Belaga Road Project Approved: Soon Kai.

>Klik pada imej untuk paparan lebih jelas<

Rakyat Belaga terpaksa menunggu selama 21 tahun dan melalui 3 Perdana Menteri untuk melihat tersempurnanya impian membina jalan sejauh 37 km (Jalan Belaga-Mejawah). Menurut surat khabat lama “The People Mirror” projek membina jalan Belaga-Mejawah bernilai RM14.3 juta dan jalan Belaga-Bukit Jayong bernilai RM 8.5 juta telah diluluskan (s66/10) oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur pada tahun 1990.

SMK Kapit No.2

Persoalannya sekarang ialah, kemanakah perginya semua peruntukan itu???, dipindahkan ke Kapit kah atau kemana???. Tapi yang biasa kita dengar kebanyakan projek yang diluluskan untuk Belaga akan dipindahkan ke Kapit oleh BOS orang Kapit dan Belaga. Bos yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan Dato Sri James Masing(DSJM). Paling ketara pembinaan sekolah menengah SMK Bakun yang dikhaskan kepada penduduk 15 penempatan semula sungai Asap.

Dengan kebijaksanaan DSJM projek ini dibina di Kapit dan dinamakan dengan nama SMK Kapit No.2. Rakyat Belaga, NGO dan Parti Pembangkang bertungkus lumus berjuang untuk mendapatkan semula sekolah berkenaan. Hasilnya SMK Bakun sedang dalam pembinaan dan hampir 75% belum siap di belakang rumah saya di Sg.Asap.

Begitu jugalah halnya dengan Tabung Amanah Bakun (TAB). Rakyat Belaga tidak tahu menahu bagaimana rupa bentuk urusan pentadbirannya dilakukan oleh DSJM. Kalau ianya benar-benar telus, kenapa penyata kewangan TAB tak dibentangkan???. Jadi awaslah rakyat Belaga. Peruntukan  keseluruhan 180 juta kepada Daerah Belaga yang diumumkan oleh PM Najib beberapa minggu yang lalu, adakah semuanya akan terlaksana atau bakal dipindahkan ke Kapit??? Mari kita tunggu dan lihat.

9 Responses to “Belaga Road Project Approved: Soon Kai.”

  1. lejo kayok Says:

    Tepat sekali ulasan En. Wing. Saya sdiri sbg rakyat belaga cukup heran knapa JM ini amat berkuasa di atas apa jua yg bkaitan dgn kws belaga tmsk sg asap. Dia bukan org belaga cuma isteri sahaja org belaga. Tabung amanah bakun, ketelusan mmg tdk ada, baik cara pgambilan staf di pej tabung amanah bakun amalan kroni wjd, bgtu juga smk yg patutnya dibina di asap tpi dialihkan ke kapit……. Apa sbnarnya muslihat jm ni……………. Kaya dah amat kaya apa lagi dia nak …… ha…. bgtu juga sbg pmimpin dlm parti……….. mmg plh kasih… Ada calon yg msh digemari olh rkyat di cantas… olhkrana dia mahu calon yg dia plh krana ada agenda ttentu………… fkr2 kanlah wahai org belaga wajarkah kita terus mnyokong bn di plhraya akan dtg???? smua di tangan anda.

  2. nowmaica Says:

    Saya rasa bukan 21 tahun lah, mungkin 210 tahun atau lebih tepat 2 kurun masehi kot, itu jalan akan siap tahun 4011, semua kita pun sudah MAMPUSLAH masa tu tak payah lah sokong kerajaan yang tukar tempat projek apabila sudah siap. Hospital daerah Belaga yang diluluskan pindah ke DALAT, sekolah untuk orang Belaga sepatutnya siap bila penmempatan di ASAP bermula di pindahkan ke KAPIT. Tengoklah orang belaga dikemudiankan orang KAPIT dan DALAT diutamakan sedangkan projek itu diluluskan untuk kemudahan di daerah Belaga.

    James Masing tolong masuk website ini (beritahu dia kalau kamu ada related dengan James Masing) dan jawab kenapa James Masing buat keputusan ini atau membenarkan perkara ini. Cukuplah James tak payah tunjuk muka kat Belaga lagi kami mau muntah tengok muka kamu yang berpura-pura tu. Tolong pakai topeng Ultraman atau Spiderman atau Ben10 kalau nak melawat Belaga. YB Billy Abit apa yang kamu nak cakap sudah 20 puluh tahun masih macam tu juga dearah Belaga ni. YB yang tak boleh diharap untuk membawa isu kesengsaraan rakyat Belaga dengan baik. Step down jer lebih elok beri peluang kepada orang yang lebih berkemampuan.

  3. Padan Olleh Says:

    masa PM visit Asap 15.1.2011..kenapa YB Liwan ditinggalkan di pekan mati Belaga dan tak ikut naik bilun terus ke Asap?tetapi Datu Nyipa dan James Masing ada naik bilun ke Asap…tolong kasi info kalau anda ada tahu…pelik tapi benar..

  4. tingang balui Says:

    Maaf saya memberi sedikit komen jika ianya salah tafsiran.
    YB Datuk tidak harus dipersalahkan,begitu juga YB Liwan.Kedua-dua YB kita adalah orang yang baik dan ada perasaan terhadap penduduk di BRS Asap ini.AKAN TETAPI,YB2 ini tiada kuasa,takut dengan BOSnya.Kesilapan ini bermula pada tahun 1994.Kami yang segelintir mohon supaya DUN dibahagi kepada PBB,Parlimen kepada PRS bari inya seimbang .Inilah akibatnya PRS kuasa.Mana-mana projek kerajaan persekutuan untuk orang belaga,Dialih ke Kapit,Song dan tempiasnya ke Dalat,Daro dan Mukah.Belaga yang mempunyai nama tadi tiada apa-apa.Yang memegang stering ialah Hantu Dr. James Jemut Masing orang Iban Balleh.Dana TAB disalahgunakan oleh beliau dan konco2nya.Doakan JJM ini go to hell,terlalu banyak dosa,minta tuhan ambil nyawanya

  5. Pamoh? Palo? Usit? Says:

    James “Messing” they called him.. u know why??

    Betul… dulu ada SMK Bakun, nun di Kapit..

    Jalan untuk Belaga,(mungkin) akan dipindahkan ke Kapit.. disambung dari Kanowit….

    Jangan Lupa Pulang mengundi.. ljgn lupa bagitau mak bapa, saudara mara, orang kampung……lupakan dacing..timbang n sukat x betul suda…

  6. Blogger caught out Najib’s outdated promises in Sg Asap! « Sarawak Indigenous Community News Says:

    […] 11:45 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own […]

  7. lejo kayok Says:

    Dr apa yg saya dgar mmg ms pm visit tu, Liwan tgu pm di belaga, smtara di uma belor, billy abit tgu…. Tak ada pula dgar pasal bilun tu… bagus jugak liwan lagang tu mlalui jln darat agar dia tahu btapa truknya jln dr pkan belaga ke asap tu….. Spatutnya smua mereka yg bgelar yb tak plu guna bilun tmsuk James masing, dt nyipa & dll. Biar mereka sama-sama merasai akan susah payah jlnraya di tmpat kita. Saya dgr kbar dr asap juga sblum pm dtg ke asap, james masing n the cronies tlh pgi ke sungai benalui di kpg lama uma daro dulu pgi kuman bahe…. Apa mahu pgi kuman bahe sana nanti habis saja ikan sungai benalui tu…. nampak sgtlah itu salah satu cara kempen awal bn utk mnawan hati org di asap.

    • Laing Tit Says:

      Lejo Kayok…ari tu diaorang YB2, Datu2 dan PM naik bilun dr belaga terus ke asap lah..maksud padan olleh tu kenapa yb liwan tak naik bilun yg sama dan dtg sama ke asap juga.. dan dia ditinggal di belaga, selepas selesai upacara di pekan belaga?tq

  8. lejo kayok Says:

    Oh… mcm tu kah laing tit…… tkshlah atas infomasi itu. Apapun jgn mudah tpdaya dgn mcm2 yg diumum olh pm hari itu. Sebab smua tu mmg hak dan layaknya org belaga terima dr dulu lagi. Cuma apa yg msh disimpan olh krjaan tu, keluarkanlah dr simpanan tu, agihkan kpd rakyat… bukan tunggu plhraya saja baru nak beri.

Comments are closed.


%d bloggers like this: