Ucapan YB Belaga Persis Ucapan Menteri.

1. Saya amat berpuas hati dengan mutu perbahasan 3YB PKR yang mengambil bahagian dalam persidangan DUN Sarawak ke-17 yang sedang berlansung sekarang. 3YB PKR yang saya maksudkan ialah YB Baru Bian (Ba’kalalan), YB See Chee How (Batu Lintang) dan YB Ali Biju (Krian). Nampaknya Parti yang memilih mereka dan kemenangan yang diberikan rakyat kepada mereka tidak disia-siakan. Saya yakin ada ramai lagi calon-calon PKR yang berkelayakan, namun kalah dalam pilihanraya DUN Sarawak yang lalu.

2. Paling mencuri perhatian saya ucapan YB Baru Bian yang meminta supaya Kerajaan Negeri Sarawak mengiktiraf hak rakyat Sarawak terhadap Tanah NCR seperti mana definasi yang diperakui oleh mahkamah. Keenganan pihak BN memperakui hak rakyat Sarawak ini menunjukkan mereka tidak mematuhi dan menghormati institusi kehakiman. YB Baru Bian juga memetik ucapan Rajah Charles Brooke ketika memerintah Sarawak suatu ketika dahulu, antara lain Charles Brooke berkata

“I beg that you will listen to what I have to say, that you will recollect my words, and endeavour to call them to mind when I am no longer with you. I will make known of what is in my mind to my successor, but I can only be responsible during this my lifetime.

I have lived in this country now for sixty years, and for the greater part of that time as Rajah. I know that I feel as you do in every way regarding the present and future for the existence and welfare of the inhabitants. I think after so long a period you will allow me to open my mouth and give my opinion truthfully.

Has it ever occurred to you that after my time out here others may appear with soft and smiling countenances to deprive you of what is solemnly your right, and that is the very land on which you live?

This land is your inheritance (pusaka) on which your flesh and blood (daging darah) exists, the source of your income, the food even of your mouths.

If this is once lost to you, no amount of money could recover it. That is why the cultivation of your own land by yourselves or by those that live in the country is important to you now.

Cultivation by strangers, by those who might carry the value of their products out of the country to enrich their shareholders, such products should be realised by your own industries and for your own benefits.

Unless you follow this advice you will lose your birth right, which will be taken from you by strangers and speculators who will in their turn become masters and owners, whilst you yourselves, you people of the soil, will be thrown aside, and become nothing but coolies and outcasts of the island.”

3. Rajah Charles Brook, sungguhpun bukan berdarah “bumiputra Sarawak” tapi mempunyai hati nurani yang suci dan amat prihatin terhadap nasib dan masa depan penduduk pribumi Sarawak. Ketika itu juga saya difahamkan setiap pejabat daerah memiliki “The Boundary Book” iaitu buku yang merekod dan memetakan sempadan kawasan wilayah setiap kaum/rumah panjang. Mereka yang berhak diberi surat kuasa berserta peta kawasan wilayah mereka. Ketua kaum diberi kuasa sepenuhnya berhubung perkara berkaitan tanah. Saya difahamkan juga penduduk Long Jawe memiliki surat hak milik dan peta hak milik bagi kawasan Long Jawe. Namun saya yakin ia tidak diperakui oleh CM Taib.

4. Saya juga sempat meneliti teks ucapan YB Belaga( YBLL). Beliau menyentuh 7 perkara , iaitu. Masalah di Asap/Koyan- a,b,c,d,e,f,h,h dan i.,Resettlement Unit, Resettlement Ordinance, mohon jalan sekitar Tubau dibaiki dan deselenggara dengan baik, Bina Klinik kesihatan untuk Lg.Busang dan Lg.Urun, Kawal dan pantau rapi pembalakan haram di Bakun dan Murum dan Silibus anjal untuk kaum Penan.

5. Apa yang diutarakan oleh YBLL adalah masalah yang terhasil daripada pembangunan yang tidak dirancang dengan baik, ini menunjukkan kelemahan BN Sarawak keseluruhannya. Dalam ucapan beliau YBLL sempat juga sindir YB Baru Bian dan memuja-muji PM Najib dan CM Taib. Nampak gayanya jika trend ucapan sebegini diteruskan oleh YBLL, ada peluang beliau diangkat jadi menteri jika BN terus kekal berkuasa.

6. Sepatutnya YBLL menghentam hingga remuk James Masing, Awang Tengah dan CM Taib diatas kesulitan, penderitaan dan kesusahan yang rakyat Belaga hadapi selama ini. James, Awang dan Taib bukan tak tahu akan kepentingan Resettlement Ordinance, tetapi mereka dengan sengaja buat-buat tak tahu supaya tanah dan harta pusaka Orang Ulu Belaga dapat dilelong dan dibeli dengan harga murah. Bukan tidak banyak negeri dan negara yang 3Trio ini lawati sebelum dan selepas Bakun dibina. Tetapi mereka tidak mahu mengimplimentasikan model pembangunan yang menguntungkan Orang Ulu, niat mereka supaya Orang Ulu terus mundur dan miskin, dengan demikian Orang Ulu senang diperalatkan.Mereka semakin ghairah memperbadutkan Orang Ulu Belaga apabila melihat lagak pemimpin Orang Ulu yang lebih gemar memuja,memuji dan lebih pentingkan pangkat dan kedudukan daripada membela nasib kaum sendiri.

7. Tidak seperti YB Baru Bian yang meminta supaya penduduk tempatan diberi syer dalam setiap projek pembangunan (empangan) yang dibangunkan di kawasan mereka.YBLL malu dan membisu berkaitan isu tersebut ketika bertembung mata dengan CM Taib. Kenapa YBLL tidak berterus-terang memohon supaya royalti Bakun dibayar secara langsung kepada penduduk Belaga.???. Kenapa tidak meminta supaya pembalakan  yang tidak beretika diseluruh bumi Belaga dihentikan dengan serta merta (supaya jalan Tubau tidak rosak). Kenapa YBLL perlu menagih semula janji-janji yang telah dilafaskan oleh PM 1Malaysia dan CM Taib beberapa bulan sebelum pilihanraya yang lalu??? Kenapa pampasan harga rumah hanya dibayar setengah saja. Sepatutnya isu-isu ini ditenyeh ke muka CM Taib supaya dia sedar diri, supaya dia tidak berani lagi memperbodoh dan memperkotak katikkan kita Orang Ulu.

8. Saya selalu dengar bahawa ramai yang memuji YBLL kerana kelantangan dan keberaniaan beliau memperjuangkan hak rakyat Belaga, namun daripada pengamatan saya , saya dapati beliau lebih banyak memuji CM Taib, sedangkan  Si Taib inilah yang paling banyak membawa kemudaratan kepada rakyat Belaga.

9. Perhipunan BERSIH 2.0 akan berlangsung tidak lama lagi, saudara saya Asapkoyan2u tak joint sama kah???, Mereka yang pengotor saja yang tak mahukan BERSIH. Daftar pemilih DUN Belaga pun banyak yang tidak beres, diharap selepas perhimpunan BERSIH ini ia akan dibersihkan sepenuhnya.

12 Responses to “Ucapan YB Belaga Persis Ucapan Menteri.”

  1. Amai Boi Says:

    PENDEDAHAN JOHARI ABDUL : FITNAH ZINA UMNO TERHADAP ANWAR IBRAHIM. http://www.youtube.com/watch?v=QRegVnxFTLk&feature=player_embedded.
    Wahai sahabat Belagakini, saya sedikit tergeli hati bila teringat akan laman blog AsapKoyan2U di mana penulisnya cakap BERSIH 2.0 itu KOTOR. Hahha… Benarkah?
    Jadi apa yang saya mahu tanya sikit dgn sahabat belagakini ialah tentang video dan gambar lucah yang didakwa milik DSAI di downloadkan dalam laman blog Asapkoyan2u serta kata2 yang dikeluarkan dari mulut penulis tersebut. Saya rasa Asapkoyan2u patut cermin diri sendiri dahulu, baru boleh cakap orang KOTOR sesuka hati. Dia cakap semua source dalam blog nya adalah link dari blogger lain. So, bagaimana dia boleh tahu BERSIH itu KOTOR? Tak ke belik korang iban cakap. Sayang jawatan tinggi tapi, no idea. Adopt and copy blogger lain punya artikel. Mcm mana wahai sahabat belagakini? Tak ke tuli penulis blogger tersebut. Slogan Asapkoyan2u bukan main lagi, cakap buka mata minda anak Belaga. Buka mata dan minda dia sendiri dahulu, baru boleh buka mata dan minda orang lain. Asapkoyan2u sudah buta dan tidak berminda. Mahu tahu kenapa? Dia senang jer ckp kehidupan orang Belaga sudah berubah maju? Mana buktinya? Yang saya tahu, makin hari makin habis tanah kami kena ceroboh oleh bos Asapkoyan2u, CM Taib.

  2. Amai Boi Says:

    asapkoyan2u sudah lupa akan perbuatannya yang ajak anak-anak belaga tengok video lucah. Adakah perbuatannya itu BERSIH? Kalau bersih? tlg jawab sikit asapkoyan2u.

  3. Bukit Says:

    Ulasan sdra belagakini khasnya pd no. 6, 7 & 8 amat tepat mgambarkan LL. Mmg benar apa yg diulas olh sdra bhubung apa yg dibentang olh LL dlm sidang DUN neg. Swk. Tk perlu mngampu, mbodek bos…. atau dlm bhs jelas… pujian mlambung. Lbh baik mnegur dgn terang apa klemahan dan kkurangan yg blum lagi slesai di tmpat kita di asap dan belaga kpd pihak bkenaan apalagi di dwan itulah ruang yg sluas-luasnya utk LL myuarakannya. Isu apapun bangkitkanlah ianya di sana tk perlu ambil ksmpatan myindir atau memperli YB Baru. Kalau LL tu seorang yg bsih sgt spt diuar-uarkan olh pyokong fanatiknya spt asapkoyan2u n the gang…. maka tdk spatutnya dia myindir Baru. Jika pun mahu melobi jd menteri sbg contoh bukan itu caranya. Sama juga dgn Asapkoyan2u tdk hbs2 dgn cerita kotor yg dia cuba highlightkan… knapa gian kah dgn cerita bodo mmalukan mcm itu??? Apa awak mahu mgajar budak2 rmaja terutamanya anak kaum org ulu dgn m’upload’ cerita mcm tu di blog awak ??? Jika utk tuj mmalukan DSAI oh…. awak silap. Awak btaubat sdiri dulu dpd dosa2 awak baik dosa kecil dan besar spjg awak hidup di dunia,…. baru awak menyelak kain org utk mbongkar kisah org lain. Cermin diri awak dulu adakah awak itu bersih sgt2 … bebas dpd rasuah, bebas mabuk mminum minuman keras, bebas dpd bbohong, bebas dpd mcuri, menipu, bzina….. jika awak dpt mjaminkan bhw awak tdk pnah mlakukan smua kmungkaran yg tlh disebut tadi, barulah awak dpt menegur org lain tetapi dgn cara yg betul bukan mengaibkan.

  4. Amai Boi Says:

    Sekarang ini.. polis sibuk2 tangkap orang yang naj join BERSIH 2.0. Tp, bagaimana dgn video lucah yang disebarkan tempoh hari oleh puak BN terutamanya asapkoyan2u. Jadi, secara rasionalnya siapa yang patut ditangkap? BN say: BERSIH akan merosakkan imej negara. So, bagaimana dengan video lucah yang didakwa DSAI tempoh hari? Adakah video lucah akan mengharumkan nama negara malaysia.Kadang2 tidak pakai otak juga UMNO dan BN ini. Bak kata pepatah ‘semut sbrg laut mereka nampak, tp gajah depan mata tidak nampak.

  5. manrud Says:

    bersih, sungguh membuang masa

    • belagakini Says:

      Bagi yang berpendapat bahawa BERSIH itu membuang masa…terserah, namun saya ada fakta berkaitan daftar pemilih DUN Belaga yang disahkan bulan september 2010. Bagi daerah mengundi MURUM terdapat 649 pengundi dan dari sejumlah itu seramai 133 orang beragama islam, 396 beragama kristian dan selebihnya dikategorikan sebagai “Lain Agama”, “Tiada Agama” dan “Kosong”. Manakala dari sejumlah 133 yang beragama islam, pecahannya adalah seperti berikut;
      1. Lg.Busang 42 Orang
      2. Punan Gang Belepei 8 Orang
      3. Lg. Kajang 25 Orang
      4. Lg. Tanyit 15 Orang
      5. Lg.Lidam 11 Orang
      6. Lg.Wat 10 Orang
      7. Punan Lusong 11 Orang dan
      8. Uma Lesong (1) Lg.Beraan 11 Orang.

      Jadi logikkah jumlah penganut agama islam begitu ramai di kawasan Penan??? dan daripada pemerhatian saya juga didapati pengundi yang paling tua lahir pada 1906 dan paling muda 1996(belum cukup umur) untuk mengundi tapi didaftarkan.

      Kawasan daerah mengundi murum adalah kawasan yang paling susah ditembusi oleh parti pembangkang oleh sebab logistik, justeru pihak BN ambil kesempatan untuk buat penipuan.

      Kalau benar ada ramai masyarakat penan beragama islam, kenapa tak bina surau untuk mereka, dan janganlah menzalimi saudara seagama sendiri. SPR tolong jawab dan mereka yang anti BERSIH tolonglah SPR untuk jawab sama..,, jadi bila cakap tu kena berfakta jangan ikut sedap mulut saja…Manrud

  6. Bukit Says:

    Siapa kata buang masa. Bagi org yg sama perahu dgn asapkoyan2u mmg buang masa. Habis yg seronok dan bangga m’uploadkan cerita lucah tu , apa citer???? Hari2 mhadap komputer tengok… cerita kotor itu tdk buang masa lah

  7. educated-Asap Says:

    Sorry bro Manrud you talk nonsence tau tak. sebenarnya Datuk S Ambiga sama taraf dgn Kanang Anak Langkau(SP) sebab dia berani menuntut hak rakyat yg sepatutnya.walaupun hari ini timbalan SPR kata pintu rundingan masih dibuka untuk meleraikan kekusutan semuanya itu adalah helah talibarut BN Saja. saya rasa cuma ini sajalah cara yg mujarab untuk membolehkan pihak kerajaan buka mata mereka seluas-luasnya berkenaan pentadbiran dalam negara. kenapa mubrad nak kata bersih buang masa. Datuk Ambiga seorang peguam memang dia sudah masak sangat dgn karenah badan kehakiman Negara dan juga susul gaul politik kita. sebab itulah dia berani leading bersih ni.berbalik kepada YBLL. memang betul apa yg saudara Belagakini katakan banyak ke memuji saja tapi masalah yg sepatutnya di selesai serta merta tidak pula di sentuh, contoh jalan Bakun-tubau highway yg rosak teruk. inikan jalan utama kita penduduk Asap/koyan berurusan , tapi masih juga BN benarkan Lori balak balak bermaharalela menggunakan jalan ini, Bagi Asapkoyan2 jangan nak cakap sembarangan. babi hutan depan mata tak nampak tapi cacing didlam tanah nampak. sebab apa kerana angkat bakul lah tu.

  8. nostarforgov Says:

    aik…asi ulak uku itam kejau…jinun dalok mleti ket anih men unak…ji aleng dalok hituk..bn atih pelitah,,,dahin takut pelitah(hormat)..jan dalok jam nun leti pelitah atih ngaton urip klunan…jarun urip,dalo au mengaley murip sendiri,,ilo kuman men alam semulajadi..nuvu parey..tinak uting…jan dalok jam legah sin…au maley murip halem struggle to the fittest.jd pelitah atih te atau jinun..jan geri nun2 makna men dalo…krey anih,pngejam atih luvang urip…deng nyelong sin…pengejam atih tua aleng deng mudey lim2 ket…dahin pngejam deng meju hi hi tua klunan…..pengejam anan aleng an dalo jan ikem kongsi,,,,bae klunan uma aru jan ipun pngejam…hiran te klunan uma aru jan sukup pngejam..klunan uma aru anan murip tida klunan aleng ipun pngejam…hiran tek klunan tida klunan…klunan aleng te husun tusun murip ngeliman…asi ulak nyam uma aru…deng an dahak pehembek dahin ouk sin…tavit jan sukup pngejam atih..aton pelitah aleng jan marong atih keh pu’un nak…to long houses residents,,please vote for change…change in our political environment…change in our educational level…and the rest will changing as well.

  9. BeliaBelaga Says:

    Thank you to educated-Asap & nostarforgov. Saya amat setuju dengan kau dua. Memang jelas kita orang Belaga masih suka melihat agar orang lain untuk membuat perubahan untuk kita. Jika benar YB kita seorang pemain politik pembangunan yang baik…..saya rasa tiada complain, rungutan dan ketidakpuasan kita. Kenapa laung 1Malaysia di mulut saja kenapa tak praktikkan di Belaga…Harga lada no.1 di Kuching sama dengan harga Lada di Asap ok kot. Tujuan kita bukan untuk memburuk2kan mereka. Kita mau mereka menjalankan tanggungjawab mereka mengikut kemahuan rakyat yang ramai dan sengsara akibat perubahan yang dilakukan. Kita tak bolehlah puji pemain bola itu pandai tapi tak jaringkan gol…..demi kejayaan. Cakap pandai lakunya tidak.Come on….Bagi rakyat belaga keselesaan dan kepuasan.

  10. Edemz Says:

    Manrud,
    kalo baju sudah kotor mesti mauk kena cucikan? mana mungkin bersihkan baju adalah kerja yg buang masa.Jangan2 kau ni malas bersihkan diri Manrud?

  11. Lenchau Pelieran Says:

    Hidup Bersih dan revolusi.sokong kemajuan bukan ketamakan.

Comments are closed.


%d bloggers like this: