Taib Jangan Salahkan Liwan Bila BN Kalah.

Saya berjalan di dalam negara saya bernama Belaga, untuk mendengar rintihan dan permasalahan rakyat. Orang Punan di ulu Murum, Linau dan Urun, hidupnya baik sedikit daripada di zaman kolonial.

Orang Ulu di ulu Bakun, Sang Anau, Uma Kulit, Uma Lesong, Long Ayak, Long Busang, long Unai dan Balui Labuway. Mereka sedang diusir oleh syarikat-syarikat balak yang menguasai konsesi balak, juga tanah mereka ditenggelami oleh empangan Bakun. MU.Batok Bagi sedang berjuang mewakili kaum ini hingga ke mahkamah persekutuan Putrajaya. Entah apa kesudahannya.

Abang saudara saya, En. Dennis Hang, giat mengumpul kesatuan penduduk melalui Jawatankuasa Tanah Lepuun. Kumpulan ini memiliki peta dan hak milik terhadap tanah di ulu Balui, jauh lebih awal sebelum pembentukan Malaysia.

Orang Ulu dari 15 buah rumah panjang yang ditempatkan semula di Kawasan Penempatan Semula Bakun Sg.Asap, terbantut kehidupan mereka kerana tiada tanah pertanian untuk bercucuk tanam. Kerajaan BN telah berjaya memiskinkan mereka secara total.

Orang Ulu di sepanjang Sg. Belaga dari Long Bangan hingga ke Long Urun, telah habis tanah mereka dirompak oleh syarikat perladangan kelapa sawit dan pembalakan. Perompak-perompak ini terdiri daripada Shin Yang, Samling, Solid, SOP, Ekran, Pusaka KTS, ASSAR Plantation, Rimbunan Hijau dan beberapa lagi syarikat yang saya dah lupa namanya.Politik pembangunan benar-benar dekat dengan rumah mereka. Tapi yang membangun bukan mereka. Malah mereka rebah satu persatu.

Dua Puluh enam (26) penempatan penduduk di hilir empangan Bakun terjejas teruk ekoran perlaksanaan Empangan Hidro Elektrik Bakun masih tidak terbela. Pekan Belaga selaku pusat pentadbiran daerah telah jadi pekan “nyawa-nyawa ikan”. Para nelayan yang bergantung hidup di sungai Balui- langsung tak dibayar pampasan kerana pendapatan yang teruk terjejas. Bukan itu sahaja tanah mereka juga dirompak dengan jayanya.

Hari ini genaplah 47 tahun bendera Persekutuan Malaysia berkibar di negara Belaga. Tapi kehidupan penduduk Belaga seolah-olah baru 10 tahun merdeka. Bersambung…

13 Responses to “Taib Jangan Salahkan Liwan Bila BN Kalah.”

  1. nowmaica Says:

    Wing, adalah baik kalau kita paparkan semua syarikat (besar ke kecil) yang mempunyai konsensi balak, kilang pemprosesan kayu sawmill di negara Belaga, Perladangan sawit yang berleluasa dan penanaman kayu kertas di negara Belaga. Siapa yang boleh memberi data ini kepada kita. Bila kita dapat semua data itu kita cari siapa pemilik hartatnah tersebut dan pemegang saham yang berkepentingan mutlak dalam syarikat-syarikat mega tersebut. Kita orang asal telah ditekan sampai menyembah bumi dan terus dipijak, esok entah mungkin mereka akan bunuh kita dengan membawa samseng taik kucing ke negara Belaga. Ayo orang Belaga ayen dayoh-dayoh, terus berjuang sampai ke titisan air liur terakhir. Nowmaica….maju Belaga. Kita berpakat kalahkan BN, Liwan baik berundur secara terhormat kerana kami tiada pilihan lain selain PR atau parti bebas.
    Change is the way to move forward…

    • belagakini Says:

      Bagus cadangan anda, mari kita sama-sama buat penyelidikan berkaitan perkara ini dan hasilnya akan kita paparkan dalam blog Belagakini.

  2. Padan Ulae Says:

    Kita ikut cara itu sarawakreport. ok guys no problem. kalau mau semua itu di keluarkan jom kita cari…just call me and i will give you the info…especially berapa orang Belaga jagi BANGKRAP daripada jadi kaya kerana Bakun. Nama mereka pun boleh kita sebar. orang bangkrap mana boleh memegang jawatan dalam kerajaan. habis-habis. Mengenai Balak itu saya ada pemilik2lesen. kita banding dan tengok yang mana lebih menonjol.

  3. Andrew Bang Says:

    Teruskan R&D For Orang Ulu Development. R&D yang baik membawa hasil yang baik. Congratulion.

  4. Andrew Bang Says:

    Now is The time To Hand-up Our Real Data according to our Pure R&D especially For “Development of Orang Ulu”. Teruskan.

    • Tasin Lenya Says:

      Jangan mengaburkan mata rakyat Belaga dengan perkataan “Development” selagi BN Sarawak pimpinan Taib Mahmud berkuasa. Semua wang projek tetap akan masuk poket kroni dan kuncu.

  5. Tasin Lenya Says:

    Betul tu Padan Ulae. Saya tengok ada orang yang sudah bangkraf tapi pegang jawatan penting. Macam mana boleh jadi macam tu ? Kita bongkar semua itu dan beritahu orang Belaga.

  6. lejo kayok Says:

    menyampah betoi…. dgr cerita konvensyen bn baru2 ini. Berita yg ditunggu2 sluruh rkyat, tdk tkeluar dpd mulut si ake ayak muban. Apa yg lbh diuar uarkan, bjuang hbis hbisan utk kmnangan, itu saja yg di highlight… Sebaliknya pr yg teruk kena bantai, mcm2 lah. Tak tahulah mcm mana nak ubah minda org2 kita, mereka yg dtg dr belaga kws kita dlm konvensyen itu pun nampak taksub sgt dgn pimpinan skrg. Bodek dan mengampu dah jd amalan mereka agaknya, bosan bila rakyat swk pak turut saja.

  7. educated asap Says:

    Dear Friends,
    First of all i want to congratulate bro wing for your hard work introducing this web for our people in Belaga. Yes i agree with all your proposal in here to get more details info about what is going on in belaga. Bear in mind that we all do this not because of jealousy but just to prevail truth. Otherwise who will do. For those of us who have willingness to sources out what ever info that is available please do so. Our longhouse residents really need to have this before hand, especially GE is just around the corner.

  8. nowmaica Says:

    Padan Ulae just step forward and forward those info to Wing, let all the hidden info be revealed and belaga people see what is the issue that has be swept under carpet. List down their name, their qualification, their current job and whatever that’s useful for us to analyst in this forum. It is always good to see who does what, as we may do not aware belaga people has a lot of property from the corruption practise in our area, these people should be kick out from constitution or belaga. They are just want to enjoy themselves and being greedy, development is for all our people in belaga. Tak ada guna nak agung-agungkan Maren Uma kalo sudah korupsi (bukannya kita tak hormat mereka, tapi mereka pun perlu hormat kita jangan memanipulasikan rakyat, kita bukan bodoh macam orang tua/datuk kita yang dulu) serta tak mampu memimpin, sekarang ini zaman moden…orang yang betul-betul boleh memimpin harus mengambil tempat dan laksanakan pembangunan yang seharusnya dinikmati oleh rakyat bukan untuk pemimpin kita beli hartanah, kereta serta bermacam-macam lagi kepentingan diri sendiri serta keluarga atau kroni mereka.

  9. ABUN SUI ANYIT Says:

    FFAKTA 1:
    WANG PAMPASAN UNTUK KAMPUNG MU BATO BAGI NAHA JALEI ADALAH RM1.2 JUTA SAHAJA OLEH TAIB/BN BAGI LEBIH PULUHAN RIBU EKAR (ANGGARAN SAHAJA KERANA PEJABAT TANAH DAN SERVEI TIDAK BUAT KERJA MENGUKUR DAN MEMBERI KEPADA KITA SAIZ SEBENAR).

    FAKTA 2:
    WANG PAMPASAN UNTUK HANYA 38 EKAR Sahaja TANAH SAGONG TASI YANG DIAMBIL DI SELANGOR NEGERI PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH, DIBAYAR RM6.5 JUTA.

    ANTARA FAKTA 1 DAN FAKTA 2 MANA YANG KAMU MAHU?

    JANGANLAH JADI BODOH SOMBONG!!

    BUANG SAJALAH TAIB/BN YANG TERUS MENIPU DAN MENIPU KITA DI BELAGA.

    PALING TERUK MERAMPAS YANG HAK KITA. KALAU TAK RAMP[AS KENAPA TAIB/BN TIDAK BERI GERAN UNTUK TANAH KITA YANG ADA?

    KENAPA JUAL TANAH KITA KEPADA SYARIKAT KRONI?

    UNDILAH CALON PARTI KEADILAN RAKYAT UNTUK PENYELASAIAN MASALAH TANAH NCR KITA DI BELAGA.

  10. Hilang Says:

    Salam siang semua…

    sbg anak belaga yg masih mentah dgn scenario politik didaerah kita,saya cuma ingin mnyatakan pandangan mata saya. saya melihat masyarakat kita yang terlalu senang dpujuk rayu dgn wang. kenapa bila pilihan raya, berkobar masyarakat kita melaungkan parti ini, parti itu, gamak nya bagai sudah boleh menang bdasarkan bilangan penyokong tapi bila keputusan tiba dtangan…tetap pemenang yang sama (lain dmulut, lain di undi). berbaloikah sekadar duit minyak moto utk mengundi sehari, berbaloikah dbelanja minum sehari oleh pihak yang punya wang, berbaloikah dengan janji yang kita tak tau sampai ke tidak.kesenangan dan kebaikan utk sehari. kenapa rakyat kita semudah itu dbeli dengan wang?

    Tapi kita tak boleh salah kan rakyat kerana mengundi BN/PBB sebab rakyat kecil seperti kita, mahukan gerenti, asuran, keyakinan bahwa kerajaan yg kita pilih itu, adalah kerajaan yang kuat, yang ada berakar umbi dalam bidang ekonomi, pentadbiran, teknologi….Jadi sekarang saya letakkan fikiran saya seperti seorang penduduk kampung yang sumber pendapatannya hanya bertani, saya akan berfikir, kalau saya memilih pembangkang, mungkin bantuan takkan sampai lagi kepada saya. kalau saya pilih parti pembangkang, mampukah mereka melaksanakan janji2 mereka.menjadikan mereka sama seperti parti kerajaan sekarang.kalau mereka tidak efektif seperti yang dijanji, mungkin kah kita jadi daerah terbuang.sememang nya pemikiran ini, adalah tidak relevan bagi yang sudah berhijrah ke bandar, sudah banyak pengalaman dalam dunia politik negara, sudah berpelajaran. tapi relevan bagi kebanyakan pengundi kita. kita tengok berita d tv yang menjatuhkan kredit pihak pembangkang setiap masa dalam berita, dalam surat khabar(yang sehari kemudian baru sampai tu). jadi, bagi masyarakat kita yang tidak biasa atau tidak pernah melihat senario politik d luar, semua ini akan mempengaruhi pemikiran mereka. tiada kebebasan utk melihat dari dua sudut yang berbeza.

    saya tidak melihat YB Liwan(BN) sebagai masalah dalam pembangunan belaga. tapi masalah nya dari atas.pimpinan tertinggi di sarawak yang kini menjatuhkan imej BN/PBB bukan saja dalam negara, malah seluruh dunia.permintaan atau permohonan YB utk rakyat, ditolak kerana nafsu yang paling tua di atas,kerana berat sebelah. kita hilang kepercayaan dari atas, bukan dari wakil kita sendiri.(itu pendapat saya sendiri)

    a jurist once said :”power make a man corrupt, an absolute power makes the man absolute corrupt”………..and its absolutely true that …..”corruption flows from top to bottom”

    jika kerajaan kita sedar akan kenyataan yang masalah nya berpunca dari pucuk pimpinan, dan berusaha memperbaiki keadaan…tiada sebab perlu takut bila pilihanraya tiba. rakyat,saya yakin, bukan memilih mana2 parti, tapi mencari pemimpin yang boleh membawa pembangunan seimbang dalam masyarakat kita tak kira lah dia datang dari parti mana, latar belakang apa…

    sekian terima kasih

  11. perbadanan bandar baru tunjong Says:

    perbadanan bandar baru tunjong…

    […]Taib Jangan Salahkan Liwan Bila BN Kalah. «[…]…

Comments are closed.


%d bloggers like this: