Ketua Menteri Sarawak “Orang Ulu”

Saya berasa sedih bilamana membaca komen sesetengah pembaca blog belagakini yang masih tidak memahami realiti politik semasa. Masih ada sekelompok kecil yang masih bermati-matian mempertahankan Taib Mahmud yang sudah tua dan patut berehat bersama anak dan cucu. Beliau tidak seharusnya disebukkan dengan kemungkinan menimang cahaya mata yang baru, walaupun beristeri baru. Sebab Cahaya Mata Sarawak CMS yang ada sekarang sudah lebih dari cukup untuk saraan masa tua-nya.

Rakyat Sarawak keseluruhannya berusaha memperoleh seorang Ketua Menteri yang baru. Namanya Baru Bian. Kebetulan (mungkin rencana  TUHAN) beliau adalah dari ethnik Orang Ulu. Andai ini menjadi realiti, bukankah ia boleh menjadi satu kebanggaan kepada kita semua di Belaga???.

Saya sedar orang Sarawak dan Orang Belaga masih keliru untuk membuat pilihan. Maka saya muatkan posting dari blog Merah Tinta MSO untuk merungkai kekeliruan ini.

Rakyat Sarawak Berbelah Bahagi dan Keliru?

UNTUK membuat keputusan mengejut dalam pilihan raya umum Sarawak ke-10 kali ini rakyat Sarawak nampaknya masih berhati-hati. Ada yang keliru dan seperti tidak tahu untuk membuat pilihan. Mereka masih membuat analisa dan perhitungan yang mendalam untuk mengelakkan mereka akan kecewa kemudian hari kerana membuat keputusan.

Sikap berhati-hati dan waspada ini baik. Kerana apa juga keputusan yang diambil nanti adalah untuk masa depan mereka dan generasi akan datang.

Ada setengah sudah membuat ketetapan awal yang mereka akan menolak BN. Bagi mereka yang merasakan sudah cukup untuk BN apa tah lagi menerusi Taib Mahmud untuk memerintah Sarawak sesudah 30 tahun beliau merajai di negeri bumi Kanyalang ini. Mereka yang sebegini sudah nekad tidak akan merubah keputusan hatta pun dibayar. Mungkin kalau berlaku sogokan wang mereka akan ambil tetapi tidak sedia untuk memberi undi seperti selalunya.

Tampaknya sudah ada kesedaran di kalangan pengundi terutamanya golongan muda.

Penerusan Taib untuk memerintah Sarawak dianggap sebagai satu kecelakaan buat mereka. Faktor utama mereka menolak Taib ialah bukan soal dia sudah tua, atau dengki kerana kahwin muda dengan wanita Lebonis, tidak. Tetapi kerana terlalu kuat makan tanah. Sifat Taib sebagai jin tanah inilah meloyakan rakyat Sarawak.Isu ini diperkatakan seluruh lapisan rakyat di Sarawak. Mungkin juga haiwan seperti Ungka, Orang Utan, Rimau dan Gajah turut sama membantah kerana habibat mereka dibaham Taib Mahmud. Kalaupun yang tidak membantah ialah anak beranak Bujang Senang di sungai Rejang kerana mereka menghuni dalam air.

Pergi ke jerung mana, dan tanyalah rakyat Sarawak baik dari kalangan pertengahan, cerdik pandai atau rakyat marhain, rata-rata tidak setuju dengan Taib disebabkan isu soal tanah. Sikap Taib sebagai jin tanah menyebabkan mereka lupa beberapa pembangunan duniawi yang
besar yang dibangunkan oleh Taib. Barang kali inilah bahana kalau sudah lama. Apapun kalau lama sangat akan dicemuhi dan boring.

Dalam pada itu ada rakyat Sarawak yang membuat perkiraan bahawa Taib boleh dinyahkan tetapi PBB dan BN jangan. Mereka bimbang kalau BN kalah menyebabkan kuasa orang Melayu akan hilang. Pengistyharan Baru Bian sebagai ketua menteri Sarawak kalau Pakatan menang menimbulkan pelbagai tanda soal dan perbahasan. Mereka yang masih mempunyai sentimen tebal kepada PBB, takut kuasa Melayu akan hilang kalau BN tidak lagi menjadi tunggak pemerintahan Sarawak.

Walaupun persoalan ini agak aneh, tetapi hal inilah dijaja dan dijual. Dijadikan modal untuk meracuni pemikiran rakyat supaya menolak politik baru diperkenalkan Pakatan Rakyat.

Jika hendak dikira apa yang Melayu merasa lebih dan untungnya kalau BN (PBB) terus berkuasa. Banyak kepentingan dan hak Melayu ditangan BN tidak terjaga. Malahan dengan kerakusan dan sifat Jin Tanah yang menjadi perangai Taib menyebabkan banyak tanah orang Melayu (tanah adat NCR) sudah tergadai dan terlepas ke tangan pihak lain.

Sebenarnya keyakinan atau anggapan BN menjaga kepentingan orang Melayu hanya retorik dan igauan sahaja. Kalau peringkat awal dulu mungkin ya, tetapi bukan hari ini. Hari ini PBB dan BN bukan lagi boleh dianggap menjaga dan membela kepentingan Melayu tetapi parti yang menjaga Taib dan para kronisnya.

Justeru golongan (bernostalgik) ini masih berkira dan memerlukan jawaban dan hujah yang kuat kenapa PBB atau BN perlu ditolak. Mereka masih berfikir dan mencari justifikasi kenapa harus tukarkan BN dengan Pakatan Rakyat. Bagi mereka menolak BN bererti menolak kuasa Melayu. Perkara ini satu mitos yang sudah dipasung secara hidup-hidup dalam minda orang Bumiputera Sarawak.

Inilah situasi yang berlaku hari ini, kekeliruan dan rasa serba salah, confius di kalangan orang Melayu. Dan BN pula suka kepada kekeliruan ini kerana mereka beranggapan boleh menyelamatkan mereka. Isu ini sengaja dimainkan oleh PBB untuk memastikan orang Melayu menolak Pakatan Rakyat. Secara umumnya ethnik lain, Cina, Iban dan Dayak tidak ‘makan’ dengan isu ini.Berlaku perubahan sikap besar di kalangan ethnik ini pada masa ini.

Acahan atau pun isu ini dibantah oleh Melayu dalam PKR. Seorang Profesor dari Semenanjung menyatakan politik Melayu akan tetap berkuasa. Beliau membuat hujahan itu berdasarkan kepada jumlah calon yang diletak menunjukkan Melayu masih majoriti.

Jadi katanya dengan angka ini bagaimana boleh katakan kuasa politik Melayu akan hialng di Sarawak? Kalau seseorang itu waras dan tidak mudah termakan propaganda BN yang kini sudah terdesak tidak lara dan ralik untuk menerima hujah-hujan BN yang bersifat rasis itu. Anihnya juga dalam saat pemimpin BN menerima slogan 1 Malaysia yang dipancarkan di Semanjung tetapi di masa lain menimbulkan soal Melayu dan kesukuan.

Perkara ini juga sebenar satu retorik saja. Kalau orang Melayu terperasaan bahawa mereka menguasai politik Sarawak adalah salah. Saya masih ingat kata seorang bekas pegawai kerjaaan yang merupakan ahli PBB tetapi kini bencikan Taib mengatakan, bila masa Sarawak diketuai oleh orang Melayu. Taib Mahmud, Rahmah Yaacob kedua anak dan bapak saudara itu katanya bukan Melayu, mereka adalah Melanau.

Ini jarang orang sedar dan insaf kerana menganggap Melanau itu dalam kelompok Melayu. Realitinya Taib tidak pernah memberi laluan kepada pemimpin PBB dari Melayu tulen. Tenguk saja apa jadi kepada Adnan Satem, Abang Johari Openg, diketepikan atau dimain-mainkan begitu saja. Sebab apa sebaba mereka Melayu. Sesungguhanya sentimen Melanau terlalu tebal didalam Jiwa taib sehingga dia merasakan Melanauisme itu satu suku lain yang terasing dari Melayu.

Begitu juga dengan pemimpin PBB yang berketurunan Melayu lain seperti Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Bujang Ulis tidak mendapat tempat dihati Taib Mahmud. Orang lupa kepada hakikat ini bahawa Taib secara diam sebenarnya anti Melayu?

Makanya kedudukan kini masih seri, kerana kalau pun Baru Bian dinobatkan sebagai KM Sarawak selepas 16 April ini tidak ada sesiapa yang boleh mendabik dada atau merasai menang. Baik Cina, Dayak, Iban, Bidayau, Penan dan sebagainya tidak boleh merasakan mereka berkuasa kerana Baru Bian bukan Dayak atau Iban. Baru Bian adalah orang Hulu.

Pemilihan Baru Bian yang berkebetulan menjadi pemimpin baru PKR Sarawak dirasakan tepat bagi mengambil hati atau tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Dalam erti kata lain Baru Bian boleh dijadikan pemimpin yang mempersatukan ethnik yang mendokong dalam PKR.

Berhubung isu ini PKR perlu jelas kepada rakyat khasnya di kampung-kampung. Setengah mereka masih belum faham. Apa lagi kalau diasak oleh BN ia menyebabkan sentimen ethnik ini boleh menjadi penghalang kepada agenda politik yang sedang dijanakan menerusi pilihan raya umum ke-10 ini.

Masa masih ada untuk PKR memberi penjelasan dan mematikan isu ethnik atau sikap rasis BN ini. Sebaliknya kalau PKR dan Pakatan Rakyat juga gagal menangani dengan baik isu ini boleh menenggelamkan kebencian umum kepada Taib Mahmud. [kcg.1:08 am 10/04/11]

50 Responses to “Ketua Menteri Sarawak “Orang Ulu””

  1. guizipeng Says:

    Sebagai orang melanau, saya bukan melayu.Islam adalah agama saya tetapi melanau adalah bangsa saya.Dari sudut itu , Datuk Taib betul tidak menganggap nya sebagai Melayu kerana dia orang Melanau.Sememang nya setiap kaum itu bangga dengan kaum mereka termasuk saya.Saya tidak mengaku saya orang melayu, saya melanau dan sememang terasing dari Melayu.Melanau ada Islam < ada Kritian, ada pagan . dll.

    Dari sudut politik, saya adalah penyokong Pakatan Rakyat. Di harap tidak confuse dengan ugama dengan bangsa.Jadi Islam bukan lah jadi Melayu.Nabi Muhamad orang Arab bukan Melayu.

  2. Boody Hell Taib Mahmud Says:

    Betul kata kamu tu quizipeng. Kenapa orang melanau disimpan satu kumpulan dengan melayu padahal yang saya tahu orang melanau lebih rapat lagi dengan orang ulu dari segi bahasa pertuturan.

  3. hilmas'92 Says:

    make sure ournwords bcom reality one day.

  4. nowmaica Says:

    padan ole dan anak borneo perkenalkan diri anda dengan sopan jangan jadi penakut, anda dari mana nama sebenar kita lihat peribadi anda sendir samada korupsi atau ada skandal seks juga, berapa kalikah kemuliaan anda berbanding dengan ali basah….sama mau tahu nama sebenar anda, latarbelakang, taraf pendidikan dan pekerjaan anada sekarang…ayoh silakan…jangan takut…hujah dlm blog pun macam orang yang tak bermaruah…macam mana nak kutuk orang.

    Kita selalu kata XYB LL berdiri diatas perahu yang slah ketika ini itu sahaja….taib tu korupsi…sila lihat sendiri bukti pemilikan syarikat, shares dan tanah kepada ahli keluarganya dan kroni. jangan cuba nak sembunyikan tangan setelah tikam batu. Now is the time for you to introduce yourself please????

  5. Dian pelubek Says:

    ha….ha…. betul tu, nowmaica…… merapu mcm2 kyataan kedua duanya. Belum apa apa lagi sudah mgatakan ali basah mcm2. Apa kamu 2 bersih sangatkah sblum mnuduh org lain. Tak perlu mengutuk org jika kalian sdiri tunggang langgang akidahnya….. terus berkempen pkr…. wlpun org org yg bkempen bg pihak LL itu adik beradik sdiri dengan ali basah…. itu tidak apa…. teruskan bkempen patahkan sgala bentuk kutukan mereka… lancarkan kempen yg mampu mberi kesedaran kpd mereka…..

  6. anak borneo Says:

    Helo, friends. Sori, busy sgt dlm bbrpa hari ni. Nampaknya isu CM diperhangatkan skrg ni yer. Sy round2 d sekitar bandar Kuching, rasa lucu jg melihat kreativiti poster parti masing2. Yg paling lucu ialah gambir kawin CM ngan bini barunya yg dipampang oleh DAP..hahaha.

    Taib telah mengumumkan bhwa dia akan undur diri selepas pilihan raya…sapa la yg layak jd CM baru kita?? Layakkah Baru Bian jd CM??
    Antara beliau ngan Idris Jala, sapa lagi sesuai….dua2 Orang Ulu, bangganya.

    Sy pun dah pening ngan politik ni. Sokong ini salah, sokong itu salah. Nak ckp korg hebat sgt, xjuga. Sama jak taraf kita ni..sekadar pemerhati politik…

    Korg nak tau, sy belajar Politik n Pemerintahan d Fakulti Sains Sosial UNIMAS. Mcm2 benda dah sy tau dlm politik ni. Sy menyokong kerajaan bukan sbb taib. Sy sokong sbb liwan. Kalo PR dpt tumbangkan taib, sy peduli apa. Asalkan pemimpin yg benar spt LL kekal d Belaga. Sy penah ckp, xkira parti apa pun, sy tetap menyokong LL.

    Korg pulak dgn sumbungnya ckp sy ni binatang..puikkk. Ingat pandai sgt la..ada lg org yg hebat dr kita..nak ckp korg ni binatang, mana bole..binatang xpandai baca n menaip mcm kita. Peace..vote 4 LL.

    • Pamoh? Palo? Usit? Says:

      Memalukan fakulti sains sosial Unimas jak…. kalo kuliah pasal politik sarawak tak boleh di dbincangkan secara terbuka, apa guna la belajar sains politik..

      • Pamoh? Palo? Usit? Says:

        Anak Borneo,

        Since wakil rakyat LL da menang, tolong lobikan beliau jadi menteri dalam kabinet.. menteri muda pun boleh la… lama orang ulu tak jadi menteri.. harapan besar, pejuangkan lah orang yang tinggal di hulu, yang jauh di pedalaman, yang setia dengan BN.

        semoga janganlah jadi menteri pegang portfolio yang menjejaskan nama dan imej ye or jadi pak turut sehingga mengenepikan pendirian dan falsafah diri sebagai YB sebelum ini untuk memperjuangkan nasib dan hak orang ulu, orang Belaga khasnya.

      • anak borneo Says:

        Ya. PRS sedang usaha melobi YBLL jd menteri dlm kabinet..samalah kita tunggu keputusannya.

      • belagakini Says:

        Inilah sikap kita Orang Ulu, sangat jauh bezanya dengan masyarakat Cina. Sepatutnya kalau dah menang kenapa pula harus melobi?????, Tak perlu lobi, yang sepatutnya kita terus diberi tempat agar YB kita mendapat kuasa dan peruntukan yang lebih besar. Berbeza dengan masyarakat Cina, mereka menolak untuk dilantik dalam kabinet Taib Mahmud. Mereka sangat tidak setuju dengan dasar-dasar Taib Mahmud dan bukannya berbangga dengan menyertai Kabinet Taib Mahmud.

  7. Dian pelubek Says:

    Padan muka dgn awak yg suka kutuk basah kesing. Awak baru umur setahun jagung, dah pandai kutuk org, tuduh org ini itu, awak masih mnuntut tapi dah bongkak. Belum lagi jadi somebody….. lagi awak merapu…..

  8. Boody Hell Taib Mahmud Says:

    Anak Borneo ada degree Sosial Sains tidak semestinya lebih pandai daripada sayayang bertaraf rumah panjang ini. Kamu jangan bangga dgn degree itu. Jika benar kamu berdegree seperti yg kamu dakwa, takkan kamu berfikiran sangat sempit dengan menumpahkan segala taat setia kamu kpd seorang manusia saja. Sekilas pandang, degree yang ada pada kamu itu tak bernilai langsung. Dengan lain perkataan, kamu telah gagal membuat pertimbangan waras dan juga degree yang ada pada kamu telah lapuk ketinggalan zaman.

    • anak borneo Says:

      saya x bangga dgn apa yg sy ada..kalian sendiri yg nak tau latar belakang pddkn sy. Sy dah bgtau, then tiba2 kalian ckp sy ni sombong la..bangga la..sy brapa kali dah cakap, kita ni setaraf sj.

  9. akang Says:

    belajar di falkulti sains sosial atau politik wow hebatnyer tapi kalau pucuk pimpinan parti korupsi, terang-terang ambil hak rakyat (tanah) adakah fakulti politik belajar perkara ini? tak payah pi sekolah pun boleh taulah pi……jangan memalukan diri sendiri anak borneo kami mau anda perkenalkan diri bukan beritahu pengalaman politik….kepentingan Taib tu terlalu kepada diri sendiri…jadi jangan agungkan dia….malu lah kalau pi baca 5 tahun masih tak tau buat keputusan yang betul-betul dari hati atau dari pandangan rakyat pertengahan….harap anda sedar dengan cepat sebelum april 16. salam kasih.

  10. nowmaica Says:

    Anak borneo,

    Apa yang membuat seseorang layak jadi KM? you ada belajar politik ker? jangan cakap ada degree setengah jalan, belum tentu lulus…dah nak tunjuk lagak….Taib ada isteri baru, gorge ada isteri baru dan baru bian ada nama Baru…mungkin itu lot yang buat dia tak layak. Awal-awal lagi Idris jala dah cakap dia tak berminat dgn politik sebabnya dia memang sokong PR. Semua wakil parti dari pilihanraya sarawak yang bertanding kali ini layak jadi KM cuma ada sesorang yang akan dpt menyandang jawatan itu, maka Baru Bian memang layak atau org lain pun sama juga kelayakkannya. Jgn hina org sarawak hang baru nak dapat degree tapi tak sedar diri lagi. be humble young man your time is yet to come.

    • anak borneo Says:

      noumaica: sy xhina org sarawak…
      Korang yg menghina org sarawak dgn lantang. Korg hina CM, CM org sarawak jg kan??!! Cakap biar berpada2..dah sah korg ni perosak bangsa.
      Anggap diri sebagai pejuang kebebasan belaga konon..

      Kalo kalian terus mcmni, suka tuduh2..porak perandalah PKR. Berilah idea yg bernas utk kemajuan belaga, asyik nak cari kesalahan sj. Kasi booooo sj utk org mcm ni.

  11. ba belagah Says:

    Komen yg bernas dpd saudara akang n nowmaica…. anak muda spt anak borneo ni perlu bljar rendah diri, smakin tinggi apa yg kita ada, smkin tunduk smkin hormat kita dgn org apalagi org org tua. Jangan mengutuk apalagi mhina maruah seseorang….

  12. irang di Says:

    Ini latest news dr asap. Mlm ini L & Survey nak beri cek harga rumah kpd org di asap. Saya perlu komen dpd rakan2 semua, apa perlu org kpg buat. Sebab dr apa yg disampaikan, cek itu bukan mrangkumi harga keseluruhannya tetapi sdikit saja yg diberi tlbih dulu. Terang terang ini satu bentuk umpanan. Jika benar bn ikhlas mereka tdk akan buat bgini, beri sbhagian saja, apa tujuan??? Sila tolong beri komen dan tolong telefon kpd sdara masing2 apa perlu dibuat oleh org kpg di asap.

  13. anak borneo Says:

    hahaha…you all la be humble..korg jg yg nak tau latar blkg sy. Sy bknnya nak menyombong diri ada degree. Sy org Belaga jg, tggl kat hilir bakun.

    Sy paham dgn politik Swak skrg ni. Isu yg paling nyata ialah kekuasaaan Taib selama 30 tahun. Yg dpt kita lihat, org kaya jd kaya, dan org miskin jd miskin. Mcm korg jg, kenapa nak sgt undi calon2 korg tu? Setiap kita ada pandangan tsendiri. Mcmana PR bole bsatu jika masing2 nak bw ideologi politik sndiri?

    PR skrg guna propaganda “change”. Ok, wait n see la…sapa akan menang. Sy suka bila Taib berundur, bawa duit kita lari. Xpa, duit x dibawa ke mati. Sapa2 mkn duit haram tu, kita biarkan sj. Dlm bible pun kata, kasihilah musuhmu. Kalo PR menang kat Belaga, org2 sokong BN nti mcmana? Korg layan ka? Sifat dendam xkan bawa kita ke mana. Smoga PR belaga baik2 punya.

    Pala kelo’ lim penyukong PR…javak2 ne kelo’. Tam lim kave n nyineng do ayak anen hep…undi nah hi2 kelo’ rasa sayu jd YB tam. Maju beji dahin kelo’ lim.. 🙂

  14. pembaca blog Says:

    Mazmur Asaf.AllaH mengetahui sidang di syurga;di hadapan makhluk2 syurga Dia memberikan keputusanNya,’Jangan hakimi org dgn tidak adil,dan jgn brphk kpd org jht.belalah hak ank yatim dan org lemah,brsikap adil kpd org miskin dan yg tidak brdaya.Slmtkn merka dr kuasa org jht.’maz 82:1-4..(tanah adalah anugerah Tuhan kpd smua umat manusia)dan bknya milik stgah phk..(smua manusia brtgjwb utk kadilan dan kesaksamaan)renung2kn..

  15. bobby Says:

    anak borneo,
    Please be wise!

    This is a very simple politic trick, if Taib steps down people will surely support LL or BN, but the master is refuse to step down a wind of change should blow to enable the people power to exercise their right to show him the way out. The main issue here is he tries to cover up all the big issue land grabs, cronisme, abuse of power and etc; He wants to make sure that the power goes to the one that can protect his own interest. That is the main point. The most important thing is this OLD MAN is the Chief of BN or PBB in Sarawak and we want him out now, not later after the election which will just waste the tax payer money to come up with another mini election, which is definitely will cost us millions of money to spend. We better use that money to develop a poor district like Belaga. If PR win at Belaga at least we can renegotiate with a few mega companies to ask for shares and we are able to limit their super power in Belaga especially the logging company as well as the plantation company taht have been started their operation few years back.

    Just my 5 cents.

  16. anak borneo Says:

    Baru Bian yang dicanangkan oleh Anwar untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak sekiranya PKR berjaya memerintah Sarawak rupa-rupanya tidak digemari dikalangan otai-otai PKR ini. Berlainan pula halnya dengan DAP yang sememangnya tidak mahu parti PKR meletakkan calon mereka sebagai Ketua Menteri?

    Violet Yong dengan lantangnya sudah mencanangkan semalam mengenai isu perkauman. Dalam erti kata lain, menurut beliau dalam ceramah video di Jalan Mendu itu, kini terdapat 27 kaum di Sarawak, kaum kecil seperti Melanau sudah memerintah Sarawak dan inilah masanya kaum Cina pula untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak?!! Video ini boleh dilihat dalam Muda Tengah.

    Siapakah orang yang dimaksudkan oleh Violet sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada parti DAP itu? Tentulah Chong Chieng Jen!! Sekian lama nama Chong sudah dinobatkan sebagai Ketua Menteri tidak rasmi DAP kerana Wong Ho Leng terlalu lemah berbanding dengan Chong Chieng Jen!!!? Orang yang bertanding di peringkat Parlimen dan DUN adalah orang yang paling sesuai sebagai Ketua Menteri Sarawak!!?? Inilah yang dimahukan oleh pengikut DAP!!??

    Sebelum ini mereka (DAP) telah membalak tetapi di atas nama orang lain!!?? Kini orang Tiong Hua dapat membalak dengan nama mereka masing-masing dengan ternobatnya Ketua Menteri Sarawak yang pertama daripada kaum Tiong Hua!!?? Keluarga Anwar Ibrahim tidak lagi mendapat konsesi untuk menghantar kayu balak ke Jepun melalui laut ke sana?!!! Projek mega memang tidak akan diberikan kepada kaum lain kerana syarat utama untuk menjadi kontraktor kelak adalah fasih berbahasa mandarin…

    DAP vs PKR for the next CM!!!!

    • Boody Hell Taib Mahmud Says:

      engkau ingat sarawak ni milik engkau seorang ke ? tolah engkau makan duit rakyat dengan cara tipu. tak lama lagi engkau akan mati stroke kena sumpah orang…………

  17. Dinu Says:

    kpd anak borneo…. tdk perlu awak melalak ….. awak menuntut ilmu saja agar cukup didada awak…. kata2 dpd mulut tdk mcerminkan nilai diri awak sdg mnuntut ilmu di menara gading, cukuplah dgn hinaan yg awak berikan kpd saudara kami ali basah…. cukuplah dgn sgala kutukan poster dpd bn di pekan belaga kpd saudara kami. Apapun beban hinaan yg awak serta konco2 awak lmparkan…. kami cuma ucapkan tkasih…..
    di sebalik itu awak jangan msh tdk sedar juga…..bpa byk pnipuan yg krjaan tlh buat di tmpat kita…. cth terbaru harga rumah…. Bln Jan lpas dicanangkan di mdia2 yg awak suka…. harga rumah diberi …. Kini apa yg diberikan adalah cuma sbahagian…. itupun byk harga yg tdk selari dgn list harga rumah asal…. Yg plg penting faedah harga rumah slma 11 thn pun tdk nampak….. Itu blum lagi cara kempen yg amat kotor digunakan olh konco2 bn ……. Itu blm tmsuk tilam yg cuma muncul masa time plhrnaya……. Utk kutukan awak thdp basah kesing sblum ini…. terima kasih…… org mcm awak…… kemudian hari ms kita diadili olh maha esa saja….. awak layak mdpt blasannya….. Kpd pyokong Pkr di belaga jangan mudah patah smgt dgn mcm2 cara bn dlm hari kempen ini lbh2 lagi hari terakhir ini….. berusaha bebaskan kita dari penindasan….

    • anak borneo Says:

      bila dah kalah, carilah salah sendiri…jgn nak tunjuk pihak lain.
      Macamana nak maju kalo diri sendiri xmengaku salah??

      Jom melalak..arghhhh…uyeahhhh…hoooo….

      buat malu saja.

  18. mapia Says:

    Belaga kini:pemikiran kamu telah dipengaruhi oleh PKR yang licik.apa yang kamu harap sangat dengan PKR??kamu harap tanah adat kita akan dipelihara oleh PKR??di mulut saja manis PKR ni.bukankah itu yang mereka janjikan kepada orang asli sebelum mereka menang di kelantan?tapi lihat la apa terjadi…selepas menang PR dah lupa janji.mereka merampas tanah orang asli..sampaikan orang asli gelar PKR penipu no 1.adakah kamu ingin semua ini terjadi di belaga.saya orang belaga dan tanah saya banyak.jadi saya tak nak benda itu terjadi di belaga.PKR datang ke sarawak dan berani berkata mengenai NCR.amboi2…mereka ingat orang kita tak tahu ke apa kerja mereka kat kelantan.huh..even kita orang sarawak ni digelar tinggal atas pokok oleh PKR dan DAP tapi sampai juga cebisan newspapers tentang kegiatan mereka kat kelantan di sini..penulis blog belaga kini harus sedar dari mimpi.Jangan sesekali terpengaruh dengan pakatan rakyat.kalau nak sangat membangkang pun bukan PKR@DAP tetapi parti pembangkang tempatan sekurang-kurangnya.Tetapi kalau nak yang lebih baik undilah BN.sudah berpuluh tahun BN memimpin negeri ini dan tak pernah ada kes merampas tanah adat.kalau adapun BN memerlukan tanah untuk kemajuan ianya akan dibayar dengan pampasan dan juga atas kebenaran tuan punya tanah.lihat di kelantan,bertanya pun tidak,dibayar pampasan pun tidak,PKR terus sapu tanah orang asli..pemimpin apa macam ni.samseng ke?setakat ini belum ada lagi parti yang menunjukkan kepimpinan yang lebih baik dari BN.PKR manis mulut.jgn terpedaya.menyesal kemudian tak berguna..saya faham belaga kini mahu PKR disebabkan janji PKR yang manis dan melampau.sapa tak nak kan.tapi apa yang kita harus tahu ialah PKR gagal menunjukkan bukti kepimpinan mereka yang baik.Tak pernah menepati janji..Kelantan yang kecil tu dan gagal manage.lagi la sarawak yang besar ni..saya bukannya anti pakatan rakyat cuma tak ada parti dari pakatan rakyat yang lebih bagus dari BN.BN telah menunjukkan usaha mereka untuk membangunkan sarawak.kita hidup harmoni dan aman di sarawak berbanding dengan semenanjung.syukurlah kerana BN mengamalkan tadbir urus yang baik.terbukti lagi.tak salah kita angkat parti pembangkang tetapi parti itu harus lebih baik dari BN.Bukan mcm PKR yang manis mulut.mereka parti dari semenanjung.mereka tahu apa pasal sarawak.bukannya mereka faham pasal kehidupan kita di sarawak.nanti kalau PKR menang,u nak ke pergi semenanjung uruskan hal??susah kan…kita orang belaga ni nak p bintulu pun susah.xde budjet.lagi la nak p semenanjung.fikir2kan lah..ianya akan menjadi sukar dan bukan seperti apa yang kamu fikirkan sekarang..

    • Boody Hell Taib Mahmud Says:

      otak mapia sama macam otak anak borneo. dia ingat dia sokong bn tu dialah yang terbaik dan betul. tahi keparatlah engkau orang.

  19. belaga river Says:

    mapia, apa mslh parti dr smjung. Kalau parti dlm swk pun kalau penuh rasuah… gila kuasa, rampas tanah org, kronisme, apa guna. Isi perut kwn rapat, ahli keluarga, konco2 saja, perangai awak mbuktikan awak mengamalkan sikap knegerian…. tdk perlu sempitkan fikiran awak…. kalau awak dah suka calon kgemaran awak menang, sudahlah… awak pergilah mlm ini pergi dinner di hotel liwah tu…. meraikan kemenangan bn yg awak sokong tu. Kpd siapa yg byk claim ms undi tu, pergilah tuntut semua claim tu dr LL tu. Jangan ada claim org yg tdk bbyar mcm tahun 2006 dulu…. ingat tu….

    • anak borneo Says:

      belaga river: kami blogger2 YBLL xminta sesen pun dr beliau. Cukuplah dgn apa yg kami usahakan akhirnya bjaya jg. Yg penting pemikiran org belaga xdiracuni oleh kalian smua.

      Iya,kami memang hadir pd majlis kesyukuran YBLL pd hr lepas. Kami xminta apa2. Sukati kamu la nak tuduh apa, claim ini la,itu la. Cukuplah dgn majlis mkn malam yg sederhana..bersyukur jg.

      Kami bantu YBLL bukan kerana disuap duit ka,makan ka..atau apa2 yg sewaktu dgnnya. Kami tolg beliau sbb kami pcaya, beliau mampu memimpin belaga dgn baik. Ternyata, rakyat belaga pilih beliau semula. Korg xpuas hati la pulak..tuduh mcm2. Buat malu sj.

      Jom, kita sama2 bsama bjuang utk kemajuan belaga bsama YBLL.

  20. anak borneo Says:

    BELAGAKINI SAH PERSENDAKAN BATOK BAGI
    NAHA JALEI- Keputusan PRN-10 Sarawak sudah kita ketahui dan Rakyat Belaga sudah membuang undi dengan bijak. asapkoyan2u kali ini ingin menjawap serangan belagakini yang sebelum ini cuba memfitnah bahawa asapkoyan2u persendakan Pak Cik Batok Bagi.
    Sekarang terbukti dengan sejelasnya SIAPA YANG HENDAK AMBIL KESEMPATAN SEBENARNYA TERHADAP BATOK BAGI??? Batok Bagi dan penduduk Naha Jalei telah menjawapnya di Kotak undi pada PRN lepas. Keputusannya seperti berikut;
    * PKR(belagakini & Geng)- 0 undi
    * SNAP- 0 undi
    * Mathew- 0 undi
    * Mike Jok- 1 undi
    * Kenneth- 3 undi
    * BN- 41 undi
    Daripada kesemua penduduk Naha Jalei, seorangpun tidak mempercayai Belagakini dan kumpulannya. Ini bukan lagi cakap kosong sebaliknya sudah terbukti dan realitinya. Oleh itu, asapkoyan2u nasihatkan supaya Belagakini jangan lagi memfitnah dan menuduh sembarangan seperti sikap ketua-ketua PKR yang lainnya. Sedarlah hakikat sebenar, menulislah berlandaskan fakta yang benar dan bukan mencarut. Tidak perlu lagi mempersoalkan apa tujuan kewujudan blog asapkoyan2u kerana anda sendiri sudah pun ketahui sendiri jawapannya.

    • belagakini Says:

      Saudara Anak Borneo,
      Saya tidak mempersoalkan kebijaksanaan penduduk Belaga dalam membuang undi, yang saya persoalkan kenapa penduduk Naha Jalei menyumpah-nyumpah Taib Mahmud yang merampas tanah mereka. Tapi bila tiba pilihanraya mereka mengundi Taib Mahmud. Sejarah akan dan telah mencatatkan kesedihan penduduk Naha Jalei yang telah ditipu oleh James Masing dan Taib Mahmud dalam dokumentari yang telah diterbitkan. Namun sekali lagi sejarah akan tercatat pada 28 april ini apabila Baru Bian akan mewakili Pak Cik Bato Bagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

      Sepatutnya penduduk Naha Jalei berasa malu kerana terpaksa mengemis kepada Baru Bian untuk mewakili mereka dalam kes tanah tersebut. Namun saya tahu, sebenarnya penduduk Naha Jalei jauh lebih naif daripada itu. Mereka gagal memahami hubungan kes tanah mereka dengan keputusan yang mereka buat masa pilihanraya. Tapi tak mengapalah, saya tetap yakin bahawa suatu hari nanti pasti mereka akan sedar juga. Yakinlah bahawa TUHAN itu tidak buta dan tidak pekak.

  21. nowmaica Says:

    anak borneo yg budiman dan yang sewaktu dgnnya…anda semua tak paham apa yg orang belaga warga emas atau org tua paham tentang pemerintah, mereka anggap pemerintah ini tak boleh di lawan, mereka turt apa yang disuruh, tetapi anak muda tidak mereka tau pemerintah lah yang rakyat pilih untuk mendengar apa yang rakyat nak. Jgn fikir apa yg dibuat di peti undi sesuatu yang benar tetapi sesuatu yang diluar kemampuan fikiran kita hanya kita yang tahu betapa teruknya pentadbiran belaga di bawah BN. tengok jln bintulu bakun sebelum pilihanraya adakah anda tahu betapa sakitnya hati saya melalui jalan itu untuk memnentukan masa depan belaga, berkorban wang ringgit hasil titik peluh dan berkorban satu keluarga untuk menyuarakan rasa tak puas hati saya kepada kepimpinan BN sekarang ini, tetapi sedih rata-rata orang tua di belaga tak faham masalah ini, wang mengaburi hati dan mata mereka, semua yang sepatutnya berpihak kepada PR telah hancur kerana PR tak terlibat dgn politik WANG…..tetapi saya akan terus usaha saya untuk mencari keadilan di belaga dgn terus mengkritik sekiranya saya nampak penyelewengan berlaku. Secara amnya bukan hal ini berlaku di belaga sahaja tetapi…diseluruh pelusuk negeri sarawak. nowmaica..

  22. TINGANG MADANG Says:

    MAPIA DGN ANAK BORNEO SAMA SAJA. SIAPA YG MRACUNI FKRAN KAMI??? KAMI SDR SDIRI PA YG BLKU BUKAN ADA YG MPGARUHI KAMI. OK ANAK BORNEO, AWAK KATA AWAK TDK MAKAN SESEN DPD LIWAN LAGANG DPD UMA BALUI LIKO, KALAU MCM ITU, KENAPA KATA PKR MERACUNI KAMI YG PRO PKR. KAMI TDK DIRACUNI, SAMA SPT AWAK AWAK YG TENTU BKATA HAL YG SAMA BHW BN TDK MRACUNI KALIAN. TETAPI APAPUN JGN KATA KAMI MNABUR FITNAH, PUTAR BELIT KATA, SEBAB APA YG DIKATAKAN OLH BBPA RAKAN LAIN MLALUI BELAGA KINI ADALAH KENYATAAN YG BLAKU DI SG ASAP DAN BELAGA SMASA PLHANRAYA LALU. BELI UNDI BLELUASA, UGUT ORG YG PNAH DPT BTUAN KERAJAAN, JIKA TDK UNDI BN, DITARIK BALIK BTUAN ITU. APA INIKAH NEGARA DMOKRASI…. YG MENAKUT2 KAN ORG DGN MCM2 CARA?? MHALALKAN APA JUA TINDAKAN ASAL MENANG…. KPD MAPIA JUGA AWAK TLAMPAU KENEGERIAN SATU SIFAT YG TDK SSUAI DIAMALKAN DLM NEGARA YG MPNYAI BYK KAUM SERTA AGAMA. FIKIRAN SMPIT……..

  23. anak borneo Says:

    nowmaica dan tingang madang, nampaknya kita sama keras kepala..hahaha. Smua orang xyakin dgn PAKATAN RAKYAT. Nampak gayanya begitu susah 3 komponen utama (PKR-PAS-DAP) berada dlm 1 kumpulan yg masing blainan ideologi kepimpinan. Dah la datang sarawak, korang pijak2 SNAP. Dari awal lg nak rebut kerusi, then terus nak lantik sapa ketua menteri. Nasib baik la PKR menang 3 kerusi drpd xda langsung..ada hati nak ambik byk kerusi..smua mata rakyat tbuka bila lihat PKR bertindak sebegitu. Parti SNAP jd “asing” gara2 PR. Sampaikan Presiden SNAP pun mengaku PKR punca kegagalan SNAP. Kamu smua nak tuduh kami ni sempit ka..apa ka…korang cerminlah diri dulu..sempurna ke tak. Jgn pikir korang smua pandai sgt!

  24. TINGANG MADANG Says:

    awak blajar saja… kami ini dah kerja…. puluh2 tahun. jangan kerana gago bpolitik awak exam gagal….. mak ayah awak yg kasihan blanja awak msuk menara gading… mintak wang TAB…. awak suruh bos awak James masing tu beri statement TAB sjak ditubuhkan smpai skrg……

  25. TINGANG MADANG Says:

    anak borneo………. awak mintak org2 yg awak sokong tu tmsk james masing yg amat bkuasa ke atas TAB tu bgtu juga LL …. keluarkan penyata tahunan TAB dr sjak ditubuhkan shgga skrang. Semua org di belaga mahu tahu tu…..

  26. anak borneo Says:

    aik???Ingat sy ni masih blajar ka? Patut la korg ingat sy ni budak dlm blog ni. Sy pun dah kerja skrg. Baik kamu kerja sj, blanja anak kamu p sekolah. X plu hegeh2 nak suruh sy bhenti mengarang d blog ini. Jgn ingat golongan muda xtau apa2..kami pun mahu Belaga maju pd masa depan. Kami jg yg akan memastikan Belaga stabil pd masa akan datang.

    • Boody Hell Taib Mahmud Says:

      anak borneo ni aku tau siapa dia. dia ni sebenarnya dari kampong melayu belaga. dia memang keturunan pombodeklah. kau orang tau kenapa dia boleh dapat kerja ? dengan membodeklah tu………..

    • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

      anak borneo mula berfikir dua kali nak buat komen sebaik dia tengok nama aku Bloody Hell Taib Mahmud. dia takut sentuh nama bloody hell taib mahmud kerana nama tersebut adalah nama pujaan dan keramat baginya. dengan lain perkataan, dia menerima nama taib mahmud tu sebagai tuhan yang perlu disembah. Oi…dalam islam itu syirik namanya.

  27. TINGANG MADANG Says:

    Bagus jwpn awak. Awak yg mgatakan awak bljar. Itu sebab kami kata awak budak mirek…. ‘hingusan’. Jgn kerana awak ada dgree awak krg ajar dlm blog ini. Ada bbpa kytaan awak amat myinggung perasaan kami sdra basah. Sblum plhraya awak salah 1 org yg mgatakan dia makan duit kpg dia… Itu 1. Tksh utk smua kt kt awak. Wlpun dia kalah.. tdk apa. Smua org tahu B-end menang kerana byk tipu muslihat…. ugutan, beli undi, apalagi sdara dia sdiri yg sgup pergi sana sini kempen bg pihak b-end, itu tdk apa. Ms msh pjg… hdp umpma roda… ada ms u di atas ada ms u dibwh… mana tahu 1 ms nanti keajaiban blaku di belaga. PR mmimpin. Tksh anak borneo… kalau awak mjwt jwtn gred 41 skrg….. di jbt krjaan ssuai dgn klayakan awak… awak perlu bljar mrendah diri . Manusia smkin tinggi perlu mrendah diri bukan mlalak mcm awak…. mlalak seolah2 awak dah tlalu matang dlm plitik…..

  28. TINGANG MADANG Says:

    Bagus jwpn awak. Awak sdiri yg mgatakan awak bljar. Itu sebab kami kata awak budak mirek…. ‘hingusan’. kalau awak sdh bkja dan mjwt jwtn gred 41 di jbt kerajaan, thniahlah… tapi kalau blum awak boleh minta di TAB tu…. mana tahu vacancy utk awak ada….. minta kja di bakun, di dam murum awak kan pyokong b-end…. senang agaknya utk org mcm awak. … jika tdkpun minta kja dgn asapkoyan2u….. dia kan bijaksana….

  29. anak borneo Says:

    Bunyi mcm jeles jak..sy xpenah pun bangga dgn apa yg sy ada skrg. Sdra Tingang, sori la kalo sy singgung perasaan kamu semua. Tapi, sy xda niat nak meninggi diri. Kita semua memang mahukan respect dr semua pihak…xkira golongan senior n junior. Sy cuma nak jelaskan bhwa golongan muda mcm kami xkan mudah mengalah bila dikatakan mentah atau “budak hingusan” oleh senior mcm korang. Kamu semua sllu tuduh sy bongkak dgn degree sy, mana da. Sy xpenah pun nak beza2kan tahap pendidikan kita smua..sy xpenah ckp pun sy ni pandai dr korang.

    Kita mengarang dlm blog inipun sudah mjadi sumber pengetahuan sy dlm dunia politik. Sy belajar dgn usaha sy sendiri, bkn bersandarkan bantuan dr pihak politik. Mungkin korg ingat sy ni pegawai kerajaan..korang silap. Sy bekerja dgn pihak swasta, dan jgn ingat sy menunjuk2 pula..sy cuma nak bagitau,ok.

    Bloodyhell, i’m not Malay. Di sini terbukti persepsi kamu thadap org Melayu d Belaga memang buruk…ok, sy gelar kamu RASIST.

    Bloodyhell, sy cuma percaya pd 1 Tuhan, my LORD JESUS. Sukati kamu la nak tuduh sy ni apa..dah perangai kamu begitu,nak buat mcmana kan..

    • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

      siapa yg jeles dgn u. bukan kau handsome pun. James masing tu handsome ke. Nampak macam pak kerdil aja…heee

    • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

      Kenapa tak sebut nama penuh aku Bloody Hell Taib Mahmud bila buat komen ? Apa salahnya kalau kamu tulis dan sebut saja Bloody Hell Taib Mahmud bila berhujah dengan aku.

Comments are closed.


%d bloggers like this: