Jangan Percaya Dengan Janji Taib Mahmud.


Hendaknya rakyat Sarawak tidak mudah percaya dan terpesona dengan janji Taib Mahmud yang akan mengundurkan diri selepas pilihan raya nanti. Itu hanyalah janji politik yang bohong. Sejarah sudah banyak berlaku janji orang politik tidak pernah tepat. Penuh dengan munafik dan kepuraan-puraan.

Orang politik boleh mebabur seribu janji tetapi mereka akan melupai dan menafikan apa yang dibuat sendiri. Kalau sudah terdesak, hidu tahi pun orang politik sedia melakukannya.

Ingat orang politik tidak akan memenuhi janjinya. Mulut mereka manis membujuk seperti menanam tebu di bibir mulut. Taib berkata begitu kerana dia sudah tahu kebencian rakyat kepadanya sudah melimpah dan melata.

Mudah saja kalau beliau ikhlas, beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan hari yang akan tiba bila-bila masa saja. Selagi beliau bertanding di mana-mana kerusi bermakna beliau masih terus untuk bertakhta sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Sekiranya ada rakyat Sarawak mempercayai kata-kata Taib itu nescaya mereka akan tertipu hidup-hidup. Orang politik tak ubah seperti pokok parasit, apabila ia berpegang kepada sesuatu batang dia tidak akan lepas hatta sampai pokok itu mati. Orang politik juga macam lintah darat, sekali dia sudah tahu bahawa darah itu manis dia akan menghisap sampai kering.

Sebenarnya sikap dan perangai munafik dan gila kuasa orang politik ini bukan saja terbatas kepada Taib sahaja, tetapi ramai lagi. Tengok dan perhatilah sendiri, ada yang sudah bongkok tujuh dan uzur tetapi masih mengidamkan kerusi. Kalau diserahkan kerusi mereka akan terus pikul (duduk) atasnya.

Kalau diharap mereka akan undur sendiri ibarat kata jauh panggang dari api? Sekali lagi ditegaskan janji Taib untuk berundur selepas pilihan raya hanya satu umpan untuk perdaya rakyat Sarawak saja. Ia tidak akan menjadi kenyataan. Dan Taib pula akan menggunakan alasan bahawa dia masih kuat dan sihat kerana baru saja berbini muda dengan Lebnonis. [wm.kl.1:30 pm 19/03/11] Ehsan daripada blog Merah Tinta MSO.

3 Responses to “Jangan Percaya Dengan Janji Taib Mahmud.”

  1. lejo kayok Says:

    Salam pagi isnin buat kita semua. MCm mana pkmbangan 2. 3 hari ini?? Puas hati dengan pengumuman cm pd hari sabtu lpas??? Mcm mana psiapan PR di Dun belaga??? Kalau nak diulaskan mgnai senario politik akhr akhr ini, timbul dah rasa jengkel apabila kita mnonton berita, smua tv mmaparkan berita yg brat sblh, mmg mhentam habis habisan pihak PR. kenapalah mereka sbegitu skali ? Ingat rakyat smua boleh disogok dgn berita2 mcm itukah??? Shingga jwpannya tutup tv , tk dpt dah tengok, muak asyik2 hentam PR. Sdgkan rakyat sdiri d pihak sana mcm mana ??? Jd kpd kwn2 yg myokong pjuangan PR tolonglah kempen dan usaha keras d tmpt masing2 dmi mmnangi plihanraya ini. Sediakan agenda kempen tu dgn sbaik baik mungkin…. agar hati rakyat dpt dimenangi, kalau dpt sampai ke sluruh pelusuk tmpt di belaga, smpai ke lg busang, ke kpg penan2 di ulu sg murum, dlm kalangan sdara mara sdiri pun bkempenlah dgn mereka bhw masa ini perlu beri undi pd PR.

  2. nowmaica Says:

    kenapa tiba-tiba keluar berita skandal seks lagi, aku dah muak dengan taktik BN nak jatuhkan pembangkang, semua isu selalu ke arah seks. kita tau pilihanraya dah dekat jadi BN mempunyai orang yang betul betul merancang perkara ini untuk memburukkan parti pembangkang. bukankah kita harus berfikir adakah semua ini betul atau cuma lakonan parti BN. Fikirkan suadara tak mungkin video ini keluar kalau bukan pembubaran DUN di Sarawak semalam, memang kerajaan yang sekarang ini 2X5 dengan zaman Dr. M, mereka buat apa sahaja untuk mempertahankan kedudukan mereka. Undi PR tak kira apa yang terjadi pun, kerana yang penting ialah pemimpin yang kita pilih bukan kes yang dibuat-buat oleh BN.

  3. lejo kayok Says:

    ya…. nowmaica…. org yg bodoh saja yg pcaya dgn fitnah tbaru ini. kalau nak ungkit ramai lagi pmimpin lain yg lbh busuk perangai mereka, kaki mabuk kaki perempuan, dan entah kaki kaki apalah. Awas inilah taktik tbaru dibuat olh pihak yg risau kbangkitan rkyat yg sdar negara kita tlh dikawal olh pihak pihak ttentu. Buktinyalah ini. Apa mereka ingat semua rakyat akan pcayakah….. orang yg pcaya dgn paparan berita arus pdana saja yg tetap pcaya. Sbahgaian besar yg tahu berita itu dikawal tdk akan pcaya dgn cerita cerita jijik ini. Mohon org di belaga sdar dgn dakyah tbaru tsbut, maklumlah plhanraya dah dtg, jd utk myekat kmaraan wkl2 dr parti plitik PR utk bkempen, pihak2 yg mpunyai agenda jahat ini tpaksa mbuat tuduhan tbaru lagi. Pagi ini Lihan Jok yb telang usan, mgatakan beliau tdk btanding kali ini,,,, mcm mana kawan kawan semua, ada apa apa ulasan….

Comments are closed.


%d bloggers like this: