Kayan Mohon Bantuan PM Kembalikan Tanah Adat

Berang dengan keputusan kerajaan negeri Sawarak merampas tanah adat mereka dan diserahkan kepada sebuah syarikat perladangan, masyarakat Kayan di Long Bemang memohon bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk campur tangan bagi mendapatkan tanah mereka semula.

NONEDalam memorandum yang dikemukakan kepada pegawai Najib, pada Ahad lalu ketika perdana menteri melawat Miri, masyarakat itu berkata mereka telah menetap di kawasan Sungai Apoh yang terletak di daerah Baram sejak tahun 1940an.

Dengan galakan daripada kerajaan kolonial ketika itu, mereka menandakan sempadan dengan puak Kayan dan Penan lain di kawasan itu, petik memo berkenaan.

Ibarat darah dan kehidupan

Kerajaan Malaysia yang ditubuhkan selepas itu juga menyokong hak tanah mereka. Malah, mereka diberikan sebuah sekolah rendah, klinik kesihatan, bekalan air paip, janakuasa tenaga, sebatang jalan dan subsudi pertanian untuk penanaman padi, getah, lada dan buah-buahan.

NONE“Kami telah mewarisi tanah adat mengikut amalan kepercayaan daripada nenek moyang kami.

“Tanah ini ibarat darah dan kehidupan kami,” petik memo yang ditandatangani oleh ketua masyarakat Apoh, Penghulu Ajang Jok.

Pada 1989, bagaimanapun masyarakat Kayan itu mendapati tanah adat mereka telah diberikan kepada Pusaka KTS Forest Plantations Sdn Bhd (PKTS) oleh menteri negeri yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan pengurusan sumber dan pengarah jabatan perhutanan Sarawak.

NONEMemandangkan sebahagaian besar, tanah adat itu membabitkan tanah pertanian, pemindahan tanah tersebut dikatakan menjejaskan kehidupan penduduk setempat itu.

Justeru, dalam memo itu, mereka mahu Najib campur tangan untuk mengembalikan semua tanah adat mereka daripada dilesenkan kepada PKTS.

Mereka juga mahu kerajaan dengan penyertaan penuh masyarkat pribumi itu membuat bancian, dan mengazet sempadan di tanah berkenaan.

“Beranikah Ketua Masyarakat Kayan Kita di Belaga buat begini?”-Belagakini.

Dipetik daripada portal berita Malaysiakini.

7 Responses to “Kayan Mohon Bantuan PM Kembalikan Tanah Adat”

  1. nowmaica Says:

    sorry pemimpin-pemimpin di daerah Belaga atau pun Maren uma/ketua kaum tak ada OTAK (penakut/takut budut kata orang Kenyah/pengecut) tak tau pikir untuk hari esok asyik nak kumpul harta untuk diri sendiri jer….pi mampuslah dengn duit banyak kau orang…tak payah berjuang…cakap pun tarak guna, orang melayu cakap pemimpin macam ni tak ada pelir….takut lake buban…nak cakap isu rakyat kepada james masing pun takut apa lagi kepada taib….memang sah mereka ini tidak layak langsung memimpin daerah belaga yang sangat kuno di sarawak. nowmaica sgt marah ni…arap engkau orang happylah….harap kau appi lah….happy..happylah ok…jangan tak buat rasuah..kita rasuah semua-mua…tak payah jadi baik…jadi pemberontak dan jadi penjahat semua….tebang semua pokok-pokok di belaga, rosakkan semua sungai…rosakkan jalan raya……potong jalan yang masih baik…tebang rumah orang yang..masih boleh digunakan…dan buat semua kerja yang tak betul….supaya kamu orang dan keturunan kamu orang kaya raya, untung semua-mua dan tindas orang yang lain….maju engkau orang…semua…jadilah terrorist yang boleh buat Belaga terkenal.😦

  2. lejo kayok Says:

    Saya mmg stuju dgn kata2 nowmaica…. Pmimpin belaga mmg dr dulu pak turut, YES MAN….. suka sabotaj…. cthnya hari ini mereka sokong nowmaica… esok lusa bila ada calon baru dilantik olh james masing olh kerana JM nak mnamatkan karier politik nowmaica, mula2 smua pmimpin belaga bkeras utk mberi sokongan padu kpd nowmaica tapi bila akhirnya hari kempen…. hha…ha… semua mereka hilang batang hidung tdk lagi dkat dgn nowmaica… sebab semua dah terima …… m…………………y.. Plharaya lpas jd iktbar… dah knal amat sgt dgn pmimpin belaga. 2, 3 org saja yg benar setia yg lain sudah pergi menghidu wang byk yg diberi olh calon bn ms tu…. Inilah perangai org kita di belaga cepat rabun mata … mudah berubah pendirian. Dlm erti kata sebnar bkn pejuang.

  3. nowmaica Says:

    cakap nowmaica akan sia-sia, apa guna kita berjalan-jalan dipasar belaga dahulu kala melaungkan kata-kata nowmaica…Maju Belaga…adakah itu bukan visi yang baik oleh nowmaica….memang pemimpin di Belaga ketika ini dan dahulu kala tidak membuat kerja dengan sungguh-sungguh untuk memajukan Belaga…ayoh YB Billy Abit, Datuk Tajang, Datuk Nyipa, Stanley Ajang Bato katakan sesuatu..yang membuat anda tak membuat kerja dengan baik atau apa yang memnghalang hasrat murni untuk melihat Belaga maju…….YB Liwan katakan sesuatu sebelum anda diguling tak lama lagi…..Sekiranya James M yang puncanya singkirkan dia dari pandangan kita jgn sokong PRS lagi, PBB pun sama, setiap perkara yang betul ada masanya dan inilah masa yang paling sesuai untuk mengulingkan perderhaka bangsa dan daerah Belaga. Belaga harus maju dalam pendidikan, infrastruktur dan sebuah Kolej Universiti, UiTM, MARA harus dibangunkan di Belaga. Saya tidak mimpi di siang hari….bahkan nak membina sekolah menengah di Belaga pun ada issu yng sukar di rungkai…hemmmm…

    Kepada generasi muda, jangan ikut telunjuk pemimpin yang kurang kemampuan ini, bukannya kita tak menghormati mereka tetapi sudah cukup, kapasiti yang telah diberikan kepada mereka telah membuktikan mereka tak mampu membangun daerah Belaga yang kaya dengan sumber semulajadi dan eco-pelancongan untuk Belaga harus dimajukan atau dititikberatkan segera agar ia tidak pupus ditelan zaman.

  4. MAHARAJA KAYAN Says:

    ADOoooo…jangan sokong BN. vote for pembangkang.biar BN rasa camna khilangan kawasan yg paling kaya kat sarawak ni.. 5 tahun dia kalah mmg nangis CM taik tu

  5. MAHARAJA KAYAN Says:

    ADOoooo…jangan sokong BN. vote for pembangkang.biar BN rasa camna khilangan kawasan yg paling kaya kat sarawak ni.. 5 tahun dia kalah mmg nangis CM taik tu..

  6. lejo kayok Says:

    ha….ha….ha….ha saya sokong maharaja kayan… kita tukar pimpinan skrg kpd pr. Skali skala perlu ditukar. Sejarah mbuktikan spt mana blaku di indonesia, tkini di mesir….. ORG SWK mcm mana msh syok dgn pimpinan lake muban kah….. Kpd bakal wakil dr PR yg btanding di belaga, gempurlah skrg… jgn myerah. Lihatlah si bn tu… sana sini dia pergi kata org …. apa lagi pergi kempenlah tu… Utk PR kalau kempen biar kempen hbs hbsan… pergi semua ceruk belaga tu… jgn alang2. Kaki tu mesti cukup jgn hangat2 tahi ayam lps diikat dan diberi gula2 terus mcm tikus takut kucing… Cepat kalah bulu. Cepat rabun mata lihat wang…

  7. lejo kayok Says:

    Salam hari isnin buat semua rakan2 yg kerap mgunjungi blog ini. Utk mgetahui pkembangan dr belaga yg pro bn sila kunjungi Asap Koyan 2u. Saya pun baru mgetahui kwjudan blog berkenaan pd januari lpas. Sila ringan2 tangan utk masuk ke blog itu, sebab dr apa yg dipaparkan dlm laman tu memang m’highlight’ kan kbaikan/klebihan bn saja.

Comments are closed.


%d bloggers like this: