Selamat Bertugas YB.

Masuk hari ini telah genap 9 hari BN berkuasa semula di Belaga. Suka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Liwan Lagang yang memenangi semula kerusi DUN Belaga buat kali ke-2. Kemenangan besar dengan majoriti yang jauh lebih besar pasti menagih komitmen yang lebih besar. Komitmen yang pertama sudah pastilah menunaikan janji-janji yang telah ditaburkan oleh keseluruhan komponen BN dalam kempen pilihanraya yang baru lepas.

Sebagai pihak yang menang, BN Belaga haruslah;

1. Mempastikan kesemua projek-projek pembangunan yang diumumkan oleh PM pada bulan januari 2011 yang lalu ditunaikan dengan serta merta. Keseluruhan projek-projek itu bernilai RM180 juta.

2. Mempastikan semua rakyat Belaga memperoleh Hak Kerakyatan, jangan ada lagi alasan mengapa dan kenapa ada 30% penduduk Belaga tidak mempunyai kad pengenalan diri.

3.Mempastikan penduduk Belaga mendapat sekurang-kurangnya 30% saham daripada empangan hidro elektrik Bakun, atau lebih tepat lagi diberi bayaran royalti penjanaan tenaga dan air dari empangan hidro elektrik Bakun.

4. Mempastikan penduduk Belaga memperolehi 30% saham daripada kesemua syarikat perladangan kelapa sawit yang beroperasi di Belaga.

5. Mempastikan penduduk Belaga memperolehi 30% saham daripada kesemua syarikat pembalakan yang beroperasi di Belaga. Pembayaran ini haruslah bermula dari tahun 1983, bilamana janji tersebut diucapkan oleh CM Taib Mahmud.

6. Mempastikan bayaran baki 50% harga rumah penduduk Bakun dibayar dengan seberapa segera dan bukanya menunggu hingga pilihanraya parlimen barulah nak diberikan untuk memancing undi.

7. Mempastikan semua warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak miskin mendapat bantuan sara hidup yang sepatutnya. Gerakan pendaftaran harus disegerakan supaya manfaat kepada golongan ini dapat disegerakan.

8. Jangan ada lagi larangan terhadap penggunaan ” ALLAH” dan larangan terhadap penggunaan kitab injil dalam bahasa Melayu.

9.Segerakanlah pembinaan Gereja Umum untuk penganut SIB dan RC serta pertimbangkanlah pembinaan sebuah masjid yang selesa untuk penduduk Kampung Melayu di Belaga.

Mandat yang besar telah diberikan kepada BN dan khususnya kepada YB Liwan Lagang dan jika tidak ditunaikan maka jawapanya akan kita ketahui dalam pilihanraya  tahun 2016 nanti.

Kemanangan Yang memalukan.

Saya akui BN telah menang di Belaga, namun pada hakikatnya kemenangan itu bukan kerana keyakinan rakyat Belaga terhadap kemampuan BN. Faktor-faktor kemenangan BN di Belaga adalah;

1. Politik Wang- Rakyat Belaga diberi wang sehari sebelum hari pengundian. Jika BN berani nafikan, silakan. Saya boleh bawa pada bila-bila masa beberapa orang yang boleh memberi kenyataan berkaitan kegiatan membeli undi yang dilakukan BN.

2. Politik Pangkat- Sebelum penamaan calon lagi beberapa Ketua Masyarakat telah dinaikan pangkat dari Maren Uma kepada Penghulu dan dari Penghulu kepada Pemanca. Semua ini adalah kaedah untuk memancing undi.

3. Politik Projek- Semua pihak-pihak yang berkepentingan telah dijanjikan ribuan malah jutaan nilai projek. Bagi golongan yang mata duitan ini. Sukar untuk memilih antara kebenaran dan kebendaan.

4.Politik Penipuan- salah satu komponen BN iaitu SPR telah melakukan penipuan dengan jayanya di hampir kesemua 34 peti undi. Penipuan-penipuan yang dilakukan adalah;

– Memindahkan nama-nama tertentu ke kawasan-kawasan yang sukar dicapai seperti di Long Wat dan Long Kajang. Untuk rekod ada 40 orang pengundi dipindahkan ke peti undi Lusong Laku dan kesemua mereka beragama islam.

-Memindahkan saluran pengundi ke rumah-rumah panjang. Dengan demikian menakutkan penduduk. Kononya undi mereka akan dipantau melalui kamera CCTV, dan bagi mereka yang tidak mengundi BN akan diambil tindakan.

– Petugas BN dengan bebas berkempen semasa proses pengundian dilangsungkan, pegawai SPR membenarkan perkara ini berlaku.

– Petugas SPR dibolehkan untuk memadam dan memperbetulkan contengan di kertas undi yang diragui. Perkara ini dilakukan di saluran mengundi Uma Juman BRS.

5. Politik Ugutan- Pihak BN telah menyerahkan cek harga rumah panjang penduduk Bakun pada 14.4.2011 sebanyak 50%. Pihak BN mengngugut penduduk bahawa mereka tidak akan menyerahkan baki 50% lagi jika BN kalah di Belaga. Keduanya mereka mengngugut warga emas,ibu tunggal dan kanak-kanak miskin bahawa bantuan akan ditarik balik jika BN kalah di Belaga.

6. Politik Fitnah- Beberapa jam sebelum tamat tempoh kempen, pihak penceramah BN mengedarkan risalah bahawa calon PKR En.Ali Basah adalah orang yang bertanggungjawab meluluskan pembinaan empangan hidro elektrik Bakun. Justeru mereka menyarankan supaya penduduk Belaga jangan menyokong PKR. Kepada mereka yang menyebarkan fitnah ini, pihak PKR Belaga sedang menimbangkan secara serius untuk menyaman pihak-pihak terbabit. Perkara ini harus dilakukan supaya budaya politik fitnah bawaan BN ini tidak merebak dan menjadi virus di Belaga.

Dengan segala kepincangan proses pilihanraya yang berlaku, adakah pihak pendukong BN berani mendabek dada mengatakan mereka menang dengan mandat besar kerana sokongan tulin??. Bagi saya, saya bangga dengan jumlah undi yang diperolehi PKR, saya yakin jumlah 1046 undi yang kami perolehi akan berganda 5 kali dalam lima tahun akan datang.

Saya juga berkeyakinan bahawa orang yang menipu rakyat Belaga akan menerima balasan yang setimpal juga. Ada puluhan orang-orang Belaga yang telah jatuh muflis kerana menipu rakyat Belaga. Paling terkini Orang Kaya Ting Pek Khiing diisytiharkan muflis buat kali ketiga dalam riwayat hidup beliau. Namun paling signifiken adalah beliau adalah orang yang berjanji untuk menderma RM 5 juta kepada tabung amanah Bakun, namun sehingga kini tidak ditunaikan. Darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri selangor kepada beliau juga turut ditarik balik.

Oleh yang demikian mereka-mereka yang berniat menipu rakyat Belaga, awaslah balasan ke atas anda akan dibayar tunai, cuma masa dan ketikanya sahaja kita kena tungga. Satu lagi perkara yang agak penting berkaitan ahli lembaga pengarah Asap Koyan Holdings Sdn.Bhd yang menerima gaji mencecah RM5000 sebulan harus disiasat dan didedahkan nama mereka. Adalah tidak patut jika mereka menerima gaji sedemikian besar dari dana yang dikutip atas nama AKDC.

Bagi blogger AsapKoyan 2U sila buat penjelasan sebelum Belagakini keluarkan dokumen berkaitan. Menurut sumber yang boleh dipercayaai YB Liwan Juga mendapat gaji daripada AKDC, betul ke???

Kelemahan PKR Belaga.

PKR Belaga gagal memperolehi undi yang memuaskan kerana faktor-faktor berikut.

1. Jumlah calon bebas yang terlalu ramai- selain daripada mathew dan BN, 3 calon lain yang mengemukakan pencalonan adalah ahli-ahli dalam PR. Namun atas sebab-sebab tertentu mereka bertanding. Namun syukurlah mereka telah mendapat pelajaran yang baik dalam pilihanraya kali ini. Moga-moga mereka akan sedar dan insaf. Tampa pertandingan satu lawan satu, adalah sukar untuk menggugat BN.

2. Pengisytiharan calon PKR pada saat akhir- Sekali lagi PKR pusat membuat salah catur dengan mengumumkan calon-calon mereka pada saat-saat akhir. Ini menyukarkan petugas-petugas parti untuk mengatur perancangan dan program.

3. Wang dan Bantuan Pakar- Berbanding dengan BN yang menurunkan PM,CM dan keseluruhan kekuatan kabinet negeri dan persekutuan. Pihak PKR hanya menurunkan Timbalan Presiden Azmin Ali yang diutuskan pada saat-saat akhir. Selain itu faktor terbesar kekalahan PKR adalah disumbangkan oleh ketidak sanggupan PKR dan Calon PKR untuk membeli undi. Dalam bahasa mudah PKR sanggup kalah di DUN Belaga. Namun untuk membeli undi, tidak sama sekali. Disinilah letaknya kekotoran nama YB Liwan Lagang. Walau pun beliau dikhabarkan sebagai orang yang baik. Tapi beliau menerima dan menyokong budaya politik wang.

4. Komplot penipuan oleh pegawai SPR- Saya merakam dan mencatatkan dengan terperinci penipuan yang dilakukan dan akan dijadikan bahan bukti di masa akan datang.

5.Penduduk Belaga terlalu miskin- harus diakui bahawa dengan kos sara hidup yang amat tinggi dan kadar kemiskinan yang sangat tinggi juga, maka penduduk tiada pilihan lain untuk memilih BN yang menjanjikan wang dan bantuan segera. Kemiskinan yang menekan menyebabkan mereka tidak berfikir panjang dan nekad mengekalkan sokongan kepada BN supaya bantuan yang diberikan akan dikekalkan.

Banyak lagi kelemahan PKR Belaga yang telah dikenalpasti, namun kelemahan ini akan dapat diatasi sepenuhnya menjelang PRU ke-13 nanti. Kepada para reformis dan pejuang kebenaran, ayuh kita gerakkan gelombang reformasi ke-2. Salam reformasi daripada Belagakini.

6 Responses to “Selamat Bertugas YB.”

  1. SNAP maju Says:

    SPR di ba’ kelalan pun main tipu juga..hahaha..main tuduh2 jom!!

  2. beban ringan Says:

    susah kalau macam ini.

  3. semangUnited Says:

    Selagi lagu ‘we wish you a merry cristmas’ hanya dikumandangkan pada bulan 12 sahaja di Belaga oleh PR?Pembangkang selagi itu lah pengundi2 Belaga dimabuk- mabukkan oleh B-end.

  4. TINGANG MADANG Says:

    SAYA AMAT BERSETUJU DGN KOMEN SDARA BLOGGER. KMENANGAN YG MMG TDK BMARUAH…. SPT MANA TELAH DIJELASKAN DGN PJG LEBAR OLH SAUDARA. MCM2 UGUTAN DIKELUARKAN KPD YG MNERIMA BTUAN KRJAAN… BAIK MLALUI E-KASIH, E-CARI ATAU BTUK BIASISWA SMUANYA DIANCAM DAN DITAKUT-TAKUTKAN TERMSUKLAH MGLUARKAN KATA2 BHW NAMA PGUNDI ADA DICATAT PD KERTAS UNDI, PERGI BLAHLAH… KONCO2 BN YG DILANTIK SANA SINI SMASA TMPOH BKEMPEN ITU….. STIAP BLOK MLANTIK KTUA KEMPENLAH…. DIBERI HABUAN….. DULU TK PNAH MCM INI… PLHRAYA BARU2 INI SAJA BN NAMPAK AMAT AMAT TDESAK DAN KETAKUTAN. JIKA PUN NAK MENANG TK PERLU GUNA CARA BODO TU……. INGAT RKYAT SMUA TDK PNDAI FIKIRKAH????? APA LAGI YG PLG MMALU DAN MMUALKAN DAN MENJELIKKAN , ITULAH SPT CARA ASAPKOYAN2U TU YG M’UPLOAD’VDEO PORNO UTK TUJ POLITIK SMATA2. APA AWAK INGAT DGN M’UPLOADKAN GMBR BODOH TU… SMUA ORG GIAN NAK TENGOK KAH…. GUNA AKAL AWAK SDIKIT… ASAPKOYAN. AWAK PMBODEK DAN PNGAMPUKAH…. MGUNUNG SMPAI LANGIT, TK PERLU AWAK PENDEKKAN AKAL AWAK LAGI DGN VDEO BODO TU…. AWAK MAHU YB BN TU KEKAL YB SPJG ZAMAN DI BELAGA BUATLAH ….. TAPI TOLONG GUNA KWARASAN AKAL FIKIRAN AWAK UTK MNAWAN SMUA HATI PDUDUK DI BELAGA. ORG TUA DI KPG MUNGKIN DPT AWAK SOGOK DGN CERITA SDMIKIAN TAPI ORG BERKARIER DAN BPLJARAN TDK SEMUA DPT AWAK TIPU DGN GMBR2 BODO ITU. HENTIKAN GUNA PLITIK YG MLOYAKAN SPTMANA CARA AWAK DGN KONCO2 AWAK BUAT DI PLHANRAYA LPAS…

  5. SNAP=SARAWAKIAN PARTY Says:

    Dan smua yg sokong PKR pun bodoh, penipu, penyangak. X abis2 salahkan org lain. Sedarlah bahawa PKR x layak d belaga. Dah la tamak kerusi,menang 3 saja. Buat malu PR saja.

  6. TINGANG MADANG Says:

    kpd snap=sarawakian party… awak yg pnipu dan penyangak….bodo, awak dah kenyang perut ….. sudahlah

Comments are closed.


%d bloggers like this: