DUN Belaga:Pertembungan 6 Penjuru.

Saya meminta maaf kerana lambat mengemaskini laporan pilihanraya negeri Sarawak DUN Belaga. Ini kerana saya terlibat secara langsung dengan pengurusan kempen. Untuk mengubat rindu pembaca dengan Belagakini. Maka saya akan tulis beberapa ayat dan masukkan beberapa keping gambar.

Sebelum itu kepada para pembaca yang pro BN, jangan terlalu emosi, anda boleh poskan komen tapi tolong gunakan bahasa yang sopan. Kalau marah pun dan sayangkan BN pun jangan lupa adap dan sopan. Anda boleh tidak bersetuju dengan saya. Tapi berhujahlan lebih baik dari saya. Janganlah sertakan hujah seolah-olah anda budak yang masih belum sekolah.

Pertembungan 6 penjuru mengulangi sejarah pilihanraya negeri DUN Belaga 1996. Pada ketika itu Ajang Batok (BN-tanpa parti) menang dengan majoriti 768 undi. Jika sejarah menjadi ukuran maka nampaknya kali ini BN akan menang lagi lah. Tapi masa kempen masih panjang dan apa-apa pun boleh berlaku.

Tidak ada yang aneh dan pelik ketika hari penamaan calon melainkan dengan munculnya seorang calon misteri bernama Mathew Ak Munan. Banyak kesilapan dilakukan oleh hampir semua calon dalam borang pencalonan mereka. Tapi dalam aspek ini SPR lagi arif, jadi saya tak perlu mengulas.

Taib Tidak Muncul Di Belaga.


Belumpun perkarangan Pusat Penamaan Calon dikosongkan, jentera BN telah mula memasang papan-papan tanda gergasi disekitar pekan Belaga(jentera BN sangat cekap), tapi yang aneh gambar Taib Mahmud cuba diselindungkan. Ini membuktikan BN benar-benar takut untuk menampakkan wajah Taib. Saya masih menantikan adakah pihak BN berani memunculkan photo Taib seperti mana yang selalu dibuat mereka.

Sebentar tadi ada rakan dari Sg.Asap melapurkan bahawa Taib tidak akan mengunjungi Sg.Asap seperti mana yang dijadualkan. Jika ini benar-benar berlaku. Maka ini mengesahkan bahawa BN benar-benar telah tahu bahawa faktor Taib akan menumbangkan mereka. Jadi apa tunggu lagi, silalah berjuang bersama PKR.

BN Masih dengan cara lama,selepas sahaja penamaan calon. Penduduk Belaga diberi projek tilam 1 azam.

Tilam 1 Azam “Akhiri Zaman Miskin”- mudahnya cogankata BN, dengan memberi tilam saja akan berakhir zaman miskin. Apapun perbuatan BN ini adalah bertentangan dengan etika pilihanraya.

Penduduk diberi petrol percuma oleh BN. Nampaknya BN ni bermurah hati benar ketika pilihanraya. Ini juga salah dari aspek etika pilihanraya.

Calon-calon YB Belaga.

Kenneth Adan Silek- Bebas

Micheal Jok- Bebas

Mathew Ak Munan-Bebas

John Bampa-SNAP

Liwan Lagang-BN(PRS)

Ali Basah-PR(PKR)

Undilah PKR untuk perubahan Sarawak yang lebih kaya dan tanpa rasuah. Kalau anda kekalkan BN maka anda memberi signal yang salah yang bermaksud anda sukakan Taib Mahmud perampas tanah. Kalau anda undi calon SNAP dan 3 calon bebas yang lain,mereka menang pun tak akan mampu bentuk kerajaan baru. Kita Pakatan Rakyat berjuang untuk Peritah Maring di Sarawak.

Sila ekses akaun Flickr Belagakini di sebelah untuk melihat lebih banyak lagi photo menarik.

11 Responses to “DUN Belaga:Pertembungan 6 Penjuru.”

  1. Tup Seketup Says:

    sya suka mengikuti perkembangan kempen di sini. jentera kempen bn kelihatan sungguh mewah. berkempenlah dgn berhemah dan saling menghormati. sebagai penyokong PR, saya ucapkan selamat berjaya kpd PKR. satu hal yg sya pikir perlu diterangkan kpd penduduk belaga ialah, apapun yg bn mendakwa bahawa kerajaan bn telah banyak berbakti kepada rakyat belaga, itu memang benar tp kurang tepat.

    semua yg telah bn kerjakan utk penduduk belaga adalah memang penduduk belaga berhak utk mengecapinya tanpa diminta, semuanya itu memang perlu dilaksanakan tanpa disuruh. secara automatik, itulah tugas wakil rakyat belaga. tiada parti politik berhak mengatakan bahawa itu sumbangan drp parti politk mereka. tiada parti politik boleh mengatakan bahawa projek pembanguna itu dan ini kepunyaan mereka.

    Sya tau bahawa bn lantang mendakwa bahawa mereka sudah banyak berbakti kepada penduduk belaga, mereka berkata kpg penyokong pkr ” penyokong pkr tidak kenang budi, penyokong pkr tidak hargai jasa bn, menentang kerajaan, penyokong pkr menolak plan pembangunan yg sudah dirancang, dan sebagainya…”

    Wang yg digunakan utk membiayai semua projek adalah kepunyaan rakyat. Bukan wang kepunyaan parti bn atau mana2 parti politik. Parti politik atau wakil rakyat hanya seorg petugas diupah menggunakan wang rakyat utk menguruskan hal ehwal pembangunan, berkihdmat utk masyarakat.

    Sepatutnya, projek pembangun harus sentiasa dikerjakan tanpa menunggu rakyat minta. Sebagai wakil rakyat, dia perlu tahu apa keperluan penduduk dan dia sendiri pergi kpd penduduk menawarkan khidmat, bukan tunggu penduduk dtg merayu minta tolong. Dasarnya, rakyat adalah boss, dan wakil rakyat adalah pekerja yg diupah menggunakan duit rakyat utk menyelesaikan satu assignment.

    Pneyokong bn mengatakan bahawa jalan tempat kita driving, klinik tmpat kita pergi dapatkan ubat, sekolah tmpat kita hantar anak bersekolah adalah hasil peluh wakil rakyat bn. Tiada seorg pun, tiada satu wakil rakyat pun atau tiada satu parti politik pun boleh mendakwa seperti itu. Itu kepunyaan rakyat tidak kira apa parti politk yg rakyat sokong.

    Wakil rakyat yg tidak buat kerja dgn baik kita tolak dan beri peluang kepada org lain, mungkin org lain lebih baik dan lebih efektif dan lebih amanah. Cubalah melakukan sedikit perubahan kalau kita sudah tidak puas hati dgn hasil kerja wakil rakyat sekarang.

  2. What do BN give to win elections? « Sarawak Indigenous Community News Says:

    […] In Belaga the offerings made by BN to the people there after nomination include free petrol and free mattress. This gave some variety to the usual roofing material/zinc which some residents find it less attractive nowadays! However this is still inducement to voters which is prohibited by the Election Offenses Act! Pictures are available from here! […]

  3. Jelivan ayak Says:

    Itulah…. budaya bn dr dulu saudara tup seketup. Mereka mmg suka mberi ssuatu brg khususnya bila musim plhanraya. Mcm yg tbaru ini… tilam. kalau pmbangkang kata , umpan, gula gula, mereka tdk kata tidak… jd skrg saya nak tanya, knapa tdk beri tilam juta juta sblum ini, byk rumah org di belaga tu yg sudah tilam lusuh…. berilah slpas menang dulu knapa di phujung penggal sbg yb baru tilam tu dikeluarkan… apa itu bukan pancingan kah….. fikirlah wahai rkyat belaga jangan undi bn kerana banyak yg tidak jujur…..

    • Tup Seketup Says:

      org di tempat kerja saya tertawakan saya bila mereka baca BN bg tilam “apa ni org ulu, you punya undi sama harga dgn tilam kah, you boleh tentukan masa depan you all dgn sumbangan tilam?” malu betul saya. then i realize, sumbangan tilam itu seperti mempersendakan dan memperlekehkan maruah org ulu. tilam memang diperlukan dan bagus diambil kalau diberi. tapi mengundi adalah mengenai pembentukan jentera pentadbir kerajaan negeri swk yg baru. ini bukan main2, bukan mengenai tilam.

  4. nowmaica Says:

    BN ini satu kelemahan mereka yang sangat nyata. kesalahan yang harus dipandang seriuos oleh EC. Jangan buat policy tatepi tidak dikuatkuasakan….useless namanya. Wang rakyat diboros macam tiada hari esok apa cerita ni, inilah POLITIK WANG…gunakan kuasa wang untuk menarik pengundi…ITU duit bayaran cukai dari rakyat….jangan disalah gunakan…

  5. kumanbahek Says:

    yg kalah nanti cuba lagi.yg menang kita sokong.maju piah peju.

  6. Jelivan ayak Says:

    Gaya kempen bn itu cara lapuk… dah ditelan zaman…. tengok hari terakhir nanti mcm mcm barang, pkakas rmh, beras diangkut guna lori dihantar ke belaga nanti…. itu belum lagi wang……. kpd rkyat belaga bukalah fikiran tu …. jangan terus tertipu dgn umpanan mcm mcm yg cuma timbul masa plharaya,,,, masa lain itu…. dibuat kasam mungkin…

    • akang Says:

      BN salah gunakan wang cukai rakyat waktu pilihanraya, atau mereka mengugut kroni mereka untuk mengeluarkan belanja untuk kempen sebagai habuannya kalau menang nanti lebih banyak lah projek kerajaan yang MESTI ditawarkan atau diberikan kepada kroni yang menyokong kempen beliau…ini adalah satu taktik kotor mereka, parti lain ada menganjurkan kutipan dana tetapi dari orang perseorangan bukan dari kompany atau syarikat seperti shin yang, samling, SOP, R.hijau dan KTS dan sebagainya. Buka mata kita orang belaga tentang penderhaka bangsa habis-habisan.
      Jangan bangga dengan kemewahan menggunakan helicopter semasa pilihanraya kerana itu semua adalah hak semua rakyat jelata…bukan wang parti BN….malulah sikit kerana menggunakan wang dengan kurang bijak…..election commission should investigate this expenses…i truly belive they have mismanagement here…efficient? NO they are not very efficient in spending the tax payer monies here…this monies should be used to develop the state instead of speand it on the election campaign….personal interest is the first priority here where is Rakyat diutamakan…..cuma dibibir sahaja….jangan cakap PR manis dibibir kalau BN pun melakukan perkara yang jauh lebih dahsyat. ….sapu duit rakkyat….satu malaysia= sapu malaysia……satu duit cukai rakyat untuk kempen….naik helicopter sana sini…poster mega dan billboard dipasang sana sini…seperti tiada hari esok….

  7. ba belagah Says:

    jawaplah mana pro bn…. tanya guru kamu, asap koyan 2u tu…. cuba jwp kpd isu TILAM TIMBUL SELEPAS PENAMAAN CALON?????? Kenapa sebelum ini tilam tdk dihantar???? Hari plhrya/hari undi pd 16/4 ini, baru pd 6/4 tilam diberi???? Fikirlah dgn waras. Kenapa pd mula liwan lagang menang pd 2006 lepas, tilam itu tdk dihantar atau tdk diberikan???? Kenapa baru skrang???? Tengok nanti mcm mcm ole-ole diberikan pd mlm terakhir kempen nanti 15/4,,,,,, hati hatilah orang di belaga dgn kempen murahan mcm ini……. tanpa tilam itu kita boleh hidup…. bukan di zaman nenek moyang kita dulu kita tdk terbiasa tidur beralaskan tikar rotan sahaja, hidup juga kita sampai ke hari ini….. ini bukan sombong tapi kenyataan, kenapa baru bulan ini tilam itu diberikan kpd rkyat belaga…. so kpd yg pro bn tu cukup cukuplah mgampu dan mbodek…..

  8. anak linau Says:

    Tilam tu satu simbolisme, bro. Nampaknya org belaga telah digula-gulakan dengan tilam dan petro. Eh…jangan lupa petro dah naik tau. beri petro sebenarnya utk memberi gula2 supaya kita tidak marah harga petro naik. Ikhlas ke ni? JIka benar ikhlas…bagi la subsidi petro tu sepanjang tahun kepada penduduk belaga yang miskin. Bukan sekadar pada waktu pilihan raya. Paling memalukan ialah pemberian tilam. Apa ni??? Maknanya ialah mereka mahu supaya org belaga terus lena tidur di atas tilam empuk tanpa akan gempa bumi dan hujan batu di daerah sendiri. waduh…waduh begitu murah harga diri dan nilai 5 tahun akan datang untuk penduduk belaga. Bro…inilah imej dan inilah sebenarnya gambaran kecil sifat buruk (rasuah dan tidak ada integriti) dalam jiwa seorng pemimpin. Kalau yang kecil ini telah kita saksikan…apalagi yang lebih besar. ingat tak skandal Pelabuhan Bebas Klang? banyak lagi la…
    marilah kita berdoa moga iman mereka dikuatkan dan sedar agar hak rakyat ini dikembalikan kepada mereka.

    amen.

  9. cindaya Says:

    Waahh…wahh2..mmang hebatlah strategi bn undi ni tadi tetapi heran pula sy kenapa la TILAM tu mbuat kita mykong bn.Adakah itu tanda lembut hati pihak mrk kpd rakyat2 kita d asap..atau hati kita pula lembut spt tilam tu krn kata2 janji mrk.sy sgt sedih juga bro.. dgn apa yg tjadi tu.mahu kah wajah/muka kita akn bterusan spt tilam tu,mudah sj spt d giling.apakah stiap pengundi mdftar mdpt tilam tu..nah apa ksudahan hr ini.masih juga org kita d asap x dpt apa yg d mahu sejak pjnjian bn mnang dr dulu lg.tidak x projek2 d bawa ke tmpt kita ttp,prjek mrk ni mgubur sbgian hidup kita.(carian hasil hutan)hutan adlh duit(daun) kita org2 belaga,namun semuanya dpetik krjaan demi kptgn sndiri.Ayoh..lahh..kita org2 belaga sedar sikit.cuba lupakn bn tu dulu,mari cuba prkra baru..brsama pmpin yg baru akn dtg.

Comments are closed.


%d bloggers like this: