“James Masing” Raja Orang Belaga?

Salam Merdeka, Salam Raya dan Selamat Hari Malaysia.

Salam sejahtera dan selamat pagi, pertama sekali saya memohon maaf kepada penjejak blog Belagakini kerana telah agak lama saya tidak memasukkan apa-apa “entry” terbaru. Kebelakangan ini saya agak sibuk dan berlanjutan pula memasuki cuti sekolah. Biasalah bila cuti sekolah saya dan isteri akan membawa anak-anak untuk melawat Atuk dan Nenek mereka di Kampung Sungai Asap.

Saya juga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjenguk Blog ini yang beragama islam dan selamat hari merdeka ke-54 kepada penduduk Semenanjung Tanah Melayu (Malaya) yang telah merdeka pada 31 Ogos yang lepas. Kepada keseluruhan penduduk Malaysia saya “advance” kan selamat Hari Malaysia ke 48 yang bakal disambut pada 16 september nanti.

Pagi ini saya terbaca laporan yang PM Najib sedang bercuti di luar negara pada detik sejarah kemerdekaan “Malaya”, khabarnya Jet peribadi berlogo 1Malaysia berharga RM200 juta selamat mendarat di lapangan terbang Perth. Mewah sungguh percutian PM Najib. Pada ketika rakyat bawahan bimbang dengan belajawan harian mereka. PM Najib masih boleh bersantai-santai dengan Jet mewah Airbus A319-11X dengan nama panggilan “November Romeo 1”.

Saya dan keluarga balik bercuti dengan kereta Myvi buatan Malaysia, seperti biasa jalan Bintulu-Bakun masih seperti itu juga. Ada sedikit kerja-kerja membaik-pulih dilakukan. Tapi banyak lubang yang ditutup, malah semakin banyak pula yang ternganga. Kawasan yang paling kritikal di sekitar kedai makan Siang Ann Lai. Jika diperhatikan betul-betul, memang patut jalan tersebut rosak. kerana????

1. Digunakan secara optimum selama 24 sehari, 7 hari seminggu dan sepanjang tahun.

2. Lori Balak,lori sawit, lori besi buruk, lori Airmarine,lori plywood Shin Yang (semua lebih muatan) dan tak terkiralah kenderaan biasa.

3.Penerokaan tanah dan pencuri balak membawa jentera berat seperti “Lipan” dan “Piko” dan langsung terus berjalan di jalan raya. Kegiatan ini merosakkan permukaan jalan.

4. Jalan ini rosak sebagai melambangkan kekayaan hasil bumi Belaga, tapi hasilnya terus hanyut masuk ke kocek pemimpin BN.

Namun perlu saya tegaskan bahawa rakyat Belaga terbanyak menyokong kerajaan BN di Belaga. Maka selayaknyalah kita sama-sama merasa sengsara menerima corak pentadbiran rejim BN di Belaga.

Gangsterisme di Bakun???

Sebelum cuti sekolah bermula, heboh diperkatakan tentang kegiatan Gangsterisme di Bakun. Seorang ketua masyarakat datang bertemu dengan saya dan meminta saya mengusahakan supaya dapat mengusir keluar anasir tersebut. Namun setelah saya kaji dengan mendalam. Rupa-rupanya yang ada hanyalah “Kemsing Dung Taring” saja. Kata orang Kayan. Itu bukan samsing sebenar. Itu samsing olok-olok saja. Samsing yang sebenar adalah samsing yang untung ratusan juta ringgit. Mereka adalah Shin Yang, Rimbunan Hijau dan banyak lagi dan mereka ini memiliki wilayah yang tak boleh dimasukki berkeluasan ratusan ribu ekar.

Masalah di Bakun adalah ketidak sefahaman beberapa pihak dengan Wargana Consortium sdn.bhd. Wargana yang mengusahakan pembersihan tasik Bakun dan “Biomas” gagal melaksanakan tugasnya dan hanya membeli kayu-kayu balak yang “dibersihkan” dengan harga yang sangat murah. Maka datanglah pihak ketiga yang membeli dengan harga yang agak boleh tahan sikit. Jadi maka sakitlah hati si Wargana ini. Maka disorongnyalah beberapa orang ketua masyarakat untuk buat laporan. Maka kecohlahh!!!!.

Statement Orang Mabuk.

Bersempena dengan isu Bakun yang semakin panas hari demi hari, maka saya dapat kesan beberapa kenyataan para pemimpin PRS yang “Mabuk” menjelang PRU 13.

Seperti mana yang dilaporkan oleh Borneo Post pada 25.8.2011 yang lalu dengan tajuk “Penans all for Murum Dam”, James Masing sangat marah kepada Dr. Elli Luhat (Bakun Community Security Committee (BCSC)). Beberapa kenyataan Elli begitu membingitkan telinga Masing. Bermula dengan isu hantu bakun yang marah kerana tak dibayar pampasan, isu bayaran pampasan Kenyah-Murum yang disonglapkan dan isu pencemaran hasil penakungan Bakun.

James Masing meminta supaya para wartawan tidak lagi mengambil apa-apa kenyataan Elli, memandangkan Dr.Elli Luhat tidak tinggal di Bakun dan Belaga. Tambah Masing lagi, Elli tiada rumah di sg.Asap. Tapi apa asas Masing untuk sangat berkuasa di Belaga.??? Apakah bapa dan datuk Masing berasal dari Belaga??? Apakah kerana Masing beristerikan orang Belaga maka dia boleh jadi “Raja Belaga”???. Masing harus sedar diri sikit…kalau memperisterikan orang Belaga adalah sumber kuasa Masing di Belaga. Rasanya Dr.Elli lebih berkuasa lagi. Elli masih ada sanak saudara dan adik beradik yang tinggal di Belaga. Atau sekurang-kurangnya alamat di Kad pengenalan Elli masih alamat Belaga dan Beliau pengundi di Belaga.

Borneo Post juga melaporkan beberapa kenyataan orang-orang PRS yang mengatakan adanya 50 “Jelatong” di Tasik Bakun yang mampu mencemarkan alam sekitar, jika tidak dikawal. Apakah bandingan pemcemaran yang dilakukan oleh najis manusia di 50 Jelatong dengan kemusnahan alam sekitar seluas pulau Singapura???. Kenapa puak-puak PRS ini tak bersuara. Jutaan flora dan fauna ditenggelamkan di bawah tasik Bakun. Ada PRS mengecam tindakan ini.

Nampak sangat jelas PRS semakin sasau menjelang PRU13 ini. Paling terkini Masing mengumumkan bahawa kaum penan yang terlibat dengan empangan Murum akan memperoleh 15 hektar tanah sekeluarga. Saya bukan menghina kaum penan, jika dibandingkan kayan-kenyah dan penan. Rajin lagi Kayan-Kenyah yang tinggal di Sg.Asap, tapi kenapa mereka diberi 3 ekar sahaja???. Saya tak yakin yang pemimpin PRS kita ini bodoh. Tapi mereka telah jadi robot yang di control oleh CM Taib.

PRU13 semakin hampir, dari berita yang saya terima, YB Dato Billy akan digugurkan  dan digantikan dengan orang kuat Masing iaitu Wilson Ugak Kumbong. Khabarnya YB Billy tidak setuju dengan tindakan Masing ini dan mendakwa bahawa dia masih boleh menang. Jika ini benar-benar berlaku, maka ini mengesahkan bahawa James Masing bukan sahaja Presiden PRS tapi juga Raja Belaga.

15 Responses to ““James Masing” Raja Orang Belaga?”

  1. sial Says:

    BETUL SAUDARA BLOGER…APAKAH “JELATUNG” 50 BUAH TU MAMPU MENCEMARKAN TASIK BAKUN TU, RASANYA TIDAK…DULU MASA TASIK BAKUN NI BELUM WUJUD PUN…TAK PERNAH SAYA DENGAR SUNGAI BATANG BALUI TU TERCEMAR OLEH NAJIS ORANG,BUKAN 50 BUAH…..15 BUAH KAMPUNG YANG MENGHUNI BATANG BALUI TU SEBELUM NI, TAK PERNAH SAYA DENGAR SUNGAI TU TERCEMAR OLEH NAJIS….MEMANG BABI BETUL…DIA ORSNG TU MARAH SEBAB ORANG ASAP YANG MEMBALAK KAT TASIK TU TAK NAK JUAL BALAK KAT DIA ORG LAGI DAH….

    SESIAPA PUN WAKIL DARI B-END, SEMUA AKAN TETAP SAMA TAK ADA BEZA…..WILSON UGAK KUMBONG KA, WALSON UGAK KAMBING KAH, SEMUA SAMA JE, YANG DIA ORG TAHU PERIUK NASI SENDIRI JE…..INILAH HAKIKAT….

    APA CERITA DENGAN TANAH ORG ASAP YANG 3 HEKTAR JE,MURUM DAPAT 15 HEKTAR.APA CERITA…..BANGSAT BETUL…

  2. orgulubaru Says:

    Generasi muda harus peka, penulis blog cenderung ke arah kaedah alternatif mengemukakan isu, advantages tetap ada. Alangkah baik menerusi pertubuhan, saluran komuniti yang ada untuk menyuarakan permasalahan yang diharungi komuniti orang ulu.
    i.) 3 ekar tanah di asap – pinta sampai dapat & tulis surat ke
    PM terus tuntut hal berkenaan. Biar penuh meja PM.
    ii.) Hilir belaga dihimpit jerih kepayahan sistem pengangkutan.
    iii.) General election bakal tiba, MP tak nak undur, sumbangan YB
    kita persoal. Yang ada jawapan generasi muda org ulu sendiri.
    iv.) Lately banyak statement leaders diakhbar, masing2 tunjuk
    perjuangan. The end tak capai apa2. wake up generasi muda.

  3. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Taib Semut yang kontrol…. orang kayan-kenyah tetap sokong Taib Semut..James Semut Masin tali barut Taib Semut….orang Belaga tetap juga sokong PRS milik James Semut Masin…semuanya berbarut-barut sehinggalah isi perut kayan-kenyah tercabut dari perut. Ayoh kayan-kenyah, sokonglah hingga semua isi perut anak-cicit kamu tercabut….

  4. Lake Belawan Lirong Burak (nick name) Says:

    Ya ker, tidak tahupun ,……saya rasa tidak timbul kerana saudara James Masing adalah hanya seorang ahli Parti dan menjawat jawatan Presiden PRS yang berdaftar dengan ROS sebuah Pertubuhan berdaftar sebagai sebuah Parti Politik sepertimana Parti UMNO, PBB, MCA, MIC dan SUPP itu sahaja. Lagipun semua tahu latarbelakang beliau, dia adalah suku kaum Sea Dyak (Iban) asal kelahirannya dari Bajau, kawasan Baleh dari Daerah Kapit dibawah Negeri Sarawak sebuah negeri Dalam Malaysia .

    Isu Masing melarang Eli mengeluarkan pendapatnya pun tidak berapa tepat dan betul, dimana Eli juga bertanggungjawab dengan faktanya dan dimana dia bekerja ker tidak menjadi isu dia tetap asal beliau tetap asal suku kayans dari Bumi Baluy dan hak beliau termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. saudara Masing tidak boleh sekat hak saudara Eli bersuara, kerana apa juga yang disuarakan oleh Eli, beliau pasti tahu faktanya, Disitu saya kurang setuju dengan saudara Masing jika benar dia mengeluarkan fakta itu tempoh hari dalam Borneo Post? Saudara Eli Luhat adalah dari suku Kayans dari bumi Baluy, adalah Rakyat kepada Yang Di-Pertuan Agong, samalah juga dengan Masing pun sama rakyat dibawah Yang Di-Pertuan Agong, cuma bezanya mereka Masing dari aliran pertubuhan Politik PRS itu sahaja bezanya.

    Mungkin Saudara Eli lebih berhak bercakap tentang Kawasan Bumi di Baluy dari saudara Masing kerana beliau ini dari asal dari kawasan Sungai Bajau patik sungai Baleh di dalam Daerah kapit , Sarawak itu sahaja.

    “Jangan mudah lupa diri asal usul kita, bahawa Allah Maha Adil, lagi Maha Perkasa dan Maha Bijaksana bahawa setiap suku kaum dikurniakan kawasan amat unik tempat asal masing-masing diberikan hak hak mereka secara Istemewa di muka Bumi Cpitaan Allah S.W.t.. jika ditadbir dengan adil dan saksama tanpa ada hasad dengki, tamak loba, tindas menindas, saya percaya tidak ada masalah, tidak wujud masyarakat yang miskin, yang teraniaya dan pasti keadaan lebih aman, makmur dan , harmoni terjalin diantara sesama manusia dimuka bumi Ciptaan Allah S.W.t.”

    Samalah juga dengan tanggapan saudara Henry yang mengganggap bahawa ahli AKDC lebih berhak bercakap tentang Penan di Murum, kerana mereka dari ASAP KOYAN Development Committee. Dalam hal itu, tak perlu begitu sibuk dengan Penan, elok perbetulkan janji janji kerajaan dengan masyarakat di Asap Koyan….sejak BDC dahulu… banyak lagi perkara perlu hendak diselesaikan untuk pembangunan masyarakat di Asap Koyan tempat pemindahan penempatan baru itu??????…..

    Isu Penan Di Murum Itu Isu berbeza kerana itu perlu dirujuk kepada Ketua Pemerintah dan Penguasa Kerajaan Persekutuan Malaysia, kerana itu melibatkan hak hak adatresam , tanah adatresam dan hasil mahsul hak suku kaum kayans kenyah kajangs dan Penan dikawasan sebahagian kawasan 19,403.2 KM.Persegi di Bumi di Baluy dan apakah kedudukan dan status quo kedudukan konsensi MURUM DAM itu yang bakal mengelami sebahagian kawasan Tanah adaetrsam bumi di Sungai Murum iaitu sebahagian kawasan 19,403.2KM.persegi di Bumi di Baluy, itu soalan pokok perlu diatasi terlebih dahulu bukan sahaja isu Masyarakat Penan ?

    Semoga semua pihak berfikir-fikirlah, jangan buat satu keputusan akhirnya menjejaskan hak hak orang yang buta huruf, yang lemah, miskin, anak yatim piatu, balu, hak yang lebih berhak dan jangan akhirnya generasi mereka teraniaya. Bertindaklah mengikut ruang lingkup hukum hakam adatresam Kayans kenyahs danjang dan penan sepertimana termaktub berlindung dibawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara bijaksana demi memakmurkan umat sejagat diNegara Malaysia, tercinta ini.

    Pesanan saya kepada ahli AKDC, perlu mendapat pendaftaran untuk menjadi sebuah pertubuhan berdaftar terlebih dahulu sebagai sebuah badan NGO dibawah ROS. Jika belum daftar lebih baik berdaftar dahulu dengan Pendaftaran pertubuhan (ROS) dan jika sudah daftar alhamdulillah.

  5. ABUN SUI ANYIT Says:

    James masing hanya pencacai Taib. Masalah orang sepanjang Sg Rejang dari Kapit hingga Belaga, dia salahkan Larry Sng. Air Rejang cetek angkara siapa. Cetek betul otak orang ni. Ada Dr. PHD konon. PHD = Permanent Head damage mungkin?

    Semua orang PRS/BN mahu jadi hero dekat-dekat pilihan raya. biasalah tu. Mereka ni nak tunjuk lagak hanya untuk dapat undi dan kuasa.

    Tengok, setelah menang Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu, ada tak janji-janji ditunaikan? Tanah semakin banyak dirompak adalah. Makin memperkuatkan cengkaman RAMPASAN TANAH RAKYAT dengan meminda undang-undang bagaimana mengalahkan rakyat di Mahkamah!

    Contohnya : Undang-undang dipinda untuk memperkuatkan ROMPAKAN TANAH ADAT melalui pindaan ke atas LCDA adalah. Dengan pindaan ini, rakyat semakin SUKAR mempertahankan hak tanah adat mereka di Mahkamah. Nah, itulah hasil pemimpin tamak haloba dan tamak kuasa diberikan kuasa.

    Sedarlah, puak ni sepatutnya dah lama dibuang dari tampuk kekuasaan. Kali ini dalam PRU 13, sangat WAJIB puak ni diundi keluar dari kekuasaan. Siapapun calon mereka, sama saja dari acuan dan polisi merompak tanah dan menenggelamkan tanah adat rakyat tanpa restu.

    Jangan beri peluang pada mereka lagi. Mereka sesuka hati membina Empangan di seluruh Sarawak tanpa restu rakyat. Yang penting bagi puak ni, biar rakyat rugi dan hilang hak, asal mereka terus kaya raya dengan projek bejuta terutamanya Raja Korup, Taib. Mereka biar saja rakyat papa kedana dan hilang hak.

    Peraturan dan prosedur tidak dihirau. Bagi mereka asal ada kuasa di tangan, TERUSkan sahaja projek empangan dan biar saja company kroni rompak tanah rakyat asal mereka menjadi kaya raya dan rakyat diusir. 1Malaysia Company didahulukan Rakyat dikemudiankan!!

  6. tuyang Says:

    nah… RASAKAN kpd yg blum mgtahui siapa JM. YG telah kenal dia itulah dia sbnarnya. Jika benarlah kbr angin yg sdg btiup kencang itu , aduh kasihan DBAJ… Apabila disukai diangkat apabila tdk digemari ditendang/diundurkan. Tapi apapun kalaulah itu kmahuan JM utk bakal calon hulu rejang nanti… mahu mgantikan dgn UGak Kumbong kah… JM perlu mgunakan pdekatan yg bhemah dan elok thdap DBAJ. Btahu baik2 minta berundur. Jangan buat mcm yg pernah dilalui sdara Stanly Ajang dulu. Menyakitkan dan mmualkan hati peyokong setia Stanly sampai skrg. Kalaupun bukan dia dlm parti prs lagi wktu itu tentu dia ada cara utk myelesaikan kemelut tsbut secara bermusyawarah dan dlm suasana kekeluargaan. Lagipun isteri JM bukan org lain kpd Stanly Ajang, 1st cousin. Tapi disebabkan politik yg sudah tdk kenal sdara mara jd blakulah 1 keadaan yg tdk myenangkan. Kalau parti prs nak Ugak Kumbong sila minta pandangan ahli parti prs yg lain tmsuk cabangnya di belaga. Jangan mahu menidakkan kehendak hati ahli2 prs belaga sama mcm yg JM lakukan ms LL dipilih jd calon Adun dulu pd thn 2006. Ada ahli parti prs belaga mbtahu bhw beliau lgsung tdk mminta pdpat ahli parti. Ya mmg betul beliau Presiden parti, tapi pemimpin yg baik perlu mninjau khendak dan pilihan ahli parti akar umbi bukan mmilih calon mlalui rundingan sdiri dgn bberapa org tertentu saja. Begitu juga dlm byk isu di Belaga dan Asap seolah-olah terlampau bkuasa sdgkan dia YB di balleh. Usaha dilakukan olh sdara Dr elli saya puji , kerana byk mbawa isu2 yg blaku di bakun kpd pihak atasan skurang-kurangnya dgn kerap mbawa mslh itu khasnya penyakit meloidosis dan leptorosis telah mbuka mata byk pihak kes penyakit itu mmg blaku di kws bakun. Bukan mcm2 sstengah pihak sblum seolah2 menutup mata bhubung isu itu. Mana Yb 2 org itu lantang bsuara dan mana JM lantang bsuara.

  7. padan ulae Says:

    Kita dulu pernah ‘ngayau’ dan Nanga Pilah adalah tempat kita bertempung dengan Iban dari Kapit. Menang kalah bukan soalnya. Kita tidak pernah dijajah oleh seorang Iban yang berpendidikan tinggi tetapi ‘karut’ dalam pemikirannya. Tun Jugah lebih hebat lagi.
    saya juga pernah dengar dan tahu bahawa JM, anak menantu kepada Temenggong DS Nyipa telah meluluskan tanah hak adat penduduk Long Bangan Sg. Belaga dan Kejaman Neh, Balui seluas lebih 8000 hektar kepada bapa mentua beliau. adakah patut JM berbuat demikian? Ini baru lah dinamakan ‘pencuri’ dan ‘perompak’ dan sikap ini barulah betul2 ‘samseng’ buka mereka orang tempatan yang mencari mata pencarian di lautan Bakun.
    Di manakah anak2 Long Bangan dan Kejaman Neh? adakah anda setuju dengan cara sedemikian. bagi saya ‘no way man’…mati hidup kita mesti berjuang mempertahankan hak yang telah nenek moyang kita tinggalkan untuk kita. kaum Cina berebut datang ke hulu sungai untuk membalak dan menanam sawit sebab ‘peluang keemasan’ untuk menjadi kaya terletak di atas tanah hak adat kita. mengapa harus kita beri hak kita ‘FOC’ kepada samseng dan perompak. Was2 orang di Sungai Belaga dan rakyat Belaga amnya

  8. tuyang Says:

    tapi masalahnya sdara padan ms plhraya lalu.. org lg bangan dan kejamah neh sdiri yg kemaruk mberi undi kpd b-end??? Itulah org kita O.U. Ada otak tapi tdk pandai fikir dan mbuat kptusan. Dpt dipancing dgn Rm 10 dan 30. Apalagilah kalau smpai ribuan ringgit lagi buta mata.

  9. MASEK TEVELA@SELARENG. Says:

    kepada,kawan yang selalu intai isu masalah dlm blg.sedar tak u all,LAMBANG KEMENANGAN DBATANG BALUI KHAS ASAP BARU ADALAH MONEY DLM ORANG PUTIH,RINNGIT DLM BAHASA,LIGIT DLM KAYAN KENYAH,CIN KATA NAU MICA DAN SEON KURIN PATE LALO.BENUA kita tergadai kerana nama tersebut.pikir semasak-masak-masak-msaknya sblm PRU13.walaupun bnyk penyakit DAERAH BAKUN sekarang ini tapi masih ada DR.dapat jumpa tanya penyakit apa?penyakit yang tersenarai ini tak ada DR.boleh ubati..kecauli diri sendiri jd DR.setiap lima tahun penyakit yang sama khas kepada anak2 muda yang sudah masak otaknya dlam hal ini tolong ubati IBU BAPA KITA YNG.BUTA IT supaya pnglihatan mereka lebih cerah sblm PRU13.TOLONG……………………………………lah.selamatkn orng tua kita…

  10. tuyang Says:

    apa sebab muka bini JM ini mcm takut saja dlm gambar di atas… malu depan kamerakah…. kenapa tunduk. jd bini ORG BESAR jangan malu di depan org tengok BIG MAMA ROSMAH MANSOR ada tunduk2 ????? Ha….ha…ha…ha…. mana muka bini LL & Dtk BAJ sini tdk ada ,,, lain kali sdara blogger, letaklah ye… gambar mereka 2 tu… mahu juga tengok ni. Perlu juga rakyat ni mengenali wajah mereka… manalah tahu kan kalau jumpa mereka di mana2 dptlah minta tolong dpd mereka apabila ada kesusahan.

  11. MASEK TEVELA@SELARENG. Says:

    Eh!! TUYANG enta sukat..uban iko enta bukan DTN/YB3,kati hari biasa enda tau minta tolong,laban gaurd udah kunci pagar.kisian kamu tuyang jangan harap.tapi kalau kamu lihat masa pseta berkempin aduh du…..du…….uuuuu cukup manah adat imun gaya baka orng ia ka baru kwin pijak semut nadai parai sampai ada yang bole nginap dirumah bala kitai penan baik juga itu,cuba tuyang suruh mrk.pergi tnngl masa biasa sroyyyyyyyyy…tak tak i kammeh kami orng bersi enggai cium utai berbau wai…dlm plhanrya yang datang ini,kuncu ini akan main peranggai dan main WAYANG SEMULA.wahai kampung ku sedarlah sikit peranggai buruk ini/sendiwara ini.aduh sedialah Perisai untuk sembunyi dpd.pangkat2wang ni………………

  12. MASEK TEVELA@SELARENG. Says:

    HAI!!!!Tuyang,yang kamu ni buta huruf kenapa…ibuk Daten kita buknnya maluk,senyuman manis kejemehnya bermaksud dhati engkau siapa….terpaksa jaga peranggaidlm yang dkhas utk plhnraya.lepas jatuhkan undi.ah!!!!!!!!!!!!!!!!aku MERDEKA JARI PUNGUNDI SDH DTIMBANG DGN decin ini ayat bapa nau mica kita………..pikir$/hidup senang dalam jangka masa yng panjang.DUIT JANGKA MASA YANG PEN……………………….dek.esok ha………………..bis…

  13. isak bavui Says:

    apa awaklah ni masek… mmg btullah muka bini JM tu mcm tdk yakin tengok org ramai… nak kata pemalu tdk juga… kan kah dia dah jd Puan Sri skrang perlu beranilah. Tengok kakak dia Umis tu berani saja kata orang … kan dia no 1 kempen utk LL ms undi lalu.

  14. JOHNNYEMPURau Says:

    James Masing bukan raja Belaga kecuali kita rakyat Belaga membiarkan dia menabalkan diri sebagai raja Belaga…berapa lama kita nak tunggu Wakil Rakyat yang sekurang-kurangnya jujur sedikit berbanding James Masing lagi kalo dia ganti YB Datuk Billy Abit dengan orang kanan dia Wilson Ugak ikan Kembong? En. Wilson Ugak Kumbong bukanlah seorang calon baru namun calon lama yang pernah tewas, beliau pernah bertanding di dalam pilihanraya merebut kawasan Hulu Rajang pada tahun 1986 (Dato Justine Jinggut 4261 undian – Wilson Ugak ak. Kumbong 2417 Simon Temenggong Sibat -1940 undian) namun telah ditewaskan oleh Dato Justine Jinggut yang telah tewaskan dalam pilihanraya 1990 oleh Datuk Billy. Saya rasa mungkin bagus juga YB Billy Abit keluar dari PRS nanti kalau James Masing ganti dia n berdiri sebagai calon Bebas macam tahun 1990 dulu. James Masing is like that kalau kita bersuara sikit melawan kata dia untuk rakyat contohnya hal Penan dan hal balak otomatik dia nak buang. Peluang Datuk Billy masih baik untuk menang sebab ramai lagi kita terutamanya di Belaga n Sungai Asap masih menyokong dia. Memang James Masing akan guna taktik duit but kita tunggu dan lihat. Lagipun kalau dia jadi YB Bebas sekurangnya dia tidak perlu bertapis lagi bila bersuara di Dewan Rakyat. Ugak itu tidak berpelajaran dan bekas pembalak dan kuli Dato Sng, and oso “bapa ayam” untuk supply perempuan ke James Masing so saya memang melihat masa depan gelap untuk kita rakyat biasa di Sungai Asap kalau dia jadi MP. Datuk Billy pun tidak perfect tapi dia educated, berpengalaman dan selama 5 penggal jadi YB memang membantu dan menyuarakan masalah rakyat dengan adil. Tengokla sendiri rumah dia dekat Bormil biasa saja rumah teres orang makan gaji, tengok rumah James Masing mahligai gergasi mau kalahkan Datuk Taib..pikirlah sendiri mana dia dapat duit..gaji YB tak sampai RM10,000 sebulan.

  15. laksamanalautcinaselatan Says:

    Raja Belaga atau Raja Pekan Belaga atau Raja orang-orang diPekan Belaga? Belaga itu kan sekadar sebuah pekan kecil tempat jeti bot dan perahu. Sekadar Raja sebuah pekan kecil dengan beberapa deret rumah kedai lebih tepat dipanggil Datuk Bandar atau Shahbandar. Raja mesti mempunyai wilayah bukan sekadar pekan.

Comments are closed.


%d bloggers like this: