BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia

NGO yang berpangkalan di Switzerland – Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

NONESenarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

“Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NONEBMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia – di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.

Sumber: Malaysiakini.

12 Responses to “BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia”

  1. tingang balui Says:

    Ganyang harta kekayaan negeri sarawak hingga ke Taie manusia,lorix2 dijalan taib yang punya.sampai ke pertubuhan samseng negeri sarawak dibela,rakyat yang miskin dan kelaparan tiada dipedulikan.Saya mohon kepada allah supaya dia mengekalkan kuasanya mentadbir negeri sarawak khasnya untuk nya dan konconya.Tuhan lanjutkan usianya sebagai belian yang tidak pernah buruk baik ditanah ataupun terdedah kpd panas matahari.Bolotlah sepuas-puasnya simpan di luar negara,kehadiran anak dengan isteri kedua akan perwaris ke-tiga kunyahlah hasil kekayaan tanah,gas,minyak,kayu dsbnya.Buat apa peduli dengan perstiwa sedemikian,kerana undang-undang taib yang laksana.Thanks

  2. Tasin Lenya Says:

    ASAPKOYAN2U sangat sayang dengan Taib Mahmud. Dia bermati-matian mempertahankan kekayaan Taib Mahmud. Dia taksuk dengan Taib Mahmud. Kalau Taib Mahmud suruh dia jilat burit, saya kira ASAPKOYAN2U pun sudi melakukannya. Kekayaan seperti inilah yang amat disukai ASAPKOYAN2U. Dia dah mabuk harta, tapi dia lupa saudara-saudara dia di ASAP-KOYAN sedang menderita dihisap oleh hantu syaitan bergelar Taib Mahmud.

  3. lejo kayok Says:

    Betul tu tingang balui. Saya cukup heran dgn org kita swk, kenapa tdk berani buat perubahan mlalui plihanraya. Asyik2 nak plh lake uban. Kuasa d tangan rakyat kenapa tdk guna kuasa itu apabila plhnraya mjlma. Sptmana kata2 tingang, mmg betul. Smua khazanah bumi kita di swk habis…. hbs diterokai… utk tuj m’kayakan kantung mereka sdiri. Lihat di tmpt kita di asap skrg lbh krg juga rentaknya… sana sni yg dpt projek/tender sdh tentu org yg rapat dgn yb bn. Kita bukan pandai mkritik saja tpi biarlah pmbahagian itu adil. Jgn beri kpd sekutu rapat saja yg kaki bodek.

  4. Padan Ulae Says:

    Saya cadang cara-cara yang baru untuk mengubah fikiran dan sikap pengundi di Sarawak khasnya di Belaga adalah seperti di bawah:
    1. Kita tak payah sangat kutuk BN dan polisi2nya. Cakap ajae semuanya bagus tetapi……..
    2. Kita harus memuji kesemua calon BN dan kuncu2nya dan akhirnya…….
    3. Kesemua ketua kita di Daerah Belaga khasnya dari Temenggong sampai Maren Uma….mereka sangat setia kepada ketua mereka dan rakyat sendiri telah ………..
    4. Semua pengundi sangat bijak dengan memilih BN dan oleh yang demikian Tanah dan harta anda pun pandai hilang…dan…seterusnya….
    5. Kesemua YB2 Belaga dari 70an sampai ke hari ini sungguh baik tetapi penakut dan oleh sebab itu…..kita rakyat Belaga jadi……

    Apabila anda membaca ‘point-point’ tersebut apakah jawapan ataupun reaksi anda. cuba kita ubah sedikit cara-cara kita berhujah ataupun berkempen….yang kita harus buat sekarang adalah ‘BAGAIMANA MENGAMBIL HATI’ pengundi-pengundi lama khasnya kaum tua ni. Kita harus tahu bahawa terlalu banyak TIN KOSONG di ADUN 57 sewaktu berkempen…..so di manakah iman kita sebagai seorang yang percaya kepada Injil. Action speaks louder than words.

  5. lejo kayok Says:

    Saya amat myokong kata2 tasin lenya dlm blwan hujah dgn asap koyan 2u. Asap koyan 2u mnampakkan sifat dia sbnar tlampau mmuji dan mbodek mlampau2 ke atas bn. Seolah2 smua mslh sudah diselesaikan olh bn stlh bjmpa pm di PWTC kl. Dia mmuji, mgampu sebab byk msk poket. Saya nak tanyalah rombongan ramai dibawa ke kl dgn tuj konon mahu myampaikan ucapan tksh kpd pm atas lwtn ke belaga pd januari lalu tmsuk juga nak mbawa mslh2 kpd pm utk dislesaikan. Ok, dr sudut itu bagus sebab berusaha tapi kos pergi kl siapa tanggung. Rata2 muka yg nampak tu org2 akdc, jgn tlmpau mbzir wang akdc dgn mbwa tlampau ramai org pergi. Kalau sdkit rmbongan pgi , tdk smesti tdk bjaya. Satu lagi hmpir smua muka org akdc tu org2 rapat dgn yb bn tu. Apa tdk boleh ambil org lain ke?? Apa kbr lakeg semang, dll tu, myepi saja. Masuklah ke blog asap koyan 2u tu lawan hujah asap koyan 2u. Tasin lenya dan lejo merit saja yg lawan.

  6. LakegSemang Says:

    Tasin Lenya dan LejoMerit itu kembar kepada LakegSemang

  7. Tuan Says:

    TOYANG , TOLONG AMBIL DUIT BN KALI INI DAN PANGKAT PEMBANGKANG.

  8. nowmaica Says:

    asapkoyan 2u sebenarnya telah mendapatkan kerja kerajaan dari liwan dan disokong penuh oleh james masing jadi sekarang dia memuja kerajaan sepatutnya dia berdiam diri sahaja, saya tahu semua cerita di sebalik apa yang berlaku semasa seisi interbiu itu 2-3 tahun yang lalu. Asap koyan2u tak layak untuk jawatan itu tetapi ini ada kaitan dengan perancangan politik masa depan mereka yang mementingkan diri sendiri. Takkan kemana biarlah asapkoyan2u….jilat buntut james masing dengan ake buban…..pi mampus lah asapkoyan2u.

    • belagakini Says:

      Nowmaica, saya mengalu-alukan komen dan buah fikiran anda semua. Bagaimanapun cubalah elak untuk membicarakan secara langsung urusan peribadi individu terbabit. Sembunyikanlah kekurangannya kerana bukan dia yang jadi calon BN. Biar diampu dan dibodek melangit sekali pun, yang hitam tetap akan hitam dan yang putih akan kelihatan juga.

      Dalam ruangan tempur maya ini, biarlah kita berdebat berkaitan polisi dan kaedah terbaik memajukan bangsa kita. Bukan soal peribadi. Saya secara peribadi mengucapkan selamat datang kepada AsapKoyan 2u dalam memeriahkan dunia bloging. Perlu saya jelaskan bahawa Belagakini tidak berniat menjatuhkan YB Liwan, sebaliknya ingin menegur dan membetulkan BN supaya jangan mengamalkan pentadbiran yang rasuah. Jika ditakdirkan PR memerintah dikemudian hari dan masih tidak memulangkan hak kita terhadap tanah NCR kita. Maka Belagakini pun akan membelasah mereka.

  9. nowmaica Says:

    Saya TAK bersetuju Wing, walaupun asakkan saya nampak serangan peribadi tetapi itu akan menegur dengan terus peribadi yang kurang nilai moralnya, sebab orang-orang beginilah yang sepatutnya diajar untuk memahami hidup secara betul dan saksama. Dia cuma setahun jagung cuba nak merungkaikan sesuatu yang dia kurang faham kepada orang awam diluar sana. Saya bukan nak menjatuhkan YB Liwan tetapi nak gayanya YB kita sudah dipengaruhi oleh James Masing. Mana mungkin orang dari Kapit control Bakun Fund (hanya kerana dia Bos kepada YB kita, oh minta maaflah…nak muntah…rasanya saya…). Kalau saya yang berada diposisi itu saya akan mengunakkan kapasiti dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk melakukan sesuatu yang betul-betul rasional. I smell a rat here, somebody remotely control some one area to gain political support or popularity for his own benefits. PRS get the HELL out of Belaga, you guys are useless. Parti PRS tidak releven untuk rakyat belaga kerana bosnya orang kapit yang akan memindahkan apa-apapun untuk kepentingan Belaga ke kawasan lain……Parti Bebas, Parti SNAP di bawah pakatan rakyat (PR) mungkin cara yang lebih baik tetapi bukan calon yang dari bawah payung BN. Change now or never.

  10. lejo kayok Says:

    Ok saya stju pjelasan nowmaica tu. Asap koyan 2u baru stahun jagung dah lbh2 mgampu…. Kah…kah….kah…. mereka tk sdar bagaimana media msia skrg… mlm2, hari2 disajikan dgn gaya pmberitaan yg teramat berat sbelah. Meluat tengok berita. Semua yg baik dan mmuji saja disiarkan…. Teruskan nowmaica…. berani dan lantang.

  11. nowmaica Says:

    betul tu lejo kayok, media massa kita dikawal oleh orang tertentu, cuma dalam blog sajer yang mungkin bebas utnuk menulis sekarang ini (thanks to technology), tetapi kita harus berhati-hati bila menulis blog takut-takut lejo belang dan harimau malaya ambil kes ke mahkamah pulak. sajian berita tv1-2, tv3,ntv7 dfan bernama semuanya kurang tepat, dan berita yang sedap didengar sahaja yang disiarkan. Rancangan radio pun sama semua kena kawal. Bukannya kita tak mau media massa ini dikawal, tetapi biarlah berpada-pada jangan digunakan oleh satu parti politik sahaja. Saya percaya tak semua yang BN buat adalah betul dan waras. Kita harus bincangkan yang tak waras juga dalam siaran TV and radio maupun media cetak. Bagi dunia maya/virtual kita boleh lah menyuarakan idea masing-masing. khas untuk penulis blog asapkoyan 2u anda harus ingat apa yang anda coretkan diblog anda, sebab semua yang tertulis orang belaga akan baca, anda bukan tinggal di belaga, anda di kuching aku mungkin lebih dekat dengan belaga sekarang ni. segala pembohongan akan diketahui dengan mudah bagi kami yang menetap dekat dengan bintulu dan belaga. selamat membaca pembukaan pegong di dada yang memang berbau busuk, kerana itulah kisah yang tersimpan selama ini. Asapkoyan2u adakah orang Kenyah Badeng Koyan menyokong BN rasernya engkau seorang jer lah penyokong si tua bangka tu sekarang nie, ingat bila-bila masa orang tua tu akan pergi dan kita harus berdiri teguh dengan apa yang kita percaya buat masa ini. YB kita memang baik tetapi dipengaruhi oleh orang atasan jadi pembangkanglah yang mampu membawa isu-isu kita ke pihak tertentu. Tersu terang, saya pengundi atas pagar tapi sampai hari kiamat pun saya tak akan sokong BN kalau mereka terus janji kosong, kata tak dikotakan. Perahu yang anda gunakan sekarang ini telah lama dan akan bocor secara tiba-tiba kerana melihat kepada fakta sejarah semua ADUN telah dikuasai oleh BN, tetapi mereka gunakan kuasa dan kapasiti itu untuk kepentingan diri sendiri bukannya rakyat. Cogan kata Najib is in vain pemimpin diutamakan rakyat dikemudiankan. Inilah ideologi songsang yang terjadi, cuma menanam tebu dimulut, bila masa untuk melaksanakan cogan kata ianya jadi songsang bukan rakyat diutamakan tetatpi YB dan kroni diutamakan. Coba dan cobalah mereka kroni ini sajer yang undi dulu adakah YB akan menang? beringatlah YB belaga jangan lupa kami rakyat yang ditindas oleh syarikat kroni ketua menteri serta James masing. Kita caturkan pertaruhan yang betul-betul sihat kali ini, tumbangkan BN. Tumbangkan ake buban, tumbangkan parti yang diketuai oleh James Masing, perahu yang YB Liwan pakai rasernya salah jadi mungkin baik YB Liwan tukar perahu atau parti. Selamat memilih pemimpin yang lantang bersuara dan membawa isu rakyat sampai ke kerajaan persekutuaan.

Comments are closed.


%d bloggers like this: