Archive for January, 2012

Anwar Dibebas, Pakatan Akan Mara Ke Putrajaya.

January 9, 2012

Kira-kira jam 9.26 minit pagi tadi mahkamah melepas dan membebaskan Dato Sri Anwar Ibrahim daripada tuduhan LIWAT 2. Adakah ini menandakan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya??. Juga amat menarik PKR Sarawak telah memotretkan gambar dan mengedarkan poster/kalender 6 orang calon mereka yang akan bertanding di 6 kawasan parlimen (Sarawak) iaitu di.

Parlimen Limbang (Baru Bian), Baram (Roland Engan), Kanowit (Thomas Laja), Sri Aman (Nicholas Mujah), Selanggau (Joshua Jabeng) dan di Parlimen Lubok Antu(Nicholas Bawin). Maklumat dalaman PKR Sarawak juga menyebut bahawa mereka akan mengumumkan baki beberapa orang calon lagi dalam waktu terdekat.

Nampak gayanya pergerakkan Pakatan Rakyat di Sarawak keseluruhannya agak tersusun dan berstrategi. Bagimanapun Pakatan Rakyat Sarawak  (Parti PKR) masih lagi berhadapan kesukaran dalam menentukan beberapa calon di kawasan Parlimen Julau, Hulu Rajang,Kapit dan Saratok.

Walau pun Dato Sri Anwar Ibrahim dibebaskan, namun peguam negara mempunyai masa 14 hari untuk membuat rayuan. Perkembangan terkini memberitahu bahawa DSAI akan berlepas ke India malam ini untuk berjumpa dengan cucu pemimpin lagenda India, Mahatma Ghandi.

Kepada para pencemuh DSAI di Belaga, khususnya Asapkoyan2U, sanggupkah meminta maaf kepada DSAI  di atas fitnah dan kebiadaban anda selama ini???. Bertaubatlah wahai para sahabat…sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka dan ingatlah ALLAH itu maha pengasih dan maha penyayang.

Dalam pada itu Presiden Parti PRS mengumumkan bahawa parti itu telah bersedia sepenuhnya menghadapi PRU13. Berikut saya petik laporan daripada Borneo Post Online berkaitan persiapan PRS.

PRS sudah bersedia hadapi PRU: Masing

Posted on January 10, 2012, Tuesday

SIAP SEDIA: Masing (kanan) melihat sendiri persiapan rapi di Bilik Operasi PRS, di Kapit bagi menghadapi PRU yang akan berlangsung pada bila-bila masa.

KAPIT: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing yang juga merupakan Menteri Kemajuan Tanah berkata, parti pimpinan beliau sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Walaupun kami tidak mengetahui tarikh sebenar pilihan raya akan berlangsung, tetapi kami sudah bersedia daripada semua segi termasuk peralatan serta data-data pengundi,” katanya ketika melawat Bilik Operasi PRS yang terletak di tingkat tiga dan dua bangunan kedai, Jalan Penghulu di sini petang kelmarin.

Tambahnya, terdapat enam kawasan parlimen di bawah tiket PRS iaitu Kanowit, Selangau, Julau, Lubok Antu, Sri Aman, Hulu Rajang dan kesemuanya sudah bersedia menghadapi PRU yang akan diumumkan pada bila-bila masa.

Apibila ditanya mengenai calon yang akan bertanding untuk kerusi P216 Hulu Rajang, beliau hanya menutup mulut dan menegaskan ia adalah hak Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Negeri untuk membuat keputusan mengenai calon yang sesuai.

Ahli Parlimen P216 sedia ada ialah Datuk Billy Abit Joo yang telah berkhidmat selama lima penggal berturut-turut.

Dalam pada itu, setiausaha sulit beliau turut menyatakan kesediaannya untuk bertanding bagi kerusi P.216 Hulu Rajang dalam PRU kali ini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Wilson Nyabong Ijang, Setiausaha Sulit beliau sendiri Wilson Ugak Kumbong, Pegawai Belia dan Sukan Jack Janda Pioh, Ketua Pemuda PRS Baleh Bakat Gira  dan Pengerusi Wanita PRS Baleh Paulyne Pok Indam.

 

3 Hari Tanpa Setitis Air, Terima Kasih Barisan Nasional.

January 6, 2012

Saya dan keluarga sampai di Uma Nyaving Sungai Asap pada petang 23.12.2011, iaitu setelah menempuh perjalanan selama 2 setengah jam. Jalan Bintulu-Bakun masih rosak teruk seperti sedia kala. Cuma ada sedikit kerja-kerja menabur batu kasar di lubang-lubang yang semakin dalam. Perjalanan kami sekeluarga tersekat hampir 20 minit apabila sampai di jalan Bintulu-Miri, iaitu simpang memasuki jalan Bintulu-Bakun. Tempat ini memang biasa menjadi hentian penduduk Bakun untuk membeli “Babi Panggang dan minuman” sebelum meneruskan perjalanan sama ada ke Bakun-Sg.Asap atau dari Bakun ke Bintulu.

Tempat ini (simpang Similajau) amat sesak dan aktiviti perniagaan berjalan dengan meriah. Namun mendukacitakan ia amat merbahaya kerana gerai jualan dikiri dan kanan jalan terlalu hampir dengan lalulintas. Tambahan pula kenderaan yang melimpasi kawasan ini besar-besar, panjang-panjang dan berat-berat belaka. Tidak terfikikirkan pihak pemerintah untuk mengwujudkan suasana yang lebih selamat disamping menyediakan ruang rehat dan tempat perniagaan yang selamat untuk penduduk Bakun dan sekitarnya???

Bebalik kepada cuti Xmas di Sungai Asap. Bermula pagi 25.12.2011 hingga 27.12.2011 selama tiga hari bekalan air paip di penempatan semula Bakun Sg. Asap terputus sama sekali. Ketiadaan air paip menyebabkan semua aktiviti harian tergendala dan lebih malang kerja-kerja penyediaan juadah Xmas tidak dapat dijalankan.

Masalah seperti ini berulang setiap tahun atau lebih tepat lagi setiap 2 bulan pasti berlaku masalah terputus bekalan air paip di Penempatan Semula Bakun Sg.Asap, disamping masalah harian yang sering dilaporkan air paip yang kotor, berbau hapak, berbuih dan melekit. Bekalan elektrik pula sering terputus bila penggunaan pada musim perayaan memuncak. Sampai bilakah masalah ini akan selesai. Apakah setelah kita memperolehi sebuah kerajaan baru yang lebih bertanggungjawab dan beramanah???. Sama-sama kita nantikan.

Anak saya dan anak-anak buah saya yang pernah mengadakan demonstrasi membantah bekalan air yang kotor di Sg.Asap suatu ketika dulu sekali lagi menjadi mangsa ketiadaan air di musim Xmas yang lalu. Terima kasih Barisan Nasional

Belagakini 2011 in review

January 1, 2012

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Syndey Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 36,000 times in 2011. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 13 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.


%d bloggers like this: