Batok Bagi: Kenangan Terindah.

Politik.

Ramai yang memprovokasikan saya atas kekalahan PKR di peti undi Naha Jaley pada pilihanraya Sarawak yang lalu. Kata mereka sebagai penyokong PR dan rapat dengan mendiang Batok Bagi, kenapa PKR gagal meraih satu undi pun di peti undi tersebut. Dalam posting ini saya tidak berhasrat memberi jawapan kepada persoalan tersebut. Tapi saya ingin cakap sombong sikit. Andainya saya yang menjadi calon PKR dalam pilihanraya lepas. Saya yakin akan dapat undi sekurang-kurangnya 50% di Naha Jaley.

Mendiang Batok Bagi pada pertemuan kami di kampung Naha Jaley meminta supaya saya mempertimbangkan dengan serius untuk dicalonkan sebagai calon PKR. Kata beliau, dengan sedikit kudrat yang beliau ada, akan beliau gunakan untuk berkempen untuk PKR. Namun saya menolak permintaan beliau itu dengan hormat. Saya katakan Parti mempunyai kata putus untuk menentukan calon dan buat masa ini saya tak terfikir pun untuk dicalonkan. Tapi tengoklah apa akan jadi di masa depan. Susulan daripada cadangan beliau maka rakan-rakan media cuba memancing jawapan daripada saya, dan saya katakan belum masanya saya memikirkan untuk jadi calon dan siapalah saya ini??.

Jutawan Bakun.

Saya namakan mendiang sebagai “Raja Balui” disebabkan mendianglah satu-satunya Maren Uma (Ketua Kampung) yang enggan dipindahkan ekoran pembinaan empangan hidro elektrik Bakun. Sebab mendiang dan anak-anak buah enggan pindah adalah kerana cara perpindahan yang dicadangkan kerajaan tidak betul dan tafsiran nilai pampasan yang dilakukan juga tidak berpatutan. Mendiang membuat keputusan untuk terus mendiami lembangan sungai Balui sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Semasa pertemuan kami, mendiang seringkali menempelak Maren-Maren Uma yang lain yang terlalu tunduk kepada kehendak kerajaan dan meminggirkan kepentingan anak-anak buah. Kata mendiang “dulu Taib kata, kalau sudah pindah pergi Sg.Asap akan ada beratus-ratus orang akan jadi OKB (orang kaya baru)”. Tapi tengoklah apa yang terjadi kini. Bukannya jutawan yang muncul. Malah ramai dikalangan ketua kaum yang menjadi muflis akibat-Bakun.

Kata mendiang lagi, akibat kurangnya sumber di Sg.Asap. Maka seringkali penduduk Asap akan turun ke Balui untuk memburu, menangkap ikan dan mencari hasil-hasil hutan. Malah setiap kali ada khabar lawatan menteri atau pihak kerajaan ke Sg.Asap. Maka setiap kali itulah orang dari Sg.Asap akan datang ke Balui untuk mencari babi dan ikan segar.

Tanah NCR.

Berikutan pemergian mendiang, saya yakin proses mahkamah membabitkan tanah NCR penduduk Naha Jaley yang masih berlarutan hingga kini akan digalas oleh anak-anak buah mendiang yang lain. Sebagai anak kelahiran Belaga, saya bangga memiliki orang tua yang berjuang hingga ke hujung nafasnya seperti Batok Bagi. Justeru nama mendiang seharum nama pejuang NCR yang lain seperti Tr. Nor Ak Nyawai dan yang lain-lain. Mereka ini adalah contoh manusia luar biasa yang tidak takut kepada ugutan kerajaan, kesusahan hidup demi menegakkan kebenaran. Mereka juga tidak mengharap untuk makan gaji dan dapat habuan daripada kerajaan. Lain benar sikap mereka ini, tidak seperti sikap anak-anak muda zaman kini yang terus mengagung-agungkan kerajaan yang memerintah disebabkan ingin pangkat dan habuan kewangan. Spesis anak-anak muda ini yang paling menonjol ialah ASAPKOYAN2U.

Semoga sebaris nukilan ini akan menginsafkan semua kita anak-anak muda kelahiran Belaga bahawa, perjuangan Bato Bagi adalah mempertahankan hak kita terhadap tanah air ini. Ketahuilah bahawa kerajaan yang memerintah akan memiliknegarakan semua harta pusaka orang-orang Belaga yang akhirnya menjadikan kita menumpang di tanah air sendiri. Perjuangan kita pada hari ini adalah menuntut kerajaan untuk mengiktiraf pemilikan kita terhadap semua tanah milik keturunan kita dari dahulu hingga sekarang dan selama-lamanya.

Sedarkah Kita??

Sedarkah kita, sejak saya masih budak higusan lagi, CM Taib telah mula mengangkut hasil bumi Belaga. Pertamanya CM Taib memunggah “Salong/Keliring” masyarakat peribumi Belaga untuk ditempatkan di Muzium Negeri di Kuching. Niatnya baik tapi ada muslihat tersembunyi. Salong adalah lambang ketaatan masyarakat kita kepada Maren-Maren kita. Jadi CM Taib pindahkan ketaatan kita itu kepada dirinya dengan melenyapkan salong-salong tersebut dari pandangan mata kita. Salong juga lambang pemilikan kita terhadap tanah air Belaga. Kita ada raja dan kerajaan kita sendiri. Jadi CM Taib tidak boleh sesuka hati meritah-meritah kita. Namun hasil daripada kebijaksanaan CM Taib, semua tanah milik kita dimiliknegarakan melalui pindaan akta tanah di DUN Sarawak. Sekarang ini proses itu sedang dan terus berlaku dan kita akan bakal hilang tanah,hilang hutan,hilang sungai dan hilang maren-maren kita. Rumusannya suatu hari nanti kita akan hilang segala-galanya untuk dibayar kepada politik pembangunan. Ayuh teruskanlah menyokong Taib??? Sokong politik¬† pembangunan.

2 Responses to “Batok Bagi: Kenangan Terindah.”

  1. democracy4now Says:

    Halo Wing,
    Patut kau cuba bagi jawapan kepada soalan yang berulang di mana mana saja Sarawak! Kalau terjawap soalan ini maka Sarawak mungkin dapat kebebasan cepat!

  2. tuyang Says:

    tkziah skali lagi buat kaum keluarga mendiang. Ya memang payah utk kita mcari generasi bangsa kita spt beliau… berani mlwan kerana sdar akan hak kaumnya sbg kaum peribumi. Tdk spt pengampu dan pembodek lain.

Comments are closed.


%d bloggers like this: