Belaga Negara Berdaulat Dan Merdeka!!!

Dua kejadian keganasan melibatkan “Gangster” di dua tempat berasingan seminggu yang lalu benar-benar menyedihkan. Kejadian pertama berlaku di Bahagian Sarikei. Seorang bapa dan anaknya dimasukkan ke hospital Sarikei kerana dipukul ekoran mempertahankan hak mereka terhadap tanah NCR mereka di Sg.Rotan dan Sg. Penyaru Bahagian Sarikei.

Kejadian berikutnya melibatkan Rumah Ranggong di Ulu Niah. Penduduk Rumah Ranggong diserang sekumpulan Gangster  kerana berdegil mempertahankan hak mereka terhadap tanah NCR yang telah dimajukan secara usahasama “Jointventure” dengan sebuah syarikat perladangan kelapa sawit. Walaupun perjanjian telah dimeterai, namun pihak pemaju dikatakan gagal mematuhi terma dan syarat perjanjian. Kerana konflik yang berpanjangan maka ketegangan berlaku.

Sebenarnya Daerah Belaga yang kita cintai juga tidak terlepas daripada masalah ini. Banyak berlakunya ketegangan antara pemegang konsesi pembalakan dan ladang sawit dengan penduduk tempatan. Perkara ini diketahui umum dan ketua-ketua masyarakat kita juga pernah ditahan oleh pihak-pihak terbabit. Kalau saya tak silap YB Liwan juga pernah “ditahan”  dan mengemukakan rasa tidak puas hati beliau terhadap perkara ini, dan Bapa Penghulu Saging sendiri pernah di tahan dan tak dibenarkan masuk oleh syarikat pembalakan Shin Yang, di Kem Pembalakan Hulu Danum .

Saya juga mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Semasa pilihanraya negeri tahun 2006, saya telah menghantar sepasukan petugas pilihanraya bagi calon parti SNAP ke kawasan MURUM. Kru 10 orang menggunakan 2 pacuan 4 roda dihalang melalui pintu masuk di Kem Pembalakan Shin Yang di Hulu Danum. Ekoran itu pada hari pengundian maka tiada wakil dari calon pembangkang untuk menyelia perjalanan pilihanraya di sana. Jadi adakah pilihanraya di kawasan MURUM dijalankan dengan telus dan bersih??

Syarikat pembalakan di Belaga khususnya, seringkali memberi alasan bahawa penduduk tempatan mencuri peralatan milik syarikat pembalakan justeru itu mereka menghalang mereka memasuki kawasan pembalakan. Adakah itu benar???. Bagi saya jika itu benar, maka pihak polis/polis bantuan boleh mengambil tindakan. Pihak yang mencuri harus disumbat ke dalam penjara. Persoalan saya kenapa pihak pembalak yang membalak secara tidak beretika tidak didakwa??? Kenapa pembalak yang mencuri balak, hutan, sungai, ikan dan binatang  peliharaan kami tidak ditangkap.

Malah kerosakkan yang mereka lakukan sejuta kali lebih besar daripada mencuri minyak lori dan besi buruk, yang kononya dilakukan oleh penduduk tempatan. Justeru itu saya merayu kepada semua penduduk Belaga supaya bersatu menolak pentadbiran yang korup dan rasuah, pentadbiran yang membenarkan samseng dan keganasan. Apakah pemerintah hari ini buta sejarah???

Bukankah  ratusan tahun yang lalu bangsa dayak dan Orang Ulu adalah pahlawan terbilang yang kerjayanya memburu kepala manusia??? Bukankah sejarah telah membuktikan bahawa daerah Belaga adalah daerah yang paling luas kerana kekuatan bangsa Orang Ulu mempertahankan wilayahnya. Sejarah juga membuktikan tiada satu pemerintah/penjajah pun yang dapat menundukkan ketuanan Orang Ulu di Bumi Belaga. Buktinya mana tugu/monumen tinggalan penjajah di Belaga??? Sebaliknya tugu-tugu kemegahan (keliring)bangsa Orang Ulu berdiri megah di setiap rumah panjang

Masanya telah tiba, bangsa Orang Ulu Belaga harus bangkit untuk mempertahankan semula wilayah-wilayah kita yang telah jatuh ke tangan perompak yang rakus mengangkut wang kita keluar negara. Masanya telah tiba untuk bangsa Orang Ulu memangkah “X” pada kertas undi untuk memenangkan Pakatan Rakyat.

Hati kecil saya cukup tersentuh dengan peristiwa penganiayaan yang berlaku terhadap bangsa Orang Ulu dan Bangsa Dayak di Sarawak amnya. Bangsa yang bergantung hidup pada tanah,hutan dan sungai tiba-tiba diusir keluar kerana tidak mahir bermain politik. Ayuhlah pemuda Belaga harapan bangsa. Kita bina sebuah Universiti Politik Di Belaga..

2 Responses to “Belaga Negara Berdaulat Dan Merdeka!!!”

  1. nowmaica Says:

    Cadangan saya ialah kita tubuhkan gangster Orang Ulu di Belaga untuk melawan gangster Shin Yang atau gangster dari KTS, Gangster lawan gangster baru ada kick. Orang kampung mungkin kurang berminat dengan cadangan ini tapi inilah yang terjadi, mereka hantar gangster untuk menakut-nakutkan kita. Kalau kumpulan gangster kita besar maka mereka pasti takut mau memulakan sesuatu, kalau polis nak masuk campur kita akan pastikan mereka neutral tak berat sebelah hanya kerana duit masuk poket mereka akan dakwa kita. ayuh orang belaga dari suku kayan, kenyah, melayu, iban, cina, lahanan, sekapan, ukit, tanjong, punan dan penan sila mulakan kumpulan gerakan gangster Belaga ini untuk berjuang mempertahankan daerah kita dengan menghalang kem balak dan memusnahkan jalan balak yang ada. Ini perlu dilakukan untuk mempertahankan kayu, sungai, tanah asal kita dan daerah kita di belaga.

    WOW memang lucu cadangan diatas tapi mungkin (secara logiknya) kumpulan seperti ini patut ditubuhkan untuk memastikan buku bertemu ruas…besi melawan besi..kejahatan bertemu kejahatan… mau tubuhkan kumpulan gangster jangan tanya saya tanya macam mana ake buban KM kita tubuhkan gangster di sarawak. Adakah kita harus berjuang mencurahkan darah untuk megembalikan hak asal kita di bumi belaga seperti yang terjadi di mesir, lubnan, yemen dan libya? tidak sama sekali cuma caranya amat mudah terjemahkan ketidak puasan kita dalam pilihanraya kali ini, Jangan memilih BN lagi, titik. Enough is enough…..bila kita berkuasa semula perkara ini akan dibuka satu persatu lesen membalak dibatalkan, lesen perladangan akan diberi dangan cara yang berpatutan hak asal akan sendirinya balik kepada orang belaga. Yang sangat penting tak ada monopoli dalam lonjakan ekonomi untuk kepentingan 2 atau 3 pihak yang tamak haloba. nowmaica maju belaga.

  2. Padan Ulae Says:

    Saya sangat setuju dengan awak mengenai perkara ‘samseng’ itu. Sori to saya ini adalah ‘budaya orang cina’ dan malangnya mereka ini bukan asal di Negara Borneo. Mereka terpaksa mengunakan cara samseng untuk menakut-nakutkan orang2 kita khasnya di Belaga. Apabila mereka mempunyai kuasa mereka akan 100% menghalau kita dari tanah kita sendiri suatu hari nanti.

    Cuba kita lihat apa yang berlaku di hadapan mata kita dari Tubau sampai ke hulu Belaga. KTS yang mempunyai syarikat Kastima Lumber yang membalak dan sekarang Pusaka-KTS (kts sama kerajaan sarawak) yang menceroboh tanah NCR Orang Ulu dari Tubau dan Belaga. LIHAT sendiri. Adakah patut KTS membina pondok polis di Tubau? Adakah ini melalui kelulusan pihak Bukit Aman ataupun tidak. PGA dan samseng KTS adalah macam satu keluarga. Apa itu PGA buat kat Tubau. Mereka jaga itu samseng KTS kah. Tengok siapa jaga gate di simpang Tubau dan di Batu 20. Ketua mereka adalah dari Sibu….kemungkinan besar mendiang uncle Henry Lau….DatukRobert Lau itu lah supplier samseng untuk KTS di seluruh Sarawak mungkin di seluruh Malaysia.

    Malangnya anak2 lelaki kita di ambil berkerja dengan mereka dan mereka ini secara langsung di ajar menjadi samseng dan juga melawan kaum mereka sendiri. Nampak sangat masalah ini sudah muncul di Ulu Niah tempoh hari. Masalah menjadi besar seperti ini adalah sbb pihak polis (kebanyakan tuan2 itu lah) telah banyak berhutang budi dengan mereka ini so macam mana nak tangkap mereka. Pembunuhan dulu pun dekat sana juga.

    Mengenai samseng ni…budak kita memang ramai dan memang berani. Di Asap memang sudah ada samseng bah. kalau nak mempertahankan tanah hak adat di setiap kampung….mesti Temenggong, Pemanca, Penghulu dan MU berada di hadapan. Anak2 lelaki kita memang ever ready punya. Paling baik….Sila daftar semua mereka jadi RELA. Rela ada lesen pegang senjata bah. Mana kita punya Malat Lake’ Dian….showlah sama dia orang sekali lagi….nanti tidak lama datang lagi PM & CM ke Belaga untuk memujuk kita…..tak lama kemudian YB2 kita bawa mereka ‘enjoy’ ke KL…nak beri terima kasih kepada PM dan BN konon. Buduh meran tak Orang Ulu ake. Masih minta BN menindas dan memperbodohkan kita beberapa tahun lagi kah.

Comments are closed.


%d bloggers like this: