Persoalan “Pokok” Menjadi Persoalan “Hingusan”

Susulan posting saya bertajuk “Anak Maren Yang Malang” seorang rakan FB terkesan dengan perkataan “Budak hingusan PRS” yang saya gunakan. Justeru saya menjawab secara pendek dan selamba saja dalam FB. Namun rakan FB ini yang tidak ingin saya gelar budak hingusan,akan lebih selesa jika saya mengelar beliau Pangli5 PRS. Mungkin juga kerana beliau telah besar panjang, berpangkat dan berkedudukan. Maka bloger seperti saya harus pandai memilih perkataan yang sesuai untuk dipakukan di dahi beliau.

Namun persoalan pokok dalam posting tersebut bukan pasal budak hingusan PRS, persoalan pokok yang harus dibahas dan dijawab secara ilmiah oleh rakan FB terbabit adalah, bagaimana beliau boleh mempromosikan En. Wilson Ugak Kumbong sebagai bakal calon PRS di Parlimen Hulu Rajang dalam PRU yang akan datang. Sedangkan PM Najib pun belum memperhalusi senarai nama calon-calon BN.

Dalam bahasa yang mudah, kalau boleh rakan FB saya ini sepatutnya memberitahu kita bahawa Majlis tertinggi PRS telah memutuskan sedemikian dan nyatakan bila mesyuarat diadakan dan nyatakan juga kenapa YB Datuk Billy harus memberi laluan kepada wilson Ugak?? Kerana bila rakan FB saya ini bercakap berkaitan calon MP Hulu Rajang. Seolah-olah beliau berpangkat besar mengalahkan PM Najib dan juga Presiden Partinya sendiri. Siapa dia ini sebenarnya???

Saya bukan bermaksud menyebelahi YB Datuk Billy, sedangkan dalam banyak perkara saya mengkritik YB Datuk Billy dan YB Liwan Lagang. Maksud saya adalah adil jika calon PRS diumumkan setelah satu keputusan muktamat diperolehi oleh parti PRS atau pun PM sendiri yang umumkan. Maka kerjanya akan mudah. Sebab budaya dalam BN biasanya, siapa yang dipilih pucuk pimpinan parti, dialah yang akan dicalonkan.

Tambahan pula sudah semastinya YB Datuk Billy juga harus diberi peluang untuk menamakan calon yang beliau mahu untuk mengantikan beliau. Walaupun mungkin tidak akan diterima oleh parti, tapi sekurang-kurangnya beliau telah ada anak didiknya sendiri selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam arena politik.

Justeru saya nasihatkan rakan FB saya ini supaya jangan panas baran, apa salahnya kita jadi budak hingusan, dalam kita belajar merangkak dan bertatih. Jangan terlalu suka dipuja puji dan dijulang, sebab bila jatuh tersadong ke tanah, sakit tau….silap-silap patah tulang belakang.

2 Responses to “Persoalan “Pokok” Menjadi Persoalan “Hingusan””

  1. LISUN APUI Says:

    wah..wah…wah… siapalah rakan fb sdara blogger itu yg cukup tkesan dgn paparan/ulasan pd posting yg lalu??? Saya rasa saya dpt m’ngagak siapa gerangan org itu??? Orang yg terasa kepedasan tulisan blogger sedangkan pd hemat saya ulasan itu cuma biasa saja.Tak perlulah mahu dijunjung dijulang gelaran itu mjd lakinkah, herokah atau hulubalang prs kah…. panglima prs kah…. apa yg salah dgn ayat…budak hingusan prs???? Apa yg cuba dikupas olh sdara blogger belagakini itu merupakan gambaran sbenar bgmana lanskap politik kita di belaga khasnya kebelakangan ini memang nampak ada sesuatu yg tdk kena, seolah2 ada tangan2/kuasa2 belakang yg bgitu mpengaruhi dr segi pmilihan sesorang calon dr parti bn di belaga. Apa salahkah ulasan itu?? Nampaknya yg terkesan dgn ulasan itu dlm fb agaknya si pencacai/pbodek dlm parti prs itu.. Jika parti prs itu betul-betul mahu dihormati olh rkyat maka jangan mgamalkan budaya politik tikam belakang… JIKA PRS SUDAH TDK MKEHENDAKI DTK BILLY , APA TDK PANGGIL BELIAU SCARA BHEMAH,… BUAT PTEMUAN 4 MATA… BERITAHU BERUNDUR SCARA BAIK…. SAYA RASA JIKA ADA ALASAN2 KONKRIT SAYA FIKIR DTK BILLY DPT MENERIMA DGN HATI TBUKA SARANAN/GESAAN ITU. BUKAN MCM SKRANG ANGIN BTIUP KENCANG MGATAKAN ORG TTENTU DLM PRS ITU SDIRI YG MBERI LAMPU HIJAU UTK PIHAK 1 LAGI BGERAK BTEMU RKYAT. CARA ITU TDK BETUL…. KALAU BGINILAH CARA PDEKATAN DILAKUKAN,… APA JADI??? RKYAT KELIRU. SEBAB DTK BILLY PUN TURUT MENJELAJAH. PIHAK SATU LAGI ITU PUN PERGI.. JANGAN KERUHKAN LAGI HUBUNGAN ORG DI BELAGA CUMA KERANA POLITIK YG PTGKAN DIRI SDIRI INI. KALAU SUDAH TDK SUKA DTK BILLY SEMUKALAH DGN TERHORMAT. JANGAN MBERI RESTU KPD ORG LAIN SCARA DIAM-DIAM. JANGAN INGAT KAMI TDK TAHU. SUDAH CUKUPLAH, HUBUNGAN SAUDARA SESAMA SAUDARA DI BELAGA MJD DINGIN KERANA PBEZAAN POLITIK….

  2. idang bulan Says:

    Saya setuju dgn komen dpd lisun apui. Mmg itulah yg kita dengar sejak 2, 3 bulan ini. Kpd pmimpin prs , jika tdk mahu ahli parti anda bpecah atau penyokong dtk billy kecewa…. maka pihak anda buatlah tindakan yg betul. Kalau tdk mmilih beliau… btahu baik-baik. Sebab wlau apapun, beliau ada penyokong tegar di hulu rejang. Kalau dipanggil dan bbicara dr hati ke hati nescaya beliau faham…. perangai tdk bterus terang itu yg akan myebabkan hati org sakit tmsuk kalangan pyokong2 beliau.

Comments are closed.


%d bloggers like this: