10 Sungai Di Sarawak Tercemar: Sg. Koyan Menduduki Pencemaran Kelas 4.

Pada umumnya, setiap sungai di negara
ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
· Kelas 1- airnya boleh terus diminum tanpa rawatan (Cth: Sungai Kemesan suatu ketika dulu)
· Kelas 2 – airnya memerlukan rawatan biasa
· Kelas 3 – air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang
ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
· Kelas 4 – tercemar*
· Kelas 5 – hampir mati*
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Menurut laporan NREB (Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar) semalam dalam The Borneo Post Sungai Koyan menduduki tahap pencemaran tahap 4 dan sungai Belaga pada tahap 3. Apa perasaan anda penduduk-penduduk Belaga dan Sungai Asap-Koyan sekalian???. Selama ini lebih 10 ribu penduduk penempatan semula Bakun minum air dari sumber Sg.Koyan dan lebih 10 ribu lagi penduduk minum air bersumberkan sungai Belaga.

Dan selama ini juga penduduk-penduduk di kawasan terbabit mengadu mereka terpaksa berdepan masalah air minuman yang kotor seperti mana dilaporkan oleh blog ini juga. Jadi mana batang hidung Taib Mahmud datang tolong kita, mana YB Datuk Billy, mana YB Liwan yang dikatakan jaguh menyelesaikan semua masalah di Belaga itu??? Saya harap bloger Asapkoyan2u akan menjawab semua ini.

10 sungai di Sarawak tercemar

KUCHING: Daripada 51 batang sungai di Sarawak yang dipantau Lembaga Sumber Asli dan Alam sekitar (NREB) pada tahun lalu, 10 sungai dikategorikan tercemar dari segi kualiti air.

Sungai-sungai berkenaan termasuk di Kuching mengikut kelas (iaitu empat dan lima bagi paling kotor) iaitu Sungai Bintangor yang dikategorikan kelas empat, Sungai Sekama (kelas empat), Sungai Padungan (kelas empat), Sungai Maong (kelas empat), Sungai Tabuan (kelas empat) sementara di Sibu Batang Oya (kelas empat).

Di Miri sungai tercemar ialah Sungai Miri (kelas empat), Sungai Lutong (kelas empat), Sungai Belaga (kelas tiga) dan Sungai Koyan (kelas empat).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata sementara itu sebanyak 11 sungai dikategorikan bersih dan 30 sungai dikategorikan sedikit tercemar di negeri ini.

Beliau memberitahu antara punca-punca yang menyebabkan pencemaran termasuk sisa industri, loji kumbahan dan tangki septik, sisa pertanian serta ternakan.

“Sehubungan itu bagi menangani masalah pencemaran sungai, kementerian melakukan pelbagai usaha termasuk program ‘Satu Negeri Satu Sungai’ untuk mengembalikan sungai dan memuliharanya.

“Di Sarawak di bawah program ini, kita telah menjalankan beberapa aktiviti di Sungai Miri yang menelan kos RM2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian sambutan Hari Sungai Sedunia 2011 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib yang juga dihadiri Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Sementara bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian, kata Uggah pihaknya telah menjadikan Sungai Maong sedang dalam proses.

“Bagaimanapun kita memerlukan kerjasama daripada komuniti sendiri untuk terus memulihara sungai dan kita kini sedang giat menyebarkan mesej bahawa sisa makanan dari rumah mereka sebenarnya boleh dikitar semula,” tegas beliau.

Dalam usaha di Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara katanya telah menggunakan pendekatan yang meletakkan peralatan sistem kompos (baja) di rumah dan gerai untuk mengitar semula sisa makanan.

“Ini adalah cara kita mendidik masyarakat supaya mereka tahu bahawa lebihan makanan yang mereka ambil boleh dikitar semula dan menjadi wang,” tegasnya.

Sementara itu dalam ucapannya Uggah berkata di Malaysia terdapat 12,187 batang sungai yang ada namun kuantiti dan kualiti sumber air negara termasuk air sungai semakin terdedah kepada risiko kesan perubahan iklim dan pencemaran daripada pelbagai punca.

Mengulas mengenai sambutan Hari Sungai Sedunia itu katanya, ia merupakan julung kalinya diadakan di Malaysia.

Hari Sungai Sedunia yang bertemakan ‘Sungai Yang Hidup, Bersih dan Berdaya Huni” itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memelihara sungai di negara ini.

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/11/13/10-sungai-di-sarawak-tercemar/#ixzz1ddByFS4f

3 Responses to “10 Sungai Di Sarawak Tercemar: Sg. Koyan Menduduki Pencemaran Kelas 4.”

  1. Giham bakun Says:

    Terima kasih atas ulasan encik wing dlm tajuk kali ini. Mmg benar segala perubahan dr sudut lanskap pltik di belaga sejak mutakhir ini mmg byk dicorakkan olh 2 watak utama iaitu James masing & bapa mentua beliau. Jangan ada sesiapa yg mpertikaikan alasan ini. Sejak pmilihan liwan lagang pd april 2006 lepas sejak itulah angin politik di belaga berubah semuanya kerana 2 insan ini dan disokong kuat olh sekutu mereka sbg cth Puan Umis Tujok yg bukan org lain kpd manta yb Stanly Ajang, Yb Dtk Billy dan Encik Ali Basah Kesing. Mereka ini kbetulan bsaudara. Mmg ada betul dan benarnya apa dikatakan olh blogger Encik Wing dlm ulasan beliau di atas. Keadaan yg blaku pd thn 2006 akan tjdi lagi utk PRU 13 akan dtg ini. Watak2 ini akan mmainkan peranan lagi walaupun tdk terang-terangan. Sebab drpd sumber terkini Encik Ugak kumbong mmg dah terang-terangan byk bjalan/melawat ke bbpa kpg di belaga dan tmsuk di kws Iban di kapit. Kita lihat saja nanti mcm mana permainan politik watak2 utama yg mencorakkan lanskap politik di belaga ini.

  2. uma aru Says:

    Saya nak sangat lihat LIwan LAgang dpt menyelesaikan isu air yg tk habis-habis di kws kita khususnya di Asap. Asapkoyan2u dlm byk tulisan beliau kan khasnya masa plhanraya lalu telah mgulas pjg lebar bhw liwan lagang telah byk menyelesaikan mslh2 tertunggak ‘konon’ sejak bliau jd wkl rkyat di belaga. Jadi rumusannya kenapa ye… smpai skarang masih kedengaran di kpg-kpg di asap dan koyan,,, mslh air di penempatan sg asap/koyan belum selesai… Olh itu kpd asapkoyan2u tdk perlu memuji mlampau apabila mengarang cerita awak di blog awak… sebab kenyataannya rkyat saja tahu dan mlalui semua itu.

  3. TAGISAN ANAK YATIM PIATU DI bUMIBERSUMPAH DI BALUY Says:

    salam semua rakyat kayan,kenyahs dan Kajangs di bumi kawasan Baloi, pencermaran air tetap tercemar teruk selagi kerosakan alam bumi dengan pencerobohan tebang menebang sewenang-wenangnya kayu balak dan kerosakan alam kejadian sungai=sungai akan terus terancam dan juga manusia yang meminum sungai yang tercemar oleh tangan manusia itu sendiri. Tanyalah Masing dan Taib dan macai-macai yang diperalatkan mereka merosakan alam semula jadi kawasan bumi, kayu kayan diasap koyan dan kawasan disungai baluy, linau dan murum.

    Douglas ugah selaku menteri Alam sekitar & Asli di[peringkat Kerajaan Pusat perlu menasihat pihak=pihak agensi dan individu punca berlakunya pencemaran air , sungai dan alam sekitar itu di Baloi, perlu bertindak secara jelas dalam membentuk suruahnjaya Di-Raja untuk menyiasat kelemahan yang berlaku dan memberi laporan kepada Parlimen dan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mengambil tindakan tegas keatas mana mana pihak menyebab bahawa punca kerosakan ancaman pencemaran sungai sungai Asap Koyan, Sungai Belaga, Sungai Baloi, Sungai Murum dan Linau itu menjadi ancaman kepada masyarakat Kayans Kenyahs dan Kajangs yang akhirnya terpaksa hidup dengan meminum air tercemar dan kotor serta mengencam kehidupan ikan dalam sungai di kawasan Baloi, adalah disebabkan kezaliman tangan-tangan manusia yang berlakon kononnya membela nasib rakyat dengan menggunakan flatform parti Politik di negeri Sarawak selama ini., telah melakukan pencerobohan kawasan hasil mahsul bumi di Baloi, itu sebab utama yang berlaku, bukan pencemaran itu berlaku dengan sendirinya antara sebab berlaku keadaan ancaman air dan sungai itu tercemar? Tanyalah Masing, Taib dan macai macai mereka yang dikudakan seperti Nyipa BatoK?

    Hasil mahsul khanazanh bumi kayu kayan dan kayu Balak dengan pengeluaran berbillion ringgit telah ditelan oleh tangan zalim manusia ini, entah kermana perginya kekeayan itu, juga telah mengancam kehiduapan masyarakat dan manusia di Kawasan Sungai Belaga, Asap Koyan, Sungai Linau, Kawasan di Sungai Baluy sebelum dan selepas pindah ke kawasan Asap Koyan pada 1998,

    Kesian orang Politik seperti LIwan Lagang orang baru belajar mainan politik di Belaga, apa kah dia mampu mengatasi masalah ini dan memulih keadaan ini dengan agenda dia dan Masing dalam PRS satu parti politik baru itu?

    apa kah mereka ini hanya diperalatkan menjadi jurucakap tanpa ada penyelesaian mutlak masalah social, ekonomi, pendidikan, KEDAULATAN HAK adatersam masayarakat Kayans Kenyahs dan Kajangs DI bUMI KAWASAN bALOI, DAN semakin HARI SEKAMIN terancam, daN HALA TUJU masyarakat DI KAWASAN bALOI DAN DI SUNGAI BELAGA SEDANG MENERIMA BALA KEZALIMAN PEMBOHONGAN MANUSIA BONIKA PUNCA YANG MELAKUKAN MEMBOLOT KEKAYAAN KHAZANAH DI KAWASAN bUMI bERSUMPAH DI bALUY, SELAMA INI MASYARAKAT (RAKYAT) KAWASAN aSAP kOYANS, SUNGAI bELAGA , sUNGAI bALOI DAN DI lINAU PERLU FAHAM HAK HAK MEREKA DITELAN HIDUP-HIDUP,

    hAI MASYARAKAT kAYANS KENYAHS DAN KAJANGS DI BUMI BERSUMPAH DI BALUY, SEDARLAH, BERUBAH, BANGKITLAH GENERASI MUDA HARI INI DENGAN PENUH KEINSAFAN AGAR TIDAK MUDAH TERTIPU OLEH DAHYAH —– JANJI JANJI MANIS YANG LAPOK DIPERGUNA GUNA MENGULA GULA KAN MASYARAKAT SELAMA INI.

    KESIAN, LAH.

Comments are closed.


%d bloggers like this: