1001 Sebab Kenapa Kita Tidak Mengundi BN Di Belaga.

Tinggal 3 hari lagi sebelum hari penamaan calon pilihanraya negeri Sarawak Ke-10. BN akan mengumumkan calon mereka besok dan yang pasti En.Liwan Lagang (gelaran YB terlucut serentak dengan pembubaran DUN) akan mempertahankan kerusi DUN Belaga yang dimenangi beliau pada pilihanraya negeri ke-9 (2006).

Sebentar tadi Presiden SNAP, Edwin Dundang mengumumkan 27 calon mereka yang bakal membawa cabaran parti ini dalam pilihanraya negeri kali ini. Semestinya Dr.John Bampa dinamakan oleh SNAP di DUN Belaga. Jadi perkembangan setakat ini menjelaskan bahawa telah ada 3 pihak telah mengesahkan akan bertanding di Belaga, iaitu termasuk calon PKR saudara Ali Basah.

Dalam 3 hari yang berbaki ini kita akan dapat jumlah keseluruhan mereka-mereka yang ingin bertanding di DUN Belaga. Belagakini menjangkakan masih ada 2 lagi calon yang berkemungkinan bertanding menjadikan kerusi Belaga menyaksikan pertandingan 5 penjuru. Namun jauh dilubuk hati saya mengharapkan agar mereka-mereka yang berhasrat bertanding supaya menilai semula tahap sokongan terhadap mereka.

Jika sokongan dirasakan agak lemah, eloklah bergabung dengan PKR supaya kita cukup kuat untuk menumpaskan BN. Namun sebagai pendukung demokrasi saya tiada hak untuk menghalang mereka bertanding.

Oleh kerana masa berkempen sudah semakin dekat saya meminta kerjasama semua penduduk Belaga untuk menyatakan seribu satu sebab kenapa kita tidak harus mengundi BN di Belaga. Setiap komen pembaca sekurang-kurangnya mengandungi 1 sebab kenapa kita harus tolak BN di Belaga. Sebagai sebab permulaan saya nyatakan seperti berikut.

1. BN Gagal Membebaskan Rakyat Belaga Dari Belenggu Kemiskinan.

Pendapatan perkapita 28000 penduduk Belaga adalah sekitar RM 7200 setahun atau bersamaan RM600 sebulan.Angka ini menunjukkan semua penduduk Belaga dikategorikan penduduk miskin. Tidak hairan kenapa banyak rumah PPRT dibina di Belaga.

2. BN Gagal Memberi Kerakyatan Kepada Penduduk Belaga.

Masih ada 6000 orang penduduk Belaga yang masih tidak memiliki kad pengenalan diri. Kebanyakan mereka ini kaum Penan dan penduduk Belaga yang tinggal jauh di  hulu sungai

3. Taib Mahmud Berbohong Kepada Penduduk Belaga.

Dalam banyak-banyak pembohongan yang dilakukan Taib Mahmud,bohong yang paling besar adalah janji beliau memberi saham setiap syarikat balak dan kelapa sawit sebanyak 30% kepada penduduk Belaga.

4. BN Gagal Menyediakan Kemudahan Internet Di Belaga.

Kita golongan muda harus menolak BN di Belaga kerana mereka gagal untuk menyediakan kemudahan internet atau WIFI di kawasan Belaga. Kemudahan seperti ini adalah keperluasan asas dalam kehidupan moden hari ini.

5. YB BN Belaga Tidak Tinggal Di Belaga.

Kita tolak BN di Belaga kerana YBYB BN selama ini lebih selesa tinggal di bandar Kuching daripada  tinggal di Belaga. Bila rakyat dalam kesusahan, sukar nak menghubungi YB. Inilah sikap YB BN yang tidak mesra rakyat.

6. YB BN Belaga tiada akaun FB, Twitter atau Blog.

YBYB BN dari dulu hingga kini langsung tidak mengupgredkan kemahiran ICT mereka. Kita sukar berhubung dan menyalurkan maklumat kepada YB. Kalau gitu janganlah guna gelaran “wakil rakyat”

7. BN Gagal Menyediakan Kemudahan Hospital Dan Doktor.

Setelah 48 tahun bertapak di Belaga, BN masih gagal untuk mendirikan hospital di Belaga. Bulan januari dulu ada buka sebuah poliklinik di Belaga. Namun sehingga kini masih gagal berfungsi kerana tidak cukup bekalan tenaga elektrik dan juga tiada doktor.

8. Akaun Tabung Amanah Bakun Mungkin Disalahgunakan.

Sejak penubuhannya pada 1.9.1996 sehingga kini, TAB gagal membentangkan penyata kira-kiranya kepada rakyat Belaga. Yang kita tahu mereka menyatakan duit dalam TAB sudah habis, jadi tak mampu memberi bantuan kepada pelajar. Bila PM Najib datang TAB dapat RM5 juta lagi. Betul ke pengurusan TAB ini??

9. TAB diterajui James Jemut Masing.

Tidak adakah orang kelahiran daerah Belaga yang berkelayakan sehinggakan kita serahkan pengurusan TAB kepada James Masing. Bolehkan saya dilantik untuk menguruskan Tabung Amanag Baleh pada masa depan??

10. BN Masih Berhutang Dengan Penduduk Bakun.

BN sehingga hari ini masih gagal membayar harga 15 buah rumah panjang penduduk Bakun yang berjumlah hampir RM100juta, ada ura-ura BN nak bayar menjelang pilihanraya kali ini. Kalau ada cepat-cepatlah bayar hutang. Barang harus diingat harus dibayar dengan bunganya sekali. Faedah 8% untuk satu tahun dan kalikan dengan 12 tahun.

11. BN Gagal Membela Institusi Ketua Kaum Di Belaga.

Gaji Ketua Kaum kita yang diberi kerajaan BN adalah amat tidak cukup, sedangkan tugas dan tanggungjawab mereka amat berat. Tidak cukup dengan itu kerajaan BN juga telah merampas kuasa Ketua Kaum berkaitan pengesahan Hak Milik Tanah. Dibawah rejim BN. Ketua Kaum kita di Belaga tiada kuasa mengesahkan  hak berkaitan pemilikan tanah NCR.

12. Gagal Memelihara Warisan Budaya.

Kubu pertahanan di Pekan Belaga telah dimusnahkan oleh kerajaan BN, begitu juga dengan salung/keliring yang terdapat di Belaga kebanyakannya telah dirampas dan dibawa lari ke kuching. Manakala salung-salung yang sedia ada sekarang langsung tidak dijaga dan dibaik pulih.

13.  BN Tiada Pusat Khidmat ADUN/MP.

YB BN Belaga begitu tidak mesra rakyat. Ini terbukti dengan tiadanya pusat Khidmat Adun di Belaga dan Asap. Kalau adapun, bangunannya sahaja, kakitangan yang sepatutnya memberi khidmat kepada rakyat belaga-tiada.

 

akan semakin banyak sebab akan saya nyatakan beberapa hari mendatang. Bagi pembaca, sila nyatakan sebab kenapa anda tidak memangkah BN di Belaga.

12 Responses to “1001 Sebab Kenapa Kita Tidak Mengundi BN Di Belaga.”

  1. Lebui Says:

    Salam semua,
    Saya amat setuju dgn statement dpd sdr wing…. terutama mngenai tabung bakun. Penyata kwgn rkyat tdk tahu…. bgmana cara pgurusannya…. Apabila wang ada msuk sbg cth dlm lwatan pm pd bln januari lps…. berita wang 5 juta itu saja jd cerita sensasi asap koyan 2u. menyampah….. Bgmana pgumuman khas olh Adenan satem ptang smlm mgenai snarai calon dr bn…..??? Nampak gayanya kali ini plhraya amat mnakutkan bn, thats why apabila kita lihat nama2 yg diberi itu mnampakkan ktakutan bn dgn kemaraan PR skrg. Apapun saya juga amat sokong kata kata Wing. Seharusnya di belaga mana2 pihak plu bkjsama agar mberi laluan kpd 1 calon saja dr wakil PR agar ptandingan 1 lwn 1 saja blaku. Skiranya mjdi knytaan, saya pcaya bn dpt ditumbangkan di belaga. Bsatulah wahai smua rkyat belaga, jgn tpdaya dgn umpanan dan kenyataan dr asap koyan 2u yg btindak sbg pnyampai bg pihak bn di media maya ini. Bkja keras mmenangi wakil dr PR, mcm mana di asap sudah bmula kah kempen???? Jgn tunggu wakil calon saja yg bkempen sbaliknya bmula dr ksdaran kita sdiri agar mbebaskan kita dr sbuah pmrintahan yg tlh lama bkuasa.

  2. Lebui Says:

    Kepada rakyat belaga, jangan smkin dekat plhanraya semakin pula tdk ada smgat dan iltizam utk bjuang hbs hbsan mnumbangkan bn. Apakah peranan anda? Kempen scara bkelompok dan mdekati mereka di rumah pjg, skiranya tdk dpt bkempen scara tbuka di ruai. Jangan takut utk bkempen. Ini demi rakyat belaga. Berkempen kalangan sdara mara baik yg dkat dan jauh, pjelaskan knapa kita plu mnolak bn. Ayuh org belaga bsmangatlah. Yg tgl di bandar, jgn tdk pulang ke kpg. Tmsuk yg kja di camp balak, kja sawit, kja mana mana , plglah. Jangan kerana 1 undi pembangkang akan kalah di belaga. Jangan pula mata dah buta dgn gula gula yg dijanjikan olh pm hari tu, ingat itu smua baru skrg diberi stlah disalak habis habis olh pmbangkang. Semua itu mmg hak kita rkyat belaga utk mmiliki kmudahan itu. Jadi jangan teruja sangat apabila mdgarnya di rumah belor pd bulan januari lpas. Ingatlah nasib generasi anak2 akan dtg. Bebaskan kita dpd pimpinan skrg yg m’utamakan kawan2 rapat shja.

  3. nowmaica Says:

    semua janji kosong hari tu tak semestinya akan ditunaikan ini berlaku setiap kaliu menteri melawat sesebuah kawasan dan mereka akan pura-pura tak ingat janji kosong tu, kita dah lali dengan janji kosong, sama seperti janji kosong najib untuk sibu hari tu. bila sudah cakap berilah DAP sudah menang tipis masih tak beri peruntukan jadi rakyat sibu akan terus blacklist BN lah…hahaha terus masuk dalam jerat keparat sendiri.

    Bangunlah BN hari dah siang…orang muda dah sedar jangan terlalu banyak berbohong kepada rakyat. Cakap apa yang perlu, apakah hala tuju kita dalam masa lima tahun itu yang patut dibuta semasa kempen, tahun pertama nak buat apa, tahun ke-2 nak beri zing lagi kah? beri duit rasuah…tiap-tiap kali mengundi….itu duit rakyat lah taxpoayer money jangan salahgunakan duit negara…. hahaha…tahun ke-3 nak beri zing lagi atap rumah murah sahajalah…berilah kemudahan jalanraya…bukan zing jer tiap-tiap tahun…tak berinovatif langsung. nowmaica maju belaga…BN tak tak maju….kekayrai koda… eeek….nowmaica

  4. bavui..... Says:

    sblm kita menuding jari ke org lain, cermin lah diri kita sendiri.. kuman di seberang laut kita nampak… tp gajah besar di dpn mata kita x nampak…. ini semua bukan salah pemimpin kita… JANGAN TANYA APA YG BN SUMBANGKAN KPD DAERAH BELAGA… APA YG SAUDARA SUMBANG KPD DAERAH BELAGA SELAIN LAMAN WEB INI… IDEA SAUDARA SGT BAGUS tetapi relevan tak???

    1. BN gagal membebaskan rakyat dr belenggu kemiskinan??
    – apa tidaknya tengoklah anak2 muda skrg nie lebih byk buang masa dgn bnda x bfaedah. pendidikan dah disediakan tp xde usaha nak bantu diri sndri. jgn salahkan org lain tp kena berusaha sendri. bak kata pepatah “orang malas cari alasan, org rajin cr jalan”
    2. kerakyatan kepada penduduk belaga??
    – ingat senang keh nak bg kerakyatan begitu sahaja??.. kena ikut prosedurlah klau nak ada kerakyatan. klau x byk rakyat asing akan dpt kerakyatan senang2 je nnti.
    3.taib berbohong??..
    – jgn salahkan parti pulak. klau PKR menang anda boleh berjanji x setiap manifesto yg mereka war-warkan.
    4. internet??..
    – WIFI free.. jgn haraplah. tgk kat bndar2 pun WIFI diusahakan oleh syarikat2 seperti celcom, digi, dan sbgnya.. klau nak pun internet ada jeh ICT disediakan kat asap betul x??…
    5.YB x tggl di BELAGA??
    – saya rasa saudara sndri pun x tggl di belaga sepanjang masa kan. apa lagi YB yang perlu menghadiri meeting yg byk stp mggu. kira oklah klau dia selalu jenguk kat kwsn belaga. lagipun apa susahnya nak hubungi dia line hp kan da ada. call jelah. klau x pun mesti YB ada ejen2 dia kat setiap kmpg so mereka boleh bgtau YB apa yg diperlukan.
    6.FB, TWITTER & BLOG??????…..
    – Ni mesti xde akaun fb nie. cukuplah klau satu drp 3 tu ada. klau da byk2 pun x guna. setahu saya YB kita ada FB..
    7.Hospital & doktor
    – memanglah truk tp kuota penduduk belaga x mencukupi utk kita mendirikan hospital. org yg bukan rakyat belaga x nak g belaga so sbg cadangan rakyat belaga kena keluarkan bakal2 doktor yang akan bekerja di kwsn belaga suatu masa nnti tu pun klau dia sanggup nnti..
    8. akaun TAB disalah guna
    – minta penyata dr TAB. paksa pengerusi TAB keluarkan penyata pasni.
    9. sapa peneraju TAB?/
    – kita x perlu kesah sapa jd peneraju yg penting dia jlnkan tugas dgn baik. awak nak jd peneraju Tabung Amanah Baleh??.. boleh jeh tp kena fikir dlu “ukur baju pada diri sndri”
    10. hutang rumah..
    – nasib baik kerajaan lmbt bagi klau x grenti abis da duit tu. tpt korg pergi berjoli di bintulu.
    11.gagal membela nasib ketua kaum?/
    – gaji ketua kmpg da dinaikkan da. pasal tanah pulak ssh nak cakap… kalau saudara rasa saudara n PKR mampu menyelesaikan terusakan perjuangan demi rakyat belaga.
    12.warisan budaya
    – kita rakyat belaga sndri yg xde usaha utk jaga warisan budaya kita sbb tu salung/keliring tu dibawa ke kuching. jgn mengharapkan org lain utk menjaga maruah kita tp kta sndri kena pertahankannnya.
    13.pusat khidmat ADUN/MP??
    -awakkan saudara YB, awak usulkanlah kat dia pasni mesti dia akan pertimbangankan.

    • belagakini Says:

      Saudara,
      Saya kategorikan saudara sebagai penyokong tegar BN, samalah juga kisahnya dengan saya penyokong tegar PR. Bezanya saya dengan saudara. Saya gunakan nama saya dengan jelas. Tapi saudara hanya berani gunakan nama samaran “Bavui”, tak mengapalah mungkin satakat itu sahaja keberanian saudara.

      Terimakasih kerana saudara rajin menulis dan cuba untuk mengupas intipati kandunagan tulisan saya. Saya rumuskan jawapan saya begini.
      1. Jawapan anda terhadap persoalan saya tidak berfakta, cuma cakap seprti angin lalu sahaja.
      2.Anda kurang membaca buku berkaitan belaga, rajin-rajinlah ke sarawak muzium-buka semula buku sejarah lama berkaitan belaga.
      3.PR dan PKR akan membuktikan kuota penduduk belaga lebih dari cukup untuk membina hospital, cukupkah kuota penduduk belaga untuk membina 12 empangan??
      4.Hutang rumah- Bukan semua penduduk belaga suka berjoli seperti saudara. Saya habiskan hampir 80% masa senggang saya untuk keluarga.
      5.Saya lebih dari layak untuk menerajui Tabung Amanah Baleh, saya tak pernah makan rasuah atau disabitkan kesalahan penyalahgunaan kuasa.
      6. YB tak tinggal di belaga- pada kami PR, meeting dengan rakyat adalah yang paling penting berbanding meeting dengan ahli-ahli korporat.
      7.Hampir 50 tahun memerintah sarawak, jika isu kerakyatan masih tidak mampu diselesaikan-BN tidur ka. Rasuah terlalu banyak, orang asing terlalu bebas keluar masuk dalam negara. Alih-alih alasan pendatang asing menjadi halangan untuk penduduk penan dapatkan kad pengenalan???. Saya yakin jika kerajaan benar-benar mengawal pintu masuk tidak akan timbul masalah pendatang asing yang tidak terkawal. Lihat sahaja kes pegawai imigresen yang simpan berjuta-juta ringgit dan berketul-ketul jongkong emas.

      Banyak lagi yang perlu saya beritahu saudara, tapi tak perlulah…. anda akan tahu nanti bila PR memerintah, salam reformasi

  5. anak borneo Says:

    10 perkara perlu difikirkan sebelum undi Pakatan Rakyat.

    1.Kalau tempoh perkhidmatan Taib Mahmud dgn tempoh Lim Kit Siang,karpal singh,hj hadi dan nik aziz dalam politik, siapa sebenarnya yg lebih lama?

    2. Kekayaan Taib Mahmud menjadi isu, tetapi jika bandingkan kekayaan DSAI dan Azmin Ali, siapa sebenarnya lebih diragui punca kekayaannya?

    3. Isu Teoh Beng Hock,siapa sebenarnya yg untung bila dia mati? Siapa yg hendak sembunyikan rahsia yang diketahui Teoh Beng Hock? Adakah kerajaan Sarawak, SPRM, kerajaan PKR Selangor,khalid Ibrahim atau DAP yg untung? Maka tidakkah lebih munasabah Teoh di bunuh oleh mereka ini?

    4. DS Najib sudah membuktikan janji2 beliau,dan masih berusaha lagi. Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya belum lagi membuktikan apa sumbangan kepada rakyat di Sarawak.

    5. Janji isu tanah selesai dalam masa 1 tahun Pembangkang. Lihatlah apa terjadi kepada penduduk Kg Buah Pala di Pulai Pinang..bukankah dulu Anwar berjanji akan selesaikan masalah Kampung itu sebaik sahaja menang pilihanraya? Ini buktinya: Anwar sedang berbohong kepada penduduk Kampung Buah Pala.

    6.Janji PAS tentang agama islam,berapa kerusi PAS bertanding di S’wak? Apakah PAS akan jadi dominan dlm pakatan nanti kalau begitu? Apakah PAS berniat hendak melaksanakan hudud di Sarawak ataupun kerana hendak meruntuhkan kepimpinan Islam di negeri ini?

    8. Kenapa pkr begitu tamak bertanding di tempat yg sepatutnya diberikan kepada SNAP? Awal awal lagi mereka sudah mula memperkecilkan kepimpinan pembangkang tempatan dan mengutamakan kepimpinan parti daripada semenanjung untuk memerintah Sarawak.

    9. Kenapa ketua umum PKR tak nak bersumpah, tak nak bagi DNA, tak tunjuk jam Omega, tidak mahukan Suruhanjaya Penyiasat. Jika Anwar tidak bersalah mengapa perlu takut?

    10. Pihak mana lebih jujur kepada rakyat Sarawak dan tidak perlu berkempen memburuk-burukkan lawan sehingga menimbulkan fitnah???

    • Boody Hell Taib Mahmud Says:

      Inilah yang dikatakan pembodek dan pengampu. Anak Borneo telah belajar dari guru pembodeknyanya Jabu ak tumpang orang, Raja pembodek Sarawak.

    • belagakini-fans Says:

      bodek itu lagi baik,
      saya suka pakai bahasa Indon..
      BODEK=JILAT,ini paling sesuai bagi pembodek@penjilat

  6. anak borneo Says:

    Kamu semua boleh dipanggil penghasut, TALI BARUT.

    • bobby Says:

      adalah tidak baik kata org lain bunuh Teoh sedangkan dia berada dalam kurungan org BN, fikir baik-baik. Kekayaan ahli politik di M’sia adalah diluar jangkaan terutama lake puti buk…jgn nak salahkan pemimpin dari malaya yg tak terlibat dengan pembongkaran itu, anda boleh lihat sendiri dan kaji sendiri, semua yang dikatakan ada betulnya. Pokok tak bergerak kalo tak ada angin. Anda terlalu percaya dengan berita dari media massa yang dikawal sepenuhnya oleh BN, hati-hati kalau andalah jadi isu dalam surat khabar barulah anda tahu betapa biasnya liputan berita dari media massa kita di negara ini. Itulah kita juga mau memperjuangkan kebebasan media massa serta kebebasan beragama di negara ini. Hang yg belajar politik seharusnya mempelajari hal ini dengan detail. jangan butakan hati tetapi lihat sendiri keadaan kita di hilir, asap dan ulu bakun. Banyak pembohongan yang belum ditepati jgn kata PR bohong BN lagi byk bohong rakyat, tengok sahaja di data kakus mereka janji itu dan ini sampai hari ini satu kuman (habuk) pun belum dilaksanakan jangankan satu ketul batu…..harap anda faham politik sebenarnya sangat kotor dan semakin anda terlibat ianya semakin teruk….

  7. Gadis Belaga Says:

    please lah jangan terlalu yakin menyatakan pembohongan kamu, yb tu terang2 ada fb. kamu x selidik dulu ke sebelum cakap? sy x sokong sapa2 tp setahu sy, kalau pembangkang memerintah lagi teruk jadinya…

  8. BS Says:

    wang rakyat bn kembalikan untuk membantu rakyat dengan berbagai cara.Bagaimana pula kalau pembangkang memerintah kemana pergi wang rakyat itu lesap begitu sajakah .Kalau tak mahu terima apa apa bantuan bagilah kepada orang lain..dari mana pembangkang dapat line kalau bukan rasuah dari bn..minum pagi makan tangah hari makan petang dari tahun satu sampai tingkatan enam. Apa yang pembangkang makan itu adalah rasuah bn. kenapa tak makan di luar sekolah tengok macam mana.klinik yang pembangkang gunakan itu adalah rasuah bn adalah lebih baik penyokong pembangkang pergi ke klinik swasta daripada dibagi rasuah.kalau tidak pembangkang sama seperti orang makan muntah diri sendiri ..Kalau taib mahmud langsung tak ada apa apa ke mana gaji sebagai ketua menteri selama ini.Cubalahfikirkan gaji seorang ahli parlimen sekitar sembilan ribu kecuali menteri. harga satu bendera parti satu sekitar empat ringgit bergantung kepada berapa warna sewa beratus cawangan diseluruh malaysia berapa .Bayar orang gaji belanja makan keluarga tengoklah bendera parti semasa pilihan raya seperti daun pokok. Perlu diingat jawa gerang semasa menjadi ahli parlimen lubok antu masih menanam kelapa sawit untuk menambahkan pendapatan fikir fikirkanlah.

Comments are closed.


%d bloggers like this: