jelas<

Sg.Asap (Belaga)15.01.2011: Kerana terlalu gopoh dan gelojoh nak balik ke Kuching untuk majlis resepsi perkahwinannya, Cm Taib Mahmud hanya sempat menyentuh 2 perkara sahaja dalam ucapan balas beliau terhadap masalah yang dibangkitkan oleh YB.Datuk Billy Abit Joo. Manakala PM Najib Razak yang dilaung-laungkan mengutamakan rakyat, teryata kali ini lebih mengutamakan “si pengantin baru”. PM Najib turut memendekkan ucapannya menjadikan masa ucapan kedua-dua mereka kurang 30 minit.

CM Taib menyatakan bahawa kerajaan Negeri Sarawak bersetuju membiayai 50% daripada kos pembinaan 15 buah rumah panjang di Sg.Asap dan 50% lagi akan dibiayai oleh kerajaan persekutuan. Kos pembinaan 15 buah rumah panjang terbabit ialah RM82 juta. Dalam kata mudah rumah di Sg.Asap diberi percuma. Macam mana dengan harga rumah panjang kami di hulu Bakun??? Harganya dikebas oleh siapa???

Perkara kedua disentuh oleh CM Taib ialah berkaitan tanah lot-lot pertanian yang tidak mencukupi untuk penduduk di Sg.Asap.CM Taib dengan idea kuno, tidak hingin lagi memberi lot pertanian kepada penduduk sebaliknya mencadangkan model pembangunan estate-estate kecil yang akan dibangunkan oleh LCDA,RISDA atau FELCRA. Tapi CM Taib, boleh tunjukkan berapa orang, Orang Dayak yang sudah kaya dan senang lenang oleh estate seperti itu.Kalau tak ada, maka cukuplah, jangan perbodohkan kami lagi.

Manakala PM Najib pula mengumumkan pembinaan jalan dari Pekan Belaga ke jalan persekutuan dengan peruntukan sebanyak 65 juta dibawah konsep jiwa murni, bakal dilaksanakan oleh kontraktor Zahid Hamidi dan bala tenteranya. Ini dilakukan untuk jimat kos. Jadi kenapa jalan-jalan raya di Kuching dan Miri tak dibina dengan konsep yang serupa??? kalau ianya benar-benar murah dan berkualiti??? Ini PM pun 2X5 dengan Taib Mahmud.

Kedua berkaitan penyambungan bekalan elektrik ke rumah-rumah panjang di Sg.Asap dari grid utama Bakun dengan kos RM22 juta. Kerja-kerja ini akan dilakukan oleh  Dato Sri Shafie Afdal dan anak-anak buahnya. PM meluluskan projek ini dan meminta ianya dilaksanakan dengan segera. Tapi yang penduduk mahukan adalah bekalan elektrik percuma dari Bakun, bukannya sambungan ke grid utama dan bayar beribu-ribu ringgit bil elektrik.

Ketiga, PM Najib mengakui lot-lot pertania tidak akan mampu untuk membebaskan penduduk Sg.Asap dari garis kemiskinan.Jadi macam mana??? Saya cadangkan cara yang paling mudah untuk mengkayakan orang di Sg.Asap ialah dengan memperuntukkan 10 ekar lot pertanian setiap keluarga dan ditanam dengan kelapa sawit oleh MPOB. Setelah 3 tahun maka kami pun akan kaya raya. Macam mana, boleh tak????

Selain itu sumbangan tambahan RM5 juta kepada Tabung Amanah Bakun yang diumumkan oleh PM adalah sebagai menebus pembohongan yang dilakukan oleh Tan Sri Ting Pek Khing yang menjanjikan 5 juta ketika melobi untuk pembinaan empangan Bakun lebih sepuluh tahun lalu, duit ini sepatutnya diberi 12 tahun dulu dan bukanya menjelang pilihanraya yang akan menjelang tiba.

Saya merumuskan bahawa, kedatangan PM dan CM ke Sg.Asap, buat habiskan borehhhh saja. Lain-lain perkara yang mereka umumkan seperti bantuan kepada pelajar miskin di sekolah Sg.Asap, pembinaan 9 buah Rumah Arau untuk kaum penan,pendaftaran Kad Pengenalan dan peruntukan 1.14 juta kepada Dayak Chamber  Of Commerce and Industry (DCCI), berupakan gula-gula pilihanraya. Keseluruhannya penduduk Sg.Asap amat-amat kecewa. Gambaran kekecewaan mereka akan saya muatkan dalam posting akan datang.

9 Responses to “Retorik 1Malaysia:10,000 Penduduk Bakun-Sg.Asap Kecewa.”

  1. democracy4now Says:

    Tepat komen-komen ini-teruskan!

  2. nowmaica Says:

    ulasan yang tepat dan tidak berbaloi untuk memilih kerajaan yang sekarang ini sekali lagi, it is done! no more… sudah selesai tiada lagi peluang untuk BN di Belaga.

    Jangan dengan idea kuno Taib tu, and of the day dia juga akan dapat faedah kita terus berputih mata. Kita perlu tana dan jalan untuk ke kawasan tanah itu harus dimajukan kita tahu nak usahakan tanah kita sendiri. Masalah yang kita hadapi sekarang cuma tempat kita terpencil, tiada jalan masuk ke tanah tersebut dan hasil tanaman tak dapat dijual ke luar daerah belaga kerana jalan dari belaga terlalu licin dan turapnya sangat tebal….dan kurang berlubang….terlalu kurang lori balak yang lalu-lalang dan lori balak ini TAK berminat menggunakan jalan bintulu-belaga. Jadi jalan apa yang lori ini guna untuk angkut balak ia????mungkin pakai train LRT kot….pakai jumbo jet….maybe ler.

    semangat untuk usahakan tanah pun luntur dengan begitu cepat memandangkan kerajaan yang kita puja selama ini sangat efisien merosakkan jalan raya yang tak seberapa itu. Selamat jalanlah BN we will vote for the other party but not BN….sorry to say….

    nowmaica maju BELAGA!

  3. lejo kayok Says:

    Banyak lagi hal2 yg amat ptg plu dislesaikan olh krjaan tdk diumumkan olh pm masa lawatan ke sg asap, uma belor. Ramai org kecewa knapa harga rumah kpg lama/asal tdk diumumkan ms beliau berucap. Ingat bukan senang org mbina rumah di kpg lama dulu. Semua bahan binaannya amat susah utk didapati dpd hutan rimba, begtu juga kos2 yg lain yg plu dibeli dr pekan belaga pd masa itu. Mlalui lagi jeram2 yg maha bahaya…… Jadi knapa tdk diptmbangkan olh kerajaan akan perlunya/wajib utk mbayar harga rumah tersebut, walaupun harga rumah di asap tlh dibatalkan dlm erti kata lain, tetapi apa yg rakyat 15 buah kpg yg tlibat dgn projek bakun amat hrp-hrpkan iaitu hrga rumah kpg asal beserta faedah sekali plu diberikan kpd rakyat yg mmg bhak ke atas pampasan itu. Bukan mudah rakyat menerima hakikat bhw mereka tpaksa mninggalkan kpg lama dulu, mcm2 hal blaku, jd kerajaan plu mlihat pngorbanan rakyat utk mberi laluan kpd pbinaan dam bakun itu plu diambil kira. Jgn seolah2 mnindas rakyat. Org2 tua/generasi lama sudah tdk dapat bsuara, olh kerana hati mereka sudah lama mderita, jd fkr2kanlah wahai kerajaan…. Kalau nak disbutkan tlalu byk pkara yg rakyat tdk puas hati, bpa byk tanah2 yg terus tdk disukat oleh L & S cuma kerana alasan mereka tanah itu di luar blok….. Mujur org di belaga ini msh btoleransi, jika tdk sudah tentu hari2 dulu sblum bpindah…. demo dibuat sana sini utk mnunjuk ktdkpuasan hati……

  4. tingang balui Says:

    Kenapa YB dan K/Masyarakat yang berpengaruh di daerah belaga ini tidak belajar daripada penduduk yang terlibat di Hydro Batang Ai.Kita yang dibawah ini sudah tahu apa akibatnya,mengapa pihak 2X yang berkenaan buta kah?.Nah inilah akibatnya…….padan muka.Jangan lalai dan gejelojoh jika lihat RM############# didepan mata.Jika jatuhkan BN pun tiada maknanya lagi,sudah jauh keterlanjuran.Yang kita akan hadapi sekarang dan selamanya adalah GEJALA SOSIAL pada keluarga,saudara dan anak-anak kita.Jangan hairan ini berlaku suatu hari nanti.Jangan persalahkan orang lain,inilah yang tuan-tuan,K/Masy kita mahu.Sampai bila kamu tidak sedarkan diri.Adakah kamu bisu/buta dan sengaja tidak tahu.OK lawatan kedua-dua orang no.1 malaysia?Apa yang kamu dapat?.Puas hati?,

  5. Semah?? Says:

    “pembinaan 9 buah Rumah Arau untuk kaum penan”.. betul ke ni?? mana kawasan yang nak dibina? ni kes guna nama penan untuk dapat peruntukkan, lepas tu buat benda lain pula… dari 9 buah, jadi 1 buah jak rumah yang siap ..itupun kalau siap…

  6. lejo kayok Says:

    Apa AKDC tu buat…. kalau betul mbela rakyat, pjuangkanlah semua mslh yg blum selesai tu…. jgn nama nampak gah saja… gmbr sana sni dlm fb akdc… tiada guna kalau gagal mbantu rkyat mpjuangkan hak mereka yg blum dijwp olh pmerintah. Buktikan ketelusan pihak akdc dlm mbantu rkyat dr smua segi. Rakyat belaga lama dah sengsara …..

  7. belawan bato lagah Says:

    Pemimpin Tertinggi Negara tidak akan berbohong, sepertimana yg digambarkan. Mungkin ia tidak segera, tapi yg penting ia sudah diumumkan. Kinipun kerja2 survei jalan dari Bakun ke Belaga sedang dijalankan. Jadi adakah ini pembohongan, sedangkan ia baru diumumkan pada bulan Januari yg lepas? Bagiamana dgn janji 16 september, sampai sekarang tidak pernah menjadi kenyataan. Adakah ini tidak berbohong & menipu namanya?. Kenapa perkara ini tidak di sentuh oleh BK…???

    • belagakini Says:

      Jangan jadi bodoh, jalan tersebut telah dirancang seawal tahun 1980an dan mendapat kelulusan DUN Sarawak tahun 1990 (sila rujuk keratan suarat khabar yang dilampirkan dalam Belagakini). Duit untuk jalan tersebut (RM14.3 juta) juga telah disonglapkan. Oleh siapa??? oleh PKR ka???. Jadi bila diumumkan tahun 2011, ini bermakna ia telah lewat 21 tahun. Inikah kerajaan yang anda bangga-banggakan.

      16 september adalah hari pembentukan Malaysia, sepanjang BN memerintah mereka tidak pernah mengiktiraf hari pembentukan Malaysia. Bila PR buat perayaan Hari Malaysia. Maka mereka pun terhegeh-hegeh nak buat juga. Bila DSAI umumkan projek 16 sept, BN gelabah dan membawa keluar lebih separuh YB BN keluar negara. Guna duit siapa. Itu duit rakyat tau, Kalau benar BN tak takut YB nya melompat ke PR. Kenapa harus bawa mereka lari ke luar negara.

      Wahai saudara BBLagah jangan gundah gulana, akan tiba satu hari 16 sept akan muncul juga.

    • LakegSemang Says:

      Belawan Bato Lagah perlu mengetahui sejarah perkembangan politik negara amnya dan Srawak khasnya sebelum mengulas. Maksud saya ialah kita perlu tahu dan faham perkembangan sejarah politik sejak puluhan tahun dahulu dan bukannya beberapa bulan sebelum menjelang pilihanraya. Saya harap Belawan Bato Lagah faham maksud saya dan perkara yang sama telah disebtuh oleh belagakini dalam bentuk yang senang difaham.

Comments are closed.


%d bloggers like this: