Bagaimana Negara Boleh Maju Jika PM Pun Kena Tipu?


“JIKA anda beranggapan semua Perdana Menteri itu adalah orang yang cerdik atau bijak, mungkin anda tersilap. Di negara kita, sukar untuk mendapatkan PM yang bijak yang mampu mengawal jemaah menterinya, bahkan ada kes menteri pula `menipu’ PM. Ertinya, siapa yang bijak dan siapa yang tidak cerdik?

Semalam kita dikejutkan dengan berita Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Beliau dituduh menipu PM ketika itu bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006. Beliau bagaimana pun tidak mengaku bersalah dan telah diikat jamin sebanyak RM 1 juta dan kes akan disebut semula pada 31 Mac nanti. Sumber-fauzdin.blogspot.com”

Bagi kes Bakun pula, Siapa sebenarnya yang menipu penduduk Bakun???, PR ka atau BN???. Sila tonton dokumentari Bakun. Selamat menonton.


%d bloggers like this: