Taib Mahmud Terus Berbohong Kepada Rakyat Belaga.

Saya seronok membaca posting terbaru dalam Asapkoyan2u (Liwan Lagang Pilihan Tepat Untuk Belaga) yang menceritakan 15 isu  tertunggak masalah penduduk  Belaga telah selesai semuanya. Yang mengelikan hati, lain isu yang dibangkitkan , lain pula penyelesaian yang diberitahu. Sebagai contoh perkara ke 15.Kemudahan Beribadat -YB yang paling banyak menyumbang MRP beliau kpd Gereja dan Masjid setiap Tahun=selesai).

Untuk pengetahuan Asapkoyan2u saya bersama sepupu saya Thomas Edem Pudong adalah orang yang bertanggungjawab untuk menghasilkan “Dokumen Deklarasi Penduduk Sg.Asap 2003”. Dokumen itu telah ditandatangani oleh semua ketua kaum dan diserahkan kepada Ketua Setiusaha Negara ketika itu, Tan Sri Samsudin Osman.

Isu rumah ibadat itu sebenarnya meminta supaya kerajaan menyediakan gereja pusat kepada penganut kristian SIB dan sebuah lagi untuk RC. Rasionalnya adalah gereja kecil-kecil yang ada disetiap rumah panjang tidak dapat memuatkan seluruh penganut kristian di Sg.Asap setiap kali diadakan konvensyen atau aktiviti-aktiviti  yang besar. Jadi sampai sekarang gereja yang besar itu masih tidak dapat didirikan. Masalahnya belum selesai lagi lah bro.

Saya nak ulas semua 15 perkara yang didakwa sudah selesai, tapi saya yakin tak perlu. Sebab penduduk Belaga sendiri pun tahu bahawa Asapkoyan2u tidak jujur dalam membahaskan persoalan pokok dalam tuntutan itu.

Sedang Asapkoyan2u mendakwa banyak masalah telah selesai. CM Taib terus selesa berbohong kepada penduduk Belaga. Keratan akhbar Sarawak Tribune 2.11.1983 mendedahkan bahawa CM Taib menjanjikan 20 hingga 30 saham syarikat balak yang beroperasi di Belaga diperuntukan untuk Orang Ulu Belaga. Jika dikirakan dengan teliti semua rakyat Belaga harus bergelar jutawan sekarang ini. Yakni setelah 28 tahun janji itu diucapkan.

CM Taib terus bermaharajalela dan terus menerus berbohong kepada rakyat Belaga. Justeru janji-janji CM Taib dan PM Najib di Sg.Asap adalah janji pilihanraya semata-mata.

Sebagai Orang Kristian, kita harus berasa sedih kerana YB kita yang baik pekertinya dipergunakan oleh orang yang tidak baik seperti Taib Mahmud. Kita harus berdoa supaya kita, YB kita ,rakyat Belaga dan rakyat Sarawak keseluruhannya terbebas dari cengkaman kuasa jahat yang membelenggu kita.

Saya seru kepada Asapkoyan2u, insaflah dan kembalilah ke pangkal jalan. Masa depan Sarawak dan Belaga bukan terletak di tangan Taib Mahmud. Sebaliknya kita generasi muda hari inilah yang mencorak dan mencaturkan langkah seterusnya. Menyokong tindakan CM Taib dan kuncu-kuncunya, samalah seperti kita rela menjadi tali barut mereka.

Ingat, sejarah akan mencatatkan sama ada kita berdarah perwira atau penderhaka kepada bangsa kita. Salam perjuangan untuk anak-anak Belaga.

4 Responses to “Taib Mahmud Terus Berbohong Kepada Rakyat Belaga.”

  1. lejo kayok Says:

    Apa kbr org belaga??? Sudah bsediakah dgn plhranraya ini??? Dengar berita dr asap, cm akan pergi ke belaga utk mrasmikan bank ptama di belaga dan strusnya pergi ke asap utk myampaikan cek rumah org yg tlibat dgn projek bakun yg tlah diperap lama lama olh krjaan pd 8.4 ini. Mcm mana org belaga adakah kalian telah pcaya dgn kata kata asap koyan 2u bhwa byk mslh di belaga sudah slesai??? Fikirlah dgn bijak wahai org belaga, kenapa baru skrg baru bank ada??? Kenapa baru skrang harga rumah mahu dikeluarkan??? Itu belum lagi isu isu lain. Jd kpd asap koyan 2u, awak sdarkah knapa semua itu diberi skrg KERANA HASIL USAHA PIHAK Pbangkang yg tlah mbawa isu isu ini dlm pjumpaan mereka dgn rkyat, mbangkitkan isu dlm blog blog, dan yg ptg krana smua ketua kpg di asap telah mhantar memorandum pd hujung lepas yg mbangkitkan isu isu ini. Apabila bn tahu bhw isu isu ini amat bkesan di hati rakyat itu yg mnyebabkan LL & rombongannya kerap ke kl utk mbwa isu ini kpd pimpinan pusat sebab mereka dan amat bimbang rkyat akan mnolak mereka pd plhanraya ini. Jangan ingat kami tdk tahu. Orang-orang yg pergi bsama rombongan itu sdiri yg mceritakan. Skiranya PR di belaga tdk kuat mkritik jangan harap ada sbahagian mslh tu slsai. Jd jangan sewenangnya asap koyan 2u tu berkata kata.

  2. majubelaga Says:

    betul!!haiya itu sakap tidak selupa bikin! sekalang apa jadi..mati..ooo rakyat mau hidup ooo…

  3. BS Says:

    pembangkang sudah pergi ke putrajaya pada 16 september mana lagi nak pergi memang benar pembangkang tak bohong

  4. bujang susah Says:

    keputusan dun sarawak sudah diketahui dari 71 kerusi bn 58 dap 12 pkr 3 naaaaaaa pkr tin kosong tu hampir tewas kesemuanya. Benar kata orang tin kosong jauh lebih bising daripada tin yang hampir penuh pkr cakap besar peti undi kosong .PBB taib menyapu bersih 35 kerusi yang ditandingi.itulah jawapannya

Comments are closed.


%d bloggers like this: