Berarak Ke Medan Perang.

Hari ini (5.4.2011) pasukan Pakatan Rakyat-PKR akan bergerak ke Pekan Belaga untuk tujuan penamaan calon. Penamaan calon yang akan berlangsung pada 6.4.2011 bakal menyaksikan pertembungan 5 penjuru(kemungkinan). Calon-calon yang bakal bertanding terdiri daripada BN-Liwan Lagang, PKR-Ali Basah Kesing,SNAP-John Bampa, PERSB-Micheal Jok dan PCM-Kennet Adan Silek(kemungkinan).

Dalam ilmu politik dan demokrasi, semua mereka layak bertanding atas sebab ada wang deposit pencalonan, tidak disabitkan bersalah dan tidak muflis.Tapi dalam konteks kematangan politik, kegagalan barisan lawan kepada BN mencapai persetujuan satu lawan satu adalah kesilapan paling besar. Disini mereka-mereka ini yang sering mengatakan mereka sanggup buat apa saja untuk menumbangkan BN. Ternyata tidak berpegang kepada janji untuk bersatu menentang BN. Apa pun saya yakin rakyat Belaga akan membuat pilihan yang tepat.

Pilihan yang saya maksudkan adalah, pilihlah BN atau PKR, sebab hanya BN dan PKR yang telah memiliki rekod mentadbir kerajaan. Barisan PR(PKR,DAP,PAS) telah memimpin negeri Selangor, Kedah,P.Pinang,Kelantan dan Perak(dirampas semula oleh BN dengan pintu belakang).

Rakyat Belaga mempunyai bukti kegagalan BN mentadbir Belaga selama 48 tahun, jadi langkah terbaik adalah membuat perubahan dengan mengundi PKR-Ali Basah Kesing demi masa depan anak-anak Belaga. Rakyat negeri Selangor yang telah ditadbir oleh PKR telah menikmati taraf kehidupan yang lebih baik berbanding ketika diperintah BN.

Saya menyeru supaya semua pembaca blog Belagakini supaya mula berkempen di rumah panjang masing-masing supaya mengundi PKR.  Manakala mereka yang lain yang turut mencalonkan diri adalah mereka-mereka yang cuba menghalang perubahan yang cuba dibawa oleh PR.

Mengundi PKR adalah mengundi Untuk Perubahan=Sarawak yang lebih Maju,adil dan tanpa rasuah.

Mengundi SNAP,PERSB,PCM atau Bebas= Samalah seperti mengundi BN yang menghalang perubahan dan menggalakkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Selamat berjuang Rakyat Belaga. Saya minta kita UNDILAH PKR.

11 Responses to “Berarak Ke Medan Perang.”

  1. Lebui Says:

    Salam,
    Senarai nama bagi mwakili parti pkr tlahpun diumumkan klmarin di kuching. Kita pun telah tahu bhw calon di dun 57 belaga, bagi mwkili pkr adalah sdara basah kesing dr uma apan mejawah belaga. Jd saya merayu kpd kwn kwn yg kerap bkunjung ke blog ini supaya bkempenlah dr skrg baik menerusi telefon atau turun padang pergi ke uma uma aru, mlalui facebook atau mlalui tweeter, tdk salah mgunakan kcanggihan yg ada kini utk myebarkan kpd sdara mara dan kwan-kwn di mana jua berada supaya plg ke kpg smasa hari undi nanti. Beritahulah kwn kwn agar mgundi pkr, basah kesing @ ali basah. Jangan sesekali undi bn… cukuplah masa lalu. Sekalipun kita telah mlihat ada bberapa projek yg dtg dlm bbpa tahun ini di belaga tetapi yg perlu kita ingat bhw semua itu memang yg spatutnya diterima olh rkyat oleh kerana hsl bumi swk mmang banyak jadi perlu dikongsikan utk rkyat demi keselesaan mereka. Apatahlagi banyak projek itu mmang telah diminta banyak kali di zaman mantan yb… stanly ajang dulu. Cuma time tu…. tdk ditunaikan. Kepada rkyat belaga terutama yg tlibat dgn projek bakun projek mega tkenal di dunia tapi apa yg kita rkyat di tempat itu dpt, tdk ada. Tanah sekangkang kera. Byaran pampasan tdk stimpal dengan kluasan tanah dan kebun. Malah byk kebun yg tdk disukat kerana alasan luar blok/perimeter. Itu belum lagi mcm2 musibah yg dtg smasa dam bakun ditutup thn lpas. Ikan byk mati…. terapung…. Rakyat di hilir bakun amat menderita wktu itu…. Tdk ada perancangan yg betul sblum ditutup. Air sungai yg mjdi laluan pgangkutan utama rkyat di kws itu… mjdi amat kering…. ‘bato naha hireh hitih…’ apa yg lbh myedihkan org yg mjdikan express pgkutan utama mhubungkan mereka dgn bakun pergi ke kapit dan Cbu… tdk beroperasi kerana mslh air kering. Apakah rkyat belaga terus mahu tsiksa begini. Tunjuklah undi protes anda dgn mmlih pkr kali ini. Jangan ragu-ragu utk mmlh pkr, sdara basah kesing. Kempenlah kalangan kwn kwn, klangan ‘panak-panak’, sepun-sepun’ berani buat perubahan demi keadilan dan ketelusan di belaga.

  2. Lebui Says:

    Apa kbr tuen laja, tasin lenya, educatedasap, lakegsemang etc….. tak de kata kata semangat kah utk sdara basah kesing. Apakah kalian sudah mgalah…. kecewakah, sudah tdk ada moodkah, tdk bminat lagi dgn pjuangan sblum ini…. Apa kalian telah myokong asap koyan 2u… yg hari hari mengampu, mbodek….. angkat bakul…..
    Bangun sdara …. bsemangat

  3. Qullayh Says:

    Harep beluan urip uku ayak tam unak nyineng ikak basah, mina urip tam belagah kerei anih au puday meran maia kenan ket ket maring ateng bi akui kinah tuhan higem ikak paen halem hadui pili anih. Na lan im boh….. sayu kah tek kah kelunan jam kerei anih, nun aleng jadi ha belagah, mina lebak ket en dahak pekiya… en dahak pekivah…. harep kenep kelunan ngeniheng sedirik… bhw belagah perlu puday pelitah nak. Amen…..

  4. anak borneo Says:

    hai, pro-PKR.
    PKR bawa kemajuan kpd Belaga? Jgn nak berlakon baik d sini. Org Belaga x buta n generasi muda skrg x bodo mcm dulu. Km x sedar ka apa yg tjadi dgn Bapak korg, Anwar Ibrahim?? Sapa mau pemimpin mcm 2 ada d belaga??
    Dlm 48 tahun Belaga x maju bwh BN? Sekiranya PKR berkuasa, majukah Belaga?? Km ckp negeri2 yg d bwh kuasa PKR maju?? Aduh..bulakk,pamoh,palo,bakek. Setahu sy, dah ramai ahli2 PKR yg dah lompat parti beramai2. Kenapa??!! JAWABLAH!!
    Kita rakyat belaga mmg perlu seorg pemimpin yg berwibawa n bjiwa rakyat. YBLL org yg tepat utk mjadi wakil kita. Kita dah dpt tgk smua usaha yg beliau bt utk kita, byk masalah yg tlh disettle. Hal NCR,harga rumah,hutang air paip,jln raya,sekolah..semuanya tlh disuarakan oleh beliau, and then settle.
    Kita sedar, pemimpin BN belaga yg lalu mmg x bagus..sampailah ke hari ini,muncul seorg hero bnama Liwan Lagang..pemimpin yg tepat utk Belaga!! Xkira parti BN,PKR..bla..bla..itu x penting. Yg penting kita sdh ada pemimpin yg berani bersuara..xtakut dgn org atasan!! Tgk la, sampai PM pun bole dtg ke Belaga!!!Kami generasi muda xkan mudah tpedaya dgn pemimpin yg byk helah,seperti..Anwar Ibrahim!

  5. Hungei Balui Says:

    Minta sdra wing cepat mlaporlan bgmana keadaan di pekan belaga pada saat ini, utk info kami yg berada jauh dr belaga. Kpd org belaga sekali lagi, kempenlah utk calon pkr di belaga demi ms dpan smua.

  6. Jelivan ayak Says:

    tksh anak borneo. Tksh kpd awak yg mnuduh DSAI mcm itu. Apa awak tdk tahukah bhw org2 yg telah keluar dr parti pkr bukan kerana keluar mcm itu sajakah…. masem masem gaya parti pelitah na ala dahak musang men PR….. ikak em pesayak jinun hel. Ikak ikem paget meju LL mejulah. Jangan mmuji tlampau mgatakan bhw LL itu hero. Semua usaha yg mbwa kpd pm pergi ke belaga bukan kerana dia seorang tetapi kerana usaha dpd yb Datuk Billy juga. Jangan perasan sangat. Semua projek yg diberi skrang jangan ingat semua projek dr yb adun seorang. Byk projek dr peringkat persekutuan di bwh MP. Semua itu usaha bsama dia dgn billy. Jangan mhukum DSAI dgn mgaitkan beliau dgn p’nayangan vdeo yg mgemparkan negara skrg bhw smua itu adalah benar belaka. Apakah awak tdk sdar bhw zaman skrg zaman teknolgi, apapun boleh diubah dan apalagi kalau ada org bsubahat di sebalik smua itu. Lalu knapa smpai skrg, 3 org yg bjwb mnayangkan video itu di sri carcosa di depan bbpa wtawan, tdk ditangkap smpai skrg walhal mjdi satu kesalahan kerana mnayangkan bahan lucah…. kalau insan yg di dlm vdeo itu org ptg dlm ‘pelitah’ dr awal sudah ditapuk malahan akan dibakarkan… diperap jd pkasam’ bahan itu bukan ditayangkan. Jd jika awak benar anak borneo, bfikir sblum bcakap. Jgn tlampau tpengaruh dgn paparan berita dan info yg awak perolehi dr media arus pdana yg tlh dikawal. Apapun pujian awak kpd hero awak tksh…… moga rkyat di belaga undilah sdra basah….. kpd org di hilir dam bakun inilah masa kalian mnunjukkan ketidakpuasan hati kamu orang slama ini akibat pbinaan dam itu. Jangan sesekali beri undi pd bn. Beri undi pada Basah Kesing @ Ali basah.

  7. nowmaica Says:

    anak borneo yang BUDUH, stupid, moron…..adakah tiap-tiap kali nak undi ada sahaja hal yang terjadi dengan anwar…lu pikirlah sendiri…ini adalah satu konspirasi untuk mengaburkan fikiran org yang menelan bulat-bulat apa yang digembar-gemburkan oleh BN ( media massa mereka yang kontrol). jgn terus jadi bodoh mcm org yang tak ke sekolah….baik engkau pi sekolah tadika sekarang ni. tiap-tiap kali nak undi mereka akan buat sesuatu yang ada kaitan anwar…logik ker tak? only the moron like you will truly trust silly things like this. think before you speak.

  8. anak borneo Says:

    hahaha…marah nampak?? Korg pembangkang ni tau mengkritik tp xpandai bt kerja!! Tgk la contoh kerajaan negeri Selangor(PKR) n P. Pinang(DAP) skrg..rakyat d sana dah xtahan dgn pemimpin yg bulak dia org. Apa kemajuan yg mreka bt?? Kita xmau Belaga jd mangsa yg seterusnya. Kenapa nak undi calon PKR belaga yg mempunyai rekod lampau yg buruk?? Lawyer yg dah byk mkn duit org kmpung sndri?? Huh???
    Wahai pro-PKR yg “bijak pandai”…konspirasikah yg blaku pd anwar skrg?? Kenapa dia x bg DNA smpai skrg?? Berani krna benar lah..jgn nak lari. Kita smua pun nak tau..bkn nak tuduh2. Imam suruh dia bsumpah demi agama pun dia x sanggup..why??
    Perkara inilah yg bt kita keliru n prasangka pd anwar. Km org pun xpuas dgn LL ka?? Apa yg kurang pd beliau? Dia n rakan2nya yg lain dah byk usaha utk memajukan belaga. Yg korg sibuk2 nk undi Ali Basah jd pemimpin apahal?? Lawyer buruk, pengkhianat rakyat. Bukalah mata kalian!!!! Undilah YBLL!!

  9. kumanbahek Says:

    kalah menang adat pertandingan.sama-sama tepuk tangan bila keputusan diumumkan nanti.yg ptg belaga maju.

  10. Dian pelubek Says:

    Siapa pun tidak tahan sabar kalau cara awak mberi komen provok hati org anak borneo. Awak sdiri fkr knapa smua apa2 btuk tuduhan mlibatkan pmimpin atasan lain tdk disiasat dan jikapun disiasat amat lambat malahan byk yg terus tdk disiasat. Awak fkrlah scara logik. Apabila ada yg dikaitkan dgn DSAI cepat cepat disiasat dan didakwa. Awak tdk fhm lagikah media msia dikawal olh pihak pmrintah. Berapa byk kkurangan, klemahan sana sini pihak krjaan tetapi tdk disiarkan namun apabila disebelah neg PR, hari hari dipaparkan. Inilah yg meresap ke dlm jiwa org spt awak. Tdk hbs hbs awak mgatakan dan mnuduh Basah Kesing makan duit… kenyataan awak amat merbahaya dan 1 tuduhan berat. Awak bhati hati bila buat statement… jangan tlampau taksub dgn luaran LL yg awak sanjung……

  11. irang di Says:

    kpd anak borneo, kenyataan awak tlampau… awak tgamak kata ali basah lawyer buruk dan pengkhianat rkyat… apa mksud smua kata kata awak???? Apakah kerana dr awal lagi awak mnuduh dia makan duit ??? Itu mksd awak mgelarkan beliau dgn gelaran sebegitu. Amat malang jika fikiran awak yg awak katakan sdg blajr di unimas tetapi mpunyai fkiran yg amat cetek dan dangkal lalu menuduh ali basah mcm itu…. Kpd rkyat di belaga harap terus myokong pkr di belaga wlaupun mcm2 komen negatif dpd anak borneo dan sekutunya.

Comments are closed.


%d bloggers like this: