Perlantikan Larry Sng: Berita Baik Untuk Rakyat Belaga.

1. Pengumuman CM Taib Bahawa Larry Sng akan dilantik memegang portfolio Penasihat Khas Hal Ehwal Belia dalam kabinet negeri adalah berita baik untuk rakyat Belaga. Pertama kerana Bapa mertua beliau Tan Sri Ting Phek Khing masih berhutang RM5 juta kepada Tabung Amanah Bakun. Justeru inilah masa yang sesuai untuk Larry menasihati bapa mertuanya supaya menunaikan janji untuk menderma RM5 juta kepada TAB. Paling afdal derma itu harus diserahkan semasa perasmian bangunan sekolah SMK Bakun yang dijadualkan akan berlangsung tidak lama lagi. Kalau Larry gagal memujuk bapa mertua beliau,alamatnya nama keluarga mereka akan dicela,dihina dan disumpah seranah oleh generasi Orang Ulu Belaga selama tujuh keturunan.

2. Kedua, dengan perlantikan Larry akan turut membawa masuk George Lagong ke kem BN. Lagong adalah calon bebas (tajaan Larry) yang memenangi kerusi DUN Pelagus dalam pilihanraya Sarawak yang lalu. Kemasukan Lagong ke kem BN akan secara automatik akan menyelamatkan kem PR. Sebelum ini ada ura-ura Lagong berminat menyertai PR dan mungkin akan bertanding di kawasan Parlimen Hulu Rejang menentang YB Billy dalam pilihanraya Umum akan datang. Dari risikan yang saya buat PR di Hulu Rejang berbelah bahagi dalam soal ini. Kumpulan pertama merestui akan kemungkinan kemasukan Lagong atas alasan mahir bermain politik wang setanding dengan BN dan kedua beliau pernah menentang YB Billy pada pilihanraya umum tahun 2008 dan hanya kalah tipis sahaja di kawasan DUN Belaga. Manakala satu kumpulan lagi dalam PR berpendapat, Lagong dalam jangka panjang akan memberi banyak masalah kepada PR, walaupun ada prospek cerah untuk menang parlimen Hulu Rejang.

3. Akan tetapi orang yang paling terasa berhubung perlantikan Larry adalah James Masing. Masakan tidak, pihak James selama ini berusaha keras untuk memastikan supaya nama Larry dilupakan terus dari arena politik Sarawak dan khususnya jangan dikaitkan lagi dengan Parti PRS. Namun lain yang diharapkan Masing lain pula yang dilakukan oleh CM Taib. CM Taib nampaknya tahu bahawa dengan tidak membawa masuk Larry akan lebih membawa risiko kepada BN Sarawak. Keluarga Larry bukan sahaja “Jutawan” malah memiliki sejata politik seampuh senjata yang dimiliki CM Taib. Kalau salah-salah haribulan, jika Larry bergabung dengan PR Sarawak, ada kepastian bahawa kuasa CM Taib akan ditamatkan dalam waktu yang amat singkat.

4. Maka kerana itu untuk menyelamatkan dirinya, CM Taib terpaksa memilih  untuk mengutamakan Larry dan membiarkan Masing mengigit jari. Namun apa yang CM Taib amat pasti bahawa, semarah manapun James Masing, beliau tidak akan berani membakar bagunan DUN Sarawak. Beliau sudah sedia maklum Masing akan sentiasa mencium tangannya dan tidak akan berani menderhaka kepadanya. Beliau tahu bahawa spesis  seperti Masing dan geng-geng akan senang dilembutkan dengan wang dan kuasa.CM Taib tahu bila Masing dan geng-gengnya memberontak, ia akan senang diatur dengan menawarkan perlantikan sebagai Timbalan Ketua Menteri atau dengan lebih banyak perlantikan ke jawatan menteri kepada  PRS.

5. Kemahiran seperti inilah yang selalu menyelamatkan CM Taib. Dalam apa keadaan sekalipun beliau akan tetap memilih keputusan yang menyelamatkan tahta kuasanya. Suka saya mengingatkan CM Taib supaya sedar satu perkara. Jangan terlalu memandang rendah akan kesedaran politik Orang Ulu (Dayak), jangankan Orang Ulu, Orang Utan sekalipun akan tahu membezakan lambang BN dan lambang PR jika dilatih dan diberi pendedahan dengan baik. Maka inilah cabaran buat PR, khususnya di Belaga. Usah jangan bertangguh lagi. Kelemahan PR di Belaga telah dikenal pasti, namun langkah-langkah memperkuat dan memperkukuhkan parti masih belum digerakkan lagi. Janganlah hanya pandai berceramah sahaja. Tapi langsung tiada kemahiran berorganisasi.

6. Mulai hari ini James Masing harus sedar diri bahawa beliau bukan siapa-siapa di mata CM Taib. Beliau harus sedar bahawa CM Taib tidak jujur untuk membangunkan masyarakat Dayak dan Orang Ulu keseluruhannya. Namun jika James Masing dan kuncu-kuncu mahu memperolehi keuntungan peribadi untuk mereka. Maka mereka bolehlah terus berpaut di ketiak busuk CM Taib. Tapi adalah amat malang dan memalukan untuk mengantungkan nasib seluruh bangsa Dayak pada “Orang Tua” yang menanti “Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari”. Fikir-fikirkanlah.

7 Responses to “Perlantikan Larry Sng: Berita Baik Untuk Rakyat Belaga.”

  1. padan ulae Says:

    Baka ko’ Iban enti bala sida YB PRS bisi telo keluar dari BN serta merta lah. Apa mau tunggu2. Taib tidak akan menghormati kamu orang lah brother2. Jangan buang masa puji2 orang yang menindas u hari2. Kalau saya macam itu YB LL…keluar la….di ikuti oleh YB BAJ dan seterusnya semua YB PRS dan seluruh itu DAYAK YB keluar. Biar Jabu seorang tinggal dengan PBB. Keputusan seperti ini pasti kita rakyat Belaga …’meju ateng langit’.

  2. Tuyang Says:

    ha…ha…ha… ulasan yg baik dpd sdara blogger. Apapun sbg pminat laman ini yg kerap mgikuti pkmbgan smasa politik neg & negara …. ada bagusnya ex-yb plgus ini dilantik utk jwtn itu sbg tamparan kpd mantan bosnya… JM. Baru mereka tahu yg mana langit dan bumi. Larry tu msh diperlukan olh cm.. wlpun ditendang olh JM. Kpd pbodek dan pengampu yg setia dlm perahu prs tu… sdarlah diri kalian tu…. tk perlu terus mbodek … mbodek pun tdk ada guna…. sebab perangai pbodek dan pengampu itu mmg amat dibenci olh manusia. Kecuali yg bsikap ‘AOKLAH’ & YES MAN ‘ yg suka dgn amalan mbodek ni.

  3. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Tuhan pujaan Taib Mahmud ialah wang dan harta, kerana itu dia lantik Larry kerana Larry dan bapa mertuanya orang kaya. Suruh Taib Mahmud lantik orang belaga pegang jawatan macam tu,Taib mau ke ? Malah Taib dikatakan punya bomoh yang teramai di dunia ini. Fikir-fikirkan kebenaran kata-kata itu ! Sokong Taib = sokong bomoh. Di mana iman kristian anda semua ?

  4. BeliaBelaga Says:

    Ucapan Tahniah atas perlantikan saudara Larry kerana nilainya masih tinggi di mata CM. Beliau masih jelas mempunyai kredibiliti untuk memimpin belia dan mempunyai pengaruh yang kuat jika berada di dalam kabinet negeri. Tapi….bagi Bos PRS dan ahlinya jelas mereka tidak boleh membezakan antara intan dan permata…..Jika mereka (PRS) mau berkuasa lama di negeri Sarawak, fikirkan caranya….kita yang majoriti. Ubah cara politik membodek….Kita kena berani atau belajar mencari ikan sendiri di sungai supaya kita boleh hidup berdikari…bukan terus menjadi peminta daripada orang lain….BERUBAHLAH….

  5. Tuyang Says:

    betul tu belia belaga. Hentikan budaya mbodek dan mgampu yg dah mjd amalan biasa mereka slama ini. Perlu berani menegur dan mkritik asalkan mgunakan cara yg bhemah.

  6. padan ulae Says:

    Sudah lama mantan YB Stanley Ajang jadi YB dan juga abangnya YB Billy Abit Joo…..semadi saja dapat pangkat Datuk walaupun selalu tidur di dewan parliamen waktu bersidang. itu kerja dia tidak mengambil perhatian untuk rakyat Belaga. Sekarang YB Liwan. jadi assistanbt minister pun tak ada…sebab sebenarnya masalah ini ialah kita rakyat Belaga tidak pandai melawan secara bijak lah dalam politik. Tengok orang macam Larry tidak ada parti pun boleh masuk dalam. haiya apa jadi dengan YB PRS ini. keluar saja lah dari BN.

  7. tasinmelekk. Says:

    saudara-saudara ku sekalian…masalah yang kita ada sekarang bukan datang dari liwan lagang..tapi BILLY abit tu….dia sentiasa jaga periuk nasi dia…dari apa yang saya tahu..liwan memang orang yang jujur, ikhlas dalam menjalankan kerja-kerja beliau…beliau memang sudah menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan…akan tetapi semua itu melalui “DATUK” kononnya…dia dikawal oleh yang bergelar “DATUK” ini lah..bukan DATO, TAPI “DATUK”…..perkara ini jelas kita bleh nampak..kita tengok baru semusim liwan lagang pegang belaga, dah banyak perubahan yang penduduk belaga dapat…tapi yang “DATUK” pu;la dah pegang bemusim musim, tapi tak pernah ada kemajuan…malah smk bakun pun dia letak kat kapit….sebab apa, kat sana ada periuk nasi yang besar ……

Comments are closed.


%d bloggers like this: