Blok Rumah Panjang Asapkoyan2U Musnah Dalam Kebakaran.

1. Belagakini tumpang simpati diatas musibah yang menyebabkan blok rumah panjang Asapkoyan2U (Blok F Uma Badeng Sg.Koyan) hangus terbakar lebih kurang dua minggu yang lalu. Tragedi seperti ini mungkin dapat dikawal atau dielakkan jika langkah-langkah yang betul dapat diambil. Saya difahamkan kebakaran berlaku disebabkan litar pintas.

2. Langkah yang betul yang saya maksudkan ialah melakukan pendawaian elektrik yang betul di semua rumah panjang di Sungai Asap, menyediakan alat pemadam api yang mencukupi di setiap blok dan disokong oleh pasukan Bomba sukarela yang terlatih dan peralatan mengawal kebakaran yang mencukupi.

3. Jika semua ini masih tidak diperbaiki, ada kemungkinan semua rumah panjang di Sg.Asap akan musnah terbakar dalam waktu terdekat.

4. Saya juga dapat tahu selang beberapa hari selepas tragedi di Uma Badeng terbabit, kediaman di klinik kesihatan Sg.Asap pula yang hangus terbakar. Penduduk melaporkan mereka hanya mampu menonton sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa.

5. Setakat ini Uma Ukit, Uma Balui Liko, Uma Lahanan, Uma Badeng (3 kali) dan Klinik Kesihatan Sg.Asap (2 kali) telah terlibat dengan kebakaran. Namun yang cukup menyedihkan, pihak kerajaan masih gagal mengatasi masalah ini.

6. Untuk membantu meringankan beban penduduk yang terlibat dengan musibah kebakaran ini, Belagakini menggesa semua pihak untuk menghulurkan bantuan kepada pihak terbabit. Belagakini dimaklumkan oleh sebuah NGO, bahawa mereka bersimpati dan bakal menghantarkan bantuan dalam waktu terdekat.

 

 

 

4 Responses to “Blok Rumah Panjang Asapkoyan2U Musnah Dalam Kebakaran.”

  1. tingang madang Says:

    Satu info yg baik utk kita rkyat belaga jdkan iktibar serta mdpt maklumat berita smasa dr sg asap. Saya pun turut bsimpati dgn berita itu mlalui ex-schoolmate berasal dr kpg tersebut bbpa hari lpas. Saya bharap smua pihak sama2 mbantu utk mringankan beban keluarga2 yg tlibat dlm musibah itu. Mcm mana asapkoyan2u… sudah byk usaha pihak awak buat kah??? Dgar cerita dpd kawan saya dr kpg badeng itu… LL n BAJ ada myumbang RM1,ooo masing2 utk smua keluarga yg tkena ksusahan itu. Tapi bagi saya, btuan itu msh tlampau sdikit jika dibdgkan dgn jumlah krugian dan khilangan harta benda. Utk itu disbabkan 2 yb ini sudah tentu byk kwn serta contact…. tolonglah mbantu mereka ini sbpa sgera baik dr sgi pkaian, slimut serta barangan makanan lain. Kita sbg rkyat biasa kita tdk ada kmampuan spt mana mereka…. Kpd presiden parti mereka yg baru mdpt gelaran yg lbh tinggi lagi james masing…. gelaran tan sri….. sila beri bantuan sgera juga kpd golongan yg susah ini…. tambah2 lagi dengar cerita asapkoyan2u…. blogger sensasi juga dtg dri kpg ini….,…. Jangan berkira2 bila bdepan dgn ksusahan rkyat… wlpun kws ini bukan kws dia bertding plharaya tapi adun dan mp parti beliau adalah mwkli kws ini. Apa kata org… jangan kedekut….

  2. Laing tit Says:

    dengar kabar dr org uma badeng selalu nampak hantu terbang bersama asap di udara masa2 kebakaran?

  3. belagakini Says:

    Rumah panjang Long Dungan juga menghadapi musibah kebakaran pada 13.6.2011 yang lalu, bagi yang mampu dan ada hubungan baik dengan parti politik dan NGO, sila bantu mereka yang memerlukan.

  4. doh kayan Says:

    ya..2la..kjaan harus mgmbl lngkah yang drastik dgn sgra..spt myediakn psukn Bomba di sktr kwsn kmpung2

Comments are closed.


%d bloggers like this: