Sekitar Asap,Bakun Dan Belaga.

SMK Bakun yang dijanjikan sejak 13 tahun lalu dijangka akan siap sepenuhnya penghujung tahun ini dan boleh digunakan pada sesi persekolahan tahun 2012. Untuk rekod, SMK Bakun adalah sekolah menengah kedua yang berjaya dibina oleh rejim BN selama hampir 50 tahun mereka berkuasa di Bumi Kenyalang-Belaga. Sekolah Menengah pertama (SMK Belaga) kini dalam keadaan yang amat mendukacitakan dan perlu “dibina semula”.

Walaupun telah berkuasa hampir 50 tahun , pihak BN masih belum mampu untuk membina Hospital di Belaga. Buat masa ini mereka hanya mampu membina beberapa buah klinik kesihatan sahaja. Gambar di atas menunjukkan klinik kesihatan Belaga yang “tiada doktor”. Pembinaan klinik ini tidak banyak membantu kerana penduduk masih terpaksa ke Hospital Kapit atau Bintulu untuk mendapat rawatan daripada doktor pakar.

Empangan Bakun telah siap sepenuhnya, sedikit masa lagi  CM Taib dan kunco-kunco bakal mendapat  beratus juta ringgit dari penjanaan tenaga dari Bakun. Sangat menyedihkan kemudahan untuk penduduklah yang paling akhir diusahakan. Gambar menunjukkan Jeti Bakun yang masih belum siap. Sepatutnya kemudahan seperti ini disediakan awal-awal lagi untuk kemudahan penduduk. Bukan sekadar jeti, tetapi tempat ini juga harus dibangunkan dengan kemudahan lot-lot kedai dan tempat makan serta kemudahan-kemudahan lain yang perlu. Dengan demikian akan memberi lebih peluang kepada penduduk tempatan untuk berniaga.

Tangki najis di 15 rumah panjang pusat penempatan semula Bakun Sg.Asap telah penuh dan mula melimpah keluar. Penggunaan tangki septik dalam sistem pembentungan adalah satu alternatif yang baik. Namun setiap tangki septik  itu ada jangka hayatnya (10-15 tahun) . Usaha harus dilakukan mulai hari ini untuk menyedut keluar najis yang telah mula melimpah, jika tidak penduduk akan terdedah dengan ancaman bakteria ecoli.

Dalam perjalanan pulang dari sungai Asap ke Bintulu, saya dan keluarga terserempak dengan 3 kemalangan di jalan Bintulu-Bakun. Kemalangan pertama berlaku di simpang empat berdekatan kawasan perkuburan di Sg.Asap. Kemalangan kedua melibatkan lori sawit tidak jauh dari tempat makan/minum Sing Ann Lai dan yang ketiga melibatkan lori treller tidak jauh dari ladang sawit Wawasan Sedar Sdn.Bhd. Nasib baik kesemua kemalangan itu tidak meragut ngawa. Saya teringat kepada Dr.Ellie Luhat (Pengerusi Bakun Community Safety Committee) yang pernah buat demonstrasi di jalan ini. Apakah beliau telah dirasuah???, kenapa diam tanpa berita.

Air paip yang kotor, berbau hapak melekit dan berbuih adalah fenomena biasa yang dihadapi oleh penduduk Sg.Asap saban hari dan tahun. Mungkin faktor air yang kotor adalah jawapan kepada segala penyakit berbahaya yang dihidapi oleh penduduk-penduduk Sg.Asap selama ini. Telah puluhan aduan dibuat, namun pihak BN yang berkuasa buat-buat lupa saja. Ada pula tali barut BN (spt Asapkoyan2U) yang sering mendakwa bahawa masalah di Sg.Asap dan Belaga telah selesai sepenuhnya. Kami sekeluarga setiap kali pulang ke Sg.Asap akan membeli air minuman yang diproses di Bintulu, almaklumlah anak-anak masih kecil dan mudah dijangkiti ceret-beret. Bagi keluarga yang menetap di Sg.Asap pula terpaksa membeli alat penapis air yang mahal. Inilah agaknya harga kemajuan-ala BN

Empangan Murum telah 50% belum siap, namun penempatan bagi suku kaum Penan yang tinggal di kawasan berkenaan masih belum diusahakan oleh kerajaan BN. Awal tahun lalu saya mendapat salinan perancangan kerajaan BN untuk penduduk di kawasan terbabit. Namun saya tidak begitu yakin bahawa perancangan itu dapat dilaksanakan. Kata orang itu hanya “Rancangan Saja” bila dah benar-benar berlaku, jadilah seperti nasib penduduk Bakun dan Batang Ai. Untuk makluman pembaca, saya “muat naik- kan” juga salinan terbabit. Apa kata anda, boleh caya ka…. janji CM Taib dan PM Najib.

17 Responses to “Sekitar Asap,Bakun Dan Belaga.”

  1. Mr Loba Loba Says:

    Sahabat belagakini, saya amat kagum dan tertarik dengan artikel anda. Saya mempunyai satu isu yang ingin dimainkan oleh sahabat belagakini iaitu, berkaitan dengan pembiayaan Tabung Amanah Bakun kepada pelajar-pelajar Belaga yang masuk ke universiti. Patutkah syarat-syarat Tabung Amanah Bakun dikaji semula? Sahabat belagakini, saya pun hairan, kalau dulu-dululah sebelum AsapKoyan2u handleTabung Amanah Bakun, biasiswa yang diberikan kepada pelajar-pelajar Belaga berjumlah RM2000 setahun. Tetapi, setelah AsapKoyan2u handle Tabung Amanah Bakun. Jangankan RM2000, satu sen pun tidak dapat. Anak saudara saya telah beberapa kali memohon untuk mendapat biasiswa Tabung Amanah Bakun, tetapi sampai hari tidak juga diluluskan. Wahal, keputusan dia memilki pencapaian akademik yang cukup memberangsangkan. Yang saya ingin tahu disini ialah, ke manakah perginya duit berjuta-juta Tabung Amanah Bakun? Bagaimanakah AsapKoyan2u menggunakannya?

    • belagakini Says:

      Saya langsung tak tahu menahu bagaimana TAB diuruskan, tapi saya sangat tahu bahawa Bos TAB ketika ini sangat ligat bermain politik. Persoalan saya juga, wajarkah Bos TAB bergiat aktif dalam aktiviti politik lebih daripada tugas hakiki sebagai penjawat awam. Ulasan saya begini bukan kerana saya takut sangat dengan penglibatannya, namun pasti suasana begini akan menimbulkan konflik kepentingan. Satu pihak memperjuangkan politik untuk orang-orang tertentu dan pada masa yang sama berurusan dengan orang awam yang mempunyai dan memperjuangkan latar belakang politik yang berbeza. Beginilah nasib badan bila kerja dengan orang politik.

  2. lisun apui Says:

    Saya stuju benar dgn komen sdara blogger bhubung bbpa pmsalahan yg dhdpi olh rkyat sg asap khususnya… dan rkyat belaga amnya…Namun yg amat myedihkan rkyat kita yg majoritinya kaum org ulu msh buta hati dan mata wlpun mcm2 mslh timbul tapi mereka msh lagi mengagung-agungkan krjaan sdia ada… tanpa sikitpun tdk tfikir bhw smpai bila mslh ini terus blaku. Ingin saya kupas mgenai mslh air di pnmpatan smula sg asap yg smpai skrg blum slesai. Saya sgt stuju bhw air yg tdk dirawat smpurna mybabkan ada yg mhidapi pyakit mcm2 malahan ada juga sdra mara kita sdiri mninggal mgejut walhal kalau kita lihat scara luaran… nampak sihat dan cergas. Mslh air ini kalau dilihat dr awal pindah smpai skrg blum slesai. Sebab itu, air yg bbuih, melekit mcm air laut, putih dah mjd pkara biasa di sg asap… mcm yg dah biasa mgunakan air yg bersih dan jernih di bandar mmg terasa sgt perubahannya apabila plg kpg hjg thn… kalau di smjung sudah mjdi berita utama isu ini apalagi kalau blaku di neg krjaan pkatan. Saya sdiripun heran dlm ulasan asapkoyan2u yg kuat mbodek ms plhrya lalu, dgn megah bkata bhw mslh sudah slesai… heran teramat sgt. Tk perlu lihat luas pergi ke kpg lain, beliau lihat sdiri di kpgnya…. adakah smua slesai. Jd kpd wkil rkyat tu…. baik mp n adun…. berusaha keraslah utk menangani mslh air ini…. bgtu juga mslh2 lain…. jangan fkr utk m’kayakan pket sdiri dan kroni2 saja.

  3. tuyang Says:

    kpd asapkoyan2u tu keluarkan statement kewangan Tabung Amanah Bakun pd stiap tahun. Boleh diedarkan kpd sluruh kpg di belaga… Jangan pandai mengampu dan mbodek saja. Spt mana di tulis olh mr loba loba tu, saya sdiri pun ada mdengar komen sbegitu. Sepatutnya pljar yg mpunyai kptusan yg baik serta mbrangsangkan mmg patut dan layak diberi bantuan tu…. sebab yg perlu kita fikir wang itu bukan milik peribadi kita atau individu tertentu yg bkuasa tapi itu wang utk rkyat yg mahu mymbung pljaran…. terutamanya yg krg bkmampuan. Jd uruslah wang itu dgn telus, adil demi mbantu kaum org ulu di belaga khasnya.

  4. belagakini Says:

    Selagi BN berkuasa di Belaga, selagi itulah kita kempunan untuk melihat penyata kira-kira TAB. BN terbukti dengan rekod yang cemerlang melakukan kerja-kerja dalam gelap. Praktik yang sama dilakukan oleh mereka-mereka yang menguruskan TAB. Tahun 1996, ketika saya masih “study” saya sedaya upaya tidak meminjam dari TAB supaya dana itu dapat digunakan oleh mereka-mereka yang lebih memerlukan. Namun, apabila saya buat semakan dari rakan-rakan yang lain, ramai pula anak-anak tau-K dan orang kaya Belaga yang mendapat bantuan drpd TAB. Tahun 2009 yang lalu saya study semula dalam bidang Occupational Safety and Health (OUM), saya cuba memohon daripada TAB untuk membayar yuran pengajian. Sukacita dan syukur TAB dapat membantu dengan bantuan RM1000. Namun saya dimaklumkan oleh sepupu saya bahawa beliau mendapat RM4000 untuk jurusan yang kos pengajiannya lebih rendah. Apa ceta ni… Bos TAB….komen sikit

  5. padan ulae Says:

    The best solution to our problem in Belaga is CHANGE OF GOVERNMENT & CHANGE OF POLITICAL PARTY NOT PRS. Selagi-lagi kita mengharapkan PRS-BN untuk menyelesaikan masalah Belaga NO WAY man. Saya tahu YB Liwan adalah orang yang baik hati dan tulus tetapi “hantu-hantu” PRS Belaga itu terlalu banyak. Mereka ialah dari ketua masyarakat sampai ke konselor dan kontraktor. semua buaya. kaki botol, kaki penipu dan kaki bodek YB dan menteri semua.

    Cuba you follow up dengan mereka di DUN sekarang itu syarikat seperti LCDA atau mana-mana syarikat pemaju JV tanah NCR akan secara otomatik jadi NATIVE bererti berhak ke atas tanah NCR kita. Mereka yang mengatur bukan pemilik asal tanah NCR tersebut. Apa YB Liwan buat, beliau terpaksa ‘mengaukkan’ amendment tersebut. YB Baru dari PKR berkata Berawan dan Saban belum lagi masuk kategori NATIVE dalam undang-undang Sarawak. Pelik kan. Tetapi mengapa mana-mana syarikat pemaju tanah NCR boleh secara otomatik jadi Native. Ini banyak susah kalau anda masih ada tanah NCR lah. kalau tak ada tanah NCR nbuat apa nak risau. Saya memang 100% risau sbb saya masih banyak tanah NCR.

    ingat…pertukaran pemerintah saja yang dapat mengubah nasib dan hidup orang Belaga khasnya.

  6. tuyang Says:

    Komen sdra belagakini mngenai TAB mmg tepat. Insan yg bkerja di TAB tu dlm bhs jelas sptmana kt2 Blgakini… org itu BOS TAB… dia mmg dilihat aktif bpolitik mksdnya byk mlibatkan diri dgn apa2 aktiviti dibuat olh pmimpin plitik di belaga khasnya dgn LL. Apa cerita ini?? Bukan tdk dpt.. tetapi sudah mnimbulkan konflik kptgan. Sampai dgr cerita ms election lpas…. group merekalah yg bgerak aktif mgantung poster2 dan m’edarkan risalah2 kpd org2 di asap. Kalau mcm itu…. berhenti saja kerja di TAB tu…. beri peluang kpd org2 lain yg lbh bklayakan dan komited dgn 1 kja saja. Biar dia jd setiausaha peribadi saja kpd yb yg mana2lah.

  7. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Cakap pasa TAB.. Mari kita sama2 pergi buat laporan polis terhadap James Masing, Datuk Nyipa Bato dan Billy Abit Joo di balai polis belaga. Apa kata anda semua…

  8. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Kita jangan pandai buat kenyataan dlm blog saja. Bila dipanggil untuk bertindak, mulalah mengundurkan diri pula. Seorang pejuang yang berani mesti mempunyai prinsip yg teguh dan buat apa yang benar. Ayoh mari kita bersama-sama buat laporan polis terhadap James Masing Nyipa Bato dan Billy Abit. Mereka inilah yang berkuasa di Tabung Amanah Bakun. Saya puji Belagakini kerana bersetuju. Tapi, apa kata yg lain pula.

    • belagakini Says:

      Masa saya buat laporan polis berkaitan kehilangan Wang Pampasan Kami Penduduk Uma Nyaving dulu, gelabah juga James Masing, sampai buat kenyataan dalam surat khabar mengatakan bahawa TAB selamat daripada penyelewengan. Itu cerita tahun 2004 dulu. Tapi kini tak tahulah…..tapi kalau benar tak ada penyelewengan, kenapa tak tampal saja penyata kewangan tahunan TAB di dinding Awa Ayak setiap Uma Aru di Belaga. Biar puas hati semua pihak dan pihak yang berkenaan pun dapat pujian kerana TELUSSSS. BOS TAB pun akan dapat labanya…pujian akan melangit dan masa depan cerah untuk jadi ketua pemuda PRS. Tak gitu ….Bos

  9. tuyang Says:

    bagus jugak idea tu….. mmglah mereka yg bkuasa ke atas TAB tapi org yg bkerja di sana byk action… terutamanya yg pegang akaun tu…. eksekutif kah…. lagak mcm political scretary….

    • Belagakini Says:

      Kerana banyak X-lah dapat kerja kat situ. Di luar sana ada berdozen-dozen lagi mereka yang jauh lebih berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam pengurusan. Tapi kerana kurang faktor X, tak juga diambil bekerja oleh TAB. Tak apalah…. biarkanlah mereka, sementara masih berkuasa.

    • akui Says:

      sokong betul.org yg kerja dgn TAB mmg byk action…….dua kali sy jumpa mereka buat perjumpaan mengenai TAB.Bukan main eksen jak seorg perempuan kt sana.sy d pahamkan dia yg jd organiser pd masa tu.dlm buat reservation lain,bila dtg mcm d minta. apa lagi fade up aku d buatnya.sy marah kt dia,dulu masa u buat reservation sy suggest mcm ni x mau,skrg bila start function mintak
      itu ini.menyusahkan org jak.

  10. padan ulae Says:

    The best way is you write down the police report first then we sama-sama baca the content. Mesti buat report yang tepat tau. bah Jom kita semua sama-sama.

  11. Lenchau Pelieran Says:

    jom ubah?

  12. enchau karet Says:

    Saya amat berharap agar TAB mengambil berat tentang hal sedemikian…ini adalah sangggggggaaaaaattttt penting demi kebaikan bersama dan juga masa depan generasi penerus penduduk belaga…”Memberi lebih baik daripada menerima” sya sebagai penuntut University amat memerlukan bantuan kewangan untuk menyara diri saya dalam melanjutkan pelajaran..kekadang dalam sehari sanggup tidak makan kerana kekurangan….hanya dialaskan air kosong…tapi demi masa depan itu tidak menjadi penghalang.Bukan saya sahja yang sedemikian malah lebih ramai lagi penuntut yg memrlukannya.

Comments are closed.


%d bloggers like this: