Asapkoyan:3000 Pasangan Muda Tanpa Rumah Dan Tanah.

1. Tahun 1998 seramai 1639 keluarga Orang Ulu dikerahkan supaya berpindah ke skim penempatan semula Bakun Sg.Asap untuk memberi laluan kepada pembinaan Bakun. Hari ini setelah 13 tahun menghuni kawasan Asap-Koyan keluarga asas ini telah berkembang hampir 3 kali ganda.

2. Hasil bancian tidak rasmi menunjukkan seramai 3,278 pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga di Sg.Asap tidak memiliki rumah dan tanah. Dalam erti kata lain mereka masih menumpang di rumah ibu bapa mereka.

3. Saya nak tanya James Masing (Pengerusi Penempatan Semula Bakun), Billy Abit Joo (Ahli Parlimen Hulu Rejang) dan Liwan Lagang (ADUN Belaga), bagaimana anda bertiga menyelesaikan masalah ini. Tak kan selama 13 tahun ini masalah terbabit langsung tak terlintas di fikiran anda bertiga.

4. Tak apalah kita tinggalkan cerita 3 sekawan PRS yang langsung tak komited dalam kerja mereka ini. Tapi apa hal pula dengan ketua-ketua masyarakat kita di Sg.Asap. Temenggong, Pemanca,Penghulu dan Maren-Maren Uma. Kenapa tak ada seorang pun yang berani membuka mulut untuk menyuarakan masalah penduduk rumah panjang masing-masing???

5.CM Taib telah memberi jaminan bahawa dia tidak akan memberi lot pertanian baru kepada penduduk Sg.Asap. Justeru adalah menjadi tanggungjawab pasangan muda ini untuk menentukan nasib CM Taib dan BN keseluruhannya dalam pilihanraya Parlimen yang akan datang.

6. Jika semua pemimpin BN dan Ketua masyarakat kita telah bisu, buta dan pekak. Apakah mungkin kita masih mengharapkan mereka memperjuangkan nasib kita di masa depan.??? Ayuh anak-anak muda ..tepuk dada masing-masing dan tanya diri sendiri dengan akal dan fikiran yang waras.

7. Di penempatan lama hulu Balui dahulu. Kita tidak pernah menghadapi masalah tanah dan kawasan untuk membina rumah baru. Miskipun dahulu kita dikatakan miskin, namun adakah kini di penempatan semula Sg.Asap kita telah menjadi semakin kaya???

8. Dua tiga hari ini, surat khabar memberitakan perihal kejayaan empangan Bakun dan keuntungan yang bakal diperoleh oleh kerajaan negeri dan persekutuan. Kenapa tidak diberitakan juga habuan yang bakal diterima oleh 15 buah rumah panjang yang telah berkorban untuk kejayaan perlaksanaan Bakun.

9. Rasanya penduduk Bakun dan Belaga keseluruhannya janganlah terlalu berharap kepada BN. Sudah terang lagikan bersuluh. Projek-projek yang diumumkan bersama oleh PM Najib,CM Taib sebelum pilihanraya Sarawak yang lalu pun belum dilaksanakan , mana mungkin kita boleh berbicara soal royalti.

10. Ketahuilah penduduk Belaga sekalian, apa yang kita tuai hari ini adalah hasil dari benih yang kita tanam semalam. BERUBAHLAH demi masa depan generasi akan datang.

9 Responses to “Asapkoyan:3000 Pasangan Muda Tanpa Rumah Dan Tanah.”

  1. James Says:

    Saudara Asapkoyan,

    Saya pembaca setia laman Asapkoyan dan amat mengambil tahu mengenai perkembangan semasa di Belaga.

    Saya membaca dan menilai penulisan saudara dengan hati yang tidak memihak kepada mana-mana pihak, BN mahupun PKR.

    Saya ingin bertanyakan saudara Asapkoyan tanpa prejudis mengenai pandangan saudara yang menyatakan sebegitu ramai pasangan baru yang dikatakan telah bertambah populasi sebanyak 3 kali ganda sejak 1998 dan pasangan-pasangan ini tidak mempunyai tanah maka terpaksa tinggal dengan ibubapa mereka selama 13 tahun hingga kini.

    1. Sekiranya kerajaan bersetuju memberi tanah kepada setiap pasangan yang baru setiap tahun, bagaimanakah pengurusan tanah untuk kemajuan (contohnya ladang-ladang sedia ada) dapat dilaksanakan?

    2. Dengan bersetujunya memberikan tanah kepada setiap pasangan baru, sudah tentulah akan sampainya waktu di mana NCR (bukan yang diakui kerajaan Taib) yang diakui penduduk tempatan akan habis dan akan sampainya masa pasangan baru lagi akan terus meminta tanah lagi. Bagaimana pandangan Saudara Asapkoyan kalau dibenarkan berterusan sebegini?

    3. Pasangan-pasangan baru di Singapore ataupun Tokyo pun tidak diberikan tanah. Tetapi mereka berusaha untuk mendapatkan rumah dan tanah untuk rumahtangga mereka melalui pinjaman bank. Pilihan untuk mengharapkan kerajaan untuk memberi tanah percuma kepada mereka sememangnya tidak wujud sungguhpun moyang-moyang mereka berasal dari sana. Ini dipanggil ‘harap pada usaha sendiri’. Bagaimana pandangan Saudara Asapkoyan dengan kenyataan ini?

    Sekian.

    • Belagakini Says:

      Terima kasih atas soalan dan persoalan yang dilontarkan. Sebelum saya menjawab secara ringkas, pertamanya saya ingin memperbetulkan kesilapan besar yang saudara lakukan. Sebenarnya soalan yang dilontarkan kepada Asapkoyan2u atau Belagakini???. Melihat kepada konteks perbincangan kita saya rasa soalan ini ditujukan kepada saya.

      1. Jika kerajaan berupaya memberi tanah ratusan atau ribuan hektar kepada ladang-ladang sawit dan kayu kertas, kenapa kerajaan tidak mampu memberi tanah kepada generasi ke 2,3,4,5 dan seterusnya Orang Ulu Belaga. Telah terbukti di Niah, Suai dan Tatau bahawa pengusaha kecil kelapa sawit juga boleh berjaya dan menyumbang kepada pembangunan dan khasil negara, kenapa semestinya tanah harus diberi kepada syarikat-syarikat besar yang membawa masuk ribuan buruh asing indonesia dan seterusnya mencetuskan permasalah sosial dan jenayah???. Hentikan pemberian tanah kepada syarikat-syarikat perladangan gergasi sebaliknya manfaatkan masyarakat tempatan yang miskin tapi berupaya memajukannya.

      2. Memulakan kehidupan di tempat baru adalah sesuatu yang amat susah dan payah. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab adalah menjadi kewajipan kepada kerajaan yang sedia ada memberi modal teroka kepada generasi awal penempatan semula Bakun. Modal teroka bukan sahaja dalam bentuk tanah malahan khidmat nasihat dan modal kewangan. Modal teroka 3 ekar kepada generasi pertama adalah amat tidak cukup dan tak berpatutan. Jika modal teroka untuk generasi pertama ini 30 atau 40 hektar dan diusahakan dengan jayakan, ada kemungkinan generasi seterusnya boleh memajukan tanah yang sama dengan perusahaan lain yang lebih menguntungkan tanpa meminta tanah yang baru. Dalam erti kata lain perusahaan yang lebih berintensifkan kepakaran, kan itu lebih bijak namanya.

      3. Anda membandingkan pasangan muda di Tokyo dan Singapura, tahukah anda gaji seorang jururawat di Singapura adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada di negara kita dan gaji seorang jurutera di Jepun adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia. Kalau kadar upah kita sama dengan di Jepun saya rasa ramai pasangan muda kita tidak akan meminta tanah daripada CM Taib. Perlu anda ketahui juga membandingkan taraf hidup kita dengan dua negara maju terbabit adalah tidak sepadan, elok bandingkan negara kita dengan Brunei.

  2. edu-cated asap Says:

    Ayuh, Belaga, memang benar kata saudara belaga kini. di dalam keluarga saya sendiri, tiga keluarga baru , sekarang soalan nya dimana mereka harus pergi dan dimana tanah nak bercucuk tanam. sedangkan tiga ekar yg dulu sudah dipenuhi oleh kebun koko, buah-buahan dan sebagainya. YES YB bertiga kami tidak sedikitpun bangga dengan anugerah yg YB Dayak terima sebab mereka adalah tali barut taib. Rakyat menderita tapi YB kaya raya serta dgn kuncu-kuncu mereka. CONTOH YG PALING NYATA DEPAN MATA ADALAH mcm mana TAIB dgn senang lenang buli YB Belaga tanpa melihat secara mendalam masalah yg bakal timbul,

  3. Abun Sui Anyit Says:

    Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa “MEGA DAM IS THE MOTHER OF POVERTY” yang lebih kurang terjemahannya “EMPANGAN MEGA ADALAH IBU KEPADA KEMISKINAN”.

    Dalam perspective pasangan muda tiada tanah ini adalah berpunca dari hilangnya tanah kita di Ulu Bakun. Inilah muslihat tersirat dalam membina empangan di Sarawak. Khabarnya 12 Dam lagi nak dibina. Daerah Belaga paling banyak !!

    Sekurang-kurangnya kita memiliki tanah yang luas di Ulu Bakun sebelum ini daripada tiada langsung sekarang dimiliki oleh pasangan baru di Asap.

    Bukannya pasangan baru mengharapkan tanah free tetapi memang warisan nenek moyang mereka selama ini. Warisan ini telah “dirampas” dan diberi pula kepada syarikat – syarikat. Malang lagi kepada syarikat kroni.

    Selagi Dam dibina – selagi itulah tanah Orang Asal akan dirampas dan TERHAPUS hak. Alasan membina jalan dan infrastruktur selalu diguna untuk membina Dam. Tanpa membina Dam pun Kerajaan yang prihatin boleh membina jalan raya sampai ke pedalaman.

    Oleh itu beranilah berubah. Jangan terus ditipu dengan kata retorik Dam membawa pembangunan.

  4. Padan Ulae Says:

    Kekurangan tanah bukan lah masalah Orang Ulu di Asap. Masalah ini adalah kerajaan BN punya sebab kerajaan yang memaksa penduduk-penduduk miskin wang tapi kaya dengan tanah berpindah ke sungai Belaga tanpa kebenaran penduduk-penduduk di Sungai Belaga. Orang berpindah dari Bakun adalah penduduk haram kerana tidak berbincang dengan orang-orang sungai Belaga. terlebih dahulu mengikut adat orang ulu. So kedatangan anda semua tidak beradat. Orang Belaga TERPAKSA menerima kemasukan anda. Sekarang penduduk2 dengan sesuka hati berladang di kawasan Uma Sambop dan Uma Seping. Sepatutnya mereka dihalau. Cuba you tengok Cina yang telah menerima lesen dari kerajaan…contohnya Datuk Henry Lau…syarikat beliaulah yang minta Land and Survey meroboh lebih dari 400 rumah di tepi jalan Tubau-Bakun beberapa tahun yang lalu. Ini adalah satu pencerogohan.

    This sounds harsh and rude but then it is a fact that we have to admit. BN government has put us into such a situation and we readily accepted as nothing is wrong. Anyway we dont blame the government anyway because we still love BN so BN won the election lah. sukahati dia bikin lo. Tidak kasih 3000 keluarga tanah who cares…biar you orang jadi macam PATI lo.

    For me the best solution is to go back to where you come from. Why peoples in Egypt can challenge the authority, peoples in Libya, Syria and many more. So why takut the Land and Survey chase you away. Just go to your own ‘DALEH’ around the Bakun Dam area. plenty of fish, plenty of good land and plenty of fresh air. Dont allow the Chinese like KTS, Samling, Ekran, RH and Shin Yang become our big brother….one day we Orang Ulu pasti mati punya. may be worst than the PATI.

    Of course we can say like MP Datuk Ibrahim Ali what we want to say but then we still allow BN to rule us and oppress us, steal our NCR land, purposely put people in Asap like ‘crying babies’ that need milk everyday. However let us ask our present 2 YBs to do their best while they are still there.

  5. Belagakini Says:

    Nasib Orang Ulu Belaga keseluruhannya berhubung pemilikan tanah NCR akan dapat ditentukan secara muthlak selepas keputusan kes Batok Bagi melawan kerajaan negeri Sarawak yang sedang dalam perbicaraan.

    Sekiranya Batok Bagi menang, maka Batok Bagi dan penduduk Naha Jaley akan dibayar pampasan yang cukup dan diiktiraf kawasan tanah NCR mereka. Jika ini berlaku secara automatik ini juga mengambarkan pengiktirafan pihak kerajaan terhadap pemilikan tanah NCR penduduk-penduduk Bakun yang lain. Maka penduduk Bakun bolehlah mengusahakan tanah nenek moyang mereka yang masih tinggal dan kini telah menjadi pulau di tasik Bakun.

    Tapi jika sekiranya Batok Bagi kalah, maka penduduk Naha Jaley akan diusir keluar dari kawasan Naha Jaley dan pampasan akan dibayar kepada mereka menurut tafsiran CM Taib. Pastilah pampasan itu tidak berbaloi sama seperti mana yang kebanyakan penduduk Bakun terima sebelum ini.

    Bagaimanapun kesan yang amat besar adalah penduduk-penduduk Bakun yang telah menetap di Sg.Asap tidak ada hak terhadap tanah mereka yang kini telah menjadi pulau di hulu Bakun. Mereka akan diusir keluar dari tanah-tanah itu dan sebenarnya tanah-tanah di hulu Bakun telah diberi kepada syarikat-syarikat perladangan yang ada hubungan dengan CM Taib. Jadi UNDILAH BN LAGI.

  6. tingang madang Says:

    Satu ulasan yg baik dpd sdara blogger. Saya mmg pbaca setia blog ini cuma kekadang dah timbul rasa boring dgn apa yg kita lihat dan lalui di belaga khasnya lbh2 lagi ms plhrya lalu. Org2 kita msh buta hati dan mata. Tk perlu beri cth lain… sbut saja byran rumah. Knapa janji awal tdk ditepati iaitu byran rmah dibayar smua….. beserta faedah….. Tapi knapa stlah dibyar ada pula yg dipotong….. Knapa tdk dimaklumkan awal kpd rkyat …. Bila dibyr pula cuma sbgian…. yg jelasnya….. baki itu mahu dijdkan umpan utk GE akan dtg ini. kalaulah kita generasi muda ini dpt ‘nelen’ dlm jiwa org2 tua…. kejutan pasti blaku di tmpat kita. Cuma mslhnya minda org2 kita, cpat kecut perut stlah digertak, diumpan mcm2 olh b-end …. lalu berduyun2 bpaling dr yg spatutnya.

  7. Edemz Says:

    Padan Ulae,
    jangan hot dengan orang Asap la…hot la dengan peritah Sarawak-dia orang yg suruh kami orang pidah ka Asap.Masam mana kamek orang mauk binsang2 sama kamu orang-semuanya taib dan lakek semang yg uruskan jadi tolonglah jangan sakap kamek ini orang Haram-sedih saya-saya ada kartu penduduk Malaysia bah hehe….

  8. Tak Sibuk Hal Orang Says:

    BN KE……PKR KE…………yg memerintah saya rasa memang sama jer la…….yg mereka buat cuma nak menangkan dan kayakan keluarga masing2 saja…….banyak dah yg saya tengok dan lalui…tk kan kemana pun. kalau kita renungkan dan imbau kembali,kita minta projek ini dan projek itu..susah nak dapat.Kalau kampung sendiri yg minta…….on the spot dapat……
    Bukan nak salahkan sesiapa.Lebih baik kita yg panyin ni cari makan sendiri.biar mereka dengan dunia yg tak betul mereka. D hari kematian mereka akan mendapat balasannya.

Comments are closed.


%d bloggers like this: