Belaga: Ketua Kaum Bersuaralah Untuk Generasi Depan.

Ketika PM Najib membentangkan Bajet 2012, saya berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri ” Climate & Energy Forum:Towards Energy Efficiency & Safe Options”. Forum yang berlangsung selama 2 hari (8-9 oct 2011) telah diadakan di Faculty Of Law University Malaya. Saya mengambil tempat untuk membahaskan pengalaman saya yang terlibat secara langsung dalam pembinaan empangan hidro elektrik Bakun dan Murum. Ramai peserta dari dalam dan luar negara turut hadir (Jepun, Korea dan Australia).

Ketika forum berlangsung saya difahamkan oleh seorang kawan dari kuching menyatakan ketua-ketua kaum dari Belaga dan Bakun berada di kuching untuk berjumpa dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu gengsterisme di Tasik Empangan Bakun. Antara lain ketua-ketua kaum merayu kerajaan negeri supaya cepat menghalau “samseng taik kucing” dan membenarkan semula para penduduk 15 buah rumah panjang di Sg.Asap membalak di kawasan yang ditenggelami oleh tasik Bakun.

Tindakan sekumpulan ketua masyarakat ini sangat baik dan bijak, masakan tidak PRU13 telah hapir ke garisan akhir dan pastinya kerajaan akan tunduk kepada tekanan mereka. Selaras dengan tindakan yang telah digerakkan oleh kumpulan berkenaan, mereka harus juga terus menekan kerajaan untuk menunaikan janji-janji yang telah dilafaskan sebelum dan semasa pilihanraya negeri yang lepas.

Antara lain kerajaan belum lagi membayar 50% baki harga rumah panjang di hulu Bakun, belum lagi lagi menyambung penduduk Sg.Asap ke grid nasional(dijanjikan RM22 juta) dan yang amat penting memberi tarif elektrik yang murah dan kalau boleh PERCUMA.

Namun saya secara peribadi tidaklah menyokong tenaga elektrik yang percuma kerana secara logiknya benda-benda yang percuma ini akan tidak dihargai atau akan dibazirkan. Saya lebih cenderung kepada idea tarif domestik yang murah.

Saya menasihatkan Ketua-ketua kaum di Belaga ini supaya benar-benar bersuara untuk kaum yang mereka wakili. Nama pun sudah ketua kaum, tidak salah mereka bercakap untuk kaum masing-masing. Yakni kalau mereka ketua kerajaan maka mungkin wajib bagi mereka bercakap mewakili kerajaan. Saya tekankan demikian kerana sehingga hari ini belum ada ketua kaum di Belaga dan Bakun yang bercakap soal royalti penjanaan tenaga dari Bakun.

Falsafah Cina ada menyebut, kalau nak membentuk besi biarlah ketika masih panas. Mengambil prinsip bahawa pembinaan Bakun untuk pembangunan dan untuk keuntungan semua pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga Masyarakat Bakun. Jika begitu kedudukannya Sarawak Hidro Sdn.Bhd mengunjurkan akan memperoleh pendapatan minimum RM36 juta tahun ini dan RM112 tahun 2012. Sementara Kerajaan Negeri akan memperoleh RM7 juta tahun 2011 dan RM21 juta tahun 2012 (bayaran levi air). Pada saya adalah amat wajar ketua-ketua kaum menyuarakan supaya masayarakat Bakun dan Belaga keseluruhannya memperolehi keuntungan yang serupa. Maksud saya sejumlah wang dalam bentuk royalti harus dibayar kepada penduduk Bakun secara tetap setiap tahun.

Katua-ketua kaum harus ingat, jika pada permulaan hasil (Bakun) ini pihak kerajaan telah melupakan kaum Orang Ulu di Belaga, janganlah berharap mereka akan mempertimbangkan tuntutan kita di masa depan. Dua tiga hari ini “James Masing Raja Orang Belaga” bising pasal jalan raya Belaga-Bakun-Bintulu yang teruk. kenapakah PM Najib tidak memperuntukkan sejumlah wang untuk membaikkinya dalam Bajet yang baru dibentang???. Apakah PM Najib telah lupa janjinya kepada orang Belaga??? atau kerajaan BN tiada wang untuk Orang Ulu Belaga. Banyak janji PM Najib yang gagal dilaksanakan, maka bersediakah Ketua Kaum kita di Belaga menolak mereka dalam PRU13 nanti??.

PM Najib semasa lawatan ke Uma Belor awal januari 2011 dan semasa menyaksikan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Sarawak Hidro Sdn.Bhd dan Sarawak Energy Sdn.Bhd menyatakan rasa penghargaan kerajaan kepada kaum Orang Ulu Bakun. Namun seharusnya penghargaan itu harus diterjemahkan dalam bentuk pembayaran royalti dan pembekalan tenaga elektrik yang murah untuk orang Bakun.

18 Responses to “Belaga: Ketua Kaum Bersuaralah Untuk Generasi Depan.”

  1. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Belaga adalah pakar pembodek dan pengampu. Mereka tidak akan berjuang untuk rakyat, tapi berjuang untuk poket dan kepentingan keluarga dan peribadi mereka. Itu saja yang mereka mahu.

    • Taring Pitem Says:

      oii bloody hell…
      ckp tengok2 jg..pandang atas bwh..kiri kanan..jgn ikut sedap mulut sj nak tuduh2 org…x semua mcm tu..segelintir sj brader..klu mcm tu la sikap semua KK di belaga … hancur brader….jgn gelojoh sgt nak mengatakan org..cermin diri dulu la brader..mereka lagi tahu mana yg buruk mn yg bodoh..kita ini manusia, fikiran jangan sempit, buka luas sikit..x kan setegal seorng yg lu anti tu..semua KK lu ckp begitu..apa punya brader la…

      jgn2 lu ini pakar………………………………..???????

      klu lu btol2 perfect sgt..LU SOUND2 LA SAMA DIA ORG..
      LU PK LA SDIRI..

      • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

        Lu bro Taring Pitem ni memangla sudah pitem. Kalo sudah pitem pitem la otak kepala kamu tu. Pitem macam otak bomoh Taib Mahmud. Jangan pandai-pandai ajar org lain la. Poket kamu tu penuh kerana duit BN. Pitem macam BN jugak.

      • Taring Pitem Says:

        bro lu ni mmg keras jg la Bloody…aku ada kacau duit lu ke???.. aku x sehina itu la bro..mahu menongeng sana sini minta belas kasihan kerana ‘SIN’…… ‘SIN’ tu dlm kayan apa…duit kan…then u translate ke BI…..aku ini bermaruah jg..duit yg aku dpt skrg ni pun atas rezeki yg diberi oleh Tuhan.. aku lg tahu menilai mn haram mana halal bro..mak bapak..keluarga aku x setamak yg lu bayangkan..sekolah aku x tinggi bro,tp adat dan akal fikiran serta kewarasan aku tinggi..
        INSULT BRO……
        sebayang tua na em..akey apun tek Tuhan..ma’e urip denak men ikak..akey umur aru…jan lalek sayu peji’ak kelunan..manok amam…kitam ye..du’e susu junjung em..ala otak kan jan pitem piah otak kui…lan otak kui nih pitem..tp tek loh kah rasa hormat kui tek klunan..

        Haleeeyyylluuyyaaaaaaaa..AMEN.

      • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

        Oi bro Taring Pitem ! Engkau ni ingat engkau tu Tuhan ke ? Aku bukan tuhan untuk menilai kamu tu bersih daripada buat dosa. Mana la aku tau engkau tu dosa. Itu hal engkau dengan tuhan engkau la. Jangan cuba nak berkotbah jadi Tuhan. Mana la aku tau, engkau tu tuhan ke, engkau tu syaitan ke. Itu hal engkau la. Kalau takut bertikam lidah dalam blog, jangan cuba-cuba nak tegur dan ajar org lain dalam blog. Engkau ingat betul-betul ! Selagi engkau cuba kacau untuk mengkritik aku dalam blog ini, aku akan terus mengkritik engkau sampai ke lubang cacing. Engkau belum lagi tau siapa Bloody Hell Taib Mahmud ini ya.

        Aku mana la tau latar belakang engkau. Aku pun tak tau siapa engkau. Awal-awal kamu kata kamu tu tak sehina. Mungkin juga engkau tu seorang tu pembodek dan pengampu. Mungkin juga engkau tu pernah makan duit orang. Semua itu adalah kebarangkalian kerana aku tak kenal engkau. Apa yg aku tau tenytang engkau ialah muncul dalam blog dan mengkritik pendapat aku. Engkau cuba la….

      • Taring Pitem Says:

        oiiii Bloody…ada aku kt aku tuhan..biji mata kau dah rabun ka..ada aku bkotbah..ada aku suruh kau kacau hal aku..

        apa..sakit hati ke bro…suka nya aku…kahkahkahkahkahkah…padan muka..

        ko sapa nak aku takut kan bro..aku ada ajar kau ke??
        engkau sapa sangat yg aku mahu tahu..Bloody Hell..

        kau manusia kan…apa yg nak d takut kan sgt la bro..
        kenapa kau x dpt dkritik ker..dasar pemikiran sempit..

        kau nak aku cuba apa bro…

      • Taring Malat Says:

        sapa ini taring pitem ? dia hebat betul lah. arap satu ari, ada jumoa sama dia. tapi, runding dulu dengan bloody hell…..mungkin dapat nekeh keloh dia nanti….

      • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

        Jangan nekeh keloh Taring Pitem tu dulu Taring Malat. Kita biar dia lepas emosi dia dulu. Kita bertindak macam cara kita masa dalam PDRM dulu. Kita akan tau siapa dia nanti.

      • Taring Taring Taring Pitem Says:

        lalu mahu sebut PDRM..kahkahkahkahkahkahkahkah..lawak antarabangsa…

      • Taring Malat Says:

        lu jgn suka main. nahas lu kalau tau lu nanti

  2. Tup Seketup Says:

    Org Belaga tak akan menolak BN walaupun hari ini mereka ada banyak aduan, komplen dan marah2. Nanti dtg election, BN pun dtg edarkan tilam percuma, kasi beras ada logo 1Malaisia percuma, minyak diesel percuma, duit rm50 percuma dan pelbagai yg percuma. Masa itu nanti masyarakat kita org ulu akan lupa pasal komplen2 mereka. BN will forever in Belaga no matter how much they complain about BN wakil rakyat, tengoklah nanti…

  3. Bekerang bavui Says:

    sokong sgt dgn komen awak tup seketup sebab itu dah cara pmikiran org2 kita… mcm mana pun kita generasi muda nak cuba menyusup msuk dlm pmikiran mereka tetap tk dapat sebab dlm kepala mereka dah tetap fikir dacing10000. MCM mana pun sebelum hari buang undi hati mereka kata nak tolak bn tapi apabila ada sekutu/konco bn dtg last minit bri wang, sekelip mata pdirian mereka berubah. Bukti byk ms election lpas. Apalagilah kalau ada ole2 diberi olh kaki kempen tu terus berpatah arang. Apapun utk pru 13 nanti ni, harap sgtlah cara pmilihan di hulu rejang tu selesai cara musyawarah bukan tikam belakang atau musuh dlm slimut. Lain org yg disangka btanding, lain pula nama yg dihantar. Kalau nak mhentikan karier politik seseorang tu, apa salah pmimpin parti mberitahu orang tu, bhw cukup sekian khidmat yb diperlukan, kita cuba beri pluang kpd pmimpin baru. Saya rasa kalau dipanggil orang itu dgn mgunakan pdekatan bhemah, orang itu takkan kecewa bgtu juga penyokong2nya. Jangan ulangi kisah 2006… sampai skrang msh terasa kalangan pyokong mantan yb stanly ajang.

  4. marenumalesungbatu Says:

    JAGA PERIUK NASI SAJA ORG YG DAH ADA PANGKAT TU.NAK BERJUANG TUK BELAGA KAH?JAUH PANGGANG BAVUI DARI APUI TU.

  5. skpn baru Says:

    Komen2 ni dah cukup bagus,pedas,panas””masam….dan kalau org BN tu tak insaf lg…itu bukan insan yg sempurna.Dia memang tak ada hati perut.Ada otak tpi tak pandai pakai…org kata ..”Lupa daratan”.Sblm Jd YB dia org mcm kita””” takkanlah tak tahu keperitan hidup kita penduduk belaga.Dah lah jln sekadar tolak rumput je…teres tak de…hujan sikit Runtuh.Cakap dan buat papan jalan naik taraf…naik taraf apa?Ni Sy nak kongsi dgn Saudara semua…Skrg Usia sy dah menjangkau 3o-an.Tp Apa yg sy nampak dengan jelas sedikitpun tiada perubahan di tpt kita…Dari dulu sampai skrg Tetap sama.Tiada beza malah kehidupan kita makin terhimpit dan hak kita cuba dicabul.Wahai generasi muda “ayuh Marilah kita Berganding bahu dan menentukan Cara hidup kita Yg Baru dan Maju”Ini Zaman kita dan lupakan zaman datuk ,ayah kita yg senang dilobi Oleh BN tu..Pada sesiapa yg belum mendaftar tu daftarlah sekarang.Jgn Buang masa lgi utk memandang setiap kesilapan yg dilakukan oleh Bn ni.Kita Bangkit…Ayuh saudara kita telah lama DIPINGGIRKAN.Kita telah sekian lama MENDERITA.Kita telah Lama DIPERBODOHKAN….”””Lihatlah kerja mereka…Buat Empangan Bakun,Murum…Apa erti semua ini?Ikan Berapa Juta ekor telah mati disebabkan pencemaran…Apa Yg Kita Dapat?1sen pun tak ada…air kita telah tercemar…org kpg bergantung kepada hasil semulajadi ini Tp…Mereka telah musnahkan dan tak membayar ganti rugi..YB,KETUA KPG HANYA BERDIAM DIRI SAJA….Sekian Utk Kali Ini.

  6. nowmaica Says:

    yang penting semasa memilih pemimpin baru, kena lihat sekeliling…fikir baik-baik….rules of thumb kalau seseorang itu terlalu kuat maka dia tak takut sesiapa pun, kalau memerintah mungkin lebih senang kepada kepentingan peribadi….tak memikirkan rakyat jelata. saya tak kisah kalau Belaga nak hancur..jadi apa pun sebab saya dah tak tau apa nak jadi dengan orang kita.

    kalau kita tunjukkan undian yang 55% vs 45% (BN Vs PKR or vice versa) memang dengan jujur saya katakan kita akan dapat lebih untuk Belaga bukan untuk pemimpin di Belaga. Anak muda Belaga jangan beri undi yang terlalu banyak majoriti kepada sesebuah parti politik sebab mereka akan bangga dan lupa diri…give belaga a chance to develop…….peace. ….nowmaica…

  7. sial lu org (TUT) Says:

    memang normal lah tu…kalau dah ada pangkat tu, semua dia nak, dia yang punya…aku dah biasa sangat dengan benda mcam ni….kat kampung aku tu, ketua kampung guna kuasa untuk pinjam duit org kampung, guna kuasa untuk menghukum org kampung sesuka hati dia je, kalau ikut kan undang2 sebenar, dia org tu boleh kita heret ke mahkamah tu….kalau nak hukum org ada syarat nya….bukan main sebut ja…..ketua kampung. penghulu…ko rang tak ada hak denda org melebehi dari yang ditentukan oleh undang2, bagi mana2 ketua kampung ke, penghulu ke,pemanca ke, yang baca post aku ni, sedar lah, jangan sampai 1 hari nanti korang kene seret ke mahkamah disebabkan ketamakan korang tu….sedarlah….korang kene sedar budak2 zaman sekarang dah ramai yang pakar dalam bidang law, so mulai dari sekarang berubahlah…aku lah org pertama yang akan mengheret ketua kampung aku tu ke mahkamah nanti, aku kan pastikan dia merengkok dalam penjara lepas ni, seperti mana dia dah menyusahkan org tua aku…..berani buat, berani lah tanggung,ko dah makan duit emak bapak aku, tapi tak nak bayar, ko tggu lah nasib ko nanti….

  8. lama b Says:

    fikiran macam orang dulu masalah sungai dan tanah kampung sendiri sahaja .tu jalan raya yang saudara gunakan balik kampung tu bukankah itu melalui tanah orang lain adakah tanah sepanjang jalan itu tidak bertuan adakah nyawa mereka tercabut kerana mengadaikan tanah mereka dijadikan jalan ke belaga kalau semua orang berfikiran seperti saudara itu macam mana nak membangunkan negara kalau air kotor tak ada hujan saudara pergilah ke air terjun tempat paip tu mungkin ada monyet mandi di situ ataupun babi hutan kalau pergi bawalah dengan sompet sekali selesailah masalah saudara itu makan malam pun ada lauk

  9. bujang susah Says:

    kalau saudara tolak apa apa bantuan tolaklah semua sekali jangan hanya tilam sahaja minum pagi makan tengahari sepanjang tinggal di asrama itu tolak semuanya makanlah di luar tengok macam mana kalau tak bersekolah lagi beritahu adik saudara jangan makan di dalam sekolah sebab itu memancing undi cubalahjangan cakap saja

Comments are closed.


%d bloggers like this: