Perjanjian Bakun: Mampukah PRS Bersuara Lantang?

1. Ketika kita masyarakat Dayak menyambut Perayaan Gawai pada 1 Jun ini. CM Taib telah merancang menandatangani perjanjian pembelian tenaga(PPA-dari empangan Bakun) di Kuala Lumpur. Khabarnya perjanjian itu kelak akan mengikat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pembeli tenaga dari Bakun selama 30 tahun. Di war-warkan juga bahawa kerajaan negeri bakal menerima pelaburan bernilai belasan billion ringgit hasil daripada perjanjian terbabit disamping mengekalkan pendapatan 150 juta setahun hasil caj levi air.

2.Satu fakta yang kita kena akui ialah, hampir semua empangan yang telah dibina di Sarawak dan dalam perancangan akan dibina, terletak dalam kawasan DUN yang diwakili oleh parti PRS. Persoalan saya, mampukah YB-YB PRS yang baru-baru ini telah menang dengan begitu bergaya memperjuangkan kepentingan rakyat dalam pemberian royalti kepada penduduk yang terjejas secara langsung akibat pembinaan empangan.

3. Lebih penting lagi dalam kes Bakun, James Masing (Presiden PRS) adalah Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Semula Bakun, Billy Abit Joo (Naib Presiden PRS) adalah ahli parlimen Hulu Rajang dan Liwan Lagang adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Asap Koyan. Mampukah team PRS ini memasukkan kepentingan Orang Ulu Belaga dalam perjanjian yang bakal dimeterai???

4. Setahun yang lalu saya ada menerima salinan sepucuk surat yang ditulis oleh YB Liwan kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Peter Chin Fah Kui), memohon pertimbangan pemberian royalti kepada penduduk Bakun. Nampak gayanya apa yang cuba diperjuangkan oleh YB Liwan dibakul-sampahkan oleh CM Taib dan PM Najib. Oleh yang demikian apalah gunanya kami rakyat Belaga ada wakil rakyat BN jika suaranya tidak dipedulikan.

5. Kita rakyat Belaga harus insaf, selagi kita memilih YB dari spesis BN, selagi itulah suara kita tidak akan diambil kira dalam setiap perjanjian dan polisi yang dirangka. Kepentingan kita akan diletakkan dikedudukan paling akhir sekali. Lebih malang lagi sikap pemimpin kita dari kaum Dayak sendiri yang hanya memperjungankan kepentingan kroni mereka sendiri.

6. Semasa lawatan PM Najib ke Belaga dan Sungai Asap, YB Liwan yang berucap di Belaga dan YB Billy yang berucap di Uma Belor Sungai Asap langsung tidak menyebut berkaitan perlunya dimeterai perjanjian yang akan menjaga kepentingan masyarakat Belaga berhubung royalti Bakun dalam jangka panjang.

7. Rasanya kita tidak boleh berharap lagi kepada BN, wira-wira PKR di Belaga dan di Sarawak harus merangka perjanjian dan mendesak supaya kerajaan BN keseluruhannya menyetujui tuntutan kita. Hari ini saya akan meminta supaya saudara Ali Basah, Paul Raja, Harison Ngau, See Chee Hau, Baru Bian dan Abun Sui Anyit  bertindak menuntut hak kita rakyat Belaga. Saya berharap agar Malaysiakini dapat menyiarkan “Perjanjian Bakun versi PKR” untuk mendapat maklumbalas rakyat keseluruhannya.

3 Responses to “Perjanjian Bakun: Mampukah PRS Bersuara Lantang?”

  1. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Masuk poket dulu. Keluarga dan kroni didahulukan, rakyat disingkirkan menjadi miskin papa. Namun, rakyat dayak yang bodoh itu terus dipukau untuk mengundi dan menyokong mereka dalam kerajaan BN. maklumlah taib tu bomoh.

  2. tingang madang Says:

    Dah muak dgn mereka2 ini smua nama yg disebut olh sdara blogger. Kalau difikirkan apakah logik kita rkyat di belaga khasnya di swk amnya perlu mbyar bil electric stiap bulan sdgkan di neg kita kaya dgn byk dam dibina dan apalagi yg amat besar di tmpat kita sdiri di ada di bakun. Minta komen sdra sdri smua bhubung pkara tsbut. Apabila mereka smua menang…. apa cerita…. dengarnya smua yb prs slpas plharaya hari itu pergi ‘RAUN’ di australia…..

  3. nostarforgov Says:

    empangan bakun dh cukup sgt…nun ikem pelenyep daleh sarawak yeh na lebak2 dam?

Comments are closed.


%d bloggers like this: