Jeram Pelagus Tidak Bergelora Lagi!!

1. Tidak dinafikan Parti PRS pimpinan James Masing telah menang besar dalam pilihanraya negeri yang lepas dan cuma kalah di kerusi Pelagus. James Masing sedar bahawa kekalahan PRS di Pelagus adalah disebabkan “Politik Wang”. Maka pada 22 Mei 2011 satu petisyen pilihanraya difailkan di Mahkamah Tinggi Sibu. Sejak itu, saya yakin PRS akan menang dalam perbicaraan tersebut.

2. Kerana sudah pastilah James Masing akan mengumpulkan bertongkang-tongkang para penyokongnya yang telah dirasuah politik oleh George Lagong. Dengan keterangan para saksi tersebut, kemenangan Lagong akan dibatalkan.

3. Semalam berita terbaru yang saya baca, petisyen itu telah ditarik balik. Dalam erti kata lain James Masing setuju dengan kemenangan Lagong. Nampaknya orang seperti Masing tidak layak dipanggil “pemimpin”, selang beberapa bulan sahaja sudah berubah pendirian. Atau dalam erti kata lain, bila ditekan sedikit oleh CM Taib…dah kecut perut.

4. Inilah masalahnya pemimpin yang tidak berprinsip, mereka lebih mementingkan kedudukan daripada kebenaran. Mereka sanggup menjilat semula ludah yang telah dihamburkan.

5. Orang yang celik politik sudah pasti dapat menjangka dengan tepat apa yang Masing sedang lakukan. Pertama dengan menarik balik petisyen tersebut akan mendamaikan puak Masing dan puak Sng. Maka mudahlah kemasukan Lagong ke kem BN. Kedua, pilihanraya parlimen sudah semakin dekat. Arahan telah dikeluarkan oleh pucuk pimpinan BN supaya semua masalah di kawasan masing-masing diselesaikan dengan segera, maka peluang menang semakin cerah.

6. Ketiga… ini yang ada kena mengena dengan BERSIH 2.0, PRS harus membatalkan petisyen mereka untuk mengambarkan bahawa pilihanraya di negara ini bersih dari politik wang dan adil. Masing tidak sanggup mendedahkan taktik dan teknik amalan politik wang yang selama ini memenangkan mereka. Jadi yang bising-bising dan tidak berpuas hati dengan pengurusan pilihanraya itu hanyalah puak pembangkang saja. Sebab apa???…sebab mereka selalu kalah.

7. Dengan gerak kerja yang dilakukan Masing, maka jeram Pelagus yang ganas itu telah pun dapat ditenangkan. Kini Masing dan kunco-kunconya hanya menanti signal pilihanraya saja, disamping mengharap habuan daripada CM Taib dalam rombakan kabinet negeri pada bulan september depan. Sama-sama kita nantikan.

6 Responses to “Jeram Pelagus Tidak Bergelora Lagi!!”

  1. langit tasak Says:

    Ada ramai orang yang boleh bercakap, mengkritik, mencemuh, menuduh, melaga, menuding jari kepada orang lain. Mereka ini tidak ubah seperti tong kosong yang tidak berisi.

    Tetapi orang yang benar-benar dapat tolong rakyat dan orang lain adalah orang yang berbuat banyak dan bercakap sedikit.

    Jika betul-betul nak tolong rakyat Belaga tak perlu kritik banyak-banyak buang masa. Membuat orang yang membacanya mau muntah sahaja.

    Jika betul maok tolong rakyat Belaga marilah sama-sama berganding bahu dengan saya mengadakan khidmat masyarakat, memberi idea, menjana idea, melakanakan idea kan lebih bagus. Kalau lu diberi pluang utuk jadi YB wakil rakyatpun belum tentu u boleh buat apa-apa. Tak perlu agungkan yang lain dan menidakkan orang lain. U sendiri bagaimana? Komen orang memang senang, tetapi berkorban untuk orang belum tetntu u dapat buat…….

    I cadangkan blog ini bertukar wajah… daripada blog yang cuma pandai mengkritik semata-mata… bertukar kepada blog yang menjana idea untuk membangun masyarakat di Belaga….. Peluang ekonomi luas…. cari peluang untuk membangun rakyat Belaga…. YB kita cuma seorang.. mana mungklin boleh buat banyak perkara…. kita yang pandai kritik tok .. tolong lah YB kita… kan lebih bagus… kan… kannn

    • belagakini Says:

      Tidak ramai yang berani menjadi pengkritik daripada menjadi pembodek. Sebabnya menjadi pengkritik tak dapat habuan. Puluhan tahun rakyat Belaga memuja-muji YB-YB mereka, apa yang mereka dapat???? Taik…. saya mengambil langkah kritikal untuk mengkritik dan terus mengkritik supaya YB-YB kita sedar diri. Amanah dan kemenangan yang diberikan adalah untuk membela rakyat bukan untuk isu perut sendiri.

      Kalau saya jadi YB, saya tak akan jadi YB BN. Pertamanya saya tak mahu berboskan CM Taib- orang yang paling banyak curi harta kekayaan rakyat Belaga. Sekarang CM Taib boleh memulangkan hasil bumi belaga dalam bentuk royalti, tapi tunggu tumbuh tanduk lah… dia tak akan bagi punya. Sebabnya ada ramai orang yang otak kemetot seperti saudara. Tertalu sayangkan YB dan BN. Sehinggakan orang yang kritik YB anda dianggap “Tong Kosong”.

      Kenapa anda tidak cemuh dan marahkan Najib sama Taib. Janji demi janji yang mereka ucapkan ibarat menanam tebu dibibir saja.Janji bagi 30% hasil balak Belaga kepada rakyat belaga sejak tahun 80an….mana???, janji menjadikan model penempatan Bakun sebagai yang terbaik didunia…mana???? janji PM Najib sebelum pilihanraya Sarawak…mana???

      Sudah tiba masanya kita bersikap keras sedikit terhadap penguasa, kita harus menegur dan mengkritik. Telan lah ubat yang pahit supaya lekas sembuh. Jangan dok asyik makan gula-gula saja nanti sakit gigi. Tau tak apa…kk

    • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

      Kalau ada tuhan, mesti pula ada syaitan, kalau ada laki, mesti pula ada perempuan, begitu juga kalau ada bagus, mesti pula ada jahat, jika ada langit ada pula buminya. Kalau ada penyokong, mestilah ada pembangkang, begitulah seterusnya, bila ada kehidupan, mestilah pula ada kematian. Mana ada manusia hidup selama-lamanya. Mungkin asapkoyan dan BN saja yang begitu.Cuba anda fikir-fikirkan kebenaran kata tersebut…

  2. padan ulae Says:

    Mana boleh penipu menuduh kawan yang sama menipu. itu saman cuma untuk memberitahu rakyat Sarawak bahawa PRS-BN itu tidak penipu dan George Lagong adalah penipu. Sekarang PRS-BN tarik itu saman bererti mereka sudah setuju bahawa perbuatan YB GL yang menipu waktu pilihanraya itu TIDAK SALAH sebab mereka pun buat kerja yang sama. Apa hal mau kacau kawan sama menipu. So ini lah kerja hantu penipu.

  3. Tuyang Says:

    …. siapa kata org yg mkritik tu… tong 0….. lepas tu… kata nak muntah pulak. Tak habis di situ kata … yb cuma 1 org pulak… setahu saya kita di belaga ada 2 wkl rkyat yg digelar YB. Buka mata tu sblum mnulis. Org yg mkritik sebab mereka melihat dan mgikuti pkmbangan bukannya asyik mjd ””yes, yes, aok, aok”””. Org mkritik bukan mkritik mbuta tuli…. org yg jd yb tu sepatutnya jadikan kritikan itu sbg teguran utk semakin proaktif dlm mlakukan tugasan dan khidmat kpd msykt d kws yg diwakili. Begitu juga pbodek dan pgampu…. cukup-cukuplah mbodek tu… org pun tahu gerangan kalian yg amat mengamalkan amalan ini…. di belaga…. Saya fkr tdk salah sdara blogger belagakini mnulis di ruangan ini …. terutamanya dlm mengulas ssuatu isu/topik. Kalau yg mahu muntah tu tak nak baca jangan layari blog ini. Layari saja blog asapkoyan2u yg suka m’uplod gmbr2/vdeo bodoh tu….

  4. Tuyang Says:

    setahu saya di kws kita …ada 2 wkl rkyat . 1 tu mp, 1 pulak adun. Kalau suka mbaca ulasan yg best2 yg pro b-end tu yg suka mmuji, mmuja , bacalah asapkoyan2u. Susah pulak kalau langit tasak terus-terusan mbaca blog ini…… nanti muntah hari-hari … hujung2 jth sakit pulak.

Comments are closed.


%d bloggers like this: