Tanda-Tanda Murka Dari Langit.

>Klik pada imej untuk paparan lebih jelas<

Persiapan paling sempurna dilakukan untuk menyambut PM Najib di Uma Belor. Ada ratusan gadis manis Orang Ulu berpakaian penuh tradisi berdiri dari kaki tangga hinggalah ke pentas sambutan.

Puluhan kumpulan kebudayaan bersiap sedia dengan okestra masing-masing dan ribuan rakyat dari seluruh pelusuk daerah Belaga datang untuk mendengar amanat pemimpin 1Malaysia yang dinasihati APCO. Tapi semua itu hancur jadi debu, bila hujan turun, rakyat bertebaran lari dan PM Najib hanya disambut oleh Dato Sri James Masing dengan sekaki payung. Itulah kuasa dari langit.

Sebelum itu PM Najib terpaksa membatalkan lawatan beliau ke Tapak Projek Empangan Bakun kerana cuaca buruk. Itu juga kuasa dari langit, dan dalam usaha para wartawan untuk datang membuat liputan lawatan PM Najib, berlaku satu kemalangan. Tiga orang tercedera dan dimasukkan ke Hospital Bintulu. Itu juga kehendak kuasa dari langit.

Apakah maknanya semua ini?.

PM Najib dan Taib Mahmud tak layak disambut dengan gilang gemilang,adat dan tradisi.Kerana kehadiran mereka tidak sepenuh hati. Bayangkan, ucapan kedua-dua mereka dipendek kepada hanya 30 minit. Sedangkan masalah yang dihadapi oleh Orang Ulu Belaga telah berlanjutan lebih 27 tahun. Tahun 1984, PM Mahathir datang ke Uma Bawang Long Murum untuk mendapat persetujuan pembinaan Bakun. Tahun 1995, TPM Anwar Ibrahim datang ke Uma Juman Long Dupah untuk kata putus nilai pampasan, dan tahun 2011 PM Najib datang untuk rundingan penjualan Empangan Bakun.

Saya amat yakin, cuaca akan cerah,terang benderang jika niat dan nawaitu PM dan CM baik. Awaslah wahai pemerintah. Jika rakyat terus dizalimi.Kuasa dari langit akan tentukan nasib anda sedikit masa lagi.

Pagi 16.01.2011, saya telah memborong semua jenis akhbar yang ada dipasaran untuk meneliti corak laporan mereka berhubung lawatan PM Najib ke Sg.Asap. Rumusannya, semua koran melaporkan janji manis dan muluk-muluk belaka. Namun apa yang amat pelik, tidak ada satupun temurah dibuat dengan penduduk Sg.Asap. Bagaimana wartawan ini tahu yang rakyat Belaga senang dan gembira dengan apa yang PM Najib umumkan??

Apa yang rakyat paling harapkan melalui lawatan PM Najib adalah-KEPUTUSAN .

1. Penduduk Bakun diberi 20% royalti penjanaan tenaga dari Empangan Bakun.

2. Semua jenis pampasan yang belum dibayar-harus dibayar segera, cek pembayaran boleh dituntut dari pejabat daerah Belaga besok hari.

3. Bekalan elektrik, air dan rumah percuma untuk semua mangsa perpindahan Empangan Bakun.

4. Kemudahan infrastruktur di Sg.Asap harus disempurnakan segera, sebab ia adalah sepakej dalam pembinaan Empangan Bakun. Bukannya pakej Rancangan Malaysia.

5.Arahan PM dan CM untuk menghentikan semua kegiatan pembalakan dan rancangan pembinaan empangan di Belaga. Negeri dan negara ini tidak memerlukan sebegitu banyak empangan.

6. Pemberian minimum 10 ekar tanah pertanian untuk setiap keluarga dan ditanam dengan kelapa sawit. Manakala tanah rezab komunal digazetkan segera.

7. Kerajaan harus membentangkan plan Tindakan Kecemasan, untuk mempastikan keselamatan ribuan penduduk di hilir empangan Bakun.

PM dan CM harus ingat, janji 27 tahun dulu tidak dirakam. Sebab ibu dan ayah kami sangat-sangat percayakan pemerintah. Tapi tahun sekarang 2011. Telah kami rakamkan semua janji-janji BN dan akan menjadi bukti untuk menjatuhkan hukuman bila tiba pilihanraya.

6 Responses to “Tanda-Tanda Murka Dari Langit.”

  1. lejo kayok Says:

    Salam hari isnin buat semua yg kerap mlayari blog ini. Saya sbg rakyat belaga amnya, rakyat asap khasnya amat bstuju dgn infomasi & komen dpd sdr wing. Ya, mmg benar kita dipaparkan dgn mcm2 versi berita yg keluar mlalui media arus pdana dlm bbpa hari lps bhubung lwtn pm ke tmpat kita. Namun di sbalik itu, rkyt sbnarnya kecewa dan tkilan krna byk lagi psoalan yg blum diumumkan & blum tjwb ms kunjungan itu. Wlpun di muka dpan berita harian mgata rmh prcuma, mmg itu yg sharusnya krna itulah salah 1 pmintaan dan hrpan warga asap slama ini agar rumah diberi percuma. Rata2 rakyat asap bknnya bpdapatan tetap, ramai yg bkja di sktor pblakan, ladang sawit & di empangan bakun/murum namun pkjaan itu bknlah mjanjikan ianya tetap sampai pencen spt kakitgn krjaan. Di sebalik itu yg amat ditgu2 olh org asap adalah byran pampasan yg msh belum dijelaskan kpd pduduk, tmsuk harga rumah kpg asal. Kenapa plu ditahan & disimpan? Apa agenda? Saya hrp kita2 yg kerap mlwati blog ini tolonglah sampaikan cerita sbnar kpd sdra/sdri kalian yg berada di rmh pjg asap itu agar tahu apa hak mereka ms plharaya akan dtg…. sebab jgnlah kerana ada bbpa pengumuman pm hari itu terus rakyat kata mslh dah slsai…. Moga-moga daerah kita dilindungi dr insan2 yg menipu/makan wang rakyat… amin.

  2. mayalangitmerah Says:

    maya suka baca web ini. cukup padat & menarik. inilah isi hati orang ulu di sini yg ditindas sekian lama. cuma satu terlupa, carpet merah yg terentang basah itu adalah tanda langit merah KECEWA & MARAH! org yg datang itu mementingKAN diri & kantung peribadinya shj. RUMAH PERCUMA ITU RETORIK PILIHANRAYA. kalau percuma kenapa baru sekarang diumumkan??? kenapa CM kuat hati mau beli BAKUN??? harus kita sedar TNB malaya untung berbilion-bilion setiap tahun!!! itulah dlm perkiraan mereka sekarang (CM & PM). org kampung apa dapat??? AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI!!!

  3. lejo kayok Says:

    Salam. Mcm mana mlm tadi ada menonton program Dialog di TV1 kah wahai sdra/sdri sekalian. Cm yg dijemput jd tetamu dlm dialog itu. Ada bbpa pmanggil dl program tsbut juga. Kenapa tiada kawan2 dr kws kita belaga yg mbuat panggilan ke penerbit program dialog itu, agar soalan2 dpt dihantar terus dan didengar olh Cm…Mlm tadi nampaknya cm kata dah tk ada mslh di sg asap, smuanya dah slesai… Alamak kenapa jd mcm tu…. btul ke smua mslh dah tk ada… atau org2 kita msh dgn sindrom lama, takut nak bsuara atau btanya… Kalau mcm ni…. lah plhraya akan dtg susahlah……… nak buat perubahan…..

  4. educatedasap2010 Says:

    Buat saudara lejo kayok, saya menonton rancangan Dialog dari mula sampai habis. Saya ada 5 atau 6 kali cuba buat panggilan terus tapi sedih Line Buzy katanya. memang soalan saya ingin bertanya soal pampasan rumah panjang yg lama itu. jangan risau saudara Lejo kayok , setiap perkara yang bohongan tidak akan kemana. Tuhan sentiasa di pihak yang benar percayalah. itu. Macam mana Taib boleh katakan masalah di sg asap sudah selesai sebab media semuanya di control oleh BN, hanya manusia yang buta hati saja percaya apa yg taib cakap semalam.tengoklah tetamu yg hadir semuanya kroni -kroni dia.

  5. maya Says:

    sdr & sdri semua. semlm d tv1 soalan2 tu semuanya soalan takut! soalan betul pun cm jawab salah. lain d tanya lain pula jawabnya. jgn biarkan dia jd raja di srwk ini. kemana hilangnya duit royalty. d terengganu duit royalty diberitahu jumlahnya kpd rakyat ttp tdk d negeri kita ini. tp jgn risau pilihanraya pd bulan mac cuti sekolah nanti. NAMPAKNYA BN AKAN BANYAK KALAH.. HAHAHA.. BARU TAU ITU LANGIT TINGGI ATAU RANDAH

  6. nowmaica Says:

    Tak payah jawab soalan lagi, kita yang semangat diwebsite harus balik masa election undi pihak yang lain bukan BN, BN sangat tak adil untuk rakyat Belaga, pura-pura tiada masalah. Dulu mula-mula kahwin saya pun tiada masalah Macam Taib sebab bini cantik, nanti adalah masalah…tak lama lagi. Tapi sini Belaga banyak masalah mana masalah tiada…JALAN, TANAH, SUNGAI, pampasan RUMAH lama DAN PELUANG perkerjaan untuk orang asing (tak tau sama ada mereka ada PERMIT kerja yang sah atau VISA untuk bekerja di negara kita) tapi saya rasa jabatan imigrasen perlu buat kerja untuk membenteraskan pekerja haram di kawasan ladang, pembalakan dan hidro Bakun dan Murum. Nowmaica maju Belaga….

Comments are closed.


%d bloggers like this: