Politik Wang Boleh “Makan Tuan”


1. Hari ini The Star edisi Sarawak melaporkan Stanley Nyitar calon PRS yang kalah di kerusi Pelagus pada pilihanraya Sarawak bulan lepas memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan yang diraih calon bebas George Lagong. Stanley Nyitar mendakwa berlakunya politik wang yang berleluasa sehingga membolehkan George Lagong menang dengan majoriti besar.

2. Portal berita online Malaysiakini dibawah tajuk “Mawan: Pakatan mula tembusi luar bandar Sarawak” memetik kenyataan Presiden Parti SPDP itu bahawa pembangkang mengamalkan budaya politik tidak bertanggungjawab. “Ia pada asasnya menggunakan pendekatan pembohongan, serangan peribadi dan memupuk tingkah laku anti-sosial,” kata Mawan. Daripada maklumat yang saya terima, pada pilihanraya lepas Mawan diserang dengan “Kaki 3” Iaitu dilabel sebagai Kaki Perempuan, Kaki mabuk dan Kaki judi. Betulkah YB ini tidak “Kaki 3”???

(From left) Martin, Sempurai, Wilson and Philimon filing the election petition at the Sibu High Court.

3. Dua laporan di atas memberi banyak makna.

Petama: Bila PRS kalah ditampar dan dipukul oleh politik wang, mereka bingkas “komplen” dan buat petisyen. Walhal merekalah yang juara bermain politik wang. Bila wang berlaga dengan wang, nampaknya BN kecundang juga.

Kedua: Peluang senjata makan tuan dalam pilihanraya yang akan datang amat cerah. Disedari umum bahawa kuasa wang amat dominan dalam menentukan siapa yang boleh menang dalam satu-satu kawasan pilihanraya khususnya di luar bandar Sarawak. Jadi peluang parti PRS dan SPDP yang bertanding di majoriti kawasan luar bandar dikalahkan amat cerah. Jika ini berlaku dan kawasan bandar majoritinya dimenangi DAP. Maka peluang rakyat Sarawak berkerajaan baru amat cerah.

Ketiga: Peluang Jabu, James Masing dan Mawan dikalahkan amat cerah. Berdasarkan andaian tadi, jika PR menumpukan kekuatan wang mereka di DUN Layar, Baleh dan Pakan maka kerjaya politik 3 badut politik kaum Dayak ini boleh “game over” cepat.

Keempat: Politik fitnah sebenarnya dipelopori oleh BN. DSAI difitnah puluhan tahun lamanya oleh pemimpin-pemimpin BN. Di Belaga saudara Ali Basah difitnah oleh Romio Ding dan rakan-rakan berkaitan isu Bakun. Jadi bila Mawan dilabel “kaki 3” (jika tak betul).Itu adalah dari gred fitnah yang paling corot. Saya cadangkan kepada pembuat fitnah terhadap mawan supaya menyertakan gambar dan bukti di YOUTUBE.

Kelima: Politik Dayak di Sarawak akan mengalami momentum yang drastik dan condong kepada PR dalam 5 tahun akan datang. Ini disebabkan faktor golongan muda yang berpendidikan dan memiliki kesedaran politik dapat kembali dan menyumbang ke arah pertukaran kerajaan. Juga golongan tua dan pertengahan umur yang semakin sedar akan kekejaman rejim Taib berkaitan rampasan tanah NCR dan paling peting agenda Pakatan semakin diterima baik dan difahami oleh rakyat Sarawak. Oleh yang demikian BN janganlah terlalu bermegah. Kita menerima kemenagan BN kali ini, sementara kita mempersiapkan gerombolan yang lebih besar.

4. Nampaknya Masing dan Mawan telah sedar bahawa kedudukan mereka dalam bahaya.Seharusnya mereka tidak terus bersandiwara berkaitan isu penggabungan PRS dan SPDP. Harus disegerakan penyatuan seluruh bangsa Dayak dalam PRS,SPDP dan juga PBB. Jabu harus dinobatkan sebagai CM baru. Saya rasa hanya dengan itu kaum Dayak akan kembali menyokong mereka. Jika tidak, Jabu akan Jadi Jambu Batu yang hanya menanti masa untuk gugur dari dahannya.

4 Responses to “Politik Wang Boleh “Makan Tuan””

  1. Padan Ulae Says:

    Makan ubat kaki 3. Hello saudara jangan selalu sangat makan UBAT KAKI 3 tau…ramai orang dah mati kena kaki 3 sebab makan terlalu banyak kot. Oh sori ke sana pula saya. Penyakit KAKI 3..satu daripada kaki 3 itu ada di Asap bah..di rumah ?????pakai SG lagi pergi ambi si anu itu…so apa mau cakap. Jangan cakap pasal orang lain tengok kaki sendiri dulu. Orang BN selalu cakap tentang itu Anwar buat ini buat itu lah….sampai itu Romeo Ding pun syok tengok video lucah yang dia selalu main kat blog dia….budak ni perlu banyak sembahyang lah…supaya dapat bertaubat. Pemimpin BN tu lah yang betul-betul pandai buat semua barang yang mereka tuduh DSAI buat tu..menipu ada, merompak ada, merogol ada, mabuk ada, tinggal pistol dalam pub pun ada, tembak orang pun ada, kacau bini orang pun ada, curi tanah NCR org lain pun ada, untung kerana mencuri balak pun ada dan terlalu banyak nak di tulis. So bukan saja kaki 3 ho….nama dia “banyak kaki”.

  2. Belagakini Says:

    Untuk memilih dan mendapatkan pemimpin yang bersih, saya mencadangkan kepada Sarawak Report supaya mengujudkan profll pemimpin semua Yb Adun dan Parlimen di Sarawak. Tidak kira YB BN atau PR. Rakyat bebas memasukkan maklumat dalam profil YB di kawasan mereka. Jika YB mereka curi tanah,rasuah,salah guna kuasa atau larikan bini orang maka rakyat akan tahu. Dengan demikian hanya pemimpin yang bersih sahaja akan diundi oleh rakyat.

  3. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Bomoh Taib Mahmud adalah Raja politik wang. Siapa lagi kalau bukan dia.

  4. tingang madang Says:

    Saya sokong ulasan dpd blogger belaga kini. B-end nak menterbalikkan isu yg sbnarnya. Mereka yg bmain masep dgn plitik wang tapi mereka pula nak mnuding org lain. Siapa yg tlh buat mcm2 di asap hari itu?? Bli undi siapa? Org yg buta mata n hati saja yg buat2 buta tdk ngaku.

Comments are closed.


%d bloggers like this: