Anwar Dibebas, Pakatan Akan Mara Ke Putrajaya.

Kira-kira jam 9.26 minit pagi tadi mahkamah melepas dan membebaskan Dato Sri Anwar Ibrahim daripada tuduhan LIWAT 2. Adakah ini menandakan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya??. Juga amat menarik PKR Sarawak telah memotretkan gambar dan mengedarkan poster/kalender 6 orang calon mereka yang akan bertanding di 6 kawasan parlimen (Sarawak) iaitu di.

Parlimen Limbang (Baru Bian), Baram (Roland Engan), Kanowit (Thomas Laja), Sri Aman (Nicholas Mujah), Selanggau (Joshua Jabeng) dan di Parlimen Lubok Antu(Nicholas Bawin). Maklumat dalaman PKR Sarawak juga menyebut bahawa mereka akan mengumumkan baki beberapa orang calon lagi dalam waktu terdekat.

Nampak gayanya pergerakkan Pakatan Rakyat di Sarawak keseluruhannya agak tersusun dan berstrategi. Bagimanapun Pakatan Rakyat Sarawak  (Parti PKR) masih lagi berhadapan kesukaran dalam menentukan beberapa calon di kawasan Parlimen Julau, Hulu Rajang,Kapit dan Saratok.

Walau pun Dato Sri Anwar Ibrahim dibebaskan, namun peguam negara mempunyai masa 14 hari untuk membuat rayuan. Perkembangan terkini memberitahu bahawa DSAI akan berlepas ke India malam ini untuk berjumpa dengan cucu pemimpin lagenda India, Mahatma Ghandi.

Kepada para pencemuh DSAI di Belaga, khususnya Asapkoyan2U, sanggupkah meminta maaf kepada DSAI  di atas fitnah dan kebiadaban anda selama ini???. Bertaubatlah wahai para sahabat…sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka dan ingatlah ALLAH itu maha pengasih dan maha penyayang.

Dalam pada itu Presiden Parti PRS mengumumkan bahawa parti itu telah bersedia sepenuhnya menghadapi PRU13. Berikut saya petik laporan daripada Borneo Post Online berkaitan persiapan PRS.

PRS sudah bersedia hadapi PRU: Masing

Posted on January 10, 2012, Tuesday

SIAP SEDIA: Masing (kanan) melihat sendiri persiapan rapi di Bilik Operasi PRS, di Kapit bagi menghadapi PRU yang akan berlangsung pada bila-bila masa.

KAPIT: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing yang juga merupakan Menteri Kemajuan Tanah berkata, parti pimpinan beliau sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Walaupun kami tidak mengetahui tarikh sebenar pilihan raya akan berlangsung, tetapi kami sudah bersedia daripada semua segi termasuk peralatan serta data-data pengundi,” katanya ketika melawat Bilik Operasi PRS yang terletak di tingkat tiga dan dua bangunan kedai, Jalan Penghulu di sini petang kelmarin.

Tambahnya, terdapat enam kawasan parlimen di bawah tiket PRS iaitu Kanowit, Selangau, Julau, Lubok Antu, Sri Aman, Hulu Rajang dan kesemuanya sudah bersedia menghadapi PRU yang akan diumumkan pada bila-bila masa.

Apibila ditanya mengenai calon yang akan bertanding untuk kerusi P216 Hulu Rajang, beliau hanya menutup mulut dan menegaskan ia adalah hak Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Negeri untuk membuat keputusan mengenai calon yang sesuai.

Ahli Parlimen P216 sedia ada ialah Datuk Billy Abit Joo yang telah berkhidmat selama lima penggal berturut-turut.

Dalam pada itu, setiausaha sulit beliau turut menyatakan kesediaannya untuk bertanding bagi kerusi P.216 Hulu Rajang dalam PRU kali ini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Wilson Nyabong Ijang, Setiausaha Sulit beliau sendiri Wilson Ugak Kumbong, Pegawai Belia dan Sukan Jack Janda Pioh, Ketua Pemuda PRS Baleh Bakat Gira  dan Pengerusi Wanita PRS Baleh Paulyne Pok Indam.

 

3 Responses to “Anwar Dibebas, Pakatan Akan Mara Ke Putrajaya.”

  1. Darren Says:

    Salam sejahtera..pembaca blog belagakini.Boleh nilai,apa bentuk personaliti yang ada pada pengkritik BN di Belaga yang umpama ‘Ayam Jantan Berkokok Dari Rebannya’ Kritikan sinis, tunjuk lagak…yang realitinya,pengkritik itu sendiri tidak ada kepakaran dari segi perancangan strategik bagaimana hendak membangunkan orang Belaga. Berilah peluang dan masa kepada YB Menteri Muda LL untuk mentransformasikan formula pentadbirannya. Jangan sebut gagal,lemah atau takut CM. Kritikan seperti itu langsung tidak menggambarkan keinterlektualan kita.

  2. Darren Says:

    Lepas satu kes,satu kes lagi yang melibatkan DSAI.Waktu dia tewas penyokong dia (termasuk saudara-saudara di Sg.Asap)kata kerajaan memang sengaja hentam dia,sistem kehakiman tidak adil,rasuah dsb.Waktu dia menang dan bebas,penyokong dia(masih orang yang sama) kata hakim telah menjalankan amanah dengan adil.Tak ada pula saya dengar kerajaan kata hakim berat sebelah ketika DSAI dibebaskan sepertimana orang-orang yang setia dengan DSAI.Sungguh menghairankan.Ketika ramai orang kuat DSAI di semenanjung telah mengetahui personaliti ketua PR itu,termasuk pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan sekutu dengan dia..orang di Belaga khasnya di Asap yang hanya seramai (boleh dikira dengan jari) setia dan tetap relah menghidu dan menjilat tapak kakinya. Jangan-jangan sejenis dengan dia.Sebab itu tak nampak kejanggalan DSAI tu. Perahu bocor dan reputpun .masih mahu tumpang. Itulah mentaliti yang sakit. Mentaliti yang tidak berupaya membuat penilaian adalah sama dengan orang sakit mental.

  3. Nuel Says:

    Dear Moderator,

    Thank you for sharing your views in this blog. I’m also a kenyah from uma bakah. Very proud of you. Tia tawai tuyang.

Comments are closed.


%d bloggers like this: