Kronologi Pilihanraya DUN Sarawak 2011.

Gendang Perang telah dipalu bertalu-talu dan kelmarin 23.3.2011 maka ditetapkanlah tarikh perang antara BN Sarawak dan barisan Pakatan Rakyat. Tarikh penamaan calon akan ditetapkan pada 6.4.2011 dan tarikh mengundi pada 16.4.2011. Dalam konteks laporan Belagakini pada hari-hari akan datang istilah pembentukan Kerajaan Baru Sarawak atau “Peritah Maring”  akan digunakan. Yakni mengambarkan keazaman Pakatan Rakyat untuk memberi pilihan kepada rakyat Sarawak ke arah kerajaan yang lebih cekap, telus dan tanpa rasuah.

Saya tak mahu mengulas sama ada masa yang diberikan oleh SPR mencukupi atau tidak, kerana kita sedia maklum SPR,PDRM,SPRM dan bla…bla….bla adalah komponen BN. Justeru mujurlah kita ada pakar dalam bidang “Strategi Perang” yang telah dapat meramal tarikh ini, bagi membolehkan persiapan yang sangat telitik dilakukan.

Soalnya sekarang adalah kesedian penduduk Sarawak dan Belaga khasnya untuk membuat pilihan yang bijak. Saya berani katakan bahawa YB.Liwan adalah YB terbaik yang pernah dimiliki oleh BN di Belaga. Tapi apa kan daya. Orang yang sangat baik seperti beliau dijadikan perisai/kelebit oleh CM Taib untuk mempertahankan kuasanya.

Jadi kita jangan keliru, kita tidak mengundi BN dan YB.Liwan adalah disebabkan kita tidak mahu diperintah dan dibuli oleh CM Taib dan kuncu-kuncunya. Saya menyeru semua penduduk Belaga supaya kembali ke Belaga dan mengundi CALON PKR untuk menyingkirkan TAIB MAHMUD.

YB.Lihan telah insaf dan telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak mahu mempertahankan CM Taib. Oleh yang demikian, saya merayu dan menyusun 10 jari supaya semua Orang Ulu dan semua Orang Dayak dan semua Orang Sarawak untuk sama-sama menolak Rejim Taib Mahmud.

Saya mendengar khabar angin bahawa CM Taib akan datang ke Sg.Asap dan Belaga pada 8.4.2011 untuk membayar harga rumah panjang kita di hulu Balui. Alahai…. bila dah diasak oleh barisan Peritah Maring barulah nak dibayar,,,,, apa pun itu memang duit kita dan BN yang berhutang kepada kita. Tapi pastikan mereka membayar dengan bunganya sekali. CM Taib juga dikhabarkan mengumumkan perlantikan Pemanca bagi suku kaum Kajang. Inilah hasil daripada asakan Peritah Maring selama ini.

Jadi, akan lebih banyak hasil yang akan kita perolehi bila kita menolak CM Taib dan BN keseluruhannya. Barisan peritah maring akan berjuang untuk mendapatkan royalti air dan penjanaan kuasa dari empangan Bakun, disamping beursaha memulangkan hak terhadap tanah kita di seluruh Belaga. Selamat berjuang kepada seluruh warga Belaga. Pulanglah dan bantulah ke arah Belaga yang lebih Maju…. Maju Belaga… Salam Perjuangan-Belagakini.

4 Responses to “Kronologi Pilihanraya DUN Sarawak 2011.”

  1. nowmaica Says:

    shallom semua warga belaga, Selamat melangkah ke arah kehidupan yang bebas dari cengkaman CM keramat, dah dua hari kita tak ada ketua menteri rasanyer sama saja….hidup macam biasa begitulah juga keaadannya kalau pucuk pimpinan berubah tanagan jangan terlalu risau, saya pernah mengalami hal ini di selangor bila PR mngambil alih kuasa, adakah kamu yang berkerja untuk kerajaan akan dipecat? oh tidak, adakah jawatan maren uma kamu akan ditarik? oh tidak adakah bil air dan elektrik kamu akan berkurangan? oh tidak semua ini dalam kawalan kita sendiri. kita yang menentukan orang untuk mengancam kehidupan kita pilih yang lain dan YANG PENTING JANGAN PILIH BN. Mereka ni panadai produce filem lucah sahaja….semua hal ini akan timbul bila election mendatang…hairan kan…sungguh menghairankan…kenapa tak ada hal sedemikian 2 atau 4 bulan yang lalu. Ingat orang bodoh sangatkah….lihat sahaja siapa yang mengawal tempat kita kalau bukan KTS dan Shing Yang…siapa mereka ini? tentulah kroni lake puti buk. Berubah lah kali ini kalu tidak tanah & sungai kita akan hilang buat selama-lamanya. Masa depan anak kita harus pasti terjamin kalau penindasan yang berlaku sekarang ini dihentikan segera. Nowmaica maju belaga.

  2. mellinum semang Says:

    betul tu…

  3. lejo kayok Says:

    Minta rakyat belaga mesti dan harus tolak bn kali ini. Ada bbpa sebab knapa rakyat belaga perlu tolak bn, bukan spti mana kata kata asapkoyan 2u yg byk merapu dan angkat bakul. Dia tdk sdar, knapa ada sstgh isu sudah dislesaikan, kerana hasil usaha dpd Pktan rakyat yg tlh byk mengorek dan mbangkitkan pmasalahan puluhan tahun yg tlh diminta olh rakyat, jd krjaan bn amat resah skiranya tdk berusaha, maka akan kalahlah bn. Mahu tdk mahu bn sdaya upaya mminta krjaan pusat/negeri slsaikan isu2 itu. JIka tdk BN di belaga mmg teruk plhanraya ini. Itulah kisah sbnarnya. Bukan kita tdk hargai apa dibuat olh LL tapi sbg rakyat kita plu mnukar krjaan kita skrg dgn mmilih PR. Jangan mudah tpengaruh mcm mcm taktik bn skrg yg mgunakan media arus pdana utk mhentam PR, dgn paparan berita yg amat myakitkan telinga, akhirnya dah lama kami tdk mnonton berita tv. Harap semua rkyat belaga tolonglah kempen ssama saudara sdri agar plh calon PR kali ini. Tentang apa yg dibtahu olh asap koyan 2u tu, merapu yg byk tu, jgn pcaya.

  4. melayu ulu Says:

    Rakyat pilih siapa itu hak dia. Calon yang baik harus di kekalkan.YB LIwan sudah berjuang untuk kita. Kita dh nampak apa yang dia buat. Bagilah lah peluang untuk beliau. Tidak semua yang kita minta itu terus dapat sekali gus. Kalau benar kita org bijak nilai lah pada usaha. Kalau pasal janji PR juga menabur janji. Ada kah janji2 itu dpt di tunaikan. Contoh selangor, janji untuk bagi air percuma sampai sekarang belumdpt.Lepas tu sama juga..bagi alasan pd rakyat BN campur tangan. Mengapa ketika kempen tidak berjanji kita akan beri air percuma dan bn akan campur tangan dan kita pasti tidak akan berjaya.Orang-orang kuat pkr kuar parti. Tuduh BN beli. Padahal kebanyakan mereka adalah org yangberjuang menubuhkan parti itu.Ezam, Chandra,Zulkifli,Gobala..mengapa? Bagaiman sebuah parti yang baru tumbuh boleh punya dana yang begitu banyak? SNAP yang sudah lama ditubuhkan tidak punya dan sebanyak PKR..dari mana sumber itu datang?

Comments are closed.


%d bloggers like this: