Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Sarawak Datangguhkan.


Seperti mana dijelaskan oleh Ketua Umum PKR bahawa pengumuman nama-nama calon PKR dan Pakatan Rakyat keseluruhannya ditangguhkan buat sementara waktu dan akan diumumkan seberapa segera. Pengumuman dijangkakan selewat-lewatnya pada 3 April 2011.

Penangguhan itu berikutan adanya satu dua kerusi lagi yang masih dirundingi antara parti-parti pakatan rakyat. Sebagai contoh kerusi Dundung yang masih dituntut DAP. Namun secara keseluruhannya sebagai pendukung PR saya optimis masalah ini akan selesai.

Isu berkaitan Parti SNAP juga dibangkitkan dalam mesyuarat tertutup itu, namun Penasihat Umum yakin SNAP akan berkerjasama. Peruntukan kerusi yang kurang untuk parti SNAP pada waktu ini bukan meremeh atau memperkecilkan kemampuan calon-calonnya. Namun kerana faktor “fitness” maka SNAP harus diberi rehat yang cukup.

SNAP telah dimasukkan ke ICU pada tahun 2002 oleh ROS dan hanya boleh bernafas pada tahun 2010. Adalah tidak logik jika kita memaksa SNAP untuk berlari 100 meter bersaing dengan BN yang telah lama berlatih di lapangan. Dari segi semangat saya tahu calon-calon SNAP memang bersemangat, namun dari segi fizikal masih belum cukup mantap.

Apapun kita tunggu pengumuman rasmi dari Ketua Umum dalam masa beberapa hari yang mendatang.

3 Responses to “Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Sarawak Datangguhkan.”

  1. Lebui Says:

    SALAM semua,
    Berapa hari saja lagi hari gantung nama…. sekiranya nama saudara Basah benar dipilih jd tdk salah kita mberi mandat kpd beliau sbg wakil dr parti PR di belaga. Beritahulah kpd sdara mara di kpg di mana2 …. supaya mcuba kpimpinan lain. Bpuluh-puluh tahun belaga dipimpin olh dacing, kita lihat biasa-biasa saja. Malah kita dah mula mdengar cerita tdk seberapa keluar dpd kalangan mulut kwn-kwn mereka sdiri bhw ada pkara2 yg tdk berapa btul tlh mula dihidu….. so mcm mana wjarkah terus mberi pluang kpd dacing lagi. Sebelum tlambat, fkrlah scara waras.

  2. akang Says:

    kenapa PKR tak umumkan nama calon lagi? adakah mereka masih tak tau siapa yang berdiri di belaga? SNAP VS PKR VS BN VS Independence VS PERSB…wow crazy a unsur-unsur kotor…..I hate politic

    • belagakini Says:

      kenapa PKR tak umumkan nama calon lagi? adakah mereka masih tak tau siapa yang berdiri di belaga? SNAP VS PKR VS BN VS Independence VS PERSB…wow crazy a unsur-unsur kotor…..I hate politic

      Sabarlah Bro… masanya akan tiba juga. Kalau rasa politik kotor… jangan baca blog politik. Ada banyak lagi blok yang kudus.

Comments are closed.


%d bloggers like this: