Pendirian Belagakini Terhadap Taib Dan Liwan

XYB Liwan memang orang yang baik, orang yang  baik tak sepatutnya menyokong orang yang jahat seperti  XCM Taib Mahmud.

XCM Taib adalah orang yang jahat, ambil tanah, balak dan seringkali berbohong kepada rakyat Belaga. Adalah tidak betul bila XYB Liwan sokong perbuatan Taib Mahmud.

Sebagai analogi, jika anda terjumpa seorang yang telah merompak hasil kebun dan tanah rakyat Belaga selama 30 rahun. Haruskah anda terus bersubahat dengannya untuk terus merompak hasil bumi di kebun anda di Belaga???

Logik akal, seharusnya tidak. Untuk apa sebab sekalipun kita tidak harus bersahabat dan bersubahat dengan Taib Mahmud. Inilah hujah paling asas dalam apa yang saya kemukakan kepada pembaca Belagakini yang Pro BN. Kalau anda katakan, tak apalah kita bersahabat dengan perompak asalkan dapat banyak wang dan kedudukan. Saya pun tak boleh kata apa. Nilai kita sebagai manusia ditentukan oleh pendirian kita terhadap sesuatu perkara baik atau buruk.

Saya suka kepada kebanyakan apa yang dilakukan XYB Liwan kecuali apabila beliau memutuskan untuk bersubahat dengan XCM Taib Mahmud. Jika ditakdirkan XYB Liwan tewas di Belaga kali ini. Saya yakin PR akan memikirkan dengan serius untuk memberi tempat kepada beliau dalam kerajaan Sarawak yang baru. Boleh jadi beliau kita jadikan  senator untuk mewakili kaum penan di hulu Linau,Murum dan Urun (perlukan perhatian khusus).

Kami di PR tidak pernah merancang sesuatu yang buruk ke atas orang yang baik seperti beliau, malah usaha kami kali ini untuk menyelamatkan beliau daripada terus dipergunakan oleh Taib Mahmud.

Perjuangan Belagakini.

Kepada pembaca yang tak berapa faham bahasa politik dan seringkali tidak sehaluan dengan Belagakini. Belagakini berjuang supaya royalti minyak sebanyak 20% diberikan kepada penduduk Sarawak. Hasil balak sebanyak 30% kepada penduduk Belaga dan royalti penjanaan tenaga dari empangan Bakun dan Murum sebanyak 20% kepada penduduk Belaga. Jika perjuangan ini menjadi realiti, Belaga akan maju seperti negara Brunei dan Singapura.

37 Responses to “Pendirian Belagakini Terhadap Taib Dan Liwan”

  1. Boody Hell Taib Mahmud Says:

    Tumbangkan PRS dan BN di Belaga. Halau Liwan, halau James Masing dan halau Taib Mahmud semuanya membawa maksud yang sama.

  2. pemerhati Politik Belaga Says:

    Betul tu saya sokong dan pasti pendapat anda ini benar. XYBLL sekarang ini berada dalam keadaan dilema, stand atau tidak. Tetapi dia terpaksa stand untuk periuk nasinya jugak biarpun Bosnya Perampok. Tengok YB Lihan Jok yg begitu lurus dan sedar akan keburukan kerajaan BN pimpinan Taib, dia memilih tidak mau stand. Kita kasihan dan tidak mau beliau XYBLL daripada terus dipergunakan oleh Taib Mahmud, JJemut Masing dan Jabu.

  3. senganak Says:

    RANCANAGN BN 2011

    1)Royalti minyak sebanyak 20%akan diberi kepada penduduk Sarawak

    2) Tenaga dari empangan Bakun dan Murum sebanyak 20%

    3) Melindungi Tanah NCR

    4)Menambah infrastruktur di Belaga

    5) Menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk Belaga

    6) Mengembangkan cawangan pendidikan di Belaga

    nah belagakini lihat!!!!!!!!!!!!!!! anda menjilat ludah anda sendiri….anda mau semua ini???????? bukan saja BN bersifat melindungi malah bertungkus lumus memberi kemajuan kepada rakyat…..Parti lain hanya berjuang untuk mempertahankan tanah NCR tapi mampukahmereka memberi kemajuan?????? jawapannya ada pada anda sendiri……

    • belagakini Says:

      Anda benar-benar buta, telah 48 tahun BN berkuasa di Sarawak. Mereka tidak pernah berjaya memberi royalti 20%. Harap-harap janganlah ada anak sarawak dan anak belaga yang dungu politik seperti saudara.

    • hellenpi Says:

      betulakah BN melindungi tanah NCR???? kenapa sampai hari ini pampasan tanah & rumah belumlagi dilunasi. Kita tidak mahu kata2 kosong, tapi buktinya.

  4. Padan Ole Says:

    KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI, DINASIHATKAN SUPAYA JANGAN MEMPERCAYAI KATA-KATA YANG MENGARUTKAN DAN MERACUNKAN OTAK RAKYAT BELAGA INI.
    BAGAIMANA DENGAN ALI BASA PULA, YANG BERSEKONGKONG DENGAN ANWAR TENTANG KES VIDEO SEKS ANWAR. BEGITUKAH PEMIMPIN YANG ANDA INGINKAN.
    JANGAN SAMPAI ANWAR AMPUT ANAK-ANAK GADIS, ISTERI-ISTERI DAN ANDA-ANDA PULA SELEPAS INI.
    BELAGAKINI “LIWAN LAGANG TIDAK BERSUBAHAT DENGAN TAIB. LIWAN LAGANG PENAT-LELAH MEMBANGUNKAN BELAGA, ANDA PULA CUBA MENJATUHKAN BELIAU. APA ANDA INGAT ORANG TIDAK TAHU KES ALI BASA KAH? KAMI SEMUA TAHU, KAMI MASIH ADA PEGANG BUKTI PENIPUAN ALI BASA SATU KETIKA DAHULU… JANGAN INGAT ANDA TIDAK ADA SILAP… HAHAHAHAH

    • belagakini Says:

      Bukti kalau tak didedah, tarak guna, jangan bohong diri sendiri. Tolong jangan guna bahasa kesat. Ia hanya akan merendahkan martabat saudara saja. Malulah sikit. Mencaci anuar sebagai tidak bermoral anda pula yang lebih-lebih bahasa. Liwan tidak pernah memajukan Belaga. Semua wang yang digunakan di Belaga adalah wang rakyat dan sebahagian besarnya dicuri oleh Taib.

    • hellenpi Says:

      memfitnah adalah satu dosa. sudahkah anda menonton video trsebut sepenuhnya?????. jgn menambah dosa.

  5. anak borneo Says:

    Skrg kamu guna taktik serang peribadi LL. Masalah kita d belaga mmg rumit…kamu tuduh LL bsubahat dgn CM..nak tuduh apa lg pasni?? YBLL xtakut dgn CM. Kamu ni expert politik kah?? Sukati jak nak antam LL dgn pendirian kamu sndri…kami belia belaga pun sama taraf dgn kamu skrg. Pikirkanlah, mampukah parti2 dlm PR bersatu??

    Sblm ni, kamu menyeru agar parti2 pmbangkang yg lain sokong PKR jd calon d belaga. Tapi, sekiranya SNAP berbuat demikian pd PKR, PKR maukah?? Tgk la, ada 2 parti utama pmbangkang nak (PKR,SNAP) lwn LL. Kenapa xmau letak satu sj??

    Sy tau hasrat kamu, LL xsepatutnya bsama BN.Tapi, LL bsama BN bukannya nak kaut untung dr CM. LL xtakut dgn CM. Kamu bilang LL xbawa kemajuan d belaga?? Km xnampakkah usaha yg beliau buat dlm penggal pertama beliau memimpin?

    Mmg xsalah kalo cita2 PKR nak bg kekayaan kpd belaga..tp masalahnya parti2 pembangkang yg lain xmau bersatu…susah..nti PAS masuk sarawak, apa mcm??? Kita ni digelar kafir,masuk neraka jak.

    Yg penting d sini, kuatkan iman, tambahkan ilmu..spya kita dpt menempuh semua sandiwara politik yg berlaku skrg. Sokonglah LL, smoga Tuhan bg hikmat pengetahuan kpd beliau utk mbawa belaga keluar dr belenggu org atasan yg jahat.

    Sebelum nak tuduh yg jahat pd LL, cerminlah dulu calon PKR n SNAP. We know them well too.

  6. Boody Hell Taib Mahmud Says:

    Penyokong BN dah mula takut sekarang. Kerana itu mereka bertubi-tubi menyerang dalam blog ini. Jangan bangga kerana anda ada kelebihan guna wang rakyat untuk projek. Itu bukan wang Bn. Sedarlah dan jangan cuba jadi juara dengan waang rakyat untuk projek gula-gula. Wang itu juga adalah wang rakyat yang menyokong pembangkang sekarang termasuk saya. Sedarlah kalian penyokong BN.

  7. Tup Seketup Says:

    Is there such a thing as ‘bantuan kerajaan BN’. If there happen to be a project of road construction for people living in a kampung located at remote area, say for example kampung Data Kakus, Kpg Lio Mato, Long Jeek, Lg. Biak or Long Dungan or kampong Sg. Asap. Should we call it as ‘bantuan kerajaan’?

    If there happen to be a clinic, common public hall or school, do you take them as ‘bantuan kerajaan BN’? If there happen to be treated water supply or electricity supply in your kampung, should we call them as ‘bantuan kerajaan’? What about the Yayasan Sarawak Fund and Tabung Amanah Bakun? Should these 2 tabungs be considered as ‘bantuan kerajaan BN’?

    As we all know, all those things I mentioned here, Yayasan Sarawak, Tabung Amanah Bakun, roads, clinics, schools, water supply, electric supply, wifi and a lot more, were fully funded by rakyat money, not funded by the political parties’ money.

    Oleh sebab itu, parti BN sekarang ini tidak boleh mendakwa bahawa semua projek yang telah dijayakan (itupun kalau ada) selama ini sebagai kepunyaan kerajaan BN. Semua projek yang parti BN telah jayakan selama ini adalah kepunyaan rakyat, sebab projek-projek ini dibiayai menggunakan wang rakyat. Parti BN cuma menjalankan tugas untuk mengerjakan projek itu sebab wakil rakyat itu sendiri yang menawarkan diri dan berjanji akan berkhidmat untuk rakyat. Wakil rakyat parti BN diberi gaji dan elaun setimpal dengan perkhidmatan mereka.

    Perlaksanaan dan penyampaian sesuatu projek merupakan perlaksanaan tanggungjawap, bukan penyampaian bantuan oleh kerajaan BN. Tanggungjawap wakil rakyat ialah menggunakan peruntukan drp wang rakyat untuk rakyat. Di Selangor, kerajaan negeri mempunyai polisi ‘Merakyatkan ekonomi Selangor’ yang bermaksud, ekonomi selangor adalah kepunyaan rakyat selangor, bukan kepunyaan parti PR.

    There no basis for BN supporters to make such a claim that PR supporters must not touch anything, any project or facilities that had been given by kerajaan BN.

    Terdapat penyokong BN mengatakan kepada penyokong PR ” jangan hantar anak kamu ke sekolah itu jika kamu tidak menyokong BN dan menentang kerajaan, sebab sekolah itu dibina oleh BN”, “jangan pergi berubat di klinik itu kalau kamu tidak menyokong BN sebab klinik itu hasil kerja parti BN” dan banyak lagi kata-kata sumbang yang dilemparkan kepada individu yang tidak menyokong BN.

    BN bukan satu kerajaan. BN hanya parti politik. Kerajaan adalah rakyat sendiri. Itulah Anwar Ibrahim berkata bahawa, kalau PR menang dalam pilihanraya nanti mereka akan membentuk Kerajaan Rakyat, bukan kerajaan PR. BN suka menggelar kerajaan malaysia sebagai kerajaan BN, patutlah mereka pentingkan parti lebih daripada rakyat.

    Tanggungjawap seorg wakil rakyat ialah memimpin rakyat dan memperbaiki tahap sosio ekonomi rakyat di kawasan DUN beliau menggunakan peruntukan drp wang rakyat. Adakah wakil rakyat tempat kita masing-masing telah menjadi pemimpin yang berkesan dan telah memperbaiki keadaan sosio ekonomi kita sebagai rakyat beliau? Adakah wakil rakyat kita berusaha melindungi hak kita terhadap tanah kita, melindungi kita drp ditindas oleh syarikat pembalakan atau penanaman komersial? Adakah wakil rakyat tempat kita msing-masing telah berjaya merealisasikan semua projek yang telah dijanjikan?

    Adakah wakil rakyat tempat kita masing-masing datang menghulurkan duit bajet yang diumumkan di parlimen atau dewan undangan negeri ke setiap kampung kita masing-masing? Setiap tahun dalam pembentangan bajet, sentiasa disebut peruntukan kewangan yang besar untuk pembangunan di luar bandar. Tanya wakil rakyat kita msing-masing, mana duit yang diperuntukan dalam bajet setiap tahun? Kenapa tidak sampai ke kampung kita?

    Boleh disimpulkan bahawa rakyat adalah yang sebenarnya membantu wakil rakyat kerana rakyat memberi peluang kepada beliau menjadi wakil rakyat dan menikamati gaji dan elaun yang lumayan. Rakyat lah yang membantu parti BN atau PR kerana rakyat memberi mereka peluang untuk menjadi pentadbir negeri dan mereka mendapat upah setimpal dengan perkhidmatan mereka. Mereka yang mendapat upah secara tidak sah, itu lain cerita.

    Undilah PR for a better Sarawak!

  8. Boody Hell Taib Mahmud Says:

    Saya tepuk tangan dan bersorak gembira dengan penjelasan Tup Seketup. Apa lagi kata penyokong Bn. Saya sedia menangkis apa yang kamu cuba cakap. Lai-lai, mari lawan cakap dalam blog ini.

  9. Padan Ole Says:

    BAGAIMANA ORANG BELAGA HENDAK MENGUNDI ALI BASAH SEDANGKAN CALON ITU SENDIRI MEMPUNYAI REKOD BURUK. JIKA PKR MELETAKAN SEORANG CALON YANG BERSIH LATAR BELAKANGNYA MUNGKINLAH ORANG BELAGA SOKONG. ORANG TIDAK MAHU PISANG BERBUAH DUA KALI….

  10. Hang Kalimantan Says:

    Hang sungguh kagum dgn idea bernas yang diketengahkan. Tapi Hang sgt suka kpda idea dan explanation sdra Tup Seketup. Sungguh logik dan diterima akal. Alangkah baiknya jika semua rakyat Belaga mempunyai pemahaman terhadap penerangan tersebut. Beliau tidak mengutuk mana2 parti sebalik menjelaskan ketidaksampaian pemahaman pengguna blog tentang kemusykilannya. Terima kasih Sdra Tup Seketup. Well done and continue to donate your briliant ideas!

  11. akang Says:

    Hai orang Belaga,

    Kalau kamu sokong pembangkang biasiswa anak kamu akan ditahan, permohonan kamu ke universiti akan ditolak, projek baja kamu akan ditarik, permohonan untuk kerja dengan kerajaan (Bukan kerajaan BN seperti apa yang selalunya mereka laung-laungkan) akan tidak dilayan, projek ke kampung kamu tidak akan dimajukan, masa depan anak-anak kamu akan gelap…….ini adalah sebahagian dari ugutan dari parti BN kalau orang kampung sokong pembangkang…..BN tak ada kuasa ke atas duit hasil dari sesebuah negeri, cuma mereka diberi HAK untuk mengurus wang tersebut. Mengurus bermaksud bukan untuk menyalahgunakan wang itu untuk kepentingan peribadi, keluarga, kroni atau untuk kepentingan Politik. Bukan hanya semata-mata dia ada access ke sumber kewangan negeri sarawak atau daerahnya maka dia tak semestinya jujur disini. Jangan lalukan rasuah, mengambil sesuatu untuk kepentingan peribadi….Ingat ramai orang memerhati gerakgeri kamu….hasil dari titik peluh kamu orang akan perhatikan betul-betul jadi yang selebihnya orang akan tahu dari mana ianya datang melayang…..jangan fikir kami bodoh dari hal ini. Kami pun bekerja keras untuk membangunkan negeri ini menyumbangkan cukai pendapatan melaporkan cukai tahunan, membayar cukai-cukai yang berkaitan dan banyak lagi. Oleh itu jangan terus lena dibuai oleh duit-duit rakyat yang kamu uruskan dengan salah….satu hari kamu akan digulingkan dan kamu akan tau betapa seksanya rakyat jelata berkorban selama ini. Kalau kamu mempunyai hati untuk rakyat kamu sharusnya tau apa yang dimaksudkan disini.
    Rakyat harus didahulukan rasuah, kepentingan diri dan kroni mesti dihapuskan.

    Lihat orang Belaga bertapa busuknya hati orang dari parti BN, disingkatkan kalau kamu TAK sokong BN habislah kamu (end of the world for you). Adakah satu parti politik begitu lantang mengatakan hal-hal begini, BN cuma satu pakatan parti-parti politik bukannya kerajaan atau ianya tidak ada kuasa ke atas rakyat. Rakyat yang memilih kamu INGAT tu.

    Buat apa kita laungkan yang kita ini negara demokrasi sedangkan kita mempromosikan cara komunis? Paksa rakyat. Rakyat berhak pilih mana-mana parti yang difikirkan baik tetapi terpulang kepada keputusan MAJORITI yang akan menentukan siapa yang akan diberi mandat untuk memimpin sesebuah negeri. Jadi apapun yang terjadi selepas itu tak kira rakyat itu tak sokong BN ker atas atas pagar ker kerajaan yang dipimpin oleh parti BN atau PR MESTI berkerja untuk rakyat dalam melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat disesebuah kawasan. Sekiranya calon itu hendak lebih banyak sokongan untuk pilihanraya yang akan datang kerjalah lebih kuat dekati rakyat dengan jujur, bukan seperti apa yang BN buat sekarang ini dah dekat pilihanraya janji itu, janji ini lepas menang terus pi tinggal di Kuching nak jabat tangan dengan rakyat pun susah apa lagi nak dengar aduan dari rakyat.

    40 Tahun bukannya sekejap ramai orang tua kita yang sudah pergi berjumpa dengan Tuhan selama itu, dan janji-janji yang lalupun belum dipenuhi, jadi kalau nak jadi calon yang berdiri hati-hati kalau bercakap jangan terlebih cakap nanti kamu dilabelkan sebagai pembohong.

  12. Boody Hell Taib Mahmud Says:

    Demokrasi Malaysia adalah demokrasi bagaikan ayam sabong. Katakan ayam sabong Y akan sabong melawan ayam sabong Z. Ayam sabong Y ada taji manakala ayam sabong Z tak ada taji. Bila berlawan, sudah tentu ayam sabong Y ada kelebihan kerana dia ada taji. Begitulah BN kerana dia mengawal semua surat akhbar, tv, radia dan semua media massa.

  13. Dian pelubek Says:

    Saya amat setuju dgn kata akang dan boody hell. Rakyat slalu ditakutkan dgn mcm mcm propaganda. Jangan undi pmbangkang nanti kena buanglah, kena tukarlah, mcm mcm ayat digunakan utk mnakutkan rkyat. Kpd padan ole dan anak borneo yg bsekongkol dgn asap koyan 2u….. sedarlah tak perlu kemaruk dgn paparan media yg dikawal oleh jentera krjaan. Buka tv 1, tv2, tv3, awani, bernama semua mhentam PR. Satu pun yg tdk seimbang. Cuma kalau diamati AWANI saja yg nampak ok sikit dr yg lain. Jd org yg mgampu dan mbodek ini mmang pcaya bulat2 dgn berita media arus pdana. Banyak yg buruk tdk mahu dipaparkan semua yg baik2 dipapar. Itulah bn. Yg mereka tahu cuma hentam PR saja dlm media shga org spt padan n anak borneo ni termakan cerita

  14. irang di Says:

    kpd smua pro bn di belaga , jwp skrg….. org di asap kecoh…. dr petang smlm hingga pagi ini…. nak tahu kenapa??? avin pelitah mamoh… marung legah uma… men lim itam ha belagah, sukup jarun anih, itam lale ngioh dahun dahak. 3 do laan , uli nah men aleng su, nurei lim aleng jeleng, uli udi basah kesing men pkr….

  15. belagakini-fans Says:

    well wing,
    ternyata kita di belaga perlu waktu juga untuk mengetahui keadaan sebenarnya…mungkin penyampaian kita kurang tepat dll.kita buat kajian semula.ini jelas ramai lagi mereka yang beranggapan BN itu ‘pelitah”.
    Pada saya untuk memulihkan luka selama 30 tahun memang memakan masa juga….ada juga kebenaran yang mereka katakan cuma pada perjuangan asal BN dulu.
    kita kena buktikan dengan sabar juga ini lah harga Reformasi…when i been threw yours blog others…apuuu ternyata ada juga yang tegar mahu BN…
    sorilah jika buat diagnos…inilah senario sekarang dibelaga…kita cakap Taib mempergunakan Liwen ada juga yang tak faham…masih juga BN baik…keadaan yang fobia…kerana jajah dulu kini kita dah merdeka keraslah didikan itu pada genarasi selanjut.BN baik cuma orang yang mengolahnya itu…kurang sihat….
    jujurkan katakan mereka yang pro-ini golongan baru…jika mereka veteren mereka dah tau senario politik di belaga…YB Billy asalnya bukan BN…YB Liwen bukan org.politik pegawai kerajaan..mana tak dipergunakan….
    apa jadi dengan x YB Stanly Ajang…melayu cakap habis madu sepah dibuang….
    mereka tak paham@faham kita mahu akar umbi itu dicabut.Mereka yang sokong BN sokong bakun lah dulu….cuba kita imbas kembali…adakah usaha kita membantah berjaya???kerena YB kita telah dipergunakan…jika dia bangkang????…..u lawan bos tau la apa jadi…
    saya kagum dengan bantuan yang Liwen buat ada perubahan memang nyata….kita mahu bukan sampai di situ….jika bos itu tak mahu….kita bawahan apa mau buat….tak pasal-pasal kita punya YB kena hamtam…bos tak suka..tak untung buat dia..suka sayalah…..
    Taib sendiri pun sekarang lawan bos….apa macam…
    anyway wing…..perjuangan kita jangan terbantut jika BN menang saya percaya perjuangan anda satu yang berterusan…bukan yang bermusim..
    AMEN…..
    Tuhan Yesus Memberkati

  16. majubelaga Says:

    maju belaga

  17. majubelaga Says:

    mana-mana pun on saja!!!saya sokong agenda kemajuan.

  18. anak linau Says:

    Hai…penghuni balaga. Tahniah kepada semua yang telah melontarkan idea yang cukup bernas dalam forum ini. nampak tahap kesedaran politik di kalangan orang Belaga sudah mula tumbuh subur. Tahap kematangan berpolitik itu mengambil masa yang panjang. Saya rindu akan pekan belaga tempat saya membesar ini. Satu pekan kecil koboi ini tidak banyak melalui berubah. lanskap dan riak pembangunan yang sebenarnya belum lagi nampak. Tidak keterlaluan kalu saya katakan, kita cuma menerima sekelumit tempias bauan kemenyan pembangunan itu jika dibandingkan dengan bandar atau daerah lain. Apapun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana telah ada sedikit perubahan dan pembangunan ini. Hakikatnya inilah obligasi sosial yang sepatutnya dilakukan oleh pemerintah kepada rakyatnya. Inilah sosial kontrak antara pemerintah dgn rakyatnya. Raja adil, raja disembah, raja derhaka, raja disanggah. Saya amat teruja dengan pandangan yang telah diberikan oleh semua rakan dalam ruangan ini terutamanya Tup Seketup. Pandangan kita adalah refleks kepada tahap kematangan dan tahap intektualiti kita terhadap kesedaran politik itu sendiri. Bukan sekadar melemparkan kritikan patologi secara membuta tuli tanpa membuat satu penilaian dan analisis yang kritis serta pragmatis. Perlu diingatkan bahawa kita adalah natijah daripada apa yang kita akan terima pada masa 5 tahun akan datang. Kita perlu bermula dengan satu anjakan atau tranformasi minda yang lebih rasional demi masa depan anak-anak Belaga. Hujah dan idea yang cuba dikemukan oleh saudara Tup Seketup dan Akang amat signifiken dalam kita cuba untuk membuat analisis senario sebenar dan muhasabah/ rekleksi/renungan kendiri terhadap pembangunan secara fizikal di Belaga serta sosio-ekonomi penduduk di Belaga. Golongan marhaen di belaga amat dahagakan gaya hidup yang selesa. Bukannya masih terperap dan dimanipulasikan oleh golongan peniaga. Apabila harga barang dan harga minyak naik, golongan yang paling menerima kesan yang maha hebat ialah golongan marhaen yang miskin ini. Sarawak merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, ironinya rakyat Sarawak pula merupakan rakyat yang kedua miskin di Malaysia! Sedih! Sudah sampai masanya kita mulakan satu tranformasi minda agar mentaliti kita tidak lagi dikongkong ibarat bangkai bernyawa atau jika masih hidup ibarat lembu dicucuk hidung. Ayuh..keluar dan jenguhlah bagaimana perjuangan Mahadma Ghandi untuk membebaskan India. Keberanian Maharaja Meiji mereformasikan negara Jepun. jangan lagi minda kita diperkotak-katikkan dengan isu-isu di luar yang tidak langsung memberi faedah kepada diri kita, keluarga kita dan masyarakat. Suara dan tanggung jawab kita adalah masa jaminan masa depan kita. Jauhkan mentaliti PR sebagai racun dan merosakkan masa depan negara ini kerana ini juga merupakan satu telahan yang nakal dan amat tidak praktikal atau matang. Telah terbukti kewibawaan dan kredibiliti kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam mentadbir urus negeri. Malah kehidupan rakyat dan pendapatan negeri Selangor dan Pulau Pinang jauh lebih baik daripada mana-mana negeri lain di semenanjung. Tetapi di media perdana UMNO (BN) sengaja memaparkan imej yang buruk. Ingatlah…perubahan itu di tangan kita. Saya pasti semua kita bijak. Saya percaya Ali Basah akan menjual belaga atau merosakkan belaga. Sama juga dengan ideologi XYB Liwan Lagang. Saya amat menghormati beliau. Tetapi kita mahu perubahan dan masa depan negeri ini. 50 tahun adalah masa yang terlalu panjang. Jika benar kita ikhlas hendak memajukan dan membangunkan negeri ini, saya kira semua aura pembangunan itu telah tersenyum riang di setiap bahagian. Tetapi…kenapa masih ada lagi daerah kecil/pekan/kampung yang masih menagis dalam kedaifan? Ternyata kita masih lagi hidup dalam zaman neokolonialisme oleh bangsa kita sendiri. Di sini lahirnya paradoxisme dan hipokritisme. Rakyat tidak sedar. Ini mekanisme dan strategi di papan catur yang dilakukan oleh `mereka’ kepada kita. Makluman daripada Economic Intelligence Unit) telah membuat kajian dan mendapati sesuatu yang amat mendukacitakan saya dan mungkin saudara. 1. Indek demokrasi Malaysia berada pada paras 6.19/10 (dikategorikan sebagai demokrasi cacat), 2. Proses pengundian Pilihanraya pada angka 6.5/10(dikategorikan sebagai masih dipengaruhi elemen berat seblah), 3. Fungsi Kerajaan Malaysia, 6.79/10 (kategori fungsinya tidak bergerak pada putaran sepenuhnya), dan 4. Kebebasan sivil, paras 5.88/10 (kategori memberi pelbagai kongkongan oleh pemerintah menerusi undang-undang yang dianggap drakonian sekaligus menafikan hak asasi rakyat untuk bersuara). Belum lagi kes yang melibat pengaliran wang haram keluar negara RM888 bilion, rasuah, dan banyak lagi. Inilah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang paling tidak diminati oleh pelabur. Agaknya siapa yang sebenarnya mengkhianati rakyat? Siapa sebenarnya yang menjual maruah dan harga diri negara? Saudara/i…renungkanlah. Saya sayang Belaga…saya dan undi saya adalah masa depan anak-anak dan masyarakat Belaga.

  19. anak linau Says:

    Pembetulan:
    ” Ayat…”saya percaya ali basah akan menjaul belaga” sebenarnya ialah ” Saya percaya ali basah tidak akan menjual belaga”. Mohon maaf di atas kesilapan teknikal ini.

  20. anak borneo Says:

    Kamu semua memang tali barut, batu api!!!!! Suka meracuni pikiran rakyat belaga. Nasiblah org Belaga xdengar dakyah dengki korg smua.

    asok kuman daha!!!!

  21. TINGANG MADANG Says:

    ikan asok kuman daha anak borneo…. lbh tudi ba kak duan jaak…. nunu tua hadui kak murip tek usun tana…

  22. anak borneo Says:

    adai…lan yeh?? Ek mateng pejaat kimet lepo’ Belaga? Ikem PKR d mateng nunuk du. Jukuk du nunuk ikem lukte, palo ne pa kumin.

    • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

      nunuk ikok la. ikok ji ca kelunan pengabis jaat ji. kuak ngan ca asu.

  23. kayok tanyit Says:

    jureh kak jam nak anak borneo em pah pah kak duan daho jaak. Tek kak kumak asok kuman daha…. ikak asok kuman daha jam kak yah??? Ba kak nan malei nunu…. Tunu anan na ikak teruk hep… kamek nih jinun hel, jinun kamek malei nunu. Awak kata smua yg pro pmbgkang tali barutlah, batu apilah…. habis awak tu apa … smua apa yg b-end awak buat tu, bersihlah, very100 cleanlah…. oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii anak brneo cukuplah…

  24. anak borneo Says:

    lalala…uyeah..haha.

  25. nostarforgov Says:

    harap lepas pr menang…itam claim uli 18 points agreement sarawak dahin semenanjung….tavit agreement anan jan ditepati puun daleh sarawak nunih…

  26. Darren Says:

    Lebih baik kita menyumbangkan idea bernas serta berkongsi kepakaran dengan YB LL yang dilihat sedang bersungguh-sungguh untuk orang Belaga.Mengkritik yang tak putus-putus hanyalah perbuatan yang membuang masa dan cuma satu cara murah menunjukkan kepetahan kita kepada orang ramai..konon-kononnya kitar pintar bercakap. Kerahkanlah tulang 4 kerat tu.Majukanlah tanah yang telah diberikan kepada kita. Kalau sudah padat dengan tanaman…beritahu yang kita masih memerlukan.Kaum Cina buat batas sayur di tepi rumahpun boleh jadi kaya raya. Jadi tanyalah diri kita sendiri.Jangan asyik bising pasal tanah tak cukuplah,itu ini tak adalah kerajaan bohonglah.tak buat gerejalah.Ubah mentaliti tu. Duan tua aleng kahum..avut jan biti-biti..ngelurek ba duan..mun tulang jan pehenoh,kenun aleng seng jadi..Balik-balik lihat pada orang (YB) punca kekurangan dan kelemahan. Cubalah diri sendiri jadi YB..Put yourself inside YB’s shoes…how it feel…Bercakap biarlah seperti kita orang ulu..penuh beradab.

  27. Daren Oyo Says:

    ‘Urip unak’ adalah zaman yang sudah berlalu.Kita berfikir soal sekarang dan seterusnya.Semua negara di dunia ini perlu berubah daripada mundur kepada keadaan lebih maju.Itu cara berfikir.Mentaliti kita harus terarah kepada perubahan.Inilah asas perancangan pemajuan sesebuah negara.Dalam konteks
    Malaysia,semua bangsa harus berubah iaitu maju ke hadapan.Sama halnya dengan kita Kaum Orang Ulu di Belaga khususnya. Kemajuan terus berlaku dan secara beransur-ansur meninggalkan keadaan yang mundur atau daif dan terus menampuh arus-arus kemajuan bersama-sama kaum lain.Jadi mahu tak mahu kita MESTI ikut berubah.Bagaimana kita turut berubah? Baik,hari ini kita adalah seorang bapa.Sebagai bapa kita harus memikirkan tentang kemajuan pendidikan anak kita sebab tiada pilihan pada masa depan bila dunia semakin maju melainkan kita MESTI berjaya. Masyarakat yang berjaya inilah yang dihasratkan oleh pemimpin-pemimpin negara.Pada zaman maju manusia tidak lagi berfikir tentang, dimana nak dapat kayu untuk buat rumah?Di mana nak dapat tanah tempat tanam padi dsb? Di mana sungai yang jernih untuk tahan pukat? Di mana hutan tempat mencari rotan,dan berburu? Orang yang berfikiran maju ke hadapan tidak akan memikirkan soal ini semua. Itulah sebabnya kita mesti maju dan berubah lebih maju daripada keadaan sedia ada. Kalau kita masih berpegang pada cara pemikiran belagakini, itu mentaliti yang akan membawa orang ulu mati. Hari-hari melenting tentang tanah 3 ekar yang begitu kecil dan tak cukup untuk bercucuk tanam.Air keruh.Hutan dan kayu balak habis..tiada untuk membuat perahu,perkakas rumah dsb.Kita tidak boleh fikir bahawa kita akan balik kepada keadaan mundur dan lapuk. Kalau kita sentiasa berfikir seperti itu,maknanya kita tidak pernah berusaha untuk menjadi maju seperti kaum-kaum lain yang telah maju. Apa bila kita meletakkan sasaran kita, ‘Saya mesti maju atau berjaya’ kita MESTI berusaha untuk berjaya. Tetapi kalau kita meletakkan sasaran sambil kita berpegang pada mentaliti lapuk, maka kita kaum orang ulu sampai bila-bila akan terus mundur sebab masih ingat yang kita akan mundur. Oleh itu belagakini jangan mengheret orang ulu Belaga ke dalam arus mentaliti anda yang mempunyai ciri-ciri mundur dan gagal. Orang berfikir cara maju ke hadapan dengan segala usaha.Berhentilah daripada mengatakan BN rompak tanah dsb. Berhentilah daripada melontarkan tuduhan yang agak keterlaluan terhadap YB Menteri Muda LL. YB Menteri Muda LL berusaha sedaya upaya mencari kebaikan yang termampu untuk orang Belaga. Bermacam-macam pula cerita belagakini. Setahu saya orang seperti belagakini ini biasanya adalah individu yang berangan-angan nak jadi public figure.Belagakini beria-ia nak jadi juara di mata orang Belaga. Tak ada guna perjuangan yang serupa itu. Perjuangan yang belagakini lakukan adalah, 2,3 langkah ke hadapan dan 5,6 langkah ke belakang. Bila nak maju???

  28. Belarek Ngetui Says:

    Saya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pengkritk yang lain. Saya sekali-sekala mengamati komen dan krititikan yang dilemparkan dalam blog belagakini. Saya puji usaha saudara Wing membangun serta menyedia blog ini untuk semua orang berhujah dan menyampaikan maksud terpendam masing-masing. Saya berpendapat semuanya tidak salah kerana itu pendapat pribadi. (Is up to the readers or surfers to absorb and filter it.)But what I am concern here most here is that, semua (perjuangan) ini merupakan keluhan hati yang tidak puas semata-mata. Saya tidak melihatnya sebagai perjuangan. Sebab maksud perjuangan sebenar ianya harus berobjektif. Apa yang diinginkan oleh belagakini adalah mahu PKR atau pembangkang memerintah Malaysia atau Belaga. Soalan saya adalah, Jika Pembangkang yang merintah apalah yang akan berlaku pada daerah Belaga. Akan menjadi kaya kah kita, semua? Akan berpendidikan tinggikah kita semua. Akan sentiasa berwangkah kita? Akan menjadi bandarkah pekan belaga? Akan berturap tar kah semua jalan? Akan dibahagikan tanahkah kita semua? Akan ada elektirikkah semua rumah dan langkau kebun kita? Akan ada paipkah menghubungi semua premis kita? Akan murip ngeriman keturankan kita? Saya fikir kalau saudara Harry Wing diberi peluang menjadi PM sekalipun tidak akan tercapai semua niatmu itu. Bukan semudah yang kita impi-impikan.

    Alangkah baiknya kalau kita menyumbangkan idea-idea bagaimana kita membantu wakil rakyat kita (tidak kira siapa, termasuk kalau saudara Wing diberi peluang) untuk membantu rakyat kita cara untuk memajukan diri bagi membolehkan kita menempatkan diri sama taraf dengan orang yang lebih maju. Lihat saja cara orang cina membangun diri mereka dari segi ekonomi. KL jadi sebab orang Cina. Miri, Kuching, Sibu maju sebab Cina. Bakun dah jadi, jangan samapi Cina pula yang memonopoli bisness di sana kelak. (Dah nampak ciri-ciri mereka akan bertapak dengan cara yang halus). Sebelum pindah ke Sg Asap dulu, bukan main semua orang mahu supaya pasar asap dimonopoli oleh orang ulu. Sekarang lihat, siapa yang pegang?? Siapa yang patut di[ersalahkan?? YB? Taib? atau siapa lagi? Saya berpendapat sekarang masanya kita mengerahkan otak kita untuk menyumbang idea (melalui blog ini) bagaimana untuk memajukan orang kita di Bakun (khususnya). Cari cara untuk maju dalam bidang, aquaculture, tourism, oil palm plantation, rubber trees plantation, hill paddy irrigation, and many others. Each long house form a company or koperasi, berusaha cari jalan supaya semua orang terlibat dengan peluang kemajuan yang ada. Orang cina tidak bergantung pada kerajaan untuk memajukan golongan mereka. Mengapa kita tidak boleh?? BERTINDAKLAH SEKARANG. CAKAP BANYAK TAK GUNA, MEMBUANG MASA SAHAJA. FIKIR KE HADAPAN. (Reminder.. Your Life Is Shape By The Way How You Think. So Think Positive Always.)

Comments are closed.


%d bloggers like this: