Belaga: Projek BN Tak Siap Ikut Jadual

Bukan sahaja rakyat malah Timbalan Menteri pun tak puas hati, ini berikutan kebanyakan projek yang direncanakan oleh BN di Belaga tak siap mengikut jadual.  Pada 5 ogos 2010 yang lalu,Timbalan Menteri Pelajaran Dr.Mohd Puad Zarkashi menyatakan rasa kesal beliau terhadap kelewatan pembinaan projek asrama pelajar SMK Belaga yang bernilai RM25 juta.

“Saya kesal, kontraktor yang diberi tender membina asrama baru bernilai RM25 juta untuk SMK Belaga nampaknya tidak dapat menyiapkannya akhir tahun ini sebagaimana yang dijadual,” katanya.

Sebenarnya bukan itu sahaja, ada banyak lagi projek kerajaan BN yang tidak beres di Belaga, dan adapun yang siap, hampir 90% tak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sebabnya apa??? kerana BN hanya melantik orang yang rapat dengan mereka sahaja dan walaupun orang itu tak berkelayakan/kemampuan. Berikut beberapa projek yang gagal disiapkan mengikut jadual di Belaga.

1. Empangan Bakun (4 tahun terlewat daripada jadual asal).

2. Asrama SMK Belaga (tak diketahui bila akan siap)

3. SMK Bakun (tak diketahui bila akan siap)

4. Pusat MPOB Asap (tak diketahui bila akan siap)

5.Klinik Belaga (1 tahun terlewat daripada jadual asal) dan banyak lagi.

Itu tak mengapalah, lambat laun akan siap juga. Tapi ada sesetengah projek pula hanya ada dalam perancangan saja. Kalau PR tak desak maka akan berkuburlah ia.

2 Responses to “Belaga: Projek BN Tak Siap Ikut Jadual”

  1. lejo kayok Says:

    Biasalah di m’sia byk2 tmpat kita akan dpt mmerhati byk projek thenti tbgkalai bthn2 , projek lambat dr target spatutnya siap. Byk projek diberi kpd kroni bn saja. Tmpat mcm di asap pun mcm itu apalagi di bandar2 bsar. Olh itu, rkyat belaga buatlah perubahan ms plhraya akan dtg ini. Tengok saja dlm asap koyan 2u tu mcm2 saja berita dan kata2 sinis dpd asap koyan. Meluat baca, nak komen, malas nak komen. Org mcm asap koyan 2u tu pmbodek, pengampu, poket pnuh. Dah makanlah ya, tu yg mmuji sampai ke langit tu

  2. tingang balui Says:

    Adalah untungnya kita menjadi rakyat belaga,Namanya projek sana sini dari jalanraya,rumah miskin dan sebagainya.Jangan salahkan Kerajaan Pusat berkaitan bab di atas.Alkisahnya,Kontraktor yang mendapat projek,Dialibabakan,asalkan lesen hidup grenti dapat inilah sikap bumiputera belaga.Seperti lalat memcium bau buruk begitulah pelesen2x ini.Siapa yang dapat senang hati,projek yang dilaksanakan hanya cincai sahaja.Maka orang-orang ini adalah rakyat belaga sendiri.Bab rumah miskin. Orang yang berada pun boleh dapat asalkan gundek yang berkuasa peringkat tempatan itu dapat sampul surat.Inilah perancangan kerajaan memang baik.TETAPI perlaksananya tiada kena pada sasarannya yang betul-betul memerlukan.BODOH………JANGAN UNDI BN LAGI,Baru kroni kroni bertukar dengan kroni yang baru.

Comments are closed.


%d bloggers like this: