“Gula-Gula PRU13”

Hari ini The Malaysian Insider melaporkan Kerajaan BN akan memperuntukan sehingga RM 2.5 juta (tunai) untuk satu-satu kawasan Parlimen bagi memancing sokongan rakyat menjelang PRU13. Dalam bahasa politik, ini adalah “Gula-Gula Pilihanraya”.

Susulan itu suka saya menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bernaung di bawah Parlimen Hulu Rajang (DUN Belaga dan Baleh) supaya melalui JKKK masing-masing memohon apa-apa bantuan yang perlu dengan kadar segera.

Bagi penduduk Uma Nyaving Sg.Asap , sila memohon supaya jalan masuk menuju ke Gereja Roman Katolik, Gereja SIB, Uma Bungan dan jalan ke Tabika KEMAS di kampung kita di simenkan atau diturapkan. Juga sila mohon bantuan tambahan untuk membaik-pulih kedua-dua buah gereja di kampung kita yang sudah uzur. “Siapa cepat dia dapat”

Kedudukan Gereja RC,SIB, Uma Bungan dan Tabika KEMAS
Bagunan Gereja SIB yang Uzur
Bagunan Gereja RC yang Usang
Jalan menuju ke Gereja RC, Uma Bungan dan Tabika KEMAS
Bagunan Tabika KEMAS Uma Nyaving
Jalan yang dilalui oleh anak-anak kita ke Tabika.
Bumbung Gereja "Bocor"
Lantai Gereja hampir reput
Perlu diperbaiki segera
Telah diperbaiki dengan bajet sendiri.

Kepada para pengikut YB MP kita  (group PRS)yang terbaca laporan dalam Blog ini, sila ringankan tulang anda untuk memaklumkan kepada beliau. Datang sendiri buat penilaian anggaran kos binaan dan baik-pulih, dan buat kerja dengan segera. Itu barulah dinamakan berkhidmat untuk rakyat “Rakyat didahulukan, kerja disiapkan”. Tapi kalau dah tahu masalah rakyat dan buat-buat tak nampak. Jangan marah bila rakyat tak sokong anda bila tiba masa PRU13 nanti. KKK

25 Responses to ““Gula-Gula PRU13””

  1. ong bk Says:

    Tepat pengamatan saudara! Perbanyakkanlah kawan-kawan yang ikut serta menilai kerja-kerja kempen BN untuk memahami tujuan sebenar politikus-politikus begini! Kalau rakyat sudah pandai menilai tingkah laku politikus-politikus ini maka mereka tidak senang termakan umpan-umpan mereka!

  2. tuyang Says:

    Bagus sekali ulasan sdara blogger. Sptmana difahami pru-13 mmg kian dekat cuma tarikh sbnar saja blum diketahui… tanda2 pun org2 yg arif dgn isu smasa plitik tanahair sudah tentu faham akan tanda2 bkenaan. Minta sgt-sgtlah rkyat di belaga utk pru-13 nanti jgn ulangi ksilapan yg sama smasa plhrya DUN yg lpas. Mcm topik di atas gula2 pru 13 itu bukan omongan 0 tapi mmg knyataan , kita telah mlihat sdiri apa yg blaku ms dun lpas. Kiranya pdirian itu mahu mnolak B-end…. tetapkanlah pdirian itu shingga hari mgundi… bukan stelah diberi wang ringgit, dibri mcm2 umpanan, pancingan,…. tilamlah, cek rumahlah…. dsb… pdirian itu berubah, bukan omongan 0 tapi kbenaran. Wang 10 & 30 pun boleh mngubah prinsip org2 kita. Dengar2 cerita juga Encik Ugak Kumbong dr parti prs…. dan Puan Umis Tujok telah mmulakan sesi turun padang di belaga… Kpd yg bgtu arif dgn politik itu bukan sebuah pjalanan yg biasa tapi ada muslihat di sebaliknya. Faham2lah. Semasa ngabang smpena hari raya aidilfitri baru2 ini adalah saudara yg mbuka topik perihal calon mp di hulu rejang. Siapa calon itu tunggu…saatnya sudah pasti akan diketahui….

  3. DARI : KULLEH UBONG LADONG. Says:

    Dengan hormatnya dimaklumkan, keperitan dan aduan keluhan penduduk dan masyarakat kekurangan Air, KADANG KALA TERPUTUS bekalan air DI ASAP/KOYAN, DAN sempat SAYA berbual dengan kawan dan saudara Pemanca Tony dari KETUA MASYARAKAT Suku Kenyah di Asap Bumi di Baluy, JUGA mengeluh perkara yang sama. Mohon lah JASABAIK SEMUA pihak Penguasa Kerajaan Negeri dan Jabatan Bekalan Air dan Pegawai Daerah (DO) Pejabat di Pekan Belaga, harap mengambil perhatian dalam perkara tersebut, bertindak segera mengatasi masalah itu kerana semua tahu, sumber air bersih amat perlu kerana ini sumber keperluan harian masyarakat setiap hari UNTUK MEMASAK, MINUM, MENCUCI, MANDI, DAN SEBAGAINYA.

    Permasalahan seperti ini perlu diambil tindakan segera, jika mereka terminum air sungai asap, sungai belaga, sungai koyan yang memang sudah tercemar nanti, satu masalah pula yang timbul, boleh memberi kesan buruk penyakit taun boleh berlaku kesan air kotor yang sudah tercemar…

    Minta semua pihak berkaitan, segera BEKERJASAMA mengambil tindakan. DENGAN KERJASAMA semua PIHAK ketua ketua kaum, ketua ketua masyarakat dan wakil rakyat DENGAN Kerjasama PIHAK PEGAWAI DO dan Jabatan Berkalan Air di Asap, AGAR sedia bertindak melaporkan apa juga permasalahan itu kepada Kerajaan nEGERI ATUPUN pUSAT untuk mendapatkan segera memelihara dan membaik pulih kerosakan dan kekurangan air di Asap/Koyan. Dalam perkara ini saya percaya kepentingan RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.., Terima kasihlah penduduk asap/Koyan yang perihatin, timbulkan perkara perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak berwajib demi mengatasi masalah RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN DALAM MENGERAKAN PENCAPAIAN CERMERLANG MENUJU KEAARAH GAGASAN MENJELANG WAWASAN 2020 NANTI.

    • padan ulae Says:

      MP kita yang sudah 20+ berkhidmat tidak perihatin sangat dengan orang Belaga. Tak payah seorang penganalisa memberitahu kita. Dia lebih kepada orang Iban di Baleh sebab Boss dia di Baleh. Kita mengharap supaya dia tidak terpilih dalam golongan calon dari PRS-BN.
      Kebanyakan kontraktor2 yang tidak buat kerja mereka dengan betul adalah konco2 MP kita sekarang. Kita harap orang Belaga pandai melapor mereka ini kepada SPRM. Jangan takut. Wang itu adalah hak anda, kontrakor adalah kuli perintah.
      Apa yang dia telah buat untuk orang Belaga selama dia dipilih sebagai MP selama 20+? bagi saya…near to zero.

  4. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Taib Mahmud anti Kayan-Kenyah. Tak mungkin dia mau selesai masalah segera. Bahkan itu yg dia mau, membunuh Kayan-Kenyah secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh org Kayan-Kenyah dan masyarakat antarabangsa. Tak mungkin DO Belaga, Pemanca, Penghulu dan Temenggung dapat membantu Kayan-Kenyah kerana mereka itu lebih mementingkan periuk nasi mereka sendiri daripada masyarakat Kayan-Kenyah. Pangkat-pangkat yg mereka pegang sekarang adalah periuk nasi mereka. Harap saudara Kulleh Ubung Ladung faham………………

    • padan ulae Says:

      Bro this is another form of GENOSIDE. Please kindly read what is the legal definition of genocide.

  5. BELAWAN LIRONG BURAK [NICK NAME] Says:

    SAYA BERSAMA SEKELUARGA DAN KERABAT KERABAT PEWARIS PEWARIS KELUARGA AL MARHUM ASAL KETURUNAN BERRAJA ASAL MAREN PAREN BIO [ARISTOCRAT MONARCH] LISUT TINGGANG, AMAT BERASA TERKEJUT MENDAPAT BERITA SEDIH DENGAN PEMERGIAN ARWAH BAPA MERING JALONG YANG BERASAL DARI KENYAH UMA KELAP UMA TIMAI, BELIAU ADALAH SEORANG PERJUANG YANG BERANI MENEGAK KEBENARAN DAN KEADILAN DAN HABIS HABISAN MENDOKONG BERJUANGAN AL MARHUM ASAL LAJA MAREN PAREN BIO [ARISTOCRAT MONARCHY] LISUT TINGGANG, YANG BERTANGGUNGJAWAB MENENTANG HABIS HABISAN PERBUATAN KEJI PENIPUAN, KEZALIMAN DAN BERLAKUNYA PENINDASAN HAK HAK ADATERESAM, TANAH ADATRESAM DAN HASIL MAHSUL SEPERTIMANA TERMAKTUB MENGIKUT HUKUM HAKAM PERUNDANGAN TERTINGGI ADATRESAM, KEPERCAYAAN DAN TRADISI KAYANS KENYAHS DAN KAJANGS KAWASAN KENYAH UMA KELAP UMA TIMAI DI KAWASAN LONG SAH ‘B’ DI BUMI BERSUMPAH ADATRESAM DI SEBAHAGIAN KAWASAN SELUAS 19,403.2 KM.PERSEGI KAWASAN BUMI DI BALUY.

    SEBAGAI PEWARIS ANAK KEPADA AL MARHUM ASAL LAJA MAREN PAREN BIO LISUT TINGGANG DARI KENYAH UMA KELAP UMA TIMAI DI BUMI BERSUMPAH ADATRESAM DI BALUY, DENGAN PENUH HORMATNYA INGIN MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELAURGA ARWAH MERING JALONG, SEMOGA ROHNYA BERSAMA ORANG ORANG YANG BAIK BAIK DISISI ALLAH S.W.T.

    DENGAN PENUH HORMATNYA MEMPERINGKATI JASA PERJUANGAN ARWAH MERING JALONG, KAMI BERMOHON PERTOLONGAN DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T, SEMOGA, PENINGGALAN JASANYA PERJUANGANNYA MENEGAKAN KEDAILAN DAN MENENTANG KEZALIMAN DAN PENINDASAN SELAMA INI DENGAN LAFASAN TAKZIAH KAMI TETAP KAMI KENANG SELAMA LAMANYA JASA ARWAH MERING JALONG. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PERKASA LAGI MAHA BIJAKSANA LAGI YANG MAHA PENGAMPUN. AMIN.

    • sial Says:

      SAUDARA BELAWAN LIRONG BURAK, SUSAH KITA NAK PERTIKAIKAN ISU MAREN TU ZAMAN NI,CARI LAH ISU YANG LEBIH KUKUH UNTUK MENGGULINGKAN b-end NI….SAYA SENDIRI PUN TAK BERAPA SOKONG ISU MAREN-MAREN NI, MENYUSAHKAN ORANG KAMPUNG JE……..

  6. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Aduh…bangang. Setahu aku tak ada raja di Belaga ni. Jangan terkeliru dengan istilah maren dengan raja la bangang… buat malu saja.

  7. Abun Sui Anyit Says:

    RM2.5 juta atau RM2,500,000.00 untuk satu kawasan Parlimen. Hah, bunyi nampak besar angkara bunyi JUTA tu!!!!

    Ambil saja katakan dalam kawasan Parlimen Hulu Rajang adalah 150 buah rumah panjang (anggaran sahaja). Sebenarnya lebih.

    Jadi RM16,00.68 sebuah rumah panjang. Katakan purata rumah panjang ada 40 pintu/bilik maka RM416.67 akan diterima oleh satu bilik.

    Kalau jumlah yang diterima oleh setiap bilik ini dibahagi dengan 5 tahun (tempoh parlimen) maka setahun adalah RM83.33.

    Sebulan adalah RM6.95 diterima oleh satu bilik. Bermakna terima sehari adalah RM0.23 sen SAHAJA.

    Nah bandingkan dengan apa yang Kerajaan BN “curi” dari rakyat sama ada dari company crony balak, ladang dan projek-projek membazir seperti Empangan Bakun dan 12 lagi empangan yang bakal dibina. Nilainya BERBILLION bukan Juta atau Millian tapi BILLION mereka curi.

    Jadi apalah sangat dengan RM2.5 juta atau RM0.23 sehari untuk satu bilik ini. Belum lagi untuk satu keluarga yang ada sekurang-kurangnya dua orang (suami dan isteri). Bolehkah satu bilik hidup dengan RM0.23 sen ini sehari?? Belum lagi nak membaiki apa-apa kerosakan yang dipaparkan dalam gambar di atas oleh Belagakini.

    Oleh itu jangan mudah TERPANCING. Semua ini adalah perbuatan untuk memancing undi bagi mendapat kuasa untuk MERAMPAS HAK RAKYAT dan bagi puak ni membina projek-projek membazir bagi menghalalkan cara MEROMPAK / MENCURI wang rakyat untuk kepentingan beberapa kerat pemimpin dan kroni.

    Tanah rakyat beribu hektar turut diROMPAK. Nilai ini JAUH lebih besar dari RM0.23 sen yang BN nak berii untuk setiap bilik ini.

    JANGANLAH TERUS TERTIPU.

    UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA dari PEROMPAK rakyat dan PENIPU rakyat.

  8. sial Says:

    GAMBAR YANG DITUNJUKKAN OLEH SAUDARA BLOGER KITA NI BARU KAT RUMAH NYAVING, BELUM LAGI KAT KAMPUNG-KAMPUNG LAIN…SUNGGUH MENYEDIHKAN, BAGI YANG MAMPU TU MEMANG LAH BOLEH SETLE SENDIRI, BAGI YANG TAK MAMPU, APA CERITA…..

    • belagakini Says:

      Dua tahun dulu semasa saya membuat aduan rasmi berkaitan masalah budak-budak Tabika Uma Nyaving kepada pegawai mereka di Belaga. Pegawai tersebut melenting dan menuduh saya dengan niat jahat memalukan mereka (warga kemas Belaga). Guru Tabika di Uma Nyaving ditekan hingga stress dan beliau menggeletar ketakutan.

      Saya berasa kasihan kepada guru terbabit, pegawai mereka di Belaga yang juga antara agen BN tersebut amat pandai memutar belit cerita. Kononya saya ada niat jahat ingin meng “complain” guru tersebut agar beliau dibuang kerja. Saya telah jelaskan bahawa guru tersebut tiada kena mengena dengan aduan saya. Yang saya adukan adalah kenapa pegawai mereka di Belaga tidak mengambil apa-apa langkah untuk memperbaiki kemudahan jalan ke Tabika tersebut, dan kalau tiada peruntukan bolehlah memohon kepada YB.

      Telah hampir 3 tahun berlalu, aduan tetap aduan dan masalah terbabit tidak juga selesai. Salahkah saya memohon supaya jabatan kerajaan supaya lebih cekap dan berkebajikan????

  9. URIP MARING Says:

    ok.katah nak jinun maren aleng tahen daleh men tegu itam ngayau unak jinun daleh tam la,an ingatlah sikit arong yang ada keturunan.walauupun mereka sudah mati atau jd tanah tapi ROH DIA MASIH ADA!!!!! kalau macam ini gaya peranggai orang yang asal di batang balui habislah masa anak cucu awak nanti.KUBU DI KAPIT MASIH ADA SEMASA BUAT PERDAMAIAN antara IBAN KAYAN KENYAH.siapa yang ketua ingat sikit.kepada orang yang tahu tentang keturunan ni..mentang sekarang,sudah dapat TOPI SEPULUH SEGI ORANG ITULAH JD MAREN ADUH KESIANLAH KALAU MACAM NI………..PATUTLAH KEADAAN BATANG BALUI KUCA KACIR.

    • Belagakini Says:

      Golongan Maren Batang Balui harus membuat pendirian tegas dan berani. Sama ada ingin bersama rakyat kebanyakan(panyin dan dipen) atau mahu bersama Taib Mahmud. Kalau golongan Maren kita di Batang Balui dan di Belaga keseluruhannya memutuskan untuk menyokong Taib seperti mana yang sedang berlaku sekarang ini. Maka risikonya anda golongan Maren akan (telah hilang pun) kehilangan “Daleh” dan kehilangan daleh bermakna kehilangan rakyat kebanyakan. Rakyat akan marah kepada Maren-Maren mereka kerana terlalu tunduk kepada Taib Mahmud. Rakyat juga tidak mahu melihat Maren-Maren mereka diheret kehulu dan kehilir oleh Taib, semata-mata untuk mempertahankan kuasa BN.

      Sebagai contoh dalam pilihanraya yang lepas, 80% Maren di Belaga memutuskan untuk menyokong Taib. Jadi jangan marahkan rakyat kerana nanti mereka akan tidak setia pada anda lagi. Rakyat mengharapkan Maren yang berani mempertahankan tanah tumpah darah mereka dan mereka tidak berkira hatta untuk mengorbankan nyawa sekali pun untuk mempertahankan Maren sedemikian. Wahai golongan Maren sekalian, siapakah antara anda yang berani memimpin gerakan rakyat untuk memperolehi semula daleh kita yang terjual????? ada ka???? kalau tak ada lebih baik anda duduk diam saja. Biar panyin dan dipen yang berani memimpin kita.

  10. URIP MARING Says:

    oi……BLOOGY HELL,kesian kau lo…mungkin enkgau ni orang baru tak tahu kamu ni dari mana tak hormat kepada keturunan mentang-mentang sudah dapatTOPI SERATUS SEGI.orang beritahu yang kenyataan bukannya propagnda.dan bukan cari nama.janganlah suka berlawan kata dlm blog maca ini macam peranggai budak baru lahir.contoh bayi yang baru lahir dia terus menangis tak ada yang ketawa kalau dia baru.dia tahu dunia banyak cubaan.begitu juga Moyang kita dulu mereka hidup susah menahankan BENUA daripada dijajah orang lain.itulah sebab kaya kenyah masih hidup di batang balui.sampai pindah kASAP sekarang ni.orang yang seperti ini berkelayakan GELARAN MAREN.

  11. tuyang Says:

    jangan manas urip maring. Apapun bagus juga info tu. Kpd smua kita yg slalu mjenguk blog ini, niat kita satu je utk sama2 share maklumat dan mberi pdapat yg bernas bhubung isu2 stempat/msykt di tmpat kita di belaga. Sekurang2 dgn pdedahan yg dibuat maka akan adalah respons segera dr pihak bkuasa atau krjaan yg sdg mmerintah kita skarang. Bukan asyik mjadi yes man saja dlm stiap pkara.

  12. URIP MARING Says:

    Eh… tuyang u iko enta tisen bau kentut iko ja’a buk iko ca kelunan berani u iko ta tei lawan lagang lewan ja,iko ji ca kelunan ja ketua tuak.bermaksud iko ji ca kunan ja dalm. tuak,enta bole luar block.akie ji ca kelunan tukang peresa mung penyurat2 dlm block BELAGA KINI ji.iko ca kelunan paling no.satu dlm blck ji.

  13. URIP MARING Says:

    belaga kini saya setuju dgn pendapat kamu,tapi janganlah kata yang kawasan batang balui tak ada keturunan maren.memang ada sebagian maren3 di batang balui yang tak peduli janji sut seluar dia penuh sudah lagi nak tunjuk2 gaya urip dgn orng lain yang enda nemu ulu elek..ingat tak semasa STANLEY AJANG stand dari PBDS pertama kali stand elektion tahan daleh supaya BAKUN TAK JADI,masa itu LAMBANG PAYUNG.tapi satu tak ada yang menyokong.ok…skrng ini patutlah banyak masalah batang balui terutama ASAP.kita yang berceramah dalam block ini hanya nak puaskan hati.mnyakitkn hati,sebab kita sendiri yang membaca ceramah sendiri..orang yang dituju tak membaca janji peti penuh sudah……

    • Belagakini Says:

      Saya setuju tapi saya ingin memperbetulkan yang kita cakap dalam blog ini bukan untuk puaskan hati atau sakitkan hati sesiapa. Sebenarnya blog ini adalag gerakan massa yang bakal mengumpul suara kita supaya jadi satu dan padu. Hanya dengan demikian kita akan dapat bertentang mata dengan Taib Mahmud. Rasanya kita jangan bertelagah berkaitan soal-soal remah tapi sebaliknya fokus kepada soal pokok untuk menumpaskan BN dan Taib Mahmud.

  14. URIP MARING Says:

    memang…betul..contoh piliharaya baru2 ini sepatutnya anak2 berasal daripada pndlmn harus memberitahu ibu bapa mereka yang buta IT perkembangan semasa tapi mereka pun lebih3 buta.kalau nak gulingkan ketua..mesti kuncu-kuncunya dulu digulingkan.kita masih tak sedar gula batu yang diberi semasa hari nak mgundi kita punya sendiri..jinun lohkah itam sedar,cuba lihat kalau nak pilihanraya orang ia ka ketua kempin engau kaki ia baka uduk nginga babi ba juman linau,nginga rakyat susah jd pungundi…lepas tu senyap…………………orang susah minta tolong pun tak pandang.contoh punan Tana minta tolong pandang pun tdk.pada hal sepuluh jari mereka ini yang bri pngkat YB utk mereka itupun tak sedar.kita yang muda yang tahu pasal IT tolong beritahu keadaan yg seprt ini kepada mrk.tapi kalau yang namanya duit itu dkibarkan masa pliharaya lalu mati kutu.anang ba…..BOLEH BA KAU KALAU ……….BN NAMANYA BAIK TETAPI ORANG DI DLMNYA KORENG KALAU FAHAM SUDAH………………………….

  15. MASEK TEVELA@SELARENG. Says:

    Dlm batang balui lebak bangsa tapi tak bersatu.kalau tak ada cukup DANA jangan sekali-kali cebur diri dlm
    erena POLITIK melainkan (BN)anak2 muda harus sedar dan sampaikan kabar yang menakutkan ini kpd orng kita yang ada dkmpung.RM100.boleh habis dlm satu saat…dan kita akn kita menderita dalm.LIMA TAHUN(5)aduh……sakit juga NUGAL LUMAK DGN TANAH YANG BERBATU INI..JD SEKARANG KITA SEMUA RENUNGKAN DAN PIKIRLAH SENDIRI SEBELUM PRU13 ini………….

  16. tuyang Says:

    adoi masek tevela heling lan uman atuk ji he..he..he. Bilalah mahu makan nya ho. Betul lah kata kau tu toyang tapi persoalannya org2 kita, mentaliti mereka bukan saja yg tinggal di kpg namun yg dah educated juga tetap jd kemaruk mberi undi pd b-end. Cth amat ketara asapkoyan2u dan konco2 mereka… rasa-rasanyalah kalau tdk ada habuan mana mungkin mereka rela jd pengampu dan pembodek… adoi malulah itulah manusia tiada prinsip dan maruah.

Comments are closed.


%d bloggers like this: