Sembang Bersama Pak Cik Nyipa.

Dua hari lepas saya berpeluang duduk semeja dan menghabiskan masa 2 jam berbual-bual dengan Pak Cik Nyipa (Datuk Sri Temenggong Nyipa Batok). Sebenarnya saya tak menjangkakan beliau akan berada di majlis tersebut, jadi saya tak bawa kamera (tiada photo).

Beliau nampak sedikit keletihan, namun tetap bersemangat bercerita. Dalam masa dua jam itu beliau memonopoli hampir 80% isu dalam perbualan kami. Antara lain beliau menjelaskan kenapa beliau tidak betah tinggal di Belaga. Katanya udara di Belaga masih nyaman dan suhunya amat selesa, lebih-lebih lagi untuk orang tua seperti saya. Namun yang menjadi masalah ialah “Kemudahan Perubatan” . Beliau menambah “Saya tak boleh jauh dari hospital… kalau tinggal di Belaga susah nak sampai hospital”. Sebenarnya beliau merujuk kepada ketiadaan kemudahan hospital di Belaga.

Beliau juga berhasrat untuk melawat Penghulu Musa Talik yang kini telah dipindahkan ke wad perubatan biasa hospital Bintulu, setelah hampir sebulan terlantar di unit ICU Hospital Bintulu-ekoran diserang penyakit meliodosis. Sama-sama kita doakan agar Penghulu Musa cepat sembuh dan dapat berkhidmat semula untuk masyarakat Belaga.

Pak Cik Nyipa menceritakan beberapa minggu lalu beliau pergi berjumpa Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Beliau ingin mengetahui apakah program yang dirancang oleh kerajaan pusat untuk memajukan industri perikanan air tawar di Tasik Bakun. Menurut beliau, pihak kerajaan telah meluluskan sejumlah 274 juta untuk memajukan industri perikanan di Tasik Bakun. Namun wang tersebut masih belum boleh digunakan sebab masih belum dapat lampu hijau dari Tan Sri Jabu. Menurut ceritanya, TS Jabu masih menunggu hasil kajian kesesuaian Tasik Bakun sebagai tapak industri perikanan air tawar. Kajian tersebut memakan masa 5 tahun. (matilah kita orang Belaga… dan apa agenda TS Jabu sebenarnya???).

Pak Cik Nyipa juga ada menceritakan sedikit penglibatan beliau dalam Parti SUPP suatu ketika dahulu. Kata beliau, semasa mula-mula menjadi menteri dulu- DUN Sarawak mencadangkan supaya diperkenalkan cukai kepada pemilik anjing. Seekor anjing dikenakan cukai RM10. Namun beliau membantah kerana berpendapat Orang Ulu dan Orang Dayak keseluruhannya memiliki anjing yang banyak untuk tujuan memburu. DUN Sarawak memutuskan supaya satu survey dijalankan.

Semasa beliau melawat Long Bulan (Uma Bakah-ulu Bakun), beliau dan pegawai Daerah Belaga ketika itu En. Usak Baling, merakam beberapa foto penduduk yang memiliki anjing yang banyak. Satu foto yang dirakam sepasang suami isteri yang memiliki 27 ekor anjing- yang memenuhi perahu mereka dalam perjalanan pulang dari ladang padi. Kemudian foto tersebut beliau bawa ke mesyuarat Parti SUPP di Kuching. Parti SUPP kemudian memutuskan dan mencadangkan agar cukai hanyai perlu dikenakan kepada penternak anjing di kawasan pembandaran sahaja dan penduduk rumah panjang dikecualikan. Pak Cik Nyipa juga menambah semasa era beliau menjadi YB, beliau tidak pernah memberi apa-apa kontrak kepada kroninya kerana dibimbangi akan menjadi senjata politik pihak lawan.

Dalam pada itu Pak Cik Nyipa merungut kerana sejak beberapa bulan kebelakangan ini jenayah rompakan, pecah rumah dan ragut semakin menjadi jadi. Kata beliau perkara ini bukan sahaja berlaku di Bandaraya Kuching malah di Pondok Kebunya di Lembah Dangang kira-kira 20 minit dari empangan Bakun. Menurut beliau telah 3 kali pondok kebun beliau dipecah masuk dan banyak peralatan kebun dicuri, malah sampai “Tong Gas-LPG” juga dikebas. Seorang rakan yang turut sama dalam sembang kami menambah, semaian sawit beliau juga turut menjadi sasaran pencuri. Dalam skop yang lebih luas, bila kegawatan ekonomi menghimpit, mereka yang terjejas akan membuat apa saja untuk terus hidup. Jadi tak boleh juga salahkan mereka 100%.

Banyak lagi kisah dan peristiwa yang diceritakan oleh Pak Cik Nyipa, saya sempat berseloroh dan mencadangkan agar pengalaman hidup beliau dibukukan agar dapat dibaca dan dikaji oleh generasi akan datang. Pihak-pihak yang ada kemahiran dan kelulusan dalam bidang ini, silalah menawarkan diri untuk membukukan autobiografi Datuk Sri Nyipa Batok.

11 Responses to “Sembang Bersama Pak Cik Nyipa.”

  1. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Action saja Nyipa Bato tu. Dia adalah salah seorang yg memeras harta kekayaan di Belaga selain dari bosnya Taib Mahmud. Semua itu kita boleh bukti jika sesiapa yg mau. Nyipa bato penghisap dan pemeras kaumnya sendiri.

  2. tuyang Says:

    bercakap pasal industri perikanan air tawar di tasik bakun…. cerita ni dah lama saya dgar. Komen saya, siapa yg bkuasa merekalah yg dpt itu nanti… mksd saya biasa hal2 mcm ini… org2 plitik juga yg dulu tahu… pluang apa-apapun. Ada share ada koperasi di buka kah…. tentu kroni/konco mereka saja yg dpt. Rakyat kbykan tetap hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mbosankan amalan yg tdk telus.

  3. tuyang Says:

    Dengar kbar dr media DtkBlyAbtJoo…. msh bminat utk jd calon nanti…. di hulu rejang …. sdra sdri apa komen???? Kalau pdpt peribadi saya, cukuplah…. penggal yg bg saya dah tlalu lama mjd ahli parlimen…. berundur cara tbaik… tak perlu tunggu rakyat mdesak utk berundur. Beri peluang kpd pmimpin muda/lain.

  4. apaisaloi Says:

    saudara pengarang belagakini, sy sangat berminat dgn beberapa tulisan anda kebelakangan ini, yang mana ia tidak terlalu berat kepada politik yang memuakkan. sy juga lebih suka kalau saudara pengarang menjadikan laman ini sebagai laman utama penduduk belaga dengan tidak terlalu pro kerajaan atau pun pembangkang. anda jadikan ianya sebagai wadah pengetahuan bersama dari semua aspek

    • Belagakini Says:

      Tulisan saya lebih pro kepada parti pembangkang kerana saya tak ada hujah untuk mempertahankan pihak kerajaan yang memerintah. Namun seperti mana yang saya sering tegaskan, sesiapapun yang menjadi kerajaan dan pemerintah, mereka akan tetap menjadi bahan kritikan saya. Khususnya apabila mereka tidak mewakili kepentingan rakyat terbanyak.

      Seperti kisah yang saya paparkan di atas, jika XYB seperti DS Nyipa tak betah tinggal di Belaga kerana kesukaran mendapat rawatan kesihatan, bagaimana masib ribuan orang tua Belaga yang lain???, yang tidak punya rumah di bandar, yang tidak punya anak yang mampu membawa mereka ke bandar dan yang lebih penting lagi yang tidak punya wang untuk berulang alik ke bandar Bintulu atau Kuching.

      Sikap kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab harus menegur pihak pemerintah bila mereka lupa akan tanggungjawab mereka, bukan sebaliknya memuji mereka (spr Asapkoyan2u).

      Dalam isu penyakit meliodosis contohnya, sudah terang lagi bersuluh. Telah bertahun-tahun penyakit ini menjadi ancaman di Bakun. Kenapa James Masing tak buka mulut. Kenapa harus tunggu banyak orang akan mati.???. Kenapa mesti ada Ketua Masyarakat yang masuk ICU baru nak bersuara???.. inilah sebab kenapa saya bersikap kritikal terhadap pemerintah dan parti pemerintah.

      Politikus pembangkang di Belaga pun kadang-kala 2X5 juga, dalam kes meliodosis di Bakun, kenapa tak buka mulut??? kenapa tak panggil Press comfrence untuk dedahkan fakta dan maklumat sebenar??? janganlah melalak masa pilihanraya saya. Masa kempen hanya 10 hari saya, mana cukup untuk exspos semuanya.

      • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

        Betul, betul. Aku sokong pendirian kamu tu. Itu baru boleh dikatan pemimpin yg bertanggungjawag. Jgn asyik nak membodek dan mengampu saja. Seperti kata perpatah melayu ” Menang bersorak, kampung tergadai”. Aku teringat bila aku terbaca satu blog http://butuhbnsarawak.blogspot.com (Sarawak Update Online) . Dalam blog tersebut dipaparkan slogan BN Sarawak. Amat menarik ungkapan dalam blog tersebut. Apakah org Belaga dan org Sarawak amnya menyedari hakikat tersebut. Teruskan perjuangan Belagakini….

  5. kulleh Says:

    hi brother mcm mana mau ternak ikan. kamu ingat mudah kah mau tunggu PH air yang bertakung itu jd neutral atau sesuai utk ikan hidup. ikan dan haiwan ditasik bakun skrg ni diancam kepupusan oleh penangkapan berleluasa. org dpt ikan byk di bakun skrg ni bukan apa tu. air di tasik utama sangat tinggi PH. sb tu ikan mudik ke hulu utk cari fresh water. paling cepat air ditasik utama tu neutral nanti lebih kurang 5 tahun tu, mcm batang ai dulu. mulai skrg kumpul modal byk2 utk kuat bisnes sangkar ikan kat sana nanti

  6. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    TV, Surat Khabar Utama, Radio sudah dikontrol oleh BN 100% Puk. Hanya blog persendirian saja yg menjadi harapan PR.

  7. tuyang Says:

    betul tu bhtm. Semua mdia arus pdana dkwl. Apabila pru13 nanti, lihatlah gaya dan gelagat asapkoyan2u. Agaknya mcm2 lagi gambar di uploadnya… Gmbar jijik dan mmualkan. Tk ada ms org yg waras utk mlihatnya kcuali pminatnya shaja.

  8. MASEK TEVELA@SELARENG. Says:

    bloody hell,memang betul ,daripada peranggai yang tdk berdemkrasi mcmn ni lah buat orang susah(KERAJAAN )memang tetap namanya,org yg dbri kpcyaan rkyt itu yg senting otaknya..sbnrnya k’jaan hak semua org.orng yang peranggai macam ini patut dihapuskan.cara nak hapuskan ialah daripada plhnraya.kuasa mrk tdk ada.dn jd aso kie di makie rakyat.yang fhm keadaan hidup ini smakin teruk……….

  9. MASEK TEVELA@SELARENG. Says:

    kalau nak hidup senang jdlah pmbodek yang hebat dan pngampu.inilah perangai yang ada pada rkyt kita sekarang.tak ada siapa rakyat batang balui yang betul berani mngulingkan BN.jd sesiapa yang sudah ada kedudukan lalu tak berani bersuara takut periuk nasinya terbalit dan tak dapat masak nasi yang sedap.jd sepatunya org yang ada pangkat ini patut bersuara mmbela rakyat.kalau macam inilah peranggai rakyat dan khasnya yg ada kedudukan di belaga habislah hidup rakyat pun semakin susah.terutama org yang menatap dkampung.

Comments are closed.


%d bloggers like this: