Asapkoyan2U Persendakan Perjuangan Batok Bagi.

Saya tak pasti dan tak berapa tahu apakah agenda kewujudan blog Asapkoyan2U. Mulanya saya sangkakan penulis blog ini akan memperincikan setiap projek dan pembangunan yang kerajaan BN bawakan untuk rakyat Belaga. Jika itulah niatnya, saya sangat menyokong kerana dengan demikian rakyat Belaga dapat mengukur jumlah duit dan faedah yang telah mereka perolehi selama lebih 47 tahun telah menyokong BN.

Tapi apa yang saya jangkakan tidak menjadi, sebaliknya penulis blog ini lebih banyak menakut-nakutkan Orang Belaga, dengan berulang-ulang kali menggunakan perkataan AWAS!!!!!. dalam hampir semua posting yang ditulis.

Terbaru penulis mempersendakan perjuangan Maren Uma Batok Bagi di atas kes mahkamah yang sedang dihadapinya. Asapkoyan 2U menulis “Agenda mereka ini terbukti, apabila minta duit dari TR Bato Bagi, Naha Jaley untuk bayar kos makamah kononnya. Sebaliknya Kes TR Bato Bagi tak perlu dibawa ke mahkamah pun. Kerajaan telah mengiktiraf kampung Naha Jaley dan telah membayar mereka pampasan ke atas NCR mereka”.

Saya sangat yakin dan percaya, Pak Cik Batok tak akan suka-suka masuk-keluar mahkamah bertahun-tahun lamanya. Pak Cik Batok tentulah mahu supaya Jabatan Land Survei datang dan sukat tanah beliau dan mengeluarkan hak milik tanah penduduk kampung Naha Jalei. Pak Cik Batok juga faham yang berkuasa berbuat demikian ialah CM Taib dan kerajaan BN.

Saya nak tanya Asapkoyan2U, ada CM keluarkan surat tanah untuk Pak Cik Batok???, ada Parti PRS,PBB,SPDP dan SUPP mengusulkan dalam mesyuarat Agung mereka supaya hak milik tanah NCR diberikan kepada kaum dayak dan Orang Ulu. Ada YBYB Dayak kita bangkitkan hal hak milik tanah ini dalam sidang DUN Sarawak. Jawapanya tak ada semua penakut dan pak pak turut saja. Apa CM cakap semuanya betul.

Berbalik kita kepada kes Pak Cik Batok. Saya bersama rakan-rakan berusaha bermati-matian membawa kumpulan media untuk membuat pendedahan dan tekanan kepada kerajaan negeri Sarawak. Dua dokumentari dihasilkan dan salah satunya khas memfokuskan permasalahan Pak Cik Batok dan Kampung Naha Jalei. Menyedari mereka diserang dengan hebat James Masing terburu-buru menghantar wang pampasan penduduk Naha Jalei. Itu pun bukan dengan kaedah dan cara yang betul.

Jika benar kes mahkamah membabitkan tanah NCR penduduk Naha Jalei boleh diselesaikan di luar mahkamah dan dapat jimat wang Pak Cik Batok. Silakan Asapkoyan tunjukkan caranya. Asapkoyan boleh arahkan James Masing dan CM Taib (Kerajaan Negeri Sarawak) menarik diri dalam kes ini dan memberi kemenangan kepada Pak Cik Batok dan penduduk Naha Jalei.

Masih ingatkah kita kepada kes Sagong Tasi Vs Kerajaan Negeri selangor???. Selepas PKR menguasai Negeri Selangor. Mereka memutuskan untuk menarik diri dari mencabar masyarakat Orang Asli suku kaum Temuan dalam kes tersebut. Hasilnya Sagung Tasi dan 7 yang lain diberi pampasan RM 6.5 juta. Apa macam bagus tak PKR Selangor???

23 Responses to “Asapkoyan2U Persendakan Perjuangan Batok Bagi.”

  1. lejo kayok Says:

    Saya sgt stuju dgn kyataan balik olh wing dlm mgulas apa yg ditulis oleh asap koyan 2u. Mmg benar jika diamati cara pnulisan dan gaya pceritaan dr satu kisah ke satu kisah lain mmg penulis blog itu seolah2 mgejek, mplekeh mgenai pakatan pr di belaga khasnya dlm mhdpi next sarawak dun. Seolah2 smua mslh dah slesai. Ktaksuban beliau thdp pelitah tlampau2. Spatutnya kita bangga punya org tua spt taman saging bato yg bjuang utk keadilan kaumnya dan pduduk di naha jaley khususnya. Bukannya bkata ssuka hati. Ok baguslah asap koyan kami fhmlah apa sebab awak mgampu sgt…….

  2. Tasin Lenya Says:

    Hek,hek….sakit demam ASAPKOYAN2U dah masuk tahap “insane” Ow, “insane” tu apa ? Tanya pakar kita mat salleh. Arap dia segera pergi berubat dan sembuh.

  3. tuenlaja Says:

    jum kita kuman bahek.lebak tevela ha hungei paran/jawan.aik…uh bawang ayak…hado…

  4. nowmaica Says:

    penulis blog asap koyan 2u ialah – encik romio ding dari asap koyan entah bagaimana orang ni menilai pencapaian BN saya kurang pasti, sekiranya kita mahu menilai pencapaian sesebuah parti politik kita harus tengok secara menyeluruh. Kebebasan untuk mentadbir belaga telah diberikan sepenuhnya kepada BN sejak 1967 lagi. Lihat sahaja apa yang telah atau boleh dibanggakan oleh kita sebagai rakyat belaga? Ada? pembangunan instrastruktur asas pun mati-mati belum ditunaikan, tiap-tiap kali pilihanraya beri atap zink/zing dan duit 50 ringgit untuk orang kampung nak buat apa atap zing, duit mungkin boleh beli makanan? kita minta sekolah yang selesa, jalan yang diselenggara dengan betul, bekalan air bersih yang sesuai dengan abad ini, minta kemudahan kesihatan yang berpatutan dengan daerah kita. Kami rakyat belaga tak minta mereka bina satu lagi stadium bukit jalil, kamit tak minta mereka bina KLCC dibelaga, tak minta mereka beli boeing 707, kami tak minta projek lebuh raya utara selatan, kami tak minta mereka buat landasan LRT…cuma minta jalan yang baik untuk kemudahan seharian kerana jalanraya kami sudah musnah oleh projek empangan Bakun (batang balui). Pencapain BN di belaga adalah dibawah PAR dalam permarkahan cuma saya boleh berani katakan 43% sahaja. Tak cukup baik…KPI gagal..takut dengan ketua, takut membawa isu rakyat belaga ke dewan Parlimen dan ADUN. Itu bukan wakil rakyat itu ‘kesukung gelung’ kata orang Kenyah or to be exact useless leader put it that way.

  5. lejo kayok Says:

    betul tu nowmaica…. Kita lihat saja isu air di asap koyan, tk plu tengok hal2 lain k. Letak 1 pkara asas namun amat ptg bg kita di asap.. Pernah 1 ketika, masa nak masak air, aduh…. terkejut betul air yg keluar tu putih dan berbuih mcm apa??? Terus buang…. Tk jd masak air. Mandi pula air itu mcm kita rasa air laut…. melekit kat tubuh. Jd nak tanya asap koyan mslh air dah slesaikah ha???? Mungkin itu salah 1 punca ramai org sjak pindah di asap ramai yg sakit sakit, sebab air tdk dirawat dgn betul. Jd mcm mana isu api elektrik… khasnya masa perayaan…. black out selalu saja tjdi. kalau black out tu lama juga tu….. shingga org nak enjoy ngabang pun dah hilang seronok. Renungkanlah asap koyan . Itu blum lagi mslh2 lain. Byk tu bukan sikit. Senang senang saja kata mslh selesai semua.

  6. educated asap Says:

    ROMIO DING , MEMANGLAH KAMU SOKONG BN Sebab kamu kerja dan makan duit dari kerajaan sekarang ini, Butakah mata kamu melihat keperitan orang kampung yang di hulu sana, sebangsa dengan kamu. ROmio saya sungguh sedih melihat anak jati Belaga membuat tuduhan yang tidak masuk akal kepada pak cik bato bagi dan keseluruhan penduduk belaga. Tunggu dan lihat ada masa nanti saya ketemukan kamu dengan dia baru kamu tahu siapa pakcik ini. Romio sudahlah jangan nak angkat bakul Superior kamu Tu kita rakyat faham lah yang mana intan atau kaca. you ingat sorang saja ada degree kah Ha….

  7. lejo kayok Says:

    ha….ha….ha….. betul tu educated asap…. tengok saja muka romio ding tu di fb mcm tuen laja dia guna topi gambar dia tu guna topi sebiji mcm maharaja he…he….he…
    Kalau nak mengampu pun kaji dulu, pcapaian bn di kws kita di belaga. mcm mana kmudahan di kpg beliau sdiri, adakah cukup mmuaskan hati pduduk kpg, kcualilah mereka sengaja mbutakan mata mereka baru mereka sedar apa yg masih kurang di kpg mereka. Penuhlah poket nanti ms coming election ni…. diberi bos…. tanda phargaan atas sumbangan besar mmuji mlampau…..ha….ha….ha

  8. nowmaica Says:

    penulis blog asap koyan harus sedar, dan beri gambaran yang sebenarnya….semua yang diberi oelh kerajaan sekarang ni cuma gula-gula, kenapa tak buat beberapa tahun yang lalu….ini satu perkara yang sudah sangat biasa bagi kami yang lebih awal makan garam dari kamu. Kami akan mengundi orang yang bersiri atas perahu lain dan bukan BN.

  9. padan ulae Says:

    Sekiranya kita faham maksud PENGHIANAT bolehlah kita kata asapkoyan2you kemungkinan benar-benar pengkhianat kepada MU Bato Bagi dan orang Belaga. Kalau asapkoyan2you dilahirkan di Sungai Balui dan merasa kesusahan hidup orang Ulu di sana maka beliau harus mempertahankan HAK orang Belaga seperti MU Bato Bagi. Beliau ini memang seorang yang ‘tergantung 100%’ kepada wang BN tanpa berbuat apa-apapun. Asapkoyan2you….I think you talk nonsense lah.

  10. Sem Kiong Angin Says:

    Membaca komen tentang Romio Ding.Saya sudah jangka ia akan terjadi macam ni jauh lebih awal.Ingat Romio Ding akan ketawa jika BN menang.Kamu semua yang komen akan menangis.Dengan itu lakukan kerja di grassroot.Kpg.Saya dah kerja dengan Bapa Batok sejak 2000 hingga 2006 semasa kerja dengan NGO.Saya pernah bawa dia sampai Thailand melihat kawasan penindasan pemerintahan.Itu makanya dia makin berani dan tertanam semangat untuk berjuang bagi hak bangsanya.Maren mimang dia maren.Ada ilmu dia ada.Tak boleh diperselekehkan.Hai orang muda.Menang kalah BN di Belaga ada pada tangan kamu yang komen komen.Saya undi di Long Dungan.Ambil tindakan Romio itu positif untuk memberi semangat juang bagi orang muda belaga dalam mencari hak politik.Jika dia tak kata gitu masakan ada koment yang macam ni?So jadilah isu ini menjadi minyak untuk membakar semangat juang kalian.All the best.

  11. Tup Seketup Says:

    berusaha menyedarkan org2 kpg masing2 tentang pentingnya memilih wakil rakyat bukan dr BN kali ini. kalau BN masih menang di Belaga kali ini, sayalah org yg akan paling kecewa hati sampai ke perut dan usus, walaupun kpg sya tdk terletak di dun belaga lagi. jgn biar org2 tua di kpg mudah terpengaruh dgn sogokan rm50, rm100,rm1000 yg boleh habis dlm masa sehari. biar BN berjanji apa2 projek pembangunan/politik pembanunan, tetapi kita harus berani tell it right to the BN YBs’ faces – siapkan projek dulu barulah org belaga akan putuskan siapa akan diundi. bukan berjanji dan undi dulu, tapi siapkan kerja dulu. BN sudah diberikan masa yg begitu lama utk buat kerja, apa belaga dpt? change must come to Belaga now! please give no more chance to BN, no more!

  12. anak desa Says:

    Penulis blog asapkoyan2U Romio Ding selayaknya kita ikat dengan batu besar dan buang ke dasar empangan Bakun.

    Walaupun saya bukan masyarakat orang ulu Belaga namun jiwa dan raga saya adalah hanya untuk melihat bangsa saya sama-sama maju seperti juga bangsa lain. Saya terfikir mengapa masyarakt kita Orang Ulu ini amat mudah diperbodohkan oleh orang lain dan juga oleh bangsa kita sendiri terutama sekali orang macam asapkoyan2U.

    Telang Usan & Belaga tiada bezanya, kedua-dua wilayah milik orang ulu yang kaya dengan balak dan juga alam serta faunanya tetapi kehidupan kita tetap miskin. Wakil Rakyat yang kita pilih dan harapkan juga hanya mementingkan diri sendiri serta keluarga.

    Hati kecil saya sentiasa menitiskan air mata mengenang nasib kita semua. Sebagai generasi baru masyarakat Orang Ulu, kita harus bangkit dan berani dalam menuntut hak kita. Kita bukan melawan perintah seperti mana yang dinyatakan tetapi kita inginkan hak kita diikhtiraf.

    Kepada saudara-saudara ku di Belaga, perjalanan kita masih jauh dan penuh liku. Di hadapan kita terlalu banyak onak dan duri perlu kita tempuh, tetapi dengan azam kuat yang kita warisi dari nenek moyang kita, kita akan pasti berjaya akhirnya. PERCAYALAH….

    LAWAN TETAP LAWAN

  13. anak baram Says:

    Warga Belaga dan Telang Usan di Baram mempunyai misi dan visi yang sama.

    Marilah kita sama-sama menyingkirkan BN pada pilihanraya negeri yang akan datang. BN terlalu lama berkuasa dan gagal dalam semua perkara. Tanah NCR kita telah BN jual dan serah kepada Taikun-taikun sudah sedia kaya dan makin kaya lah mereka ini. Kita pula akan terus miskin dan papa kedana.

    YB Lihan dan Liwan adalah budak suruhan kepada BN. Di Telang Usan dan Baram am nya, Lihan dan Jacob Dungau telah banyak menyeksa dan menipu Orang Ulu di Baram. Kebanyakan rumah panjang milik orang ulu di Baram terletak di atas tanah kerajaan kononnya. Mungkin ada benarnya memandangkan Map milik Jabatan Tanah Sarawak tidak tertera pun nama sesetengah kampung dan kebanyakan Tanah yang sepatutnya Tanah NCR kini atas nama company-company balak seperti RH, Samling, SY dan KTS.

    Mengapa perkara ini berlaku? siapa lagi kalau bukan YB-YB BN yang kita sendiri telah lantik. Mereka telah bersekongkol dengan Pemerintah BN untuk merampas tanah NCR milik rakyat. Pernahkah YB-YB BN ini muncul atau berdiri di depan mempertahankan masyarakat Orang Ulu atau rakyat Sarawak khasnya dalam mempertahankan tanah NCR dari dicerobohi syarikat-syarikat balak dan Sawit? TIDAK PERNAH SAMA SEKALI.

    Masyarakat Orang Ulu perlu berfikir panjang samada terus memilih mereka ini atau memilih orang baru?…..fikir-fikirkan lah

  14. belawan bato lagah Says:

    Nampaknya dah ada orang yang merasa terancam dgn komen2 yg dibuat oleh asapkoyan2u. Kebenaran sudah terserlah. Dah ada pihak yang sudah rasa pedasnya cili asapkoyan2u. Bagi sy, saudara dan asapkoyan2u sama2 menyokong & mempertahankan apa yg diusahakan oleh Bapa Bato Bagi ini. Saya secara peribadi, bersetuju 101% dan menyokong perngorbanan bapa ini yg berusaha utk mendapatkan hak beliau. Mungkin apa yang disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak ini ialah komen asapkoyan2u tentang “terdapat sekumpulan orang yang berkepentingan @ yang mempunyai agenda yg tersembunyi untuk kepentingan peribadi, dengan mengambil kesempatan terhadap bapa ini.” Mereka menjual @ menggunakan nama bapa ini untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Bagi pihak NGO’s pula, mereka memperdagangkan nama bapa ini untuk mendapatkan keuntungan dri segi wang ringgit. Niat jahat sesetengah indidvidu seperti inilah yg dipersoalkan oleh asapkoyan2u. Mereka membantu bukan dengan iklas dan jujur, tetapi atas sebab2 tertentu. Tepuk dada tanyalah selera..AB, Anak Baram @ Anak Buangan??? AB, siapa sdra yg hendak mengajar org Belaga?? Tak payah sibuk krn org Belaga dah matang. Jgn sentuh tepi kain org, tapi jagalah kain sendiri. . YB Belaga bukan sepertimana sdra, yg sudah jadi anak buangan. YB Liwan adalah perjuang, yg telah banyak membawa pembangunan kpd rakyat Belaga, w/pun belum sampai sepenggal penjadi W/Rakyat. Beliau bukan jenis orang seperti sdra yg hanya pandai berkokok di siang hari, tapi habukpun ta ada.

  15. nowmaica Says:

    Belawan,

    Memang YB Liwan pejuang tetapi berdiri di atas perahu yang salah, dia diarah oleh James Messing around, dan Pehin. Semua usahanya tak akan kedengaran kerana kuasa duit Pehin, dan James messing around pun nak ada suara. Semua license pembalakkan harus di batalkan/dibekukan di Belaga. Syarikat perladangan harus menghadkan ladang mereka. Kesan kepada orang ulu sangat dasyat kerana kita masih menanam padi huma dan sebagainya. Tempat bercucuk tanam tak diberi dengan rela. Syarikat pembalakan menghimpit orang kampung dan tanah-tanah yang berdekatan dengan kampung-kampung diperkosakan tanpa memberitahu orang kampung. Samseng serta ranger hutan/polis/pasukan gerakan am dibawa ke kampung untuk menakutkan orang kampung yang berang dengan tindakan syarikat balak ini. apa komen Belawan dengan Romio Ding dengan penindasan ini? adakah YB Liwan pernah membawa isu ini kepada pihak berkuasa? adakah permohonan untuk menambahkan tanah untuk bercucuk tanam diluluskan oleh jabatan land survey? Go to HELL lah cakap pun tak ada guna…..jangan cari pasal dengan nowmaica…i can write on this blog for the rest of the day…to tell you guys what is the mismanagement that has happened in Belaga how to fix it and what not. common if you have your balls pls list down all the projects that have been sucessfully deployed in Belaga through out this 4 years…project delayed yes i am aware…..it has been more than 40 years… only the road from belaga to jayong completed last month….hemmmmm….just because of too many noises made by us in the web…that really push the ADUN to work hard. If opposition is not strong in belaga you will see we will never progress trust me. Opposition pls push harder to reveal all the things in this belagakini that the belagain will see what is really happen in our district.

  16. lejo kayok Says:

    HA….HA RASAKAN BELAWAN BATO LAGAH DAH KENA BRUS NOWMAICA. AWAK SAMA SAJA DGN ASAP KOYAN 2U. NGAKU SAJA AWAK TU PBODEK DAN PENGAMPU. MEMUJI MGUNUNG TK HBS HBS. AWAK JGN KATA BAPAK BATO BAGI ITU DIPERGUNAKAN ORG TTENTU… DIA MEMANG PEJUANG UTK HAK DIA. KEBTULAN PULA MEREKA YG MJD PGUAMBELA DIA ADALAH BB. JD APA PUTAR BELIT KYTAAN. BUKAN DIA DI PERGUNAKAN OLH MEREKA. BELUM APA APA SUDAH LEBIH2 ,APA AWAK MAHU JD CALON BN DI MS AKAN DTG JUGAKAH??? BGTU JUGA PANDAI PANDAI AWAK KATA ANAK BARAM TU MAHU CAMPUR TANGAN DI BELAGA?? APA SALAHKAH HA, KITA SAMA BANGSA MANA2 KITA DIAM MEMANG MGALIR DARAH YG SAMA MAHU MBEBASKAN KAUM KITA DPD CGKAMAN KUASA YG KITA FKR BUKAN PMBELA BGSA. JD JGN PANDAI PANDAI NAK TEGUR ORG KALAU AWAK SDIRI TU CUMA PANDAI MENGAMPU. AWAK PERLU INGAT SEBAHGIAN PROJEK YG KELUAR SKRG TU BUKAN SEMUA KERANA USAHA LWN LGG SEORANG TAPI ADA JUGA DTG DPD USAHA DAN PMHONAN XYB LAMA SEMASA DIA MSH YB CUMA TIME TU ADA YG SUDAH DIBERI DAN SBHAGIAN ADA YG BLUM DITUNAIKAN. JD MKNANYA ITU ADALAH KESINAMBUNGAN USAHA BSAMA, JD JGN TLAMPAU MMBODEK, JGN INGAT KAMI TDK TAHU….

  17. lejo kayok Says:

    SAYA SGT SOKONG KATA KATA NOWMAICA. KITA DPT LIHAT SKRG D PIHAK BN BELAGA NAMPAK GIAT USAHA SANA SINI, TMSUK BYK KALI KE KL KERANA MEREKA DAH SDAR BYK SGT ISU DIBANGKITKAN DAN DIBAHASKAN DLM BYK WEB, SHINGGA MEREKA JD RESAH, MAHU TDK MAHU MEREKA HARUS BKJA KRAS UTK MLUNASKAN APA JUGA JANJI MEREKA PD ELECTION 2006 LPS, TAKUT PERAHU KARAM COMING ELECTION. TMSUK DGN MEMORANDUM YG TLH DISIGN OLH 15 MU PD HJG TAHUN LPS BHUBUNG MSLH TTUNGGAK YG BLUM SLESAI, JD KESANNYA PIHAK BN KJA KRAS, RISAU2 KALAU SMUA RKYAT BLAGA MNOLAK MEREKA PD ELCTION AKAN DTG INI. JD UJG2 TIMBULLAH CERITA HARGA RMH AKAN KELUAR DAN MCM2 LAGI UTK MREDAKAN HATI RYAT. HBS MSLH TANAH YG TERUS SAJA TDK DISUKAT DULU TU, KRNA KONON LUAR BLOK, APA CERITA/…… KENAPA SEWENANGNYA TIDAK MAHU SUKAT SDGKAN ITU TANAH TEMUDA RKYAT BELAGA YG SUDAH DITEROKAI OLH NENEK MOYANG DULU, KEBUN KOKO SUDAH BBUAH MS TU TAPI TDK DISUKAT??? BELUM CERITA TABUNG BAKUN LAGI…..

  18. Andrew Bang Says:

    Pertegakkan yang BENAR. Kami Rakyat Belaga Nak Kebenaran. Tanah Tumpah Darahku MESTI seimbang dengan Arus Pembangunan. Tak ada guna Bakun projek MEGA, Penghuninya TERBIAR. Kesimbangan PERLU WUJUD.Penghuni,Tempat, pendapatan juga sepatutnya MEGA. “Pertolongan YB dan Kelunan Aya’ Belagah sangat2 diperlukan di sini” KERJASAMA untuk menyelesaikan masalah2 yang timbul amatlah penting. Menuding Jari sesama KITA bukan cara orang Kita. Ken daha kelunan aya “Tekaran Sayu”. Harep Belaga “Maju dan Aman” TETAPI “Bukan Maju tapi tak Aman”. GOD BLESS BELAGA.

  19. nowmaica Says:

    Belawan/ROMIO dan yang bersekongkol dengannya,

    Orang Baram memang lebih maju dari orang Belaga, saya orang Belaga dan memang mangakui hakikat itu, samaada dari segi pelajaran atau dari segi ekonomi, cuma akhir-akhir ini orang Belaga telah dapat memperbaiki keadaan mereka, tak percaya lihat sahaja Datuk Jacob Dungau di federal government bebanding wakil kita Datuk Billy. Orang Baram seharusnya ambil peduli dengan orang yang serumpun bukan macam hang syok sendiri. pi mampui lah hang orang penang kata. Lihat di penang dan selangor pencapaian yang terbaik sejak merdeka aliran pelabuaran masuk begitu banyak. di penang tahun ini 465% kenaikan direct foreign investment (FI), BN tak berani cakap pasal ini meraka akan sibuk dengan kes orang tua terima duit haram (lumba kuda), kes orang india di halau dikawasan orang cina aiyah lu fikirlah sendiri. Masa zaman tok kadok koh su koon mana ada perubahan macam ni…itulah BN memang tak eficient membuat kerja. DI selangor tak payah cakap bayak lah lu pergi sendiri. Macam mana Cyberjaya melonjak dari tahun 2006 sehingga hari ini, Singapore pun sudah gentar dengan tumbuhnya syarikat global menubuhkan global support center mereka di cyberjaya. Putrajaya pula cuma tau habiskan duit rakyat….siapa yang di putrajaya lu punya ketua yang kau sanjung2X lubang hidung tu lah. siapa lagi….di belaga.cerita nya lain semua projek tergendala dan lu cakap BN banyak buat perubahan…sampai hari ini satu bank pun tak wujud di muka bumi belaga. Talian internet yang terlambat dimalaysia manakan tidak mereka masih pakai teknologi VSAT….cuma stesen minyak sahaja yang pakai teknologi itu pada masa ini itu pun untuk tempat yang terpencil. Belaga sepatutnya mempunyai jaringan network fiber (fiber cabling network) yang baik sejak tahun 2000 kerana jaraknya yang dekat dengan bintulu. TAPI pembangunan songsang. sekolah makin mundur, semasa sayat belajar dibelaga tahun 1987-89 semua nampak lebih baik dari sekarang ni…pekan belaga menuju pekan hantu …pekan mati..terkulai layu. Tiada orang yang mau ke sana semua tertumpu ke bandar bintulu kenapa? kerana belaga terlalu mundur. siapa yang mederita? orang yang tinggal di belaga bagi kamu yang di bintulu, kuching, sibu dan miri tak terasalah. Jangan cuba-cuba bercakap bohong kerana kami sudah jemu dengar pembohongan dari BN atau PRS atau PBB. Jannji BN banyak sangat dan janji itu mungkin (MAYBE) akan dilunaskan selepas 40 tahun memerintah…..apa guna nowmaica kempen dibelaga 20 tahun yang lalu….jalan ke ulu ke hilir melaungkan now meh ecah maju belaga kalau vision dia tak tercapai….

    Cakap pasal tanah tak payahlah….pencapaian dibawa par, cakap pasal balak juga sama…sungai-sungai kita hancur…jadi air milo nak tangkap ikan pun susah, pembalakan menghalau semua jenis haiwan dari hutan berburu pun sukar masih ini. dulu mabang soting babui senang sekarang ini babui pun geli nak melintasi sungai rejang. Aduh susah kehidupan modern yang dibawa di belaga….tolong…tolong senaraikan kemajuan yang telah BN berikankepada belaga dengan ikhlas seperti yang kamu katakan tadi….

    terus terang siapakah sekumpulan orang itu jangan berselindung biar semua orang belaga org borneo tau…. jangan libatkan NGO…mereka tu atas pagar…kalu hang tak puas hati nyatakan nama siapa yang dalam NGO…apa you takut ada balls ker you nie? Reveal it, there is no time for hide and seek anymore…all out man…

    perahu perjuangan di belaga SALAH…harus cari perahu yang lain atau cari hilux atau dmax atau 4WD yang betul landasannya…..jangan duduk sekongkol dengan messing around atau lake beruban buk.

  20. educated asap Says:

    Helo Belaga.
    i am very impressed with all our dialog in this blog. one thing in common we should look into is WE WANT CHANGED. The best slogan we fight for Belaga now is we need to have a capable leader like what Bato Bagi did. i feel very sorry for YB Liwan because he is actually being in the wrong boat although he has tried the best he can in DUN sitting for the interest of Belaga people but still he can’t act accordingly due to pressure from his TOP man. As a residents from Belaga i knew very well they are many outstanding issue cannot resolve by BN until now especially when we talk about Bakun Dam. Sorry for Belwan Bato lagah And Asapkoyan two of you are just followers of your BN because both of you are very desperately need money. by doing so you need to ampu, puji and mcm2 lagilah to please your BN cronies. The fact and reality is Belaga people are suffering from the cronisym style of leadership Belaga.

  21. Hilang Says:

    i believe we are here not to condemn any person who express their opinion. we are here to plea for change, to someone who can walk the talk. we are in the same boat here, in a position to believe that change can only be achieved if we united. Belaga has suffered from neglect and abandonment for decades now. we do not need more fury to further ignites our problem and weakness. Romio Ding stands for what he believe, let him be what he wants. and i plead for you all to stands by what you believe for in respective manner.people will respect you if you respect your opponent as well…i like all of you want the same for the people. push the future leader harder towards change after the election, no matter who wins. some may sleep in their jobs..”those who sleep lose their rights, we are to remind them of their responsibilities”….together we called for change for our people, for our land. dignity is an important trait of a leader….so preach your way with dignity, people will see you with their eyes, and believe you with their heart.

  22. reader Says:

    Hilang….strongly agree with you.

  23. belaga bato lagah Says:

    Hai sdra2 semua. Apa khabar semua? Kenapa mengepi selepas PRN Ke-10 yg baru saja berlalu? Marah, mengesal, kecewa @ frust ke? Atau malu dgn bayang2 sendiri? Kini dah terbukti siapa yg bercakap benar dan siapa yg hanya pandai bersandiwara, tapi semuanya kosong. Itulah, kalau berhujah tu berpada-padalah, takut tak dpt ditelan. Siapa yg bercakap benar dan siapa pula yg memutar belitkan fakta, asapkoyan2u, saya @ sdra semua.
    ? Rakyat Belaga bukannya bodoh seperti yg sdra sangkakan. Rakyat lebih pintar dan lebih cerdik dpd sdra. Kasian. Kumpulan Bapa Bato Bagi tetap menyokong BN wl/pun ada tangan2 halus yg cuba “MEMPERDAYA & MEMPERGUNAKAN” beliau utk kepentingan politik mrk. Ini fakta yg dah terbukti pd PR yg lepas. Kpd sdra NOWMAICA, apa guna hanya pandai berhujah, tapi semuanya kosong & tanpa ada bukti yg kukuh. Sdra telanlah ludah sdra tu sekarang. Bg sy, sy tak nampakpun YB kita, khasnya YB Liwan tunduk @ takut dgn YB Tan Sri Dr James. Lihat sajalah cara beliau & YB Datuk Billy bekerja, tak dapat di state mrk pergi direct ke federal govt utk dptkan sesuatu utk rakyat Belaga. Pernah tak YB Baram buat begitu??? Kpd sdra Educated Asap, betul ke sdra ni educated?? Cara bcakappun seperti budak TADIKA saja. Siapa yg desperated sebenarnya?? Cakaplah spt org yg educated, jgn spt budak2, takut apa yg dah diluahkan itu pahit utk ditelan semula. Kepada si Lejo Kayok, siapa yg pembodek dan siapa tg penyampu sebenarnya. asaokoyan2u & sy hanya mempertahankan kebenaran dprd diputarbelit oleh sdra2. Sdralah yg sebenarnya memutarbelitkan fakta dgn harapan agar rakyat terpengaruh dgn sdra. Tapi rakyat Belaga bukannya bodoh sgt seperti sdra. Sudalah sdra, kembalilah bekerjasama dgn YB Liwan yg sah dipilih olh rakyat melalui proses demokrasi. Sy pasti YB Liwan rela & sudi mendenra cadangan & pandangan sdra jika menggunakan cara yg betul..

Comments are closed.


%d bloggers like this: