Anak “Maren” Yang Malang.

Telah hampir sebulan saya tidak mencatatkan apa-apa tentang perkembangan politik di Belaga. Tujuan saya untuk memberi ruang kepada YB dan orang-orang kuat BN di Belaga untuk bekerja tanpa kritikan. Moga dengan itu mereka akan lebih rajin, bersih cekap dan amanah.

Kali ini saya ingin bercakap berkaitan kisah dua orang anak “Maren” yang malang. Anak maren yang habis manis sepah dibuang. Anak maren yang pertama yang saya maksudkan ialah mantan YB kita di Belaga, Stanley Ajang Batok. Ketika krisis PBDS memuncak pada tahun 2006, Stanley memilih untuk menyertai SPDP. Namun malang bagi Stanley kerusi DUN Belaga diperuntukkan kepada PRS pimpinan James Masing, dan calon mereka ialah En. Liwan Lagang.

Walaupun berlaku lobi melobi, namun itu hanyalah silat mata saja. Yang sebenarnya yang mempunyai kata pemutus ialah Datuk Sri Nyipa Batok dan menantu beliau James Jemut Masing. Sudah tentulah mereka berdua ini tidak akan memilih Stanley Ajang Batok memendangkan berlaku perang dingin antara dua keluarga maren terbabit.

Sekarang ini kes yang serupa berulang kembali, seorang lagi anak maren iaitu Datuk Billy Abit akan ditongsampahkan oleh James Masing dan ayah mertua beliau. Sebabnya kerana Datuk Billy semakin berkuasa dan semakin mengontrol banyak bisnes di Belaga dan khususnya di Bakun dan Lusong Laku. Beberapa anak didik JamesMasing telah mula berkokok dan mewar-warkan bahawa Wilson Ugak Kumbong akan dicalonkan di parlimen Hulu Rajang.

Saya pasti keberanian beberapa budak hingusan PRS ini kerana mereka telah mendapat arahan daripada “Orang Atas”. Namun saya yakin bahawa Datuk Billy sudah tidak punya peluang lagi untuk mempertahankan parlimen Hulu Rajang. Alasan paling kuat kerana beliau telah tua, kurang bijak dan telah terlalu lama jadi YB. Dari segi sokongan James Masing selaku presiden PRS langsung tidak risau kerana dari segi kiraan matematiknya mereka boleh menang mudah di Hulu Rajang walau sesiapa pun diletakkan.

James Masing dalam pilihanraya Negeri yang lalu memperolehi majoriti yang banyak di DUN Baleh dan di DUN Belaga pula YB Liwan juga memperolehi majoriti yang amat selesa. Ini bermakna dua DUN yang membentuk Parlimen Hulu Rejang ini adalah kerusi yang selamat bagi PRS.

Seorang lagi anak maren yang malang yang juga ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu ialah saudara Ali Basah Kesing. Entah mengapa walaupun beliau berdiri atas tiket PKR dan bertekad memperjuangkan Hak-Hak Orang Ulu terhadap tanah NCR, namun masyarakat Belaga masih bebal dalam politik.

Namun mampukah rakyat Belaga dan Hulu Rejang keseluruhannya mengharapkan 3 orang anak Maren yang malang ini bangkit bergabung dan menumbangkan penguasaan “Datuk Sri James Jemut Masing Raja Orang Belaga” dan ayah mertua beliau??. Sama-sama kita nantikan PRU13 yang akan menjelang mungkin seawal Mac tahun depan.(diterbitkan tanpa edit-maaf jika banyak kesilapan ejaan)

7 Responses to “Anak “Maren” Yang Malang.”

  1. giham bakun Says:

    Ulasan dan garapan cerita olh sdara blogger amat dipersetujui. Ini kerana jika tdk ada green light dpd orang atasan dlm parti itu, sudah tentu budak2 hingusan dr kalangan prs ini takkan bsuara malah terang-terangan lagi berkokok mengatakan bhw Ugak Kumbong akan mjd calon utk PRU akan dtg. Sbg pemerhati kita akan lihat nanti, apakah benar atau sebaliknya. Namun jika diperincikan memang benar skali skrg di kws kita di belaga org2 yg amat bpengaruh dlm mencorakkan lanskap politik di belaga adalah James Masing, ayah mentuanya dan disokong kuat olh adik ipar beliau iaitu Umis Tujok. Kenyataan ini tdk perlu disangkal. Buktinya dlm 2 plhraya lalu, 2006 dan bulan april lalu telah mbuktikan politik itu mmang kotor. Kenapa saya katakan kotor?? Kerana politik tdk pandang pd saudara sepupu, saudara kandung. Yg pastinya di belaga ramai org tahu akan hakikat ini. Keadaan ini blaku bmulanya thn 2006 sekali lagi blaku dlm plhraya lepas. Natijahnya hubungan saudara mjdi dingin olh kerana jentera kuat/kaki kempen utk b-end adalah kalangan saudara dari calon pmbangkang dan calon bebas itu sendiri. Jd utk PRU akan dtg ini, kita sama-sama lihat nanti… apakah Dtk Billy abit terus kekal sbg calon atau sebaliknya….Bgmana bentuk permainan politik watak2 yg saya sebut di atas tadi utk pru-13 kita …tunggu dan lihat.

  2. FIKIR-FIKIRLAH BILLY Says:

    NASIHAT KAMI KEPADA YB BILLY ABIT JOO ALHI PARLIMEN ULU REJANG, LEBIH ELOK JAUHKAN DIRI KAMU JANGAN TERLALU RAPAT IKUT TELUNJUK MASING,. SIAPA SEBENARNYA MASING? FIKIR=FIKIRLAH SENDIRI. MASA DAN WAKTU BUAT MASING SUDAH SAMPAI PENGHUJUNGNYA JALANAN POLITIKNYA……,

    HARAPAN MASING DENGAN BANTUAN NYIPA BATOK , APAKAH PENCATURAN POLITIK MEREKA ITU MEMBUAHKAN HASIL DAN TERJAMIN? BELUM TENTU TERJAMIN, …… INGAT MASING PUN BELUM TENTU TERJAMIN NASIB DIRI BELIAU SENDIRI MENJAMIN HALA TUJU PRS DIBAWAH TAIB?

  3. Taring Malat Says:

    berebut mau jadi calon bn ? apa salah kalau jadi calon pembangkang ? ertinya semua olang belaga ini mau masuk poket herana tidak ada yg mau berjuang jadi pembangkang….aduh…aduh…….

  4. nowmaica Says:

    saya tak tau di belaga sajer perkara ini berlaku, kenapa mesti maren kalau nak jadi pemimpin di belaga? sekarang ini zaman modern peluang sama rata, wahai org belaga bangunlah dari tidur maren itu tak memberi kamu kelebihan untuk menjadi pemimpin yang baik. maren tak pernah memberikan kamu kebijaksanaan yang lebih dari orang lain. Kalau kita dapat mentadbir daerah belaga dengan telus, baik dan teratur maka penduduk daerah kita juga yang mendapat faedah. Jangan war-warkan Maren ini lagi dalam pemikiran generasi akan datang, sekarang ilmu yang menjaminkan masa depan yang lebih cerah.

  5. sial lu org (TUT) Says:

    betul nowmaica, apa itu maren, malas aku nak tahu, apa dia org ingat org maren tu dah cukup bijak jadi pemimpin ke,,,,,,pemikiran sempit..ko masuk bandar, x de dah maren ko tu, ko jadi kolot, jadi kampungan…pg mampus lah dengan maren ko tu….sial tidak sokong maren….MUKTAMAD

  6. raja-raja Says:

    ikut sy krja laut lagi senang ati..

  7. bujang susah Says:

    calon pkr tu hanya mahu duit tiap tiap bulan sahaja kalau menang mana dapat duit untuk membantu rakyat tak mungkin dia mengunakan gaji dia sendiri tak mungkin kita minta bantuan dari orang yang kita anggap seperti musuh lihatlah sendiri di pulau pinang dap rampas tanah pkr bisu tak boleh bercakap bukan seperti dia bercakap di belaga sini.kalau dap memerintah sarawak pkr. kalau di luar baru bian kata dia mempertahankan tanah.itu diluar kalau dalam dewan lain ceritanya dia duduk di sebelah dap untuk apa itu apa tujuan itu kita berfikirlah sendiri .kalau pembangkang memerintah sarawak kita kaya raya , orang kelantan ,selangor pulau pinang dan kedah semuanya sudah kaya..Duit rakyat bn pakai bantu rakyat itu betul .bagaimana pula kalau pembangkang memerintan ke mana pula dia bawa duit rakyat itu kalau bukan untuk rakyat..kalau nak tolak apa apa bantuan tolaklah semua sekali apa apa yang berkaitan jangan seperti orang penipu banyak janji akhirnya makan diri sendiri, .

Comments are closed.


%d bloggers like this: