Tsunami Dari Bakun?

>Klik pada imej untuk paparan lebih jelas<

Mampukah “Bakun Documentary” menghasilkan gelombang tsunami yang cukup besar untuk meranapkan keangkuhan kerajaan BN di Sarawak? Setelah kru penerbitan dokumentari ini, bekerja siang dan malam. Maka sampailah masa dan ketikanya ia dipertontonkan kepada umum.

Bagi saudara-saudara kita yang berada di Semenanjung Malaysia, silalah mengambil kesempatan untuk menghayati permasalahan penduduk Bakun yang diutarakan melalui slot documentari ini. Jadual tayangan adalah seperti dalam lampiran.

Bagi penduduk Sarawak dan penduduk Bakun-Belaga khasnya, terpulanglah kepada pihak NGO, AJKK  Kampung dan parti-parti politik untuk mengaturkan siri tayangan di Sarawak. Saya amat pasti bahawa kerajaan BN Sarawak akan melancarkan gerakan besar-besaran untuk menghalang tersebarnya berita kegagalan mereka mengendalikan Projek Hidro Elektrik Bakun di Sarawak. Selamat Menonton!!!

Sementara itu dalam perkembangan lain “Raja Balui”, Bapa Batok Bagi akan hadir di Istana Keadilan/kompleks Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi sebutan kes “Bato Bagi & Others V State Goverment Of Sarawak”. Dalam Kes tersebut bapa Batok akan diwakili peguam Tuan Haji Sulaiman Abdullah dan Mr.Baru Bian. Bapa Batok Bagi  menuntut pengiktirafan kerajaan negeri terhadap tanah NCR Uma Balui Labuway di hulu Bakun. Jadi kepada anda yang kebetulan berada di KL pada 1 Mac 2011 ini, silalah hadir ke kompleks Mahkamah Persekutuan Putrajaya, jam 8.30 pagi. Jumpa anda di sana.

7 Responses to “Tsunami Dari Bakun?”

  1. padan ulae Says:

    Baguslah….kita terus berperang bukan gunakan senjata api atau ‘kuasa bomoh’ tetapi kita perang mengunakan senjata “DEMOKRASI”. Biarlah dokumentari ini terus di tonton oleh rakyat2 Belaga. Berita terkini ada sesetengah orang memberitahu rakyat di Telang Usan bahawa kehidupan rakyat di Bakun sangat baik dan maju. Tengok lah sendiri kawan. belum tengok belum tahu bah. Penyokong BN di Belaga harus ingat…kita tidak sama sekali ‘benci dengan YB kita’ sendiri tetapi kita benci dengan BN iaitu Mr. White hair yang menggunakan kau orang BN Belaga ini untuk menindaskan saudara-saudari di rumah panjang sendiri. Tobat lah kawan…projek2 kerajaan sudah cukup buat anda untung sudah….Jangan biarkan BN anda itu buat kita berperang saudar suatu hari nanti…semua anak Taib sudah tidak hdup di sarawak lagi so sudah lah dengan kebodohan anda itu. Berilah sokongan padu anda kepada yang melawan BN kali ini.

  2. Tasin Lenya Says:

    Sekumpulan rakyat Belaga telah memulakan satu blog bernama BUTUH BN SARAWAK untuk counter-attack ASAPKOYAN2U yang sering memburuk-burukkan pihak pembangkang di Belaga. Link blog baru tersebut ialah http://butuhbnsarawak.blogspot.com

    Selamat membaca.

  3. Butuh BN Sarawak Says:

    Kita berdoa semoga Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud tersungkur dan mendedahkan bau busuknya yang terus menindas rakyat Sarawak. Kes tersebut adalah salah satu contoh kerja-kerja penindasan oleh BN Sarawak secara halus menggunakan nama Jabatan Tanah & Survei Sarawak untuk merampas hak peribumi Sarawak.

  4. nowmaica Says:

    blog asapkoyan2u adalah satu blog yang penuh dengan pembohongan, kenajisan, ketaikan, blog sakit batek, ke pura-puraan, pentadbiran yang kelam-kabut atau tak cekap, pengurusan projek BN yang hancur-lebur – selalu delay dengan alsan tak cukup wang/modal? masalh pilihanraya kata banyak wang, kerana pengambilan wang oleh pihak ketiga yang tak buat kerja. Blog yang penuh dengan janji kosong? lihat sendiri janji BN di Data Kakus…ada mereka membuat apa-apa? TIDAK cuma BOHONG atau PALO….raja PALO…PAMO …masalah tanah di ASAPadakah ianya selesai? TIDAK …tanah untuk bercucuk tanam tak mungkin cukup 3 ekar sahaja tuyang…mana permintaan kita sebelum pindah ke ASAP yang berjumlah 15 ekar? semua pergi kepada syarikat-syarikat yang menjadi kuncu BN. lihat sendiri rakyat belaga dan fikir baik-baik? Masalah sekolah di ASAP….murid SMK menumpang sekolah SRK…ini tak pernah terjadi dimana-mana? adakah ini satu pembangunan atau locakan taraf hidup …??? tidak ini adalah penindasan dan ketidak tulusan menjalankan projek…saya boleh merancang projek dengan baik dan melaksanakan projek itu dan jauh beberapa kali lebih baik dari ahli politik yang hanya tau bercakap bohong. Saya hanya akan ambil kontraktor yang buat kerja bukan yang membuat sub-sub sub kontrak kepadsa orang lain. Kos projek memang akan naik kalau terlalu byk sub sub sub yang nak keuntungan….fikirlah semua ini ada kaitan dengan pemerintahan BN tender yang dikeluarkan tak transperan…..ada unsur-unsur yang keji.

    adakah hidup di ASAP lebih baik dari kehidupan di kampung asal? orang yang buta sahaja yang kata YA…di kampung asal kebebasan untuk bercucuk tanam dihadkan oleh kekuatan diri sahaja, kebebasan mencari ikan juga sama, adakah kita dapat mencari ikan dengan baik di ASAP, mungkin tapi itu di market sahaja, di asap semuanya bergantung kepada WANG, adakah orang kampung mempunyai pendapatan tetap macam kita yang dibandar? nak pergi ladang perlu transport yang memerlukan wang. Air dan api pun kena bayar, dulu rumah pun perlu dibayar nasib ini dah dekat dengan pilihanraya dan itulah satu modal untuk menarik undi, isu ini sepatutnya tidak jadi satu isu yang penting kerana itu hak orang asal, nak ke sekolah perlu wang, dulu cuma jalan kaki sahaja. semua serba-serbi tak kena sekarang ni. Mungkin asapkoyan2u tak bayar semua ni kot, tanya sendiri ibubapa beliau kalau perkara ini diberi percuma kepada dia, tanya dia samada dia tidak ada mas

    selamat memilih pembangkang bukan Barisan Nasional. Change must be implemented NOW.

  5. Maharaja Kayan Says:

    Ya benar itu anak…sy prnah mlpaskn kmrhn kpd pnulis blog trsbut tp bila sy check lg dia dah padam smua komen para pmbangkang yang bijaksana..apa punya budak da.nyuhu hiak melut ule nak nan

  6. Padan Ulae Says:

    itu budak asapkoyan2you…you jangan memainkan sentiment yang tidak betul tau kah…kita cakap tentang polisi bukan hantam orang sesuka hati tau kah…kalau dia tak berapa pandai berblog…balik kampung tanam sawit sajalah…or tanam getah pun boleh. Lagi senang tanam jatropha…biji diberi dengan percuma. kalau dia tak faham apa maksud politik bagus lagi senyap sja.

  7. Andrew Bang Says:

    Betul. Mesti Berkongsi Idea. Walaupun pada hakikatnya berlain Perahu. Tujuan MESTI sama, Walaupun Cara untuk mencapainya Berbeza. Yang PENTING Hasilnya. Apa yang Penting KERJASAMA untuk Satu Tujuan.

Comments are closed.


%d bloggers like this: