James Masing: Sarawak Patut Tubuh Kementerian Urus Program Penempatan Semula.

Setelah “tidur” dengan begitu lama dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. Semalam James Masing mula mengesatkan matanya dan mula berkata-kata. Kata-katanya itu “Sarawak patut tubuh kementerian urus program penempatan semula”. Ikuti laporan oleh Borneo Post (July 6, 2011, Wednesday)

KUCHING: Sudah tiba masa-nya untuk Kerajaan Negeri Sarawak menubuhkan sama ada kementerian atau agensi yang bertanggungjawab bagi program penempatan semula kepada mereka yang terjejas akibat pembinaan projek utama khasnya empangan hidro elektrik.

Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri Dr James Jemut Ma-sing berkata kerajaan seharusnya menghentikan amalan sedia ada kini iaitu menubuhkan jawatankuasa sementara yang meneliti hal ehwal mereka yang terjejas akibat projek pembinaan empangan.

Antara empangan yang dibina di negeri ini termasuk Batang Ai, Bakun, Bengoh dan Murum.

Kesemua empangan berke-naan bertujuan untuk membekalkan tenaga kuasa kecuali Empangan Bengoh yang di-bina untuk membekalkan sumber air bagi keperluan rakyat.

“Saya berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menubuhkan kementerian atau agensi pada rombakan kabinet negeri akan datang,” kata Masing ketika dihubungi, semalam.

Masing berkata beliau telah pun mengetengahkan per-kara itu kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam pelbagai acara yang diadakan.

Namun ujarnya, keputusan perkara itu terletak di tangan ketua menteri, yang dijangka akan mengumumkannya dalam barisan kabinet barunya yang akan datang.

Dalam pada itu, Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh berkata bahagian Kapit yang agak jauh di pedalaman tidak harus dikekalkan sedemikian sebaliknya memerlukan pembangunan.

Justeru katanya Empangan Hidro Elektrik (HEP) Bakun, Murum dan Baleh di baha-gian Kapit akan menjadi ‘powerhouse’ atau ‘rumah tenaga’ kepada negeri ini.

“Sehingga kini potensi te-naga kuasa yang dapat dijana daripada tiga HEP berkenaan mampu mengeluarkan kira-kira 4,000 megawat elektrik,” katanya.

Justeru Masing menyeru kepada kerajaan untuk melaksanakan semua kemudahan yang diperlukan di bahagian itu yang kini masih lagi memerlukan terutamanya jalan raya, elektrik dan air terawat.

Bakun dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan sementara Murum kini sudah siap sebanyak 35 peratus.

“Bagi Empangan Baleh, kerajaan kini mengendalikan kajian kebolehlaksanaan. Ia berpotensi untuk mengeluarkan 1,000 megawat elektrik,” tegasnya.

Empangan Bakun berkapasiiti mengeluarkan 2,400 megawat dan Murum menghasilkan 944 megawat.

Empangan Murum terletak kira-kira 70km di hulu Empangan Bakun yang telah memulakan kerjanya pada 1 Oktober 2008.

One Response to “James Masing: Sarawak Patut Tubuh Kementerian Urus Program Penempatan Semula.”

  1. Tuyang Says:

    memang itu yg spatutnya dicadangkan dr awal2 lagi namun sukacita nak btanya…. siapa pula gerangan yg nak dilobi kali ini utk mgtuai kmenterian / agensi itu??? Perlu ingat bro…. jangan asyik konco2 & kroni2 saja yg diplh atau dilantik kiranya benar dilaksanakan. Biar mcari org yg benar2 layak dan bpengalaman ,ialah kita tahukan tentu kuasa yg mmlh itu cm tapi mesti akan ada tangan2 belakang yg meminta/mlobi calon dr plhan masing2.

Comments are closed.


%d bloggers like this: