CM Taib: 2 Minggu 3 Kali.

>Klik pada imej untuk paparan lebih jelas<

Hebat dan bertenaga, mungkin juga kerana masih dalam Mood Honeymoon. CM Taib nampaknya begitu ghairah datang ke Bintulu. Dalam dua minggu kebelakangan ini, CM Taib telah melawat Bintulu sebanyak 3 kali.

Pada 27.2.2011 yang lalu CM Taib hadir ke Dewan Suarah Bintulu untuk menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Parti SPDP, dan pada 3.3.2011 yang lalu pula merasmikan Seminar Pembangunan & Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak dan yang terakhir pada 12.3.2011 merasmikan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan (HPPN)Peringkat Negeri Sarawak di padang mendarat Lapangan Terbang Lama,Bintulu.

Seorang kawan yang saya hubungi bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai perkembangan ini menyatakan “…dia (CM) bukan bertenaga, tapi kerana ketakutan sebenarnya…”¬† rumours terbaru menyatakan bahawa pihak BN bakal meletakkan YB. Tiong King Sing untuk mencabar YB. Chiew Chin Sing di DUN Kidurong. Sampai begitu sekali BN terdesak untuk menang.

Saya pula dua kali ke pameran pertanian yang diadakan bertujuan untuk mencari kalau-kalau ada gerai pertanian orang-orang dari Sg.Asap dan Belaga yang berjaya. Namun kesudahannya saya hampa. Jadi rumusannya program pertanian yang diwar-warkan berjaya di Belaga dan Sg.Asap sebenarnya gimik saja. Dan satu lagi hal yang saya nak YB BN Belaga ambil perhatian iaitu berkaitan nasib nelayan di hulu dan hilir empangan Bakun. Mereka tak dibayar pampasan ke??? kehidupan mereka teruk terjejas!!! jangan pula nanti jadi modal kempen pembangkang.

Opp…. hapir terlupa pula, abang ipar saya YB.Liwan pun hadir sama di Majlis Perasmian HPPN di Bintulu. Photo-photo berikut untuk tatapan anda. Petang nanti, Belagakini akan ke Belaga dan Sg.Asap untuk berjumpa dan membuat pengesahan jentera pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi posting terbaru akan saya siarkan awal minggu depan. Selamat cuti sekolah untuk anak-anak kita.

Pizza Dabai Sarawak

Beras Bario

Koko Asap???

One Response to “CM Taib: 2 Minggu 3 Kali.”

  1. lejo kayok Says:

    WAHAI KAWAN SEMUA…. sila ke blog asap koyan 2u, dah melampau ni. cakap tdk serupa bikin, sebelum ini beliau kata pmbangkang suka guna bhs kesat suka mfitnah, tapi kawan2 semua bacalah laman tu, bhs dia guna pun apa kurangnya, tlampau mrendah2 kan peter john . Apa dia ingat kerana peter john kalah pd plhranya lpas dia akan menang jika dia btanding plhnraya kah??? Cakap besar je…. Dia msuk btanding dia lagi kalah besar….

Comments are closed.


%d bloggers like this: