Murum Dam: No Vacancy For Penan??

Pada 7.4.2010 tahun lalu, Yb.Liwan melancarkan Program Penjodohan Pekerjaan khusus untuk masyarakat Penan dan Peribumi Belaga. Ketika Program tersebut berlangsung di Dewan Masyarakat Sg.Asap, ada ramai juga penduduk Belaga yang hadir.

Hari ini telah hampir setahun berlalu, saya dimaklumkan oleh seorang anak Penan di “Rumah Ayam Simpang Tiga” Uma Nyaving Sg.Asap. Tiada seorang pun anak penan diambil berkerja di tapak projek empangan Murum. Bila saya rujuk perkara ini kepada seorang sahabat di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di Kuching. Rupa-rupanya pihak pemaju projek hidro elektrik Murum telah memohon (tambahan) menggaji 1640 lagi pekerja asing.

Daripada sejumlah 1640 yang dipohon, seramai 1020 pekerja dari china dan 400 orang pekerja dari Indonesia diluluskan oleh JTK. Manakala permohonan 220 pekerja dari negara Pakistan ditolak. Selain itu Three Gorges Development(M) Sdn.Bhd buat masa ini telah menggaji 1,386 pekerja asing di tapak projek hidro elektrik Murum. Menjadikan keseluruhan pekerja asing yang bakal mendapat manfaat ialah 2,806 orang.Bagaimanapun pihak pemaju juga bermurah hati terhadap pekerja tempatan dengan mengambil berkerja 449 orang pekerja tempatan buat masa ini.

Justeru apabila terbaca laporan The Star beberapa hari lalu mengatakan  Wargana Consortium Sdn.Bhd dan Sarawak Hidro Sdn.Bhd mengalu-alukan pengambilan lebih ramai pekerja tempatan yang berkelayakan. Saya agak ragu-ragu dan kurang percaya. Bagaimanapun untuk berlaku adil saya akan cuba untuk memohon kerja dengan mereka seberapa segera dan kita tengok apa jadi???.. Mungkin juga saya tak akan diambil bekerja kerana kurang berkelayakan. Apa pun keputusannya akan saya maklumkan dalam blog ini. Kita tunggu.

8 Responses to “Murum Dam: No Vacancy For Penan??”

  1. nowmaica Says:

    orang asing diutamakan rakyat belaga dikemudiankan…satu propaganda yang songsang dari apa yg diluahkan oelh pak najib. begini BN cakap lain buat lain…lihatlah rakyat belaga bagaimana kita diperbodohkan atau diperpaluikan atau diperbudakkan oleh pemimpin BN, mereka harus pastikan sekurang-kurangnya 29% tenaga kerja bakun dan tenega kerja murum adalah org tempatan. Saya percaya semua pekerja asing ini mungkin VISA nya tak dibayar dengan betul kepada kerajaan (mungkin) mereka akan mendatangkan banyak masalah kepada negara kelak, penghantaran pulanglah, visa tamat tempoh lah, masalah sosiallah, macam-macam lagi masalah yang akan timbul. jangan berdiam diri saya berani katakan imigresen atau polis tolong buat spot check atau penguatkuasaan di ladang kelapa sawit di belaga, tapak-tapak pembinaan, kawasan empangan mega ini pasti banyak perkerja asing yang tiada dokumen sah. nanti wang rakyat hasil dari cukai pendapatan kita akan digunakan untuk beri mereka ini makan dan minum sempena menunggu giliran untuk dihantar pulang dipusat tahanan, itu pun kalau dihanytar pulang. janagn-jangan terus bermaharajalela di tempat kita ini. illegal worker….hasilnya orang asal tak dapat peluang pekerjaan. Beruk dihutan disusukan anak dirumah kelaparan…itulah peribahasa yang sangat sinonim dengan cara BN menyelesaikan isu pekerja di kawasan belaga. ayuh jangan kurang percaya….pilihlah yang lain. nowmaica….

  2. educated asap Says:

    Hi Anak Belaga. Kita nak Romio Tunjukkan Bukti berapa ramai anak Asal belaga yang telah diambil bekerja dengan mana -mana syarikat yang mendapat kontrak di kawasan Dam Bakun dan Murum. Berapa jumlah contractor tempatan(Belaga) yang diberi/mendapat contract daripada pihak Main contractor. Silakan Romio kerana kamu ini bermulut lantang memuji/memuja dan sangat222 sokong itu BN. kalau kamu tidak dapat berikan fakta terperinci kamu selayaknya bukan lah warga Belaga.

  3. lejo kayok Says:

    Silap hari bulan romio tu juga akan dilobi jd calon bn pd plhanraya yg akan akan dtg, mana tahu dr 10 thn atau 15 thn akan dtg, sebab tugas dan peranan dia mengampu skrg, mcm mana nowmaica dan educatedaSAP setuju tak dgn tilikan saya ni…
    Romio dan Belawan bato lagah tu sama saja kuat mengampu

  4. educated asap Says:

    Yes betul bah itu. kaki mengampu ni memanglah tak tahu malu. kalau betul lah si Romio tu nak jadi wakil rakyat alamatnya menderita seumur hidup lah rakyat belaga. sebab kalau CM kata tebang semua kayu disekliling rumah, Romio pun kata ambil saja asalkan anak bini saya hidup senang, yang lain peduli apa. Itu saja yang ada dalam kepala otak orang ini. Tolong awasi Asap/koyan2U punya blog ini. Belawan bato lagah juga sama. Jgn pakai lambang salong itu memalukan orang belaga saja BBL. pakai saja lambang Parang itu baru cun dgn perangai dan perkataan kamu yang selalu suka rakyat sendiri dihisap darah.

  5. belirek junior Says:

    pada pendapat saya,apa yg telah kita komen dan rumuskan tentang perkara ini memang tepat dan relevan… tapi kita kena tanya diri sendiri juga.. mungkin jg mereka ni tidak berminat untuk bekerja atau memilih pekerjaan.. saya 50- 50 untuk setuju

    • belagakini Says:

      Kaum Penan adalah komuniti yang sangat unik, pihak kerajaan mempunyai ratusan agensi dan puluhan universiti di seluruh Malaysia. Kenapa sehingga kini tidak ada satu kajian khusus untuk mengkaji kaedah terbaik untuk memajukan kaum ini.??? Adakah patut kita biarkan saja ….dan salahkan mereka.

      Kerajaan juga membelanjakan puluhan juta untuk taman taman hidupan liar dan menjaga Orang Utan. Kalau perbelanjaan banyak untuk Orang Utan dan kajian juga dilakukan untuk mengkaji tabiat Orang Utan. Kenapa tidak satu institusi khas diwujud untuk mengkaji tabiat dan pe-L Orang Penan???

      Saya berpendapat masalah kaum penan tidak harus dilihat sepintas lalu sahaja. Ia memerlukan kajian teliti. Kalau kerajaan benar-benar komited, harus dilantik seorang Senator untuk mewakili kaum ini.

  6. Bearer Says:

    Memang orang Belaga akan terus tertindas jika berfikiran seperti apa yang di tulis oleh Penulis AsapKoyan2u.

  7. Nana Says:

    bkn stakat org belaga, syarikat 3 gorges ni mmg xnak ambek org berbangsa lain kecuali CINA sahaja. n oh, the salary is very low. sbb tu la dorg suka ambek org indon keja sbb nk byr gaji murah.

Comments are closed.


%d bloggers like this: