PERSB Umumkan Calon-Calon Untuk Kerusi DUN Sarawak.

>Klik pada imej untuk paparan lebih jelas<

BINTULU(22.01.2011) Bertempat di Hotel Plaza Regency Bintulu, PERSB mengumumkan nama 38 calon yang akan mewakili parti itu dalam pilihanraya DUN Sarawak yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi. Manakala baki 33 kerusi lagi akan diumumkan dalam majlis-majlis yang  bakal diadakan dibeberapa tempat di seluruh negeri Sarawak.

Orang Kuat PERSB-Micheal,Abdilah dan Saleh

Dalam majlis yang sama juga  PERSB mengumumkan 12 agenda teras yang akan diperjuangkan oleh parti itu, jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru. Antaranya penghapusan tol diseluruh Sarawak, elaun sara hidup RM300 untuk ibu tunggal dan warga emas berumur 60 tahun, elaun sara hidup RM300 untuk nelayan,gaji minimum RM25 sehari atau RM700 ringgit sebulan, pengeluaran wang KWSP sebanyak 20% dibenarkan bila pekerja mencapai umur 30 tahun,pengurangan 50% pemasangan kos elektrik dan paip, penggunaan minyak mesra alam sekurang-kurangnya 10%, persidangan DUN disiarkan secara langsung dan kekebalan speaker ditarik balik, pemberian projek secara tender terbuka dan mensyaratkan jawatan politik hanya 2 penggal sahaja.

200 Orang tetamu

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu PERSB memperkenalkan 14 orang calon mereka. Ellem Narawi-Lingga, Mosis Rengga-Meluan, Riam Rengga-Kemena,Ajiji Fauzan-Semop,Micheal Jok-Belaga,Awang Adilah Awang Nasar-Jepak,Saleh Mahali-Dalat, Gilbert Asson Kulong-Tanjung Datu,Mohd Noh Bakri-Daro,Kiprawi Suhaili-Belawai, Drahim Razali-Sadong Jaya, Suhaimi Selamat-Pantai Damai,Intali Empin-Kakus dan Sujal Gansi-Balai Ringin.

14 Orang Calon-PERSB

Protem Presiden PERSB (Saleh Mahali) dalam ucapanya menegaskan bahawa parti itu tetap akan bertanding di 71 kerusi DUN walaupun jika ROS tidak meluluskan pendaftarannya. Calon-calon mereka akan diletakkan dalam gabungan BEBAS BERSATU. Beliau juga menyelar ROS yang gagal bertindak profesional kerana berdolak-dalih dalam urusan kelulusan pendaftaran PERSB. SELAMAT MAJU JAYA PERSB-Belagakini.

4 Responses to “PERSB Umumkan Calon-Calon Untuk Kerusi DUN Sarawak.”

  1. tingang balui Says:

    SELAMAT MAJU JAYA

  2. cascd Says:

    salam perkenalan admin belagakini.saya tertarik dengan kebanyakkan artikel dalam blog ini.memang sesuatu yang memberansang dan suatu perkara yang menarik perhatian.
    saya asal dari kapit juga dan berharap dapat bekerjasama dengan admin dimasa akan datang untuk liputan terkini tempat kita. terima kasih.

  3. Padan Ulae Says:

    Kita ucapkan ribuan terima kasih kepada Belagakini. PERSB adalah parti politik yang berdasarkan ekonomi iaitu penanaman pokok jarak (Kayok diesel). Petani-petani di kawasan DUN 57 Belaga di dorong supaya menanam pokok jarak ini. PERS (Projek Ekonomi Rakyat Sarawak) akan memberi biji benih dengan percuma untuk 10 ekar. Sila hubungi ketua kami encik Michael Jok (0198583907). Kita akan membeli balik hasil anda dengan harga RM1050 se-tan (biji) tetapi kerana kita sudah ada kilang di Bintulu kita akan membeli buah terus dari penanam dengan harga RM850 se-tan. Tanaman pokok jarak sudah diiktiraf oleh badan dunia, iaitu UN. Tanamlah sebanyak-banyak yang boleh demi mempertahankan hak anda atas tanah anda sendiri, menaikkan ekonomi anda dan sekiranya ada apa-apa berlaku ke atas tanaman anda memang ada orang tertentu akan membantu anda. Kita tetap akan membina kilang di Belaga sekiranya penanam dapat mengeluar hasil sekurang-kurangnya 3 tan sehari.

    PERS juga akan menyediakan satu projek yang dinamakan projek Agropolitan di seluruh Sarawak bila-bila masa sahaja dan kita akan mulai projek tersebut di kawasan Belaga tidak lama lagi kalau tidak ada apa-apa halangan. Sebenarnya projek Agropolitan adalah projek kerajaan BN di bawa RMK-9 yang dilulus oleh mantan PM Pak Lah tetapi BN Sarawak pura-pura tidak tahu hal ini khasnya TKM kita yang seringkali mengutuk penanaman pokok jarak. Sangat menghairankan tingkah laku mereka. Atas kerjasama syarikat BIONAS dengan PERS maka kita mahu teruskan projek yang amat ‘chun dan ngam’ untuk orang Sarawak. Sebab itu sokonglah PERSB yang ingin meneruskan projek yang begitu cantik ini. Menang atau kalah kita tetap menanam pokok jarak dan projek Agropolitan akan diteruskan. Namun demikian pengundi harus berfikir masak-masak lah mulai hari ini.

  4. yuar Says:

    PERs adalah party yanag taja oleh PBB untuk memecah udi di mana di letakkan di tempat pr yang kuat

Comments are closed.


%d bloggers like this: