Dunia Siber: Tanggungjawab Sepanjang Hayat.

Saya tidak layak sama sekali menunjuk-ajar atau memberi ceramah berkaitan teknologi ICT. Walaupun saya serba sedikit memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang IT. Namun perlu saya tegaskan bahawa apa yang kita tulis,muat-naik, pos, luahkan atau terbitkan di internet dan laman sosial akan menjadi tanggungjawab kita sepanjang hayat.

Menurut Aaron Ikram Mokhtar(Eksekutif Senior Jabatan Outreach CyberSecurity Malaysia) ” Kita perlu sentiasa fikirkan bahawa apa yang kita tulis dan muatkan ke internet atau laman sosial itu merupakan reputasi. Reputasi ini boleh jadi baik dan boleh jadi tidak baik dan ianya kekal sepanjang hayat.”

Menurut Aaron lagi ” Gunakan masa 10 saat sebelum menghantar e-mail, memuat naik gambar, menulis pos,menekan butang send atau enter. 10 saat untuk memikirkan tentang apa yang akan kita terbitkan itu bersesuaian dengan umum mahupun tidak. Kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati untuk memastikan keselamatan dunia internet. Kita tidak boleh hidup tanpanya hari ini,tetapi kita boleh bersamanya dengan sentiasa memastikan keselamatan kita dan orang sekeliling kita”

Saya masih merujuk kepada tulisan-tulisan Asapkoyan2u sejak muktahir ini yang mengajak pembaca blog beliau menonton video porno, walaupun telah ditegur dan diminta untuk memohon maaf. Namun bloger terbabit terus menerus menghasilkan posting yang berbaul lucah. Saya amat pasti tujuan Asapkoyan2u berbuat demikian untuk memalukan dan mengaipkan sosok tubuh Anwar Ibrahim dan seterusnya memberi merit kepada BN. Tapi tidak terfikirkah Asapkoyan2u bahawa tulisan beliau akan turut dibaca oleh anak dan saudara beliau suatu hari nanti? Tidak malukah Asapkoyan2u dilabel sebagai bloger lucah?

Hari ini saya mengambil keputusan untuk tidak merujuk apa-apa tulisan Asapkoyan2u lagi, rasanya saya tidak akan rugi untuk tidak melayari sebuah blog yang berunsur lucah. Kepada penduduk Belaga yang masih rasional, kita lancarkan perang habis-habisan untuk membenteras gejala lucah yang cuba dibawa oleh Asapkoyan2u ke Belaga. Adalah menjadi tanggungjawab kita mempastikan keselamatan alam siber untuk generasi akan datang.

Begitulah juga halnya saudara Romio Ding yang giat memfitnah calon PKR semasa pilihanraya yang lepas. Eloklah insaf,bertaubat dan memohon maaf. Saya diberitahu bahawa beliau memfitnah saudara Ali Basah melalui FB Asapkoyan2u dengan mengatakan Ali Basah  dan John Bampa adalah orang yang bertanggungjawab jual penduduk hulu Bakun…. 1996???.

Dalam erti kata lain Ali Basah dan John Bampa adalah orang yang bertanggungjawab meluluskan pembinaan empangan Bakun. Saya juga dimaklumkan bahawa saudara Ali Basah masih mempertimbangkan untuk menyaman pihak-pihak yang memfitnah beliau behubung isu tandatangan ketua-ketua kaum penduduk Bakun 1996. Adakah Romio Ding akan turut disaman??? kita tunggu kenyataan rasmi saudara Ali Basah.

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada pembaca blog Belagakini supaya memberi komen yang mampu membentuk minda pembaca ke arah yang lebih positif. Elakkan daripada menggunakan bahasa kesat dan serangan peribadi yang tidak berasas. Ingat apa yang kita tulis menjadi tanggungjawab kita sepanjang hayat.

4 Responses to “Dunia Siber: Tanggungjawab Sepanjang Hayat.”

  1. TINGANG MADANG Says:

    manusia spt romio ding ni mmg manusia tdk tahu malu…. apabila mnulis dlm fb dia lbh2 lagi cara dia mberi komen… seolah2 dia ingat fb tu milik dia seorang…. awak tk sdarkah fb tu tk mgenal dunia dan smpadan, smua org boleh mnerjah dan mbaca kandungan fb awak …. Guna akal ms mnulis di fb tu… jangan terus nak mhentam org ssuka hati awak…. lbh baik kerja kerja saja awak di tempat awak tu mcm org lain… ckup2lah terus mhentam org mlalui komen2 awak.

  2. TINGANG MADANG Says:

    manusia spt romio ding ni mmg manusia tdk tahu malu…. apabila mnulis dlm fb dia lbh2 lagi cara dia mberi komen… seolah2 dia ingat fb tu milik dia seorang…. awak tk sdarkah fb tu tk mgenal dunia dan smpadan, smua org boleh mnerjah dan mbaca kandungan fb awak …. Guna akal ms mnulis di fb tu… msh blum puas lagi mburukkan org….. blum pasti apa awak kata tu benar….. cukuplah tk perlu mburukkan maruah saudara basah lagi…. sebab di pihak bn bukan yg indah smua….

  3. Padan Ulae Says:

    ini lah manusia yang di katakan ‘tidak beradat’. Suruh dia pergi sekolah ambe dia punya degree…kalau boleh suruh dia belajar undang-undang seperti saya. kalau dia pandai pasti dia akan lulus dan tidak akan menulis seperti itu lagi sebab otak dia penuh dengan undang-undang dan ADAT juga lah. Itu bererti dia sudah tahu apa yang betul dan apa yang salah.

  4. kayok tanyit Says:

    romio ding tu… blum mjd somebody dah blagak lbh…. apalagilah kalau jd somebody…. sudahlah awak dgn konco2 awak, sblum mnulis guna otak dulu, jangan dok hentam saja….

Comments are closed.


%d bloggers like this: