Batok Bagi: Bersemadilah Dengan Tenang.

Kira-kira jam 6.25 minit petang tadi saya dikejutkan oleh satu berita yang amat menyedihkan. SMS daripada seorang rakan memaklumkan Pak Cik Bato telah pergi buat selama-lamanya. Rasa macam tidak percaya. Susuk tubuh yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda keuzuran, namun tiba-tiba pergi dijemput ilahi. Kuasa ALLAH tiada siapa boleh menghalang.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan takziah dan simpati kepada kerabat keluarga Pak Cik Batok Bagi. Jika tiada aral melintang saya dan rakan-rakan dari KL akan menyusul untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau.

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bagi para pejuang keadilan, khususnya dalam memartabatkan hak Orang Ulu berkaitan Tanah NCR…..Perkembangan lanjut akan menyusul…

7 Responses to “Batok Bagi: Bersemadilah Dengan Tenang.”

  1. Lirung Bayak Says:

    bah… tkjet tua dengah anih….. jinun tek loh selitak tak kering bara hiak em lei pah. Apapun…. moga dia aman ditempatnya disana… salam takziah men lim dahak amin nak…

  2. LejoDanum Says:

    adaiiii…..jan tak bukak blog anih do anih jan tak jam lakek ayak anih u melek itak..
    May his soul rest in peace in heaven and God grant him eternal rest.
    Amen.

  3. putera daleh. Says:

    takziah dari putera daleh belagah.Cucu cucu daleh akan teruskan harapan baru yang bersih dan adil.

  4. padan ulae Says:

    Seorang keturunan Kayan Lakuhay dari Naha Jalay yang tetap berani bukan sebab apa, semata-mata sebab kebenaran dalam hati beliau bahwa kita orang Kayan dan Kenyah tetap berhak ke atas daleh ataupun tana’ kanan kita dari nenek moyang dahulu lagi dan dari masa yang tidak terjangkau. Beliau lah satu-satunya yang berani menuntut hak tersebut. bagi orang yang main politik dan mahu jadi jaguh kampung perjuangan beliau ini asyik2 dikatakan MELAWAN PERINTAH tapi tidak sebenarnya. Beliau cuma menuntut beliau sahaja. Beliau mengikut undang-undang malaysia berbuat demikian. Semangat berjuang seperti ini harus kita amal kan khasnya kita kaum mudah bangsa Orang Asal.

    Kepemergian beliau amat di rasai. Semoga Allah Bapa yang maha kuasa tetap mengampuni segala dosa beliau dan malaikat2 di sorga akan membawa beliau bersama Bapa di Sorga selepas ini.

  5. padan ulae Says:

    Seorang keturunan Kayan Lakuhay dari Naha Jalay yang tetap berani bukan sebab apa, semata-mata sebab kebenaran dalam hati beliau bahwa kita orang Kayan dan Kenyah tetap berhak ke atas daleh ataupun tana’ kanan kita dari nenek moyang dahulu lagi dan dari masa yang tidak terjangkau. Beliau lah satu-satunya yang berani menuntut hak tersebut. bagi orang yang main politik dan mahu jadi jaguh kampung perjuangan beliau ini asyik2 dikatakan MELAWAN PERINTAH tapi tidak sebenarnya. Beliau cuma menuntut hak beliau sahaja. Beliau mengikut undang-undang malaysia berbuat demikian. Semangat berjuang seperti ini harus kita amal kan khasnya kita kaum mudah bangsa Orang Asal.

    Kepemergian beliau amat di rasai. Semoga Allah Bapa yang maha kuasa tetap mengampuni segala dosa beliau dan malaikat2 di sorga akan membawa beliau bersama Bapa di Sorga selepas ini.

  6. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Semua org akan menuju destinasi yang sama, termasuk Bloody Hell Taib Mahmud. Lirung Bayak, Padan Ulae, Putera Daleh, Lejo Danum dan tak lupa juga asapkoyan. Kita hanya menunggu giliran tersebut. Kehidupan berakhir dengan kematian.

  7. Jan Bu kak Sayu Says:

    semengat raja batok ini akan terus mengalir dalam jiwa kita .Jihad Orang Ulu ialah “Metek lan”/na lan.Biar karam di giam bakun jangan karam di tangan pejamun….Pejamun ini ialah kunco2 yg gila pangkat/kuasa dan wang.Hidup semengat amai batok….

Comments are closed.


%d bloggers like this: