Bato Bagi Kalah:Tanah Dibawah Tasik Bakun Pun Milik Kerajaan Taib Juga

“Jangan kan tanah di atas dan pinggir tasik Bakun, tanah penduduk Naha Jalei yang telah ditenggelami oleh tasik Bakun pun milik Kerajaan Negeri Sarawak”- Belagakini.

Mahkamah bukan sahaja patut adil, malah patut kelihatan adil. Berpandukan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, bolehkah mahkamah yang sama memutuskan juga bahawa orang Melayu juga tiada hak terhadap tanah rizab Melayu????

Kalau Orang Asal/Peribumi (Orang Ulu Naha Jalei) boleh dilucutkan hak terhadap tanah mereka. Bolehkah lagi mereka dipanggil Orang Asal???? Tentu tidak boleh. Jadi Orang Asal harus dipanggil apa???? Panggil saja Orang Utan…. jangan marah dan sokonglah BN lagi.

Mahkamah tolak rayuan kes tanah NCR
Sep 8, 11 4:23pm

Mahkamah Persekutuan hari ini mengenepikan rayuan yang dikemukakan oleh lima orang pemilik tanah adat (NCR) di Sarawak – satu keputusan yang akan memberi kesan kepada lebih 100 kes sama yang sedang didengar di mahkamah.

Panel dianggotai tiga orang hakim, dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, membuat keputusan sebulat suara untuk mengenepikan kes yang dikemukakan itu.

Rayuan berkenaan adalah berhubung saman yang dikemukakan Bato Bagi dan lima orang perayu lain ke atas kerajaan Sarawak atas kehilangan tanah mereka yang kini ditenggelami air daripada projek empangan hidroelektrik Bakun.

Zaki yang akan bersara bermula Isnin depan, membuat keputusan itu bersama Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan juga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Md Raus Sharif.

Bato yang begitu dikenali dengan kes berkenaan, tidak dapat mendengar keputusan hari kerana telah meninggal dunia dua bulan lalu.

Mahkamah Tinggi Sarawak pada 26 April 2008 mengetepikan permohonan saman Orang Asal berkenaan dan keputusan itu kemudiannya dikekalkan di Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Keputusan hari ini pula dibuat susulan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1 Mac lalu untuk membenarkan rayuan.

19 Responses to “Bato Bagi Kalah:Tanah Dibawah Tasik Bakun Pun Milik Kerajaan Taib Juga”

  1. Belagakini Says:

    S’wak natives lose test case over mega-dam
    | September 8, 2011

    The ruling by the Federal Court dealt the natives a blow to their hopes of getting fair compensation for lands seized for the Bakun dam.

    by M Jegathesan

    KUALA LUMPUR: A 12-year legal battle by indigenous tribes in Malaysia against their ancestral land being seized to build a mega-dam on Borneo island ended in defeat today in the nation’s top court.

    Indigenous people present at the court said they were devastated by the ruling, while activists said it could encourage the government to requisition more land on Malaysia’s part of Borneo and create “internal refugees”.

    “It is an unfair decision. I have not been fully compensated,” said Ngajang Midin, 50, of the Ukit tribe, as tears rolled down his face. He has already moved to higher ground and the multi-billion-dollar dam has begun operations.

    “My cocoa and pepper trees are underwater. My ancestors’ graves are buried under the sea of water,” he said.

    The fight, seen as a test case, began 12 years ago when the Sarawak state government requisitioned land for the controversial Bakun hydroelectric dam and a timber pulp mill on Borneo, famous for its biodiversity.

    About 15,000 people were forcibly relocated to make room for the dam and a reservoir about the size of Singapore, which began generating power last month.

    Many have made an unhappy transition to life in drab resettlement areas, and representatives of the evicted indigenous people launched a series of legal appeals.

    But these culminated today in a unanimous dismissal by a three-judge panel from Malaysia’s highest court, the Federal Court, which found the eviction had not violated the tribal peoples’ constitutional rights.

    “I hearby dismiss the appeal and uphold the orders of the courts below,” chief justice Zaki Azmi, of the Federal Court, said here.

    ‘Internal refugees’

    Colin Nicholas, founder and coordinator of the Centre for Orang Asli Concerns – whose name uses the Malay term for indigenous people – said the decision could turn the indigenous groups into “internal refugees”.

    “Natives use blockades and negotiations (and when it fails) they come to court for justice. But that justice was not delivered. It is disappointing,” he told AFP.

    “The fear now is these people will become internal refugees because they can be forced to relocate,” he said.

    Ngajang, who has moved to higher ground with his family, said he was afraid for the future.

    “I fear we will be driven out from our own land. I will end up like a squatter,” he said.

    “Our lives are only filled with darkness and uncertainties.”

    The case was brought by members of indigenous tribes including the Iban, Dayak, Kayan, Kenyah and Ukit peoples, some of the many ethnic groups living on Borneo, which is split between Malaysia, Indonesia and the sultanate of Brunei.

    A lawyer for the group, Baru Bian, said that more tribal people in Sarawak might now be forcibly moved in the name of development.

    “There is a possibility the move to displace natives in Sarawak will gain momentum,” he said.

    About 200 cases of indigenous people fighting state acquisition of their land are ongoing in lower courts.

    Transparency International has labelled Bakun a “monument of corruption”, and analysts have questioned how the Malaysian government can ever recover the money it has sunk into the project.

    The dam, one of the world’s tallest, has been dogged by problems since its approval in 1993, and the delays have incurred large cost overruns.

    The construction costs for Bakun have added up to at least US$2.6 billion (RM7.8 billion), making it among the most expensive infrastructure projects in Malaysian history.

    • sial Says:

      ADA BENDA NAK DIKONGSI,TANYA DIRI ANDA SENDIRI..ADAKAH PERKARA INI BENAR..MINTA SAUDARA BLOGGER POSTKAN…..STATUS PERMINTAAN RAKYAT ASAP BELAGA SEJAK TAHUN 2003 DARI KERAJAAN
      MELALUI KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN TELAH DISELESAIKAN OLEH YB.LIWAN LAGANG

      1. Tuntutan Bayaran Pampasan & Pemberian Rumah Percuma
      (Bayaran Pampasan telah diumumkan oleh PM dan Rumah diberi PERCUMA kpd Penduduk ASAPKOYAN= Selesai)
      2. Tanah untuk pembangunan dan reserve communal (Ekonomi)
      Penambahan tanah telah diluluskan dengan konsep mini estate kpd asapkoyan=selesai)
      3. Pembinaan bilik baru menggantikan yang telah terbakar
      (Rumah panjang yg terbakar telah dibina semula, Uma Balui Liko, Ukit, Badeng.=selesai)
      4. Menaiktarafkan Daerah Kecil Asap kepada Daerah Penuh
      (semua kemudahan serba lengkap telah disediakan, sekolah, klinik, pejabat daerah, pos office, pejabat pertanian, Pejabat tenaga Buruh, Komunikasi WIFI dll=selesai)
      5. Bakun Development Committee
      (YB telah tubuh ASAP KOYAN DEVELOPMENT COMMITTEE(AKDC)=selesai)
      6. Dana Tabung Amanah Bakun
      (PM telah sumbang RM5juta 2011=selesai)
      9. Prasarana Sekolah Rendah
      (Kemudahan WIFI, Kuaters telah ditambah=Selesai)
      10. Sekolah Menengah
      (SMK Bakun Siap sepenuhnya April ini=selesai)
      11. Kolej Komuniti
      (YB membawa pusat2 kemahiran ke Asap dan Belaga untuk membawa keluar belia, 2010 lebih 70 orang belia ke PLBP=selesai)
      12. Kemudahan – kemudahan kesihatan
      (Hospital Belaga sudah Siap=selesai)
      13. Kompleks dan Padang Sukan
      (Mini Stadium Asap, Dewan Serbaguna Asap, Gelanggang Futsal di asap dan belaga=selesai)
      14. Mewujudkan Agensi-agensi dan Jabatan-Jabatan Kerajaan
      (Pertanian, JTK,MPOB,LADA,POS Malaysia,MAXIS jalurlebar dll=Selesai)
      15. Kemudahan Beribadat
      (YB yang paling banyak menyumbang MRP beliau kpd Gereja dan Masjid setiap Tahun=selesai)

      Mungkin ramai diantara rakyat Belaga yang tidak sedar bahawa semua ini adalah atas usaha YBLL dalam membangunkan daerah Belaga. Beliau masih mempunyai banyak rancangan untuk Daerah kita Belaga.Oleh itu untuk melihat pembangunan seterusnya marilah kita sama-sama mengundi dia.dia adalah YB yang tepat untuk kita.Kita berharap jangan ada diantara kita rakyat belaga yang telah disesatkan oleh parti pembangkang.Parti pembangkang hanya manis di mulut.Mereka adalah Parti yang tidak berkemampuan untuk memimpin.Mereka hanya akan membuat kita huru -hara jika mereka menang.Lihatlah apa yang terjadi kepada kawasan yang dipimpin oleh parti pembangkang…ada tak lebih dari kita??tidak ada…malah semakin teruk dan menimbulkan penyesalan di kalangan rakyat.Mereka adalah parti yang hanya mampu berkata dan tak mampu berbuat apa-apa.pembangkang hanya hebat mengkritik seolah-olah mereka adalah hero..mereka menganggap sesuatu kerja itu dapat dilakukan dengan secepat kilat.mereka selalu mengkritik BN kerana lambat buat pembangunan..malah lebih parah lagi mereka memfitnah BN tak buat pembangunan langsung..adakah itu adil?semestinya tidak..lihat saja senarai Perlaksanaaan yang telah selesai dibuat oleh YBLL hanya dalam 1 penggal di atas..banyak!!jadi terbukti Pembangkang ini bercakap bohong untuk mengaburi pemikiran rakyat belaga..Lihat saja siapa wakil PKR dan SNAP di belaga??adakah anda mengenali mereka??kalau kenal,apakah perspektif anda terhadap mereka?last sekali adakah mereka terkenal oleh sifat menipu?hahaha.tau kan sapa mereka.Saya tak kenal mereka tetapi saya kenal nama sebagai penipu yang dikatakan selalu makan duit project orang kampung.Dasyat kan calon PKR dan SNAP ni..terkenal oleh sikap buruk mereka..kebisaan orang terkenal oleh kebijaksanaan dan kebaikan.haha..Jadi kita sebagai rakyat Belaga harus sedar dan hati-hati dengan kelicikan parti pembangkang..Berilah tumpuan kita kepada Barisan Nasional. HIDUP BN!!!!!

  2. tuyang Says:

    Kpd pduduk sg asap koyan dan belaga beri undi kalian lagi pd b-end pd next pru 13. Jangan tdk ok, supaya byk lagi keistimewaan anda sbg rkyat asal hilang. Anda lihatlah apa hasil kputusan mhkamah, hari ini juga dlm paper borneo post keluar berita itu. Dgn kptusan ini, maka sia-sialah usaha mendiang Bato Bagi slama btahun2. Apabila smua tanah2 anda habis baru mata tu putih. Itulah akibatnya kita cuma diberikan 3 ekar 1/2 di tempat kita tu, sebab kita smua buduh. Tak sdar sdar lagi. Terlampau buduh, dicucuk hidung mahu saja. Diberi RM 10 terus mahu tukar fikiran. Ditekan sdikit olh para pengkempen di stiap blok2 terus takut, sampai takut nama diketahui mgundi parti lawan pun ada juga. Wlpun niat sbnar mereka mahu undi parti lawan tapi kerana konon tadi takut nama diketahui di borang undi jd tdk jd undi. Mana prinsip masing2. Apa dah jadi??? Hal ini saya ketahui sebab bbpa sdara mara dan kawan2 ada bercerita keadaan mereka lalui. Kpd pengkempen apa perlu anda menekan dan mmksa org utk mgundi calon anda. Negara ini negara bebas utk mmlh siapa org nak bukan mlalui tekanan.

    • Belagakini Says:

      Kalau beginilah sikap Orang Ulu “takut nama diketahui mengundi selain BN” lebih baik anda jangan mengaku sebagi Orang Ulu. Bikin malu saja. Orang Ulu yang saya kenal dan saya ketahui melalui sejarah adalah bangsa yang paling berani di dunia. Paling kuat dan paling bijak. Buktinya kaum Orang Ulu memiliki wilayah kekuasaan paling luas di kepulauan Borneo. (Bario,Baram,Belaga-3B)

      • sial Says:

        saudara bloger,saya nak cadangkan, apa kata kita tubuhkan society,untuk mengubah pemikiran kaum kita yang kolot ni….kita bermula dari laman2 sosial ni, nanti kami yang lain ni akan membantu sebarkan society ni, dan apabila dah cukup ahli dalam laman sosial, kita daftar, sapa lg nak bela nasib bangsa kita ni, kalau bukan kita sendiri,kita nak harapkan sapa lg…..

        Belagakini says: Saya amat setuju kita daftarkan satu society yang kuat dan bertenaga. Dalam society ini jangan ada yang angkat pelir,angkat bakul atau angkat burit. Jangan ada yang kejar jawatan,pangkat,kedudukan dan habuan. Dalam society ini jangan ada yang bacul,penakut dan hangat-hangat tahi ayam dan amat penting dalam society yang kita cadangkan ini jangan ada yang hati busuk, tikam dari belakang dan tukang fitnah. Kawan-kawan usahakanlah… ayuh kita lakukannya…

  3. Belagakini Says:

    Tentu sekali YBYB Orang Ulu dan YB Dayak kita yang berada dalam BN sekarang tersenyum gembira bilamana mengetahui keputusan mahkamah yang memihak kepada bos mereka Taib Mahmud. Tentu sekali YBYB PRS yang sedang memujuk rakyat untuk setuju untuk membina empangan di kawasan mereka akan lega kerana keputusan mahkamah ini akan memudahkan kerja mereka. Selepas ini mereka akan jadi lebih sombong lagi dengan mendakwa kalau pun rakyat tak setuju dengan pembinaan empangan dan jika kes dibawa ke mahkamah paling “tinggi” dalam negara ini sekali pun, rakyat akan kalah juga. Kah…kah….kah….kah…. undilah BN lagi.

  4. Laja Pelanggi Banjaran Titiwangsa dan Kroker Borneo Says:

    Saranan saya, kepada semua suku Kaum kayans kenyahs dan kajangs, Ukit, Lesum, LUgat di bumi bersumpah di Baluy kita perlu kita tidak boleh beremosi dalam mengatasi hak hak kita dan perkara pokoknya masyarakat Baluy sudah lama wujud sebelum 1800 lagi, mesti berbalik asal sejarah dan adatresam, kepercayaan dan Tradisi masyarakat Kayans kenyahs dan Kajangs di Baluy…Ingat kita berhadapan dengan hasil bumi bersumpah mengikut adatresam yang terdahulu diwarisi sejak turun temurun tok nenek moyang kita yang berjasa. oleh sebab itu kita mesti selesai secara bijaksana dan terbaik mengikut hukum hakam dan perundangan tertinggi adatresam di bumi asal di Baluy. Mohon generasi hari ini berfikir-fikirlah dan jangan campur adu dengan fahaman poliltik yang tidak ada kena mengena dengan adatresam masyarakat kita dibumi bersumpah di Baluy.

    Apa sekalipun berlaku, bahawasanya status quo mutlak adat resam, tanah adatresam, kepercayaan, tradisi dan hasil mahsulnya diatas muka bumi, dalam perut bumi, sungai-sungai di Baluy dan ruang udaranya terbentang luas menghadap ke langit tetap mutlak hak mutlak masyarakat Kayans Kenyahs dan Kajangs dan etnik minoriti dibumi bersumpah diBaluy yang telah sekian lama wujud mengikatkan kedudukan kawasan 19,403.2 KM.Persegi, diBumi Bersumpah di Baluy,sepertimana termaktub dibawah penjagaan dan Perlindungan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong, selaku ketua Pemerintah Negara Persekutuan termaktub dalam Perlembagaan persekutuan Malaysia .

  5. RHM Says:

    Saya berasa sangat simpati. Sepatutnya dibenarkan rakyat setempat berada juga di kawasan tersebut tanpa perlu pindah ke kawasan baru.

  6. tuyang Says:

    apa dah jadi dgn org2 kayan, kenyah n kajang skrg di penempatan semula asap koyan??? Tengok suku penan yg tlibat dlm dam murum, bpa jauh beza tanah yg mahu diberi krjaan kpd mereka?? Kita berapa saja??? Sampai ke cucu cicit cukupkah 3 ekar itu dibagi-bagi. Fikirlah jangan terus buduh. Itulah buktinya kaum kita amat ketinggalan dr smua segi.. tlalu pnakut dan pak turut shingga tdk mperjuangkan mslah pberian dan pbahagian tanah ini sbelum pindah dulu. Pmimpin kita smua dah rambang mata fkr duit saja wktu itu. Ini tmsuk isu masalah tanah kubur juga yg disediakan kpd stiap kpg. Tanah diberikan amat teruk bbukit… bukan tanah rata… itulah sebabnya stiap ada org mninggal tpaksa panggil’ lipan/piko’ dtg atur tanah…. kos bpa dah??? Smua org asap msh buduh mahu undi b-end…. Apa smua dalil2 yg ditulis olh asapkoyan2u ms plhraya lpas seolah-olah smua bnar belaka mcmlah di belaga smua mslh sudah tdk ada. Dr apa yg beliau tulis ms bkempen bg pihak LL calon bn pd ms plraya lalu. Apa beliau buta matakah, tdk tengok apa mslh di stiap kpg… jln msuk ke simpang uma kulit pun ms plg x-mas lalu amat teruk juga.. tdk tahulah skrg. Blopak dan blubang. Apa smua yg tdpt di kpg uma badeng lg gang smua bagus kah ??? Pergi msuk stiap kpg ms awak plg baru awak tengok apa mslah org kpg.

  7. Laja Lake Balerek Ubong Do' Says:

    Syabas semangat kuat arwah bapa Bato Bagi, jasa arwah Bato Bagi tetap dikenang selama-lamanya, apa sekalipun berlaku menjadi, sekurang-kurangnya menyuntikan semangat kepada generasi mudah Kayans kenyahs dan kajangs supaya lebih belajar dari hulum adatresam resam dan sejarah Baluy.

    Usaha Bago Bagi telah memberi tekanan kepada bekas DUN Tajang Laing dan Nyipa Bato kedua-dua sebaya dengan nya dan yang terus berdiam diri, tak tahu kemana mereka, dimana mereka, kenapa apa mereka berdiam?

    punca semua DAM Bakun dan balak berlaku masuk kawasan Baluy padan pada zaman mereka ketika menjadi wakil Rakyat… mengapa dan sebab apa mereka tidak langsung berkata2…tidak ada usaha pun mereka hendak membela sama sekalipun, dimana silap salah mereka dan dosa mereka kepada masyarakat kayans kenyah dan kajangs di bumi bersumpah di Baluy? apa kah mereka ini juga dalam pihak yang bersalah?

    … ingat jangan lupa bahawa setiap penjuru bumi bersumpah Baluy termaktub asalnya bumi berdaulat dan Bersumpah, dan setiap hasil buminya tetap tidak sah dan haram jika masyarakat Kayans kenyahs dan Kajangs hak mereka ditipu kerana setiap inci kawasan Bumi Bersumpah itu cukup keras amarannya di Baluy menjaminkan hak hak mutlak Kayans kenyahs dan kajangs di Bumi Bersumpah di Baluy.

    Bukan semudah itu hak hak mereka dianiaya dan dizalimi, Allah yang Maha Pencipta Langit dan Bumi termasuk di Muka Bumi di kawasan seluas 19,403.2KM.Persegi Baluy hampir seluas negeri Johor , Sungai Sungai di baluy dan hasil mahsulnya di Baluy, dan manusia yang berhak Kayan, kenyahs dan kajangs di Baluy sudah pun sah mutlak mengwarisi melafaskan termaktub dalam lafasan perjanjian bersumpah demi mengariskan kedaualatan persempadanan, diantara sesama manusia dari Bumi Baluy dengan pihak pemerintah dari negeri sarawak dan kerajaan sarawak dan Sea Dyak dibawah ketika dibawah Charles Vyner Brooke ke-3 dengan pihak Laja Laja (Aristocrat Monarchy) Kayans, kenyah dan kajangs di Bumi Bersumpah di Baluy terdahulu lagi, ingat tidak sesiapa dapat menafikannya dan mengadaikan kedaulatan kawasan seluas 19,403.2 KM.persegi itu di Baluy.

    Apa sekali pun berlaku, bapa arwah Bato Bagi, semoga roh roh kamu diRahamti Allah di sisi orang yang baik baik, dengan seluruh roh roh tok nenek moyang Kayans kenyahs dan Kajangs yang terdahulu yang habis habisan mempertahankan bumi bersumpah Baluy terdahulu. Selamat Berjuang.

    Dari: Laja Lake Balerek Ubong Do’
    ,

    • belagakini Says:

      Sama-sama kita mendoakan agar roh mendiang Bapa Batok Bagi damai di “sana”. Jangan kerajaan anggap dengan ketiadaan beliau maka mereka akan mudah memusing-musing dan memulas telinga anak Kayan,Kenyan & Kajang (3K) di Belaga. Satu Bato Bagi yang pergi, akan lahir 10 lagi yang akan menyusul. Azam kami, selagi tanah daleh 3K di Balui tidak dikembalikan, jangan harap kami akan sokong kerajaan BN.

  8. padan ulae Says:

    Mereka sebenarnya masih berhak tinggal di tempat asal mereka yang belum di bayar oleh kerajaan Taib Mahmud. Jangan salah tafsir keputusan Mahkamah Persekutuan baru2 ini. Keputusan yang mungkin adil tetapi hakim tidak berapa bijak. Tidak semestinya seorang itu jadi ketua hakim Negara kerana dia terpandai dan terbijak…tidak. kadang2 itu pengaruh politik. Kita terima keputusan itu dengan rendah hati percaya bahawa Tuhan ada rancangan lain untuk kita orang Belaga.

    Masalah seperti ini berlaku kerana beberapa faktor seperti di bawah:
    1. Kita masih lagi menyokong BN walaupun kita sering mengutuk BN tapi WANG dan PROJEK BN banyak mengubah sikap kita dalam sekelip mata. Orang Kristian kurang iman. di tipu Iblis sewaktu mengundi. money is the source of all evil.
    2. Orang Belaga kebanyakan adalah PENAKUT dan PENGECUT. Kalau di pengaruhi CAP APEK wow bukan main semangat orang Ulu di Daerah Belaga..ramai yang apndai dari saya….hehehehe.. .Belaga tetap maju…Maju Belaga…Nau mei ica!
    3. kebanyakan kualiti Kristian kita belum mencapai tahap yang betul2 memahami maksud sebenarnya erti FIRMAN TUHAN mengenai Keadilan dan alam semulajadi. Perlu kuat kan iman mereka yang RC dan SIB.
    4. Pemimpin2 teratas kaum OU, dari Temenggong sampai ke Ketua Kaum…memang sudah di brainwashkan oleh Kerajaan Negeri sarawak dan parti PRS di Belaga.
    5. Pegawai2 kerajaan, dari pejabat Residen sampai ke Majlis Daerah, mereka sudah di programkan oleh State Secretary supaya mereka senantiasa . menurut perintah’ setiap hari dan mereka ini sudah menjadi agen ‘pembuli dan perogol’ kaum kita di Belaga.
    6. akhirnya (walaupun banyak lagi), kita orang Ulu memang mudah lupa bukan saja Melayu ikut kata Dr. Mahathir. hari ini kita cakap jahat tentang pentadbiran BN tetapi esok kita juga yang masih undi BN so bagi saya kita tidap perlu ‘pin-point’ kepada mana2 pihak. Kita juga bersalah dalam hal yang sama. so terima aja lah.

    Cara yang paling berkesan untuk menandatangani masalah seperti ini adalah kita Orang Belaga jangan sekali2 undi calon BN lagi walaupun dia saudara mara kita. YB adalah tergantung dengan belas kasihan kita setiap 5 tahun so janganlah fikir dia itu raja. dia adalah kuli kita dalam 5 tahun. Berfikirlah secara demokrasi sedikit. Kes tanah NCR sudah di bayar oleh kerajaan tidak perlu dipersoalkan lagi. teruskan dengan kempen kita untuk menjatuhkan BN itu saja.

  9. BeliaBelaga Says:

    Terlebih dahulu ucapan Tahniah kepada kemenangan BN yakni kepada YB dan semua ketua masyarakat Belaga yang mahu semua perkara begini berlaku kepada kita semua. Jangan kecewa kerana masih ada peluang untuk mengubah keputusan mahkamah selepas PRU13 ini nanti. Itupun kalau kita semua mahu hak kita diberi semula. Kalau tidak tunggu lagi 5 tahun kemudian. Kita sedih kerana usaha mediang Bapa Bato Bagi sia-sia sahaja. Namun kita penduduk Belaga akan lebih sedih sekiranya hak bekas YB dan mungkin YB kini dan ketua masyarakat kita turun dirampas. Jadi sokongan yang tidak berbelah bahagi kita berikan kepada YB dan penyokong mereka agar mereka punya keistimewaan tidak terusik. Kita rakyat Belaga sanggup bunuh masa depan kita demi mereka dan mungkin kerana budaya mengagungkan MAREN itu perlu kita jaga. Itu pilihan kita. Fikirkan….

  10. sial Says:

    Ya lah saudara2 ku, mereka di naha jalei ni, masih ada hak ke atas tanah mereka yang belum dibayar….tanah belum bayar tapi dah kena tenggelam…ni masuk pula isu baru, pasal tasik bakun, kita penduduk asap masih ada hak pergi ke tasik itu, kita ada hak buat jelatung kat tasik tu, siapa mereka-mereka ni semua nak melarang kita, bangsat betul..dah lah pampasan tidak bayar habis, dibayarnya separuh je, lepas tu larang kita pergi ke tasik tu,apa semua ni, dia org buat macam kerajaan dah bayar kita semua….lain kali kalau ada org nak datang ke naha jalei tu, nak melawat ka,or datang dengan niat lain ke, halau je, tak pun bunuh je pakai sumpit baru dia org tahu,ada undang-undang pun bukan dia org nak guna, dia org main suka ati dia oeg je, ape salahnya kita kaum kayan kenyah pun main ikut suka hati kita juga,adil kan…….memang sial….bangsat semua ada, pengkhianat bangsa…..

  11. padan ulae Says:

    BELAGA ADALAH NEGERI KITA KITA MEMANG BERHAK DI BELAGA BUKAN DI BALEH, BUKAN DI PUTRAJAYA DAN MANA-MANA TEMPAT.

    BIAR KITA HIDUP DAN MATI DI BELAGA. ITU ADAT KITA. NENEK MOYANG KITA BERPERANG DENGAN KAUM IBAN, DENGAN BROOKE DAN DENGAN JEPUN SEBAB KITA TETAP HIDUP DAN MATI DI BELAGA.

    TERUSKAN PERJUANGAN KITA. KITA MASIH ADA PELUANG. JANGAN MUDAH PUTUS HARAPAN…TUHAN TETAP BERSAMA KITA SAMBIL KE AKHIR ZAMAN.

  12. OUNA pupus Says:

    Jika PRU13 dah tiba nti, kita nak undi sapa? PKR?SNAP?BEBAS?DAP???

  13. ABUN SUI ANYIT Says:

    Inilah akibat tidak faham apa-apa yang lita pangkah dan perjuangkan dalam hidup ini dan semasa pilihan raya.

    Memang sudah jelas polisi BN adalah merampas dan menghapuskan hak tanah adat kita di Belaga. Anda bacalah semula komen-komen saya sejak 3 tahun yang lepas, baik dalam email, facebook, weblog saya sendiri – semuanya MENENTANG perbuatan BN dan kaki-kaki BN/Taib merampas tanah NCR kita di Belaga mahupun seluruh Sarawak.

    Kita konsisten menentang BN/Taib. Kepada sesiapa yang bersemuka dengan Taib, saya percaya Puan Umis Tujok sebagai Setiausaha Politik Taib, “Tolong katakan pada Taib : “Polisi kau memang memang CELAKA Taib, menghapuskan hak tanah adat kami. Polisi kau Taib telah menyebabkan hak kami di Belaga hilang hak selamanya.” Confirm dalam kes Mendiang Bato Bagi.

    Kalau KECUT dan TAKUT nak cakap ini pada Taib, tolong atur pertemuan saya dengan Taib boleh saya sebut sendiri pada Taib.

    Yang paling menghairankan, berebut-rebut pulak untuk jadi calon dipilih WAKIL Taib/BN dalam PRU 13 akan datang. Silakan… itu urusan BN.

    Nah, keputusan mahkamah persekutuan ini juga menjawab perdebatan kita selama ini bahawa polisi BN sebenarnya MENGHALAU Orang asal Belaga dari pulang ke tanah asal. Lain kali jangan SEMBARANGAN berdebat dengan menggunakan konon hanya BN bawa “PEMBANGUNAN”.

    Selagi Taib tidak mewartakan perintah membenarkan orang Belaga pulang ke kampung asal, maka bila-bila masa sahaja Taib/BN boleh halau kita dari sana – atas alasan “cathment area”.

    Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki pun pernah berkata, masalah tanah Orang Belaga dapat diselesaikan oleh orang politik. NAH, dalam kerajaan Taib/BN – NO WAY kita orang Belaga dapat balik lagi ke Ulu.

    Dalam kerajaan BN hak kita telah TERHAPUS. Itu sudah pasti. Noktah. Sedih memang sedih. apa nak dikata? Berbuih mulut kita cakap.

    Tetapi kita masih ada harapan baru dari Pakatan Rakyat. Berilah peluang Pakatan Rakyat menang dalam dalam pilihanraya akan datang.

    Seterusnya apabila ada perubahan kerajaan baru Pakatan Rakyat Persekutuan dan Negeri Sarawak dan Taib berjaya kita tumbangkan maka di situ ADA HARAPAN.

    Mari kita berjuang bersama-sama untuk menahan saki baki dan mendapatkan balik HAK TANAH ADAT KITA yang masih ada di Belaga.

  14. sial Says:

    1.BETULKAH RUMAH KITA PERCUMA,MANA STATUS PEMILIKAN?
    2.BETULKAH ADA PENAMBAHAN TANAH?
    3.BETULKAH ADA BILIK BARU GANTI YANG TERBAKAR?
    4.BETULKAH ASAP DAH JADI DAERAH PENUH?
    5.APA FUNGSI AKDC?
    6.MANA PERGI DANA TABUNG BAKUN?YANG SEDIA ADA DAH BERJUTA, DITAMBAH LG 5 JUTA?MANA PERGI DANA ITU?
    7.APAKAH WIFI BOLEH DIGUNA SEMUA DAN PERCUMA?
    8.BARU 70 ORANG? LAGI BERIBU ORG MANA NAK LETAK?
    9.BETUL KA HOSPITAL DAH SIAP?
    10.KOMPLEX SUKAN BOLEH GUNA SEMUA KE?PERCUMA KE?
    11.BETUK KE ADA BANYAK AGENSI KERAJAAN KAT SITU?BERFUNGSI KE?
    12.KEMUDAHAN BERIBADAT TU MEMANG WAJIB ADA?

    APAKAH INI YANG DINAMAKAN YB…..BENDA KECIL MACAM NI PUN NAK DIHEBOHKAN….RASANYA SEMUA PERKARA YANG DISEBUT NI, MEMANG WAJIB ADA, TAK PERLU DIA USAHAKAN PUN, MEMANG PENDUDUKAN AKAN DAPAT.ITU KEMUDAHAN ASAS YANG PERLU ADA, APA YANG BELIAU KENA USAHA ADALAH, UBAH HIDUP ORG ASAP TU….CARI JAWAPAN UNTUK MASALAH TERKINI….

  15. Bujang Senang Says:

    Itulah masalah kita rakyat ini suka sangat bandingkan semenanjung singapura brunei dengan sarawak kita ini .perlu diingat mana mana pembangunan semuanya di atas tanah tak ada yang tergantung di atas awan.kalau kampung kita menjadi bandar semuanya di atas tanah.buat pembangunan salah tak dibuat pun salah.

Comments are closed.


%d bloggers like this: