Tahniah Menteri Muda, Bila Nak Bina Gereja?.

Apa yang dapat saya perhatikan ada 2 perkara yang paling besar dan paling berharga dimiliki oleh Orang Ulu sejak dulu lagi. Dua perkara itu ialah “Tanah Pusaka” dan “Seni Budaya”. Orang Ulu di Sarawak walaupun jumlah kita kecil sahaja iaitu sekitar 8% daripada sejumlah 2.4 juta penduduk Sarawak. Namun kita memiliki sebahagian (50%) daripada tanah di negeri ini.

Seni Budaya Orang Ulu pula adalah antara yang paling unik dan menarik sekali. Bukan sahaja dikagumi oleh masyarakat serantau malah dijulang hingga ke peringkat antarabangsa. Dimana-mana sahaja kita pergi, iklan dan majalah pelancongan pasti memaparkan wajah, tarian serta muzik Orang Ulu. Besarnya pengaruh budaya Orang Ulu ini hinggakan ia menjadi Xfactor untuk masyarakat dunia mengunjungi Malaysia dan khususnya Sarawak.

Kerana itulah lebih 30 tahun yang lalu  Orang Ulu dari Belaga pernah dilantik menjadi Menteri Tanah dalam Kabinet Negeri Sarawak. Dan setelah 30 berlalu, maka giliran YB.Liwan Lagang pula untuk menjadi Menteri Muda Pembangunan Sosial (Warisan dan Budaya) dalam kabinet CM Taib. Melalui posting kali ini Belagakini ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YB.Liwan Lagang.

Menyingkap semula sejarah,penglibatan YB.Liwan Lagang dalam arena politik pada tahun 2006. Teringat saya kepada Pak Cik Bilang di Uma Daro.Setelah tamat pilihanraya tahun 2006 satu pertemuan keluarga diadakan di Uma Daro. Pak Cik Bilang meminta supaya kami sekeluarga membantu YB.Liwan Lagang (ipar) dalam kerjaya politiknya dan biarlah sampai jadi menteri. Nampaknya doa dan harapan Pak Cik saya ini tercapai dalam masa dua penggal.

Namun sejak tahun 2005 lagi, saya tidak bijak bermain politik, saya tak pandai bermuka-muka dan memuji-muji. Setelah saya berfikir dengan agak panjang saya memutuskan untuk menjadi pengkritik tetap BN di Belaga . Saya memutuskan jangan kerana ipar saya menjadi YB dan sekarang menjadi menteri maka saya harus tutup mulut dan mula mengisi perut sendiri.

Saya berkeyakinan, rezeki datang dari TUHAN dan hanya usaha sahaja yang menentukan sama ada kita memperoleh banyak atau sedikit. Saya juga berkeyakinan bahawa melalui kritikan yang “jujur” pihak yang dikritik juga akan amat menghargai apa yang kita katakan. Ini terbukti dengan hubungan baik saya dengan YB.Liwan kekal hingga sekarang dan kami tetap boleh berhubung (telefon) pada bila-bila masa sahaja. Namun sejak akhir-akhir ini  beliau telah jarang menghubungi saya, mungkin kerana sibuk atau kerana telah besar kepala (begitukah)  atau dilarang oleh Bos beliau James Masing???

Terlanjur menyebut nama James Masing Raja Orang Belaga, saya berharap agar para pengikut JM tidak “frust menonggeng” kerana beliau tidak dilantik menjadi DCM. Saya memang tahu tidak mungkin JM dilantik menjadi DCM. CM Taib bukan bodoh, dengan meletakkan 2 wakil kaum Dayak menjadi DCM (Jabu dan Masing), ibarat menjerut leher sendiri. Apa yang CM Taib lakukan sekarang adalah untuk memancing semula sokongan semua kaum, khususnya kaum cina. Pada saya rombakan kabinet muktahir ini langsung tidak menarik sebab Taib masih pegang “remote control” semua keputusan, idea,cara perlaksanaan dan falsafahnya masih falsafah lama, iaitu falsafah pembangunan yang menguntungkan syarikat besar dan kroni BN dan yang rugi rakyat miskin.

Akhir sekali diharapkan dengan pertambahan kuasa yang ada kepada YB.Menteri kita dari Belaga ini, seharusnya percepatkanlah pembinaan gereja pusat seperti mana yang dicadangkan oleh YB.Liwan sendiri pada tahun 2006 yang lalu. Janganlah bina untuk SIB sahaja, orang kristian RC pun banyak yang sokong BN di Belaga. Jangan anggap Agama itu bukan budaya, sebab agamalah budaya kehidupan  yang sebenar dan mencorakkan kehidupan sosial yang harmoni dan sejahtera. Saya rasa Pak Cik Bilang pasti gembira jika niat suci pembinaan gereja ini dapat dicapai.

9 Responses to “Tahniah Menteri Muda, Bila Nak Bina Gereja?.”

  1. ABUN SUI ANYIT Says:

    Bukan sahaja Gereja, juga jalan raya ke lot-lot tanah. Doktor di klinik Asap.

    Terbaru, desas-desus terdengar kes rogol budak bawah umur – tapi tiada tindakan undang-undang (jenayah) terhadap perogol.

    Tidak elok kalau dibiarkan terlepas, nanti keraplah anak-anak dara bawah umur dari Belaga akan jadi mangsa. Maruah perlu dijaga.

  2. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Jangan pula penyokong setia Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak ini ingat mereka dah menang kerana bos mereka sekarang menjawat jawatan tersebut. Jawatan tersebut bukan hak ekklusif mana-mana pihak, tetapi amanah yg perlu digarap dengan penuh bertanggungjawap.

    Bomoh Taib telah hampir sampai ke penghujung jalan dalam karyanya atau boleh dikatakankan sisa-sisa hidupnya kerana dia telah pun menjangkau umur 70 tahun ke atas. Hidup pun bukan lama lagi. Namun, Bomoh Taib ini telah puas memeras dan menindas Orang Ulu ( terutamanya orang Kayan-Kenyah) dan pada saat akhir dan sisa carriernya, dia memberi sedikit sahaja sisa nasi tersebut, nescaya dengan harapan orang Kayan-Kenyah tidak membenci dan mendendam kepadanya sehingga ke akhir hayatnya.

    Bomoh Taib ini sungguh licik dan Orang Kayan-Kenyah yang bodoh akan terus percaya kepadanya melalui barutan (tali barut) jawatan Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak.

    Bagi saya, biar sampai saya menghembus nafas terakhir saya, saya sama sekali tidak memaafkan Bomoh Taib ini. Saya sama sekali tidak akan memangkah BN dalam hidup saya.

    Saya percaya BN akan tumbang pada satu hari nanti. Bagi sesiapa yg berperinsip, teruskan perjuangan anda untuk menegak keadilan di Bumi tercinta di Belaga ini dan Sarawak amnya.

  3. padan ulae Says:

    TAHNIAH kepada YB Liwan atas perlantikan beliau menjadi menteri muda walaupun umur agak tua sudah. Tahniah juga kepada YB Datuk Billy sebab beliau mungkin tidak bertanding lagi dan bagi kita rakyat Belaga,,,,cukuplah YB…kurang2 dapat Datukship jadilah. Minta Datuk berundur sahajalah di pilihanraya akan datang. Amaran kepada ketua masyarakat seperti pemanca2 dan penghulu2 jangan lah hegeh2 hendak memuji orang yang tidak buat kerja dengan adil dan betul lebih dari 20 tahun. Niat anda itu kurang bermoral. Biarlah calon baru menganti YB Billy, apa salahnya?

  4. BeliaBelaga Says:

    Kejayaan kecil bagi DUN Belaga kerana YBLL di lantik menjadi Menteri Muda Pembangunan Sosial (Warisan dan Budaya) amat kita banggakan. Namun pada pengamatan saya, kejayaan ini harap tidak berhenti setakat ini kerana jawatan ini amat sinonim dengan masalah besar kita penduduk di Belaga iaitu kehilangan harta warisan (tanah) dan budaya hidup sebagai masyarakat orang ulu yang saling bantu-membantu dalam kehidupan seharian mereka sejak dulu lagi. Jadi dengan perlantikan ini kita rakyat Belaga mengharapkan isu pemberian tanah tambahan, pemberian hak tanah kepada penduduk Belaga dan orang Asap yang mengusahakan kebun Sawit serta masalah tanah di hulu Bakun yang salah disukat parameternya perlu dibayar oleh kerajaan negeri harus diselesaikan oleh YB dengan segera. Jika ini semua terjadi barulah bererti jawatan yang diberikan kepada YB dalam kabinet negeri kali ini bagi penduduk Belaga. Kami sayang YB yang akan terus bersuara untuk rakyatnya demi masa depan yang lebih gemilang. Good LUck YB.

  5. bayu senja Says:

    apabila mjd menteri hrp jgn meninggi diri sbaliknya rkyat lbh suka menteri yg tdk lupa diri sbaliknya mjd menteri yg tbaik utk smua tanpa mgira dr parti mana sklipun org itu. Menteri yg perlu mgotakan janjinya dlm plhrya lalu dan menteri yg bkja kuat serta menteri yg tdk mharapkan apa2 habuan serta mgisi poket sdiri.

  6. bayu senja Says:

    Salam Jumaat buat rakan yg kerap mbaca blog ini. 1 berita tbaru saya dgar jika benarlah,…. ini bkenaan calon baru MP hulu rajang utk next PRU 13 nanti. Cerita sebegini mmg kurang saya gemari dan amat myakitkan hati kita yg mdengar… Bagi saya siapa yg mmimpin ssebuah parti perlu mgunakan pendekatan bhemah dan hormat pd harga diri seseorg yg pnah mjd pmimpin samada dia insan berkarisma atau sebaliknya itu bukan isu disini. Pd hemat saya alangkah baiknya apabila seseorang pmimpin itu tdk lagi kehendaki mjd calon lagi… orang itu patut dipanggil sdiri olh pmimpin parti (Presiden) scara baik. Jangan apabila masa org itu diperlukan, bukan main lagi sana sini pergi bkempen demi memenangi calonnya namun apabila tdk diperlukan lagi guna cara belakang. Pbuatan sbegini sudah tentu akan mengecewakan penyokong2 pmimpin itu. Inilah yg pnah blaku dlm thn 2006 dulu. Kalau pmerhati plitik di belaga masih ingat lagi??? Jd cerita yg baru saya dengar lbh kurang mcm itu lah nadanya. Kenapa politik di belaga smakin teruk???? Jangan kerana ada seseorang insan baru yg nak dipilih lalu tdk mmandang maruah orang lama. Apa susah kah beritahu cara baik. Panggil pmimpin itu cakap baik2 minta berundur beri laluan kpd pmimpin muda/baru. Org2/pyokong2, saya rasa tdk akan kecewa. Mujurlah org di belaga tdk spt tmpat2 tertentu d msia ini, yg mninggalkan parti lalu myertai parti lain apabila pmimpin yg mereka sokong ditikam dr belakang. LU FIKIRLAH SENDIRI

  7. Bekerang bavui Says:

    Macam kata sdra Padan Ulae, mmg benar, tidak salah mgantikan DTk Billy, MP kita slama bbpa penggal ini kpd muka baru… tapi biar beradat dan berhemah. Jangan bawa politik jahat di belaga. Jangan diamalkan politik spt musuh dlm selimut Jangan ada budaya tikam belakang. Di depan bermuka-muka tapi di belakang ada gerakan sedang dibuat.

  8. Danny Bungan Says:

    Betul kata Sdr Padan Ulae dan Bekerang Bavui, kita perlu berkhemah dalam apa pun yang kita lakukan. Soal ganti YB Datuk Billy, kita perlu mendapat green light daripada President Parti barulah kita memulakan “perjalanan” atau destiny. Perkara mengatakan bakal pengganti ini akan menyebabkan kekeliruan antara penduduk apatah lah penyokong. Inilah punca dan penyebab perpecahan dalam parti atau pun dalam organisasi. Jangan dengar guruh di langit air dalam tempayan di buang, selepas itu hujan tidak jadi turun. Apakah ini tidak mengecewakan, oleh kerana telanjur mengatakan diri akan menjadi calon dan apabila tidak di jadikan calon parti tersebut maka bermulalah bab buruk memburuk dan caci mencaci. Bagi saya siapa pun yang akan mengganti YB sediada dan dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti saya akan menyokong demi untuk kemajuan Parlimen Hulu Rejang khasnya kita di Belaga.

  9. dianayakdianheling Says:

    org BN selalu nak berebut jadi calon.bila tak dicalonkan semula mereka kata lah keburukan calon BN yg telah lama berkhidmat itu.Ini bermaksud Org BN tak pandai kerjalah.Byk contoh.dlm supp,umno,dan byk lagi.Khir toyo satu cth.nak” makan besar”.Org BN lah ni.Nasib baik YB LL jd YB Belaga kalau tidak jadilah mcm zaman Datuk Nyipa dan Tajang dulu tu.Belaga satu Jeti pun susah.Padang KDC mana ada perubahan?Adakah?haiya.mana jalan pi lg daah,uma mekero?uma Sekapan?ini kah politik pembgunan?cakap pun tak guna.Bu keloh keluk ….salak gunah kuasa.ampun…

Comments are closed.


%d bloggers like this: