Heret “BN” Ke Mahkamah.

Jernih lagi air tuak yang diminum oleh 2YB ini daripada air paip Sg.Asap

Permanent Secretary kepada Maren Uma Balui Liko En. May Legiew ketika Majlis Perasmian Blok Baru dan Pejabat JKKK Uma Balui Liko (21.12.2008) yang lalu merayu kepada Yb Dato Joseph salang Gandum-YBDJS ( Timbalan Menteri Tenaga,Air dan Komunikasi) supaya memperbaiki mutu air paip di kawasan penempatan semula Bakun Sg.Asap. En.May dalam ucapannya mengatakan bahawa kadang- kala bekalan air paip di Sg.Asap amat tidak memuaskan iaitu berbau hapak,keruh dan berbuih. Tambah beliau lagi, gangguan terputus bekalan air paip kerap kali berlaku. Ini menjejaskan kehidupan penduduk  di Sg.Asap.

Namun YBDJS  dalam ucapan balasnya meminta supaya rakyat bersyukur. Kerana walaupun bekalan air kurang memuaskan namun ia tetap “Terawat”. Saya yang duduk kira-kira 10 meter dari pentas utama terkejut beruk mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri berkenaan.

Sejak itu saya yakin bahawa pihak BN tidak akan buat apa-apa untuk memperbaiki mutu air si Sg.Asap melainkan rakyat  menolak mereka dalam pilihanraya. Ternyata telahan saya itu benar. Sehingga hari ini pun masih tiada apa-apa usaha dilakukan oleh pihak BN untuk memperbaiki mutu perkhidmatan air paip di Sg.Asap.

Maka hari ini tibalah masanya rakyat Sg.Asap bangkit dan mengheret “Mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah”. Dalam isu air ini bebrapa perkara berikut perlu dilakukan.

1. Dapatkan pakar yang boleh mengesahkan kandungan bahan cemar/beracun yang terkandung didalam air paip kita.

2. Simpan bukti rawatan atau rekod perubatan yang mana anda telah terjejas ekoran meminum air paip di Sg.Asap.

3. Buat laporan polis berhubung kejadian keracunan atau masalah kesihatan diakibatkan oleh air paip yang tercemar.

4. Bentuk Jawatankuasa yang bertindak  khusus berkaitan isu air paip.

5. Dapatkan pasukan peguam untuk membela penduduk di mahkamah dan penduduk dinasihatkan supaya memberi kerjasama sepenuhnya (jangan hangat-hangat tahi ayam).

Gambar menunjukkan sample air paip Sg.Asap yang diambil dari bulan jan 2011 hingga julai 2011,secara konsisten menunjukkan mendapan yang amat menakutkan.

Anak dan anak buah saya “bermini Demo” membantah air paip yang kotor,bertoksik dan berbau busuk. Merekalah yang paling layak berdemo kerana merekalah yang paling banyak menerima kesan buruk.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita ada 4 langkah untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi, (1) Cuba selesaikan dengan cara dan kaedah sendiri dan kalau tak berjaya (2) Buat aduan dan minta bantuan ketua masyarakat atau YB. (3)Heret pihak terbabit ke mahkamah dan (4) Ajar mereka melalui peti undi.

Kaedah-kaedah ini boleh kita gunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah;

1. Air Paip yang “membahayakan” kesihatan penduduk Sg.ASap.

2. Jalan Bintulu-Bakun yang Merbahaya (Saman kerajaan jika berlaku kemalangan diakibatkan keadaan jalan yang teruk)

3. Masalah 30,000 penduduk yang terjejas kerana penakungan empangan Bakun.

4. Rompakan Tanah NCR  yang berlaku dengan rakus.

5. Penyakit misteri atau meliodosis di Bakun (Boleh saman Sarawak Hidro dan Kerajaan negeri Sarawak  kerana kurang bertanggungjawab) dan banyak lagi..

Telah banyak aduan yang kita buat dan sekarang adalah masa untuk rakyat bertindak, heret mereka ke mahkamah atau gugurkan mereka dari tahta kuasa. Tiada gunanya kita memberi mereka kuasa jika tidak digunakan untuk membela rakyat. Kepada YBDJS  dan YB Dato Billy, saya nasihatkan “berehatlah” anda berdua telah cukup tua,telah cukup lama dalam kerajaan dan kepandaian pun kurang (keberanian pun kurang juga). Macam telefon dan komputer juga, sekarang ini banyak dah model-model yang baru, bukan saja baru malah cangih-mangih. Kalau tak bertukar kepada model baru nanti dilabel “ketinggalan zaman”.

Kepada pasukan peguam PKR,DAP dan PAS bermurah hatilah membantu penduduk. Buktikan dahulu bahawa anda boleh membantu penduduk Sarawak dan Belaga khasnya, walaupun belum diberi mandat oleh rakyat. Dengan komitmen yang bersungguh-sungguh yang anda tunjukkan, saya yakin suatu hari nanti rakyat pasti akan dapat menilai dengan tepat yang mana intan yang mana kaca, yang mana batu jet dan yang mata batu-bata. Betul tak….??????

11 Responses to “Heret “BN” Ke Mahkamah.”

  1. sial Says:

    MANA B-END NAK DENGAR CAKAP MAI NI SAUDARA BLOGER, SATU MASA DULU DIA PEMBANGKANG TU…..DAH LAH DIA PUN CAKAP HANGAT2 TAIK AYAM JUGA….BERHUTANG DENGAN ORG KAMPUNG TAK BAYAR LAGI,BELASAN RIBU PULA TU..KETUA KAMPUNG TAK BOLEH HARAP…..MANA TAK PENDUDUK PUN SUSAH, SAMA SAJA DENGAN YB YB KITA TU…

  2. tuyang Says:

    Tidak apalah sial, yg ptg dia tlah m’gusulkan mslh bknaan wlpun dipandang sepi olh pak menteri. Apa yg tlh diulas olh sdara blgger dlm komentar tbaru ini adalah 1 keadaan yg smemangnya telah dilalui olh pduduk sg asap koyan smenjak pindah ke situ. Agaknya staf atau kakitangan kerajaan yg ditugaskan disana tdk pnah dihantar kursus mungkin itu 1 penyebab. Mereka tdk tahu bgmana proses dan kaedah yg tbaik utk merawat air supaya ianya bersih dan selamat utk digunakan olh pduduk. Bgtu juga saya msh ingat pnah juga rombongan media dihantar ke tmpat itu utk tujuan tinjauan dan mlaporkan keadaan sbnar dr loji tsbut, namun yg amat mdukacitakan knapa smpai skrg tdk ada perubahan. Kpd AKDC tu… disinilah peranan badan spt anda … tunjukkan taring anda jika bnar mahu mbantu myelesaikan mslh org di asap. Sebab apa yg saya pnah dengar salah 1 peranan Akdc ini ialah mjd perantara antara pduduk dan pihak atasan. Jd kpd LL juga tolong selesaikan mslh ini sesegera mungkin… sebab 10 thn rakyat boleh diam diri tapi jgn tunggu 15 thn shgga rakyat muak dan jemu … perubahan tdk ada… air tetap keruh, air mcm air sabun, air mcm air garam…. bagi 2 yb tu baguslah…. kalian jarang tinggal di kpg jd kesannya krg dirasakan. Tapi fkrlah rkyat bawahan. Agaknya mungkin itu juga satu punca knapa org di asap krg sihat… sampai kdg2 berturut-turut saja ada yg pergi mninggal kluarga buat slama-lamanya. Ini bukan omongan 0 tapi kbnaran. Di kpg lama dulu tdk juga mcm ni wlpun air dr gunung namun hal2 kelunan matei jarang.

  3. sial Says:

    haha.(tuyang) klasik betul kelunan matei tu…..lagi 1 hal..kalau dapat saya nak cadangkan….kepada saudara bloger kita ni….bawa isu pejabat Yb kita ni….dia org YB belaga..tapi pejabat kat kuching….kenapa tak buka cawangan kat belaga…macam mana rakyat nak mengadu masalah kalau tak ada pejabat tempat membuat aduan….dah berpuluh tahun BN ni pegang belaga,tapi tak pernah saya tengok pejabat dia org kat belaga tu, walaupun dia org tidak ada kat belaga tu selalu,sekurangnya ada pejabat dia org kat situ, nampak lah juga dia org ni bekerja,ni tak….ada kah pejabat kat kuching..jauk tu, mcm mana rakyat nak mengadu..apa dah…

  4. tuyang Says:

    ya betul tu sial tapi mslhnya ada juga yg komplen sebab pej di bdc tu lbh kpd pgurusan akdc saja. Dan ada juga yg komplen bila org pergi sana minta bantuan tdk sesenang yg difikirkan. Dlm bhs mudah layanan org yg di dlm tu yg ptg. Pernah juga tu org yg pergi tpaksa tunggu LL tlalu lama. Yg saya dengar org yg sentiasa berada di dlm pej itu ialah Ujang Himang, Rom Kulleh dan ada satu staf wanita berasal dr belaga juga. Di situ juga LL berada apabila beliau tdk kemana-mana. Kpd sesiapa yg ada kesusahan baik susah sakit, susah kmatian atau hal anak msuk IPTA/IPTS kah tdk salah pergi ke pej itu yg tltak di bdc dekat dgn Supermarket. Yalah apalah guna YB adakan… kalau mereka tdk merasai ksusahan rakyat sama mcm zaman Dtk Tajang Laing dulu di thn 70 -an & 80-an dulu memang rmh dia penuh dgn org2 dr belaga yg menumpang seketika. Bukan mcm skrang YB tlalu untung, sudah tiada org2 pergi menumpang tinggal di rumah mereka jika pun ada mungkin kalangan kaum keluarga mereka saja… Ini kerana sekarang org2 kita telah ramai yg mbeli rumah di bdr2 besar tmsuk di Kuching. Jadi org2 dr kpg yg dtg berubat atau atas tujuan lain sudah tdk mnumpang atau mginap di rmh yb yb lagi spt mana masa dulu. Jadi kpd yb-yb tu.. jgn pandai merayu undi ms hari undi saja bagai nak rak tapi apabila rkyat susah, terlalu payah utk mhulurkan bantuan.

    • sial Says:

      semua nama yang saudara senaraikan dibawah ni saya kenal,tapi betul kah pejabat tu untuk rakyat,atau sekadar nak kaut untung je….kenapa lah jauh kat kuching, kenapa bukan kat pekan belaga atau kat BRS sungai asap tu…….ada pun kat kucning, mana lah penduduk asap mampu pg sejauh itu, semata-mata nak mengadu masalah…..faham lah wahai YB YB kita ni,jauh tu…..

  5. tuyang Says:

    betul pejabat tu di kws bdc kuching. Tidak berapa jauh dr rumah Henry Upang. Memanglah, yg spatutnya pejabat tu dibina di pekan belaga atau di pasar sg asap bukan di Kuching. Bagi org yg tinggal jauh mcm mana nak dtg bhubung atau bjumpa dgn yb kalau mereka perlu bantuan atau khidmat nasihat. Saya pun pelik juga knapa org yg ada jwtn dlm AKDC ni semua kawan rapat LL . Mungkin 2, 3 saja yg bukan gang kerasnya. Saya pun tfikir kadang2 kenapa ye… Sama juga halnya dgn MP kita Dtk BAJ. Di mana tmpat rkyat nak mgadu hal atau mslh pun kita tdk tahu cuma yg kita tahu rumah beliau saja. Jadilah yb utk smua bukan yb yg plh kasih, dan plh kroni saja.

  6. Jelivan Belaga Says:

    Tahniah saya ucapkan buat saudara Belagakini yang tidak pernah mengalah dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah rakyat Belaga. Saya tabik pada penulisan blog anda yang sangat menarik sekali. Tetapi, saya ingin cadangan apa kata kalau admin Belagakini upgradekan blog belagakini ke wordpres self-hosting dan domain sendiri, misalnya “www.belagakini.com” untuk tujuan mendapatkan ramai lagi para pembaca khususnya, dari seluruh dunia dan walaupun blog ini tiada update selama 4 hari, ia mampu mendapatkan traffik sekurangnya 10,000 UV sehari. Dengan cara ini, admin Belagakini dapat menenggelamkan penulisan blogger-blogger sampah seperti Asap Koyan 2U dan yang lain. Good luck!!!!

    • belagakini Says:

      Saudara Jelivan yang saya hormati, terimakasih atas keperihatinan saudara kepada kewujudan Blog Belagakini. Saya akan mempertimbangkan secara serius akan cadangan saudara itu. Kepada para penjejak blog yang lain. Ini adalah Blog anda, tempat anda memberi pandangan konstruktif dan kalau boleh lebih berfakta. Elakkan memberi komen-komen yang menyalahi undang-undang. Blog Belagakini yang ada sekarang ini hanyalah platform sementara saja sebelum kita memperolehi wadah yang lebih baik lagi. Kepada semua teruskan sokongan anda kepada Blog kita ini, ceritakan dan promosikan akan isu-isu yang kita bincangkan disini kepada rakan-rakan yang lain dan yang lebih penting jika anda ada bahan (photo, video atau apa-apa saja berkaitan Belaga)yang ingin dikongsikan, maka ringan-ringankanlah tangan dan hantarkan kepada saya untuk dikongsikan. Saya amat berbesar hati dan berterimakasih kepada semua. Hantarkan ke email saya di sayugya@yahoo.com

  7. tuyang Says:

    Komen menarik dpd jelivan kpd blogger belagakini. Sokongan dmikian amat diharapkan. Itu satu idea yg bernas jd minta sdra blogger belagakini mmpertimbangkannya. Memang benar mcm blog org spt asapkoyan2u , 1 blog yg suka m’upload vdeo bodoh ,vdeo kotor, mana nilai agama yg beliau ada, tanpa mmikirkan impak negatif ke atas budak2 rmaja dan anak2 kecil tergamak m’uploadkan gmbar bodoh itu ms plhraya lalu. Demi mcapai kemenangan bagi pihak yb yg dia bodek dan dia sanjung , dia lupa bhw pbuatan dia tu amat tdk sihat utk pkembangan minda dan jiwa org yg tdk pandai mnilai mana baik dan buruk. Saya prcaya itu merupakan usaha tdesak dilakukan olh pihak mereka demi mmenangkan prs di belaga. Kita tengok nanti apa bakal beliau buat utk pru 13 akan dtg. Tentu lbh hebat lagi serangan dia thdp mana2 calon dr wkl parti lawan. Perbuatan mloyakan dan mmalukan

  8. sial Says:

    blogger asapkoyan2u tu, semua cetak rompak tu,benda kat dalam tu, org lain dah tau dulu, baru dia nak upload…nama blog dah tau ciplax, amik dari maybank2u…hahaha….lawak betul….dah lah tak update sampai berminggu, dia akan update bila time PRU je kot…hehehe….baik x yah buat blog….

  9. raymond Says:

    memang betul ckp dia.air mmg kotor.xtau 10 taun akan dtg mcm2 penyakit kitaorg kt asap.jadi kemukakan isu ini kalau pilihan raya nti.jgn sampai kita sakit baru nak complain..lagi 1 jalan kita mmg teruk.kita bayar roadtax tp lori balak x bayar roadtax tp boleh jln lg.bila complain kt jpj lori balak x jln.hairan sgt2!!!rugi la kitaorg kt asap bayar roadtax..lain kali kalau pm n km nak p asap suh dieorg pakai jalan raya jer.baru dieorg tau masalah kita kt asap..ni x naik heli je.pastu janji sini sana…tak guna janji2 lagi.tu dh lapuk,projek lama pn xpat wt pa lagi projek baru….

Comments are closed.


%d bloggers like this: